Apakah mi konjac? Nah, mi konjac atau mi shirataki diperbuat daripada ubi keladi konjac, juga dikenali sebagai keladi gajah, yang telah menjadi makanan ruji dalam diet Jepun dan Cina selama berabad-abad lamanya. Mi ini diterjemahkan kepada ‘air terjun putih’ dalam bahasa Jepun kerana apabila dituang ke dalam mangkuk, mi ini kelihatan lut sinar dan hampir seperti air yang mengalir.
Mi yang hampir jernih ini tidak mempunyai rasa apa-apa tetapi ia tetap mengimbangi sajian dengan bahan lain. Rasa mi ini juga enak dan padat dengan teksturnya. Jadi, jika anda berminat untuk memasak mi konjac, marilah baca artikel ini dan pilih mana mi konjac yang anda suka!
Di manakah saya boleh mendapatkan mi konjac?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan mi konjac di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan mi konjac, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, mi konjac seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih mi konjac?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli mi konjac ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis mi konjac yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Mi Konjac Terbaik di Malaysia 2023
1. Mimo Konjac Noodles

Jenama yang dicari, Mi Konjac Noodles Mimo mungkin telah menarik minat ramai orang. Datang dan cubalah mi konjac yang menakjubkan ini daripada Mimo hari ini!
Bahan-bahan: Air Tulen (97%), Serbuk Konjac (3%)
Negara Pengeluar: China
Saiz: 200 g
Harga: RM7.90 (Shopee) | RM7.80 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. EZ Konjac Noodles

Mi Ez Konjac mempunyai jumlah minimum karbohidrat dan jumlah serat yang tinggi. Ia menjadi pilihan yang baik untuk mereka yang memilih untuk menjalani diet Keto atau diet Atkins. Untuk pengetahuan anda, mi konjac ini boleh digandingkan dengan apa-apa sahaja bahan yang anda suka. Jadi, anda boleh mencuba pelbagai resipi dengannya!
Bahan-bahan: Air Tulen, Tepung Konjac, Limau Terhidrat
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 200 g
Harga: RM4.99 (Shopee) | RM15.00 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Oh My Konjac Noodles

Oh My Konjac Noodles sesuai untuk pelbagai resipi dari seluruh dunia. Cuma, anda perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum menggunakannya kerana mempunyai sedikit bau hanyir. Percayalah, anda pasti suka dengan mi ini.
Bahan-bahan: Air yang telah ditapis, serbuk konjac, kapur terhidrat.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 200 g
Harga: RM5.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Sunspin Konjac Noodles

Sunspin Konjac ialah alternatif yang sihat dan mudah untuk nasi, mi dan pasta biasa. Ia dibuat dengan akar tumbuhan konjac yang kaya dengan serat makanan dan tidak mempunyai kanji. Ia rendah kalori dan karbohidrat. Jadi, sudah tentu ia boleh membantu anda menurunkan berat badan.
Bahan-bahan: Tepung konjac dan air
Negara Pengeluar: China
Saiz: 270 g
Harga: RM6.90 (Shopee) | RM4.80 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Marufuji Gunma no Shirataki

Konjac tulen ini daripada Prefektur Gunma (群馬県) Jepun. Shirataki, juga dikenali sebagai Konnyaku atau mi Konjac, diperbuat daripada keladi Konjac. Ia adalah serat makanan larut air dan sangat rendah dalam karbohidrat dan kalori yang boleh dihadam. Ia bagus untuk kesihatan anda!
Bahan-bahan: Air, Keladi Serbuk, Kalsium Hidroksida
Negara Pengeluar: Japan
Saiz: 180 g
Harga: RM4.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Moziqiao Konjac Noodles

Pengganti yang baik untuk pelbagai perkara, Moziqiao Konjac Noodles ini boleh digandingkan dengan apa sahaja bahan kesukaan anda. Datang dan cubalah mi konjac ini!
Bahan-bahan: Tepung konjac, kanji kentang, air
Negara Pengeluar: China
Saiz: 400 g
Harga: RM14.00 (Shopee) | RM9.70 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Sedap Konjac Brand Konjac Noodles

Cara yang mudah dan senang untuk diet yang lebih baik ialah dengan mencuba mi konjac ini. Sedap Konjac Noodles ialah salah satu pilihan terbaik yang boleh anda pilih! Datang dan cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Air Tulen, Serbuk Konjac, Asid Sitrik
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 270 g
Harga: RM5.50 (Shopee) | RM26.06 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Moki Konjac Noodles

Moki Konjac Noodles sememangnya jenama yang sering dicari oleh ramai suri rumah untuk masakan mereka. Teksturnya yang unik berjaya menarik hati ramai pengguna. Apa kata anda menjadi sebahagian daripada mereka yang tertawan dengan jenama ini?
Bahan-bahan: Air 91.7% Serat Oat 3.6% Serbuk Konjac 3.5% Penstabil (INS:1442) 1% Kalsium Hidroksida (INS:526) 0.2%
Negara Pengeluar: Thailand
Saiz: 280 g
Harga: RM9.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Moyumian Konjac Noodles

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa diet serat tinggi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan, termasuk pengurusan berat badan, pengurusan diabetes, kawalan kolesterol dan pengawalan pergerakan usus. Walau bagaimanapun, adalah dinasihatkan untuk mengambil mi konjac ini bersama-sama dengan makanan lain untuk memastikan keseimbangan nutrisi!
Bahan-bahan: Air, Tepung Konjac, Asid sitrik
Negara Pengeluar: China
Saiz: 260 g
Harga: RM3.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Keto Hero Konjac Noodles

Jadilah hero kepada badan anda dan tukar kepada Keto Hero Konjac Noodles hari ini! Mi konjac ini rendah kalori, jadi sesuai untuk anda yang mengamalkan pemakanan yang sihat. Datang dan cubalah hari ini!
Bahan-bahan: Air, Serbuk Konjac dan Asid Sitrik
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 200 g
Harga: RM6.49
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.