Kalau sebut mi segera, orang selalu kata bahan-bahan tersebut tidak bagus untuk kesihatan kita dan akan membawa kesan buruk pada badan kita. Ya, itu benar. Tetapi ia tidak memudaratkan jika anda hanya mengambilnya sekali sekala. Sejujurnya, siapa yang tidak suka mi segera? Ia sangat lazat dan mudah untuk dimasak berbanding dengan hidangan lain.
Pernahkah anda mencuba mi segera Taiwan? Sesetengah mi segera Taiwan ini agak istimewa daripada yang lain. Mengapa? Kerana ia mengandungi kepingan daging dan sayuran sebenar di dalam bungkusan mi tersebut. Jika anda lebih suka makan daging asli atau anda seorang yang suka mi segera, anda mungkin boleh mencubanya.
Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Mi Segera Taiwan?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan mi segera Taiwan di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan mi segera Taiwan, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, mi segera seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Mi Segera Taiwan?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk memberli mi segera ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis mi segera yang anda suka. Jika anda suka mi segera berperisa daging, anda boleh mencari mi segera berperisa daging dengan harga di dalam julat bajet anda. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
6 Mi Segera Taiwan Terbaik di Malaysia 2025
1. Weilih Vegetarian Instant Noodles Vegan Taiwan (Mala Spicy Flavoured)

Wei Lih, jenama mi segera Taiwan berusia 38 tahun ini mendahului senarai mi segera terlaris di pasaran. Jenama ini mengeluarkan mi segera perisa Ayam Kicap Veggie, Daging Lembu Rebus dan Mi Perisa Cendawan untuk pelanggan Vegetarian. Produk Mi ini datang dengan hidangan sayur-sayuran dan rasa yang lazat. Anda pasti tidak menyesal saat mencubanya.
Bahan-bahan:
- Mi: Tepung, minyak sawit ditapis, kanji ubi kayu, garam meja, penambah baik kualiti (kalium karbonat, natrium metafosfat, natrium polifosfat, natrium hidrogen karbonat, natrium pirofosfat), natrium karboksimetil selulosa, minyak bijan, perasa -Natrium glutamat, asid DL-aminopropionic , disodium succinate, 5′-hypoxanthine disodium ribo glycophosphate, 5′-guanine rna glycophosphate, natrium sitrat), tokoferol campuran (Antioksidan), gusi kacang Guanhua, β-karotena (mengandungi minyak bunga matahari yang ditapis, lesitin kacang soya).
- Pakej perasa: Garam meja, agen perasa (L-natrium glutamat, 5′-hypoxanthine disodium ribo glycophosphate, 5′-guanine nucleo glycerophosphate disodium), serbuk perasa sebatian [hidrolisis protein (kacang soya), L-sodium glutamat, Ekstrak yis, D -xylose, asid aminoacetic, asid succinic, asid DL-aminopropionic, glukosa, silikon dioksida, natrium asetat, kalium sitrat, kalium dihidrogen fosfat, kalsium laktat, asid tartarik, kalium karbonat, Minyak Sawit ditapis], maltodekstrin, serbuk perasa sebatian [protein hidrolisis (kacang soya), serbuk ekstrak yis, asid aminoacetic, asid suksinik], pigmen gula, gula, rempah ratus, serbuk bunga lawang, serbuk kicap, gula gula jagung, Silikon dioksida, kalium sitrat, kalium dihidrogen fosfat, kalsium laktat, asid tartarik , asid sitrik, magnesium karbonat, rempah sebatian], lada, serbuk lima rempah (serbuk kayu manis, serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk cengkih, Serbuk lada, serbuk anise).
- Sayuran dehidrasi: Pelet protein soya (ubah suai genetik), lobak merah, sayur hijau.
- Pakej minyak perasa: Minyak sawit yang indah, minyak bijan, rempah ratus, ekstrak lada (termasuk minyak bunga matahari), tokoferol pekat campuran (antioksidan).
Saiz: 90 g
Harga: RM 14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. TTL Hua Tiao Chic Bowl

Mi ayam ini sangat popular dalam kalangan masyarakat di Taiwan. Bukan sahaja mempunyai ketulan ayam yang menyelerakan, kuah supnya juga enak dan lazat. Anda tidak boleh ketinggalan untuk merasainya!
Bahan-bahan: Mee segera jenama taiwan yang mengandungi daging ayam asli. dengan mee blok, uncang sos dengan kiub daging ayam, satu paket serbuk perasa, satu paket minyak perasa dan satu paket pes perasa.
Saiz: Tidak dinyatakan
Harga: RM 10.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Uni Imperial Man Han Big Meal Instant Noodles Bowl

Mi segera daging lembu ini sangat terkenal di Taiwan-Man Han Feast. Mi segera ini sudah lama bertapak di Taiwan dan menjadi antara mi segera kesukaan masyarakat sana. Kenangan kanak-kanak pasti terimbas kembali apabila mereka memakan mi segera ini. Mi segera ini bukan sahaja sedap malah kuah supnya juga lazat.
Bahan-bahan: Mee segera jenama taiwan yang mengandungi daging ayam asli. dengan mee blok, uncang sos dengan kiub daging ayam, satu paket serbuk perasa, satu paket minyak perasa dan satu paket pes perasa.
Saiz: 192 g
Harga: RM 11.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Salted Egg Noodles (Single pack)

Perisa mi segera ini sungguh unik dengan adanya kuning telur yang dihancurkan bersama dengan kuah mi segera ini. Oleh sebab itu, ia menjadi salah satu mi segera kegemaran ramai. Tekstur mi segeranya yang lembut dan anjal membuatkan ramai tidak melepaskan peluang untuk mencubanya. Selain itu, rasa supnya sedikit pedas dan masin menjadikan mi segera ini dicari oleh ramai pengguna.
Bahan-bahan: Pek mi kuning telur masin mengandungi mi, pek sayur-sayuran, pek serbuk telur masin dan pes kuning telur masin.
Saiz: 116 g
Harga: RM 2.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Master Kang Instant Noodles

Mi segera yang digunakan adalah standard mi tepung gandum yang teksturnya anjal dan sedap dimakan. Kuahnya pula mempunyai rasa sup daging lembu yang enak, dilengkapi dengan sayur-sayuran yang terhidrasi seperti lobak merah, bawang merah dan kubis di dalamnya. Harganya pula berpatutan, setimpal dengan kuantiti mi segera ini.
Bahan-bahan:
- Mi: Tepung Gandum (66%), Minyak Sawit Ditapis (mengandungi antioksidan E306), Kanji Tapioka, Garam, Pengatur Keasidan (E501, E500), Pemekat (E412), Warna (E101).
- Serbuk Perasa: Garam, Gula, Penambah Perisa (E621, E631, E627), Serbuk Bawang Putih, Serbuk Kelapa, Perisa Daging Tiruan 0.18%, Serbuk Bawang, Lada, Cengkih, Bunga lawang, Warna (E150d).
- Minyak Perasa: Minyak Sawit Tapis (mengandungi antioksidan E306), Herba, Cili, Bawang Merah, Bawang Putih.
- Kicap Manis: Gula, Air, Garam, Gandum, Rempah Kacang Soya, Minyak Bijan, Serbuk Cili, Bawang
Saiz: 116 g
Harga: RM 2.14
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Taiwan LaiYiKe Cup Noodles

Rasa daging lembu digunakan sebagai asas sup manakala hirisan daging lembu yang diperbuat daripada daging lembu New Zealand dan Australia menjadikan mi segera ini disukai ramai. Bukan itu sahaja, di dalam kuahnya terdapat bayam, bawang merah dan sayur-sayuran hijau lain yang digunakan untuk menonjolkan rasa yang pelbagai. Ia digandingkan dengan pinggan ikan yang kecil dan comel, dan dihidangkan bersama sup taugeh yang lazat. Rasanya yang menyegarkan terasa sungguh enak dan menjadikan anda ketagih dengannya.
Bahan-bahan: Perisa daging lembu digunakan sebagai asas sup, dan daging lembu New Zealand dan Australia ditambah untuk membuat hirisan daging lembu dan sayur-sayuran hijau seperti bayam dan bawang merah.
Saiz: 116 g
Harga: RM 2.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.