10 Minuman Labu Air Terbaik di Malaysia 2025

Labu air adalah makanan yang manis dan sihat. Ramai orang menggunakan labu air untuk membuat makanan yang berbeza, seperti jus labu air, teh, sup, kek, dan juga pencuci mulut. Ia mempunyai nilai pemakanan yang tinggi dan memberikan banyak kelebihan kesihatan kepada manusia.

Anda mesti mencuba makanan yang dibuat daripada labu air kerana anda akan jatuh cinta dengan rasanya yang manis dan lazat. Produk labu air pertama yang anda kena cuba adalah minuman labu air.

Di manakah saya boleh mendapatkan minuman labu air?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan minuman labu air di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan minuman labu air, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, minuman labu air seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah khasiat minuman labu air?

  1. Pilihan yang sihat

Labu air mempunyai vitamin C dan ia dapat mengurangkan risiko seseorang terkena strok. Jadi, jika anda ingin meminum minuman ringan, apa kata anda cuba pertimbangkan minuman ini?

  1. Mengurangkan Migrain

Labu air mempunyai Vitamin B2 yang kaya dan boleh menangani migrain. Sakit kepala anda akan sembuh atau berkurang sekiranya anda mengamalkan minuman labu air.

  1. Penurunan Berat Badan

Labu air mempunyai serat yang kaya dan rendah kalori yang membantu menurunkan berat badan. Ia mempunyai nutrien dan mineral yang baik. Selain itu, ia juga membantu anda mengembangkan otot dan menguatkan metabolisme anda.

  1. Melindungi dan memperbaiki penglihatan

Labu air juga kaya dengan Vitamin B2 yang mampu mengurangkan perkembangan penyakit mata. Selain itu, ia juga termasuk antioksidan yang kaya dan dapat mengurangkan tekanan oksidatif dalam retina anda.

  1. Menyingkirkan radikal bebas

Labu air mengandungi antioksidan, iaitu Vitamin C yang membantu anda menyingkirkan radikal bebas dan bahan pencemar toksik. Antaranya adalah penyakit jantung dan kanser.

10 Minuman Labu Air Terbaik di Malaysia 2025

1. YEO’s Winter Melon drink

YEOs Winter Melon Drink
Kredit Gambar: Shopee

Anda mungkin berasa segar selepas menikmati minuman Winter Melon YEO. Ia melegakan tekak anda dan menyejukkan badan anda tatkala cuaca yang panas terik. Ia dibuat dengan gula rendah dan tiada bahan pengawet. Selain itu, ia boleh membantu anda mengelakkan strok haba dengan cara menyejukkan badan anda.

Bahan-bahan: Gula, Jus labu air (5%), Fruktosa, Sucralose, Mengandungi Perisa Yang Dibenarkan dan Pewarna Karamel (150d), Semua Bahan Tambahan adalah Asal Tumbuhan atau Sintetik

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 Liter

Harga: RM2.75 – RM2.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Drinho Winter Melon Can 

Drinho Winter Melon Can
Kredit Gambar: Redtick

Drinho Winter Melon Drink adalah produk halal yang diperbuat daripada pati Winter Melon. Rasanya sedap dan menyegarkan. Selain kurang gula, minuman ini juga tiada bahan pengawet menjadikan minuman ini berkhasiat untuk anda dan keluarga.

Bahan-bahan: Air, Gula Tebu, Pati labu air, Mengandungi Perisa dan Pewarna yang dibenarkan (150)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 300 ml

Harga: RM1.09-RM1.33

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. LOHAS Organic Kanten Winter Melon Drink

LOHAS Organic Kanten Winter Melon Drink
Kredit Gambar: Lazada

Minuman Sejuk Labu Air Kanten Organik LOHAS ini tidak mempunyai pengawet, pewarna mahupun bahan tambahan. Ia adalah salah satu minuman labu air yang terbaik untuk dinikmati pada hari yang terik!

Bahan-bahan: Air Tulen, Labu air Sejuk Organik, Gula Hitam Organik, Gula Batu Merah, Kanten

Negara Pengeluar: Taiwan

Saiz: 450 ml

Harga: RM5.30-RM5.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Eu Yan Sang Brown Sugar With Winter Melon Drink

Eu Yan Sang Brown Sugar With Winter Melon Drink
Kredit Gambar: Eu Yan Sang

Eu Yan Sang Brown Sugar Winter Melon Drink adalah minuman ringan dari Taiwan. Anda mungkin merasai gula perang Taiwan yang manis. Minuman ini bukan sahaja menyejukkan badan anda, tetapi ia juga bagus untuk kulit anda!

Bahan-bahan: Labu air, gula tebu, gula perang, jus tebu

Negara Pengeluar: Taiwan

Saiz: 45 g

Harga: RM32.22-RM35.80 (45 g x 12 pek)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Nutrifres Winter Melon Fruit Juice Concentrate/Cordial

Nutrifres Winter Melon Fruit Juice Concentrate Cordial
Kredit Gambar: Shopee

Nutrifres Winter Melon Fruit Juice Concentrate adalah produk halal, GMP, dan HACCP. Ia penuh dengan puri labu air yang lazat. Anda boleh merasai rasa manis dan menikmati bau yang harum daripada minuman ini. Pada masa yang sama, minuman ini sesuai untuk dicampur dengan produk lain kerana ia memberikan tekstur yang licin dan lembut. Pasti anda akan menyukainya.

Bahan-bahan: Puri labu air semula jadi

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1000 g

Harga: RM10-RM10.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Polpa Winter Melon 100% Fresh Fruit Pulp Juice

Polpa Winter Melon Fresh Fruit Pulp Juice
Kredit Gambar: Shopee

Minuman ini dibuat dengan pulpa buah asli dan segar. Anda boleh merasai rasa buah yang berair dan berkhasiat. Cara penyimpanannya adalah anda perlu simpan minuman ini di dalam peti sejuk supaya ia segar apabila anda meminumnya.

Bahan-bahan: Air Penapis, Gula, Labu air segar, Pemekat, Pengawet yang dibenarkan, Perisa & Pewarna Semula jadi yang dibenarkan

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 Liter

Harga: RM15

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. 2 Minute Cocktail Winter Melon Syrup

Minute Cocktail Winter Melon Syrup
Kredit Gambar: Dropee

2 Minute Cocktail Winter Melon Syrup juga merupakan produk halal dan boleh diambil oleh golongan muslim. Warna minuman ini coklat muda dan mempunyai rasa yang sedap. Anda akan teruja dengan bau dan rasa minuman ini apabila anda meminumnya.

Bahan-bahan: Gula, Air, Perisa, Asid Sitrik (E330), Warna (E150a), Pengawet (E210, E223), Perapi Makanan (E415)

Negara Pengeluar: Malaysia

Saiz: 1 Liter, 100 ml

Harga: RM7.00 – RM39.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Great Choice HALAL Winter Melon Syrup 

Great Choice HALAL Winter Melon Syrup
Kredit Gambar: Shopee

Great Choice Halal Winter Melon Syrup ini dihasilkan di Taiwan. Ia pekat dan sesuai untuk dicampur dengan minuman dan pencuci mulut yang lain. Anda boleh merasai kemanisan dan rasa lazat campurannya bersama dengan bahan lain. Nikmatilah ia sambil bersantai bersama keluarga tersayang.

Bahan-bahan: labu air segar, gula, air

Negara Pengeluar: Taiwan

Saiz: 450 ml

Harga: RM7.46 – RM9.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Kuang Chuan Zhengzhuang Winter Melon Tea

Kuang Chuan Zhengzhuang Winter Melon Tea
Kredit Gambar: Shopee

Kuang Chuan Zhengzhuang Winter Melon Tea adalah minuman yang sesuai untuk menyejukkan badan anda semasa cuaca panas. Adakah anda tahu bahawa ia diperbuat daripada resipi pembuatan labu air yang asli? Pastikan anda menyimpannya di dalam peti sejuk untuk pengalaman santapan yang hebat dan menakjubkan.

Bahan-bahan: Air, madu labu air, gula pasir, rempah ratus, gula gula jagung

Negara Pengeluar: Taiwan

Saiz: 300 ml

Harga: RM3.69

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Drinks Shenhui Winter Melon Juice

Drinks Shenhui Winter Melon Juice
Kredit Gambar: Shopee

Drinks Shenhui Winter Melon Juice yang diperbuat di Shenzhen, China ini datang dalam pek individu supaya anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk atau tempat sejuk. Rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya minuman disukai ramai. Cubalah menikmatinya bersama keluarga. Anda pasti menyukainya!

Bahan-bahan: Air, Labu Lilin Segar, Gula Butiran Putih, Labu Lilin Pekat

Negara Pengeluar: China

Saiz: 250 ml

Harga: RM179.00 (24 kotak)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close