8 Minyak Tea Tree Terbaik di Malaysia 2025

Minyak tea tree juga dikenali sebagai minyak melaleuca merupakan minyak pati yang disuling daripada daun pokok Melaleuca Alternifolia. Minyak tea tree ini mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan termasuklah untuk penjagaan kulit, kuku, rambut dan luka. Minyak tea tree juga boleh digunakan untuk merawat batuk dan selsema.

Minyak tea tree sering digunakan di dalam dunia kecantikan ekoran kemampuannya dalam merawat masalah kulit seperti jerawat. Ia juga sering ditambahkan dalam pelbagai produk penjagaan diri seperti syampu, pencuci muka, serum, sabun badan dan banyak lagi. Berikut adalah 8 minyak tea tree terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia. 

Bagaimanakah anda boleh memanfaatkan sepenuhnya minyak tea tree?

Minyak tea tree merupakan alternatif kepada ubat atau rawatan semula jadi konvensional. Ia boleh digunakan untuk merawat setiap bahagian badan termasuklah muka, rambut, badan dan kuku. Anda juga boleh menggunakannya sebagai deodoran dan penghalau binatang perosak. Berikut adalah cara yang boleh anda lakukan untuk menggunakan minyak tea tree dalam penjagaan kulit, penjagaan rambut dan penjagaan badan. 

  1. Penjagaan Kulit

Sapukan 2 hingga 3 titis minyak tea tree ke muka anda selepas pelembap atau anda juga boleh campurkannya ke dalam toner, pelembap atau krim pelindung matahari anda. 

  1. Penjagaan Rambut

Untuk merawat kelemumur, campurkan minyak tea tree dengan ‘carrier oil’ dan sapukan campuran tersebut pada rambut dan kulit kepala anda. Biarkan ia berada di rambut anda selama 20 minit sebelum membilasnya.

  1. Penjagaan badan

Sama seperti penjagaan kulit, anda boleh terus meletakkan minyak tea tree pada badan anda. Anda juga boleh mencampurkannya dengan losyen badan atau ‘carrier oil’ seperti minyak badam, minyak jojoba dan banyak lagi. Kemudian, urut perlahan-lahan sehingga ia meresap sepenuhnya. 

8 Minyak Tea Tree Terbaik di Malaysia 2023

1. The Body Shop Tea Tree Oil

The Body Shop Tea Tree Oil
Kredit gambar: Shopee

The Body Shop Tea Tree Oil menawarkan anda 100% minyak tea tree tulen. Produk ini terkenal dengan keberkesanannya dalam menangani kulit berminyak, berjerawat, jeragat dan kemerahan. Ia juga tidak mempunyai kesan berminyak sekali gus membolehkan anda menggunakannya sebagai asas kepada penjagaan kulit. 

 Spesifikasi:

  • Isi padu: 10 ml 
  • Bahan: Air, Alkohol Denat., Polysorbate 60, Melaleuca Alternifolia (Pokok Teh) Minyak Daun, Limonene, Minyak Biji Calophyllum Inophyllum, t-Butyl Alcohol, Citral, Leptospermum Petersonii (Pokok Teh Lemon) Minyak, Denatonium Benzoate, Tocopherol
  • Negara Pengeluar: United Kingdom 

Harga: RM 44.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. Thursday Plantation Tea Tree Oil

Thursday Plantation Tea Tree Oil
Kredit gambar: Shopee

Produk ini disuling daripada pokok teh terbaik di New South Wales dan tenggara Queensland. Thursday Plantation 100% Pure Tea Tree Oil memberikan banyak manfaat dalam hanya satu titisan. Ia boleh merawat pelbagai masalah kulit dengan efektif. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membunuh 99.9% kuman.

 Spesifikasi:

  • Isi padu: 10 ml, 15 ml, 25 ml, 50 ml, 100 ml 
  • Bahan:  100% pure Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil
  • Negara Pengeluar: Australia 

Harga: RM 58.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Cosmoderm Tea Tree Oil

Cosmoderm Tea Tree Oil
Kredit gambar: Shopee

Cosmoderm Tea Tree Oil ini diperbuat daripada 100% Minyak Pokok Teh Australia yang berkesan dalam merawat masalah kulit seperti bintik hitam dan jerawat serta mencerahkan parut jerawat. Anda juga boleh menggunakannya selepas serum dan pelembap untuk mengunci kelembapan kulit anda. 

 Spesifikasi:

  • Isi padu: 10 ml 
  • Bahan: 100% Minyak Pokok Teh Australia Tulen
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Harga: RM 19.44

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. FIRSTSUN Tea Tree Oil

FIRSTSUN Tea Tree Oil
Kredit gambar: Aliexpress

FIRSTSUN Tea Tree Oil ini merupakan minyak tea tree serba guna yang bersifat antiplogistik. Ia berfungsi untuk mengecilkan liang roma dan menenangkan fikiran. Selain itu, ia juga mengandungi ekstrak lavender dan mawar yang membolehkan anda mencampurkannya dengan produk penjagaan diri seperti syampu, losyen dan gel badan untuk mendapatkan bauan semula jadi. Ia juga boleh digunakan sebagai aromaterapi.

 Spesifikasi:

  • Isi padu: 10 ml 
  • Bahan: (Bahan utama) Minyak Pokok Teh, Ekstrak Lavender, Ekstrak Mawar 
  • Negara Pengeluar: China 

Harga: RM 6.38

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. Alia Tea Tree Oil

Alia Tea Tree Oil
Kredit gambar: Watsons

Minyak tea tree Alia ini dirumus khas untuk mencegah jerawat dan memudarkan jeragat. Campurkannya dengan serum muka anda untuk rawatan tambahan atau sapukannya selepas pelembap pada setiap malam sebagai rawatan jerawat. Selain itu, minyak tea tree terbaik ini juga boleh berfungsi sebagai antimikrob.

 Spesifikasi:

  • Isi padu: 10 ml 
  • Bahan: 100% Minyak Tea Tree 
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Harga: RM 16.72

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. Plant Therapy Tea Tree Essential Oil

Plant Therapy Tea Tree Essential Oil
Kredit gambar: Plant Therapy

Plant Therapy Tea Tree Essential Oil merupakan ubat semula jadi yang boleh digunakan untuk melegakan kerengsaan kulit dan melawan gejala jerawat. Minyak tea tree ini juga sesuai digunakan untuk urutan atau aromaterapi yang dapat memberikan ketenangan semasa tidur.

 Spesifikasi:

  • Isi padu: 10 ml, 30 ml, 100 ml
  • Bahan: 100% Melaleuca Alternifolia Tea Tree Oil 
  • Negara Pengeluar: Australia

Harga: RM 34.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Aiken Tea Tree Oil

Aiken Tea Tree Oil
Kredit gambar: Prolife

Aiken Tea Tree Oil merupakan minyak tea tree semula jadi yang boleh dipercayai dalam melindungi kulit anda tanpa menyebabkan sebarang kerengsaan kulit. Anda juga boleh mencampurkan minyak tea tree serba guna ini ke dalam syampu untuk memerangi masalah kelemumur. Selain itu, ia juga boleh digunakan sebagai bahan aktif untuk menghalau serangga seperti nyamuk dan lalat.

 Spesifikasi:

  • Isi padu: 10 ml 
  • Bahan: Melaleuca Alternifolia (Tea Tree) Leaf Oil
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Harga: RM 14.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. EucaPro Antibacterial Tea Tree Essential Oil

EucaPro Antibacterial Tea Tree Essential Oil
Kredit gambar: Shopee

Anda boleh menggunakan minyak tea tree ini untuk rawatan kulit berjerawat, kulat kuku, sebagai campuran pembersih bilik serta merawat jangkitan luka. Selain itu, kandungan antikulat dalam produk ini juga boleh digunakan untuk merawat rambut. Bukan itu sahaja, ia juga sesuai untuk anda yang mempunyai masalah bintik hitam dan kulit kepala berkelemumur.

Spesifikasi:

  • Isi padu: 15 ml 
  • Bahan: 100% Minyak Melaleuca Alternifolia
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Harga: RM 42.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close