10 Minyak Truffle Terbaik di Malaysia 2025

Apakah minyak truffle? Minyak truffle adalah minyak zaitun, minyak bunga matahari atau minyak biji anggur yang diselitkan dengan truffle hitam atau putih. Minyak truffle hanya mengandungi peratusan kecil truffle tetapi jumlah truffle yang kecil itu sudah cukup untuk membuat perubahan besar dalam minyak zaitun. Truffle adalah kulat eksotik yang mempunyai rasa umami yang bersahaja. Disebabkan jarang dihasilkan, truffle sangat mahal dan sukar diperoleh di pasaran. Oleh itu, cara paling dekat dan mudah untuk anda merasai rasa unik truffle ini adalah melalui minyak truffle.

Minyak truffle boleh memberikan rasa dan aroma truffle ke dalam hidangan dan pencuci mulut anda. Ia biasanya ditambah semasa proses memasak atau dijadikan sebagai minyak penamat. Terdapat dua jenis minyak truffle iaitu minyak truffle putih dan minyak truffle hitam. Minyak truffle putih mempunyai rasa yang lebih halus. Sementara itu, minyak truffle hitam mempunyai rasa yang lebih kuat dan neutral.

Di manakah saya boleh mendapatkan minyak truffle?

Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan minyak truffle di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan minyak truffle, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, minyak truffle seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!

Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih minyak truffle?

Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli minyak truffle ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis minyak truffle yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.

10 Minyak Truffle Terbaik di Malaysia 2025

1. Basso Extra Virgin Olive Oil with Truffle

Basso Extra Virgin Olive Oil with Truffle
Kredit Gambar: Shopee

Basso Extra Virgin Olive Oil dengan Truffle merupakan salah satu produk yang diminati ramai kerana ia mempunyai truffle putih. Gabungan kedua-dua bahan ini mempunyai kelazatan yang unik, rasa tersendiri dan bau pedas yang khas daripada tanah dan hutan di Itali.

Bahan-bahan: Tidak dinyatakan

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 250 ml

Harga: RM19.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. LaRuschetilla Black Truffle Olive Oil

LaRuschetilla Black Truffle Olive Oil
Kredit Gambar: Shopee

Aroma Minyak Zaitun LaRuschetilla Black Truffle ini sangat harum. Ia dibuat daripada truffle hitam segar dan minyak zaitun extra virgin. Minyak ini sesuai digunakan dalam apa jua makanan, daripada roti sehinggalah kepada pasta, salad, nasi Itali, daging dan juga sup. Minyak ini mengeluarkan bau wangi yang kuat dengan hanya beberapa titisan sahaja. Ia juga dapat meningkatkan rasa makanan anda. Anda perlu tambah minyak Truffle ini ke atas makanan anda sejurus sebelum dihidangkan. Anda akan mendapat rasa yang terbaik daripadanya. Percayalah!

Bahan-bahan: Minyak Zaitun Extra Virgin dan Black Truffle.

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 100 ml

Harga: RM50.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. La Chinata Black Truffle Extra Virgin Olive Oil

La Chinata Black Truffle Extra Virgin Olive Oil
Kredit Gambar: Shopee

La Chinata Black Truffle Extra Virgin Olive Oil adalah minyak aromatik yang dibuat daripada minyak zaitun extra virgin terbaik dan pilihan truffle hitam terbaik (Tuber Aestmum Vittad), yang dibezakan melalui bau dan rasanya yang tersendiri. Ia mempunyai rasa manis dan boleh digunakan dalam pelbagai resipi masakan anda.

Bahan-bahan: Minyak Zaitun Extra Virgin , Truffle.

Negara Pengeluar: Sepanyol

Saiz: 250 ml

Harga: RM63.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Naturel Extra Virgin Olive Oil With White Truffle Spray

Naturel Extra Virgin Olive Oil With White Truffle Spray
Kredit Gambar: Shopee

Naturel Extra Virgin Olive Oil With White Truffle Spray ini mengandungi sedikit daun ara untuk rasa manis dan licin dengan sentuhan rempah. Sistem semburan tiga tindakan revolusioner ini mempunyai 200+ semburan di dalamnya, membolehkan pengguna mengagihkan dan mengurus jumlah minyak yang digunakan secara sekata. Ia mempunyai peratusan lemak tepu yang rendah dan peratusan lemak sihat yang lebih tinggi. Minyak ini baik untuk anda.

Bahan-bahan: Minyak Zaitun Extra Virgin and Pati White Truffle.

Negara Pengeluar: Sepanyol

Saiz: 200 ml

Harga: RM21.49

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Olitalia Truffle Oil

Olitalia Truffle Oil
Kredit Gambar: Olitalia

Minyak Truffle Olitalia ini mempunyai rasa yang kaya dan tahan lama. Ia sesuai digunakan dalam pelbagai resipi, daripada pasta atau risotto ringkas sehinggalah kepada hidangan berasaskan daging atau ikan. Ia juga sesuai dengan resipi berasaskan telur atau keju kerana rasanya yang berbeza. Anda harus mencuba minyak ini sekarang!

Bahan-bahan: Minyak Zaitun Extra Virgin dan perisa Truffle.

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 250 ml

Harga: RM23.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Truffle Hill Truffle Oil

Truffle Hill Truffle Oil
Kredit Gambar: Lazada

Truffle Hill Truffle Oil ini adalah produk truffle yang hebat untuk diterokai dalam mana-mana dapur masakan anda. Minyak ini diselitkan dengan ketulan Black Perigord Truffle dan perisa truffle. Sedikit minyak truffle ini boleh meningkatkan rasa makanan yang mewah. Untuk mendapatkan rasa dan bau minyak truffle yang harum, anda boleh menghiaskannya di atas hidangan sebelum dihidangkan. Minyak ini sesuai untuk pelbagai resepi masakan anda.

Bahan-bahan: Minyak Zaitun Extra Virgin, Melanosporum Black Truffle Tuber Melanosporum (0.5%), Perisa Truffle.

Negara Pengeluar: Australia

Saiz: 100 ml

Harga: RM79.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Ristoris Extra Virgin Olive Oil White Truffle Dressing

Ristoris Extra Virgin Olive Oil White Truffle Dressing
Kredit Gambar: Halal Food Master

Ristoris Extra Virgin Olive Oil White Truffle Dressing adalah perasa unik yang dihasilkan dengan menggabungkan aroma buah zaitun dan aroma kuat truffle putih dengan seimbang. Minyak ini adalah pelbagai jenis bauan yang bersedia untuk meningkatkan rasa mana-mana masakan berkualiti tinggi. Cubalah, anda pasti tidak menyesal!

Bahan-bahan: Tidak dinyatakan

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 250 ml

Harga: RM42.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Tartufo Bianco White Truffle Oil 

Tartufo Bianco White Truffle Oil
Kredit Gambar: Winestyle

Minyak Truffle Putih Tartufo Bianco ini dicipta untuk memberikan rasa truffle yang mewah tanpa kos truffle mentah yang tinggi. Minyak zaitun extra virgin diselitkan dengan kepingan truffle putih dari Itali ini sehingga rasa dan bau truffle diserap elok ke dalam minyak. Minyak truffle ini memberikan kematangan dan kekayaan rasa di dalam makanan yang disediakan.

Bahan-bahan: Minyak Zaitun (EU), Truffle Putih, Aroma

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 250 ml 

Harga: RM95.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Oleificio Coppini Black Truffle Extra Virgin Olive Oil

Oleificio Coppini Black Truffle Extra Virgin Olive Oil
Kredit Gambar: Oleificio Coppini

Oleificio Coppini Black Truffle Extra Virgin Olive Oil adalah minyak zaitun extra virgin dengan aroma truffle putih yang berbeza. Kemasukan truffle ini meningkatkan keamatan aroma yang harum. Minyak zaitun extra virgin yang digunakan ini adalah berkualiti tinggi dan sesuai digabungkan dengan truffle untuk menghasilkan minyak truffle yang mewah. Anda boleh menggunakan beberapa titis minyak ini ke atas makanan ringkas seperti telur hancur, kentang tumbuk, sos krim, Carpaccio dan sup sendawan bagi menghasilkan rasa yang lazat.

Bahan-bahan: Tidak dinyatakan 

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 250 ml

Harga: RM35.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Tartufi Morra Black Truffle Flavored Olive Oil

Tartufi Morra Black Truffle Flavored Olive Oil
Kredit Gambar: Shopee

Tartufi Morra Black Truffle Flavored Olive Oil ini diperoleh melalui prosedur pengeluaran termaju, yakni membolehkan pembuatan minyak zaitun ini berserta bau harum truffle ini dapat menghasilkan rasa yang unik dan lazat pada makanan. Hanya beberapa titis sahaja digunakan ke atas makanan dapat memberikan aroma yang harum dan berpanjangan. Anda boleh menggunakan minyak truffle ini pada pasta, risotto, daging, salad, sos dan ikan.

Bahan-bahan: Minyak Zaitun, Truffle Hitam (Ubi Melanosporum Vitt), 0.1%, Perisa.

Negara Pengeluar: Itali

Saiz: 250 ml

Harga: RM98.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close