Minyak walnut adalah sejenis minyak yang menarik kerana ia mempunyai rasa yang halus dan pedas serta berbau harum. Seperti namanya, minyak ini diekstrak daripada walnut menggunakan proses yang dipanggil ‘cold pressing’. Walau bagaimanapun, minyak ini hanya boleh bertahan suhu sehingga 160 darjah Celsius. Jadi, ia lebih sesuai digunakan untuk masakan ringan. Anda juga boleh menggunakannya untuk membuat sos, ‘dressing’ atau menambahnya sebagai hiasan. Ia boleh memberikan hidangan anda inti pati pedas dan sedikit manis. Minyak ini boleh digunakan bersama mi sejuk, keju tua, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sebenarnya, terdapat banyak manfaat tentang minyak walnut ini. Antaranya, ia boleh meredakan keradangan dan membaiki kulit anda supaya menjadi lebih berseri dan sihat. Selain itu, ia juga boleh merendahkan tekanan darah tinggi serta merendahkan tahap kolesterol jahat (LDL). Oh ya, minyak walnut juga boleh mencegah penularan sesetengah kanser di dalam badan anda. Paling penting, ia boleh membantu anda untuk memperbaiki fungsi saluran darah dan kawalan gula di dalam darah.
Di manakah saya boleh mendapatkan minyak walnut?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan minyak walnut di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan minyak walnut, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, minyak walnut seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih minyak walnut?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli minyak walnut ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis dan jenama minyak walnut yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Menyemak tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Minyak Walnut Terbaik di Malaysia 2025
1. Pressed Purity Walnut Oil

Minyak Walnut Purity Pressed diperbuat daripada walnut yang ditanam di Australia dan mempunyai perisa kacang yang kaya. Walnut ini mempunyai kandungan Omega 3 yang tinggi, yang baik untuk fungsi otak dan pembaikan sel. Minyak walnut juga mengandungi mangan, tembaga, dan melatonin, yang semuanya bermanfaat untuk tidur malam yang nyenyak. Minyak Walnut bagus untuk disapu pada salad, kerang, cendawan dan hidangan nasi, tetapi bukan digunakan untuk memasak.
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 250 ml
Harga: RM52.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Somama Walnut Oil

Minyak Walnut Somama diperbuat daripada biji kenari yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi iaitu antara 65 hingga 70%. Biji walnut mempunyai paras lemak 63 hingga 76 gram setiap 100 gram. Minyak ini mengandungi gliserida asid linoleik, asid linolenik, dan gliserida asid oleik yang merupakan komponen utama lemaknya, yang kesemuanya merupakan asid lemak penting untuk tubuh manusia.
Negara Pengeluar: China
Saiz: 100 ml
Harga: RM43.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Sunno Premium Cold Pressed Unrefined Walnut Oil

Sunno Premium Cold Pressed Walnut Oil dimuatkan dengan nutrien asli yang boleh anda temui di dalam walnut. Minyak ini mengandungi asid lemak omega-3 yang sihat dan penting untuk perkembangan otak. Ia juga boleh meningkatkan keserian kulit dan imuniti anda terhadap penyakit. Ia mempunyai rasa pedas dan mungkin anda akan menggemarinya.
Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
Saiz: 250 ml
Harga: RM39.75
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. La Tourangelle Roasted Walnut Oil

Di Woodland, California, La Tourangelle membuat kraf tangan minyak walnut panggang ini menggunakan kaedah tradisional yang berusia 150 tahun, sama seperti kilang minyak saudara Perancisnya. Ditapis perlahan-lahan, minyak ini memberikan rasa walnut yang kaya kepada salad dressing, spageti, daging panggang dan makanan laut, pastri yang dibakar dan bagus jika digunakan untuk mencelup roti.
Negara Pengeluar: California, Amerika Syarikat
Saiz: 500 ml
Harga: RM39.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Emile Noel Walnut Oil

Minyak Walnut Emile Noel ini tinggi dengan asid alfa-linolenik (Omega 3) yang merupakan asid lemak yang jarang ditemui tetapi penting untuk badan anda. Minyak ini ditekan sejuk sekali gus meningkatkan rasa sayuran anda pada akhir proses memasak dan memberikan salad anda rasa yang menyenangkan dan sedap.
Negara Pengeluar: Perancis
Saiz: 250 ml
Harga: RM95.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Nuttyoil Pure Cold Pressed Unrefined Walnut Oil

Nuttyoil Pure Cold Pressed Unrefined Walnut Oil adalah minyak walnut ditekan sejuk tulen & tidak ditapis yang diekstrak daripada walnut yang tidak dipanggang. Minyak ini kaya dengan omega 3, omega 6 dan vitamin E. Ia juga diperkaya dengan EFA dan DHA. Ia boleh membantu meningkatkan kualiti tidur anda, perkembangan otak dan kesihatan kulit. Minyak ini juga sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 250 ml
Harga: RM35.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Plenty Cold Pressed Walnut Oil

Plenty Cold Pressed Walnut Oil adalah 100% buatan Australia. Setiap titisan minyak ini penuh dengan kekayaan dan kelazatan semula jadi. Minyak walnut adalah minyak yang jarang diproses jadi ia sangat berharga. Minyak walnut ini merupakan sumber asid linoleik yang baik iaitu asid lemak tidak tepu. Ia adalah minyak salad yang hebat kerana warna dan rasanya yang cerah. Minyak walnut dapat menambah sentuhan keenakan kepada mana-mana masakan anda.
Negara Pengeluar: Australia
Saiz: 375 ml
Harga: RM46.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Bio Planete Organic Walnut Oil Virgin

Jika anda inginkan khasiat, anda boleh menggunakan Bio Planete Organic Walnut Oil Virgin pada makanan anda. Makanan yang sejuk boleh menonjolkan rasa berkrim dan halus kerana adanya minyak walnut ini. Cara pembuatannya adalah walnut dikumpul dan dikeringkan tanpa menggunakan bantuan mekanikal, kemudian ditekan sejuk mengikut tradisi yang telah lama wujud, menjadikannya berharga dan berkhasiat.
Negara Pengeluar: Eropah
Saiz: 100 ml
Harga: RM49.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. BioJunior Walnut Oil

Minyak Walnut BioJunior mengandungi omega-3, omega-6, dan fitonutrien untuk merangsang otak anda sambil melawan radikal bebas. Anda boleh menambah 1 hingga 2 sudu makan setiap hari di dalam salad, sup dan hidangan pasta untuk melihat perbezaan dalam kesihatan anda. Minyak ini organik, vegan, bebas gluten dan bebas pengawet.
Negara Pengeluar: Itali
Saiz: 250 ml
Harga: RM91.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Spectrum Culinary Refined Walnut Oil

Spectrum Culinary Refined Walnut Oil ini sesuai digunakan ketika anda memasak dengan api sederhana dan salad dressing. Minyak walnut ini ialah makanan lemak tidak terhidrogenasi dengan rasa pedas yang lembut, jadi ia sesuai dengan makanan laut dan salad. Ia diperakui halal dan bukan GMO. Minyak ini bagus digunakan untuk memasak dengan api sederhana hingga tinggi.
Negara Pengeluar: California, Amerika Syarikat
Saiz: 473 ml
Harga: RM56.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.