Salah satu cara untuk kelihatan hebat adalah dengan mengenakan wangian yang bersesuaian dengan personaliti dan gaya anda. Mencari minyak wangi yang sesuai merupakan salah satu hal yang sukar kerana terdapat wangian pelbagai jenis di pasaran. Oleh sebab itu, anda harus bijak menentukan minyak wangi mana yang sesuai dengan anda. Minyak wangi boleh melambangkan keperibadian anda kepada umum.
Terdapat beberapa minyak wangi yang boleh didapati di pasaran hari ini dengan bauan unik yang akan membuatkan ramai terpesona dengan anda. Jika anda masih belum menemui bau khas anda, anda tidak perlu risau. Berikut adalah 15 minyak wangi terbaik untuk wanita di Malaysia.
Apakah wangian menggoda yang boleh digunakan?
Terdapat beberapa bau yang tersedia dan menakjubkan. Namun, bauan yang menggoda dan memikat ialah melati dan ylang ylang. Aroma ini dikaitkan dengan percintaan dan tarikan kerana ia menyenangkan pada deria bau.
Bagaimanakah saya memilih wangian untuk diri saya?
Terdapat beberapa cara yang boleh anda ikuti untuk memilih minyak wangi yang sesuai untuk anda. Anda harus terlebih dahulu mempertimbangkan jenis bauan yang anda suka pakai sama ada bau bunga atau tanah. Anda juga harus mempertimbangkan berapa kerap anda akan memakai minyak wangi dan pada majlis apa anda biasanya memakai minyak wangi.
15 Minyak Wangi Terbaik Untuk Wanita di Malaysia 2025
1. Woman By Ralph Lauren

Woman by Ralph Lauren ialah eau de parfum yang mempunyai bau feminin yang moden dan kaya. Bau ini sesuai untuk dipakai pada waktu siang dan malam. Minyak wangi ini mempunyai bau kayu dan bunga kerana kebanyakan wangian terdiri daripada wangian bunga dan kayu. Wangian atasnya ialah pear, rhubarb, dan blackcurrant. Wangian tengah pula ialah tuberose, bunga oren, dan mawar Turki. Wangian asasnya ialah kayu cendana, hazelnut dan kayu yang terang.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol,parfum / Fragrance, Aqua / Water, Benzyl Salicylate, Benzyl Alcohol, Linalool, Limonene, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Hydroxycitronellal, Alpha-isomethyl Ionone, Citronellol, Methyl Anthranilate, Geraniol, Isoeugenol, Tris(tetramethylhydroxypiperidinol) Citrate, Citral, Benzyl Benzoate, Farnesol, Ci 14700 / Red 4, Ci 19140 / Yellow 5, Ci 60730 / Ext. Violet 2.972135 5. B209010/2
- Negara Pengeluar: Amerika
- Saiz: 100 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan kayu
✅ Sesuai untuk siang dan malam
Harga: RM289.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. J’adore by Dior

J’adore by Dior ialah wangian yang glamor dan terkenal untuk dipakai oleh wanita. Minyak wangi ini dihasilkan adalah bertujuan untuk memberikan sentuhan feminin moden terhadap sesiapa yang memakainya sekali gus menyerlahkan sentuhan keanggunan si pemakai. Wangian atas terdiri daripada pear, melon, magnolia, pic, oren mandarin dan bergamot. Wangian tengah pula mengandungi melati, lily-of-the-valley, tuberose, freesia, rose, orkid, plum dan violet. Wangian asasnya ialah kasturi, vanila, beri hitam dan cedar.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol, Parfum (Fragrance), Aqua (Water), Butylphenyl Methylpropional, Benzyl Salicylate, Hexyl Cinnamal, Hydroxycitronellal, Citronellol, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Alpha-Isomethyl Ionone, Limonene, Linalool, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Ethylhexyl Salicylate, Geraniol, BHT, Benzyl Benzoate, Citral, Cinnamyl Alcohol, Benzyl Cinnamate, Benzyl Alcohol, Farnesol, Tocopherol, Ci 14700 (Red 4), Ci 19140 (Yellow 5), Ci 60730 (Ext. Violet 2)
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: 100 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan segar
Harga: RM229.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Gucci Flora Gorgeous Gardenia

Gucci Flora Gorgeous Gardenia ialah eau de parfum yang bertumpu dan mengambil inspirasi daripada bunga gardenia. Haruman bunga ini segar dan bertenaga yang sesuai digunakan pada hari keluar dan untuk sewaktu bekerja. Wangian atas ialah bunga pir. Wangian tengah pula ialah gardenia dan jasmine. Wangian asas ialah gula perang dan nilam.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol Denat, Parfum/Fragrance, Aqua/Water/Eau, Benzyl Salicylate, Hydroxycitronellal, Limonene, Coumarin, Linalool, Farnesol, Benzyl Benzoate, Citronellol, Benzyl Alcohol
- Negara Pengeluar: Itali
- Saiz: 100 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan manis
Harga: RM399.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Legendary Orchid

Minyak Wangi Orkid yang terkenal di Malaysia ini dihasilkan oleh Legendary Perfume di Malaysia. Terdapat lebih daripada 8,000 spesies bunga di seluruh negara, dan 800 jenis adalah spesies orkid. Minyak wangi ini kini merupakan salah satu cenderamata paling popular di Malaysia yang boleh anda berikan kepada keluarga dan rakan anda yang tinggal di luar negara untuk mengingatkan mereka tentang Malaysia.
Legendary Orchid mempunyai wangian semula jadi dan tulen, ia lebih kaya sedikit daripada bau bunga sekali gus mewujudkan perasaan kembali kepada alam semula jadi. Minyak wangi biasanya agak mahal, tetapi Legendary Orchid ini harganya berpatutan. Minyak wangi ini juga boleh dijadikan hadiah romantis untuk pasangan anda kerana ia mewakili cinta, kemewahan dan kekuatan. Anda boleh mendapatkan minyak wangi ini di Sasa, Parkson, Metrojaya, Kedai Bebas Cukai di Lapangan Terbang dan banyak lagi di butik minyak wangi di Malaysia.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol Denatured, Parfum, Water, PPG-20 Methyl Glucose Ether, Benzonphenone-3, BHT
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 30 ml, 50 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan segar
✅ Sesuai digunakan pada waktu siang dan malam
Harga: RM118.00 – RM238.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Chance Eau Fraiche by Chanel

Chance Eau Fraiche by Chanel ialah eau de parfum yang mempunyai bauan kayu dan sitrus. Wangian ini segar dan menyegarkan anda pada masa yang sama, jadi anda boleh menggunakan wangian ini selepas bersenam atau pada waktu pagi sebelum anda pergi bekerja. Wangian atas ialah lemon, cedar dan citron. Wangian tengah pula ialah keladi bunting, lada merah jambu dan melati. Wangian asasnya ialah nilam, kasturi putih, vetiver, kayu jati, iris dan ambar.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol, Fragrance, Water, Limonene, Linalool, Hydroxycitronellal, Hexyl Cinnamal, Citral, Citronellol, Geraniol, Coumarin, Benzyl Benzoate, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Ci 19140 (Yellow 5), Ci 42090 (Blue 1), Il17-1
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: 100 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Bau buah-buahan dan bunga-bungaan
✅ Sesuai digunakan untuk kegunaan harian
Harga: RM195.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Jo Malone English Pear & Freesia

Jo Malone English Pear & Freesia ialah wangian ‘juicy’ dan ranum yang mengambil inspirasi daripada landskap dan musim British sepanjang tahun. Wangian ini mempunyai bau buah-buahan yang bagus untuk mereka yang menggemari bau buah-buahan. Wangian atas ialah pear dan melon. Wangian tengah pula ialah freesia dan rose. Wangian asasnya ialah kasturi, nilam, rhubarb dan ambar.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol Denat., Water, Fragrance, Limonene, Butylphenyl Methylpropional, Linalool, Geraniol, Hexyl Cinnamal, Benzyl Benzoate, Citronellol.
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Saiz: 100 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Bau buah-buahan dan ‘musky’
Harga: RM210.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Gucci Bloom by Gucci

Gucci Bloom by Gucci ialah wangian bunga yang merangkumi kehijauan yang wujud di alam semula jadi. Pencipta minyak wangi ini diilhamkan oleh taman yang dipenuhi dengan bunga dan tumbuh-tumbuhan kerana dia percaya wanita adalah cantik, liar, berwarna-warni dan pelbagai, sama seperti taman. Wangian atasnya adalah melati, wangian tengah pula adalah tuberose. Wangian asas bagi minyak wangi ini ialah Pokok Akar Dani (rangoon creeper).
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol Denat., Fragrance, Water, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Bht, Linalool, Benzyl Alcohol, Cinnamal, Hydroxycitronellal, Citronellol, Geraniol, Eugenol, Isoeugenol, Farnesol, Benzyl Benzoate, Hexyl Cinnamal, Citral.
- Negara Pengeluar: Itali
- Saiz: 100 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Bau bunga dan feminin
✅ Sesuai digunakan pada waktu siang dan malam
Harga: RM210.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Versace Bright Crystal

Versace Bright Crystal ialah wangian bunga dan buah-buahan yang sesuai digunakan untuk keluar rumah pada hujung minggu dan malam janji temu. Minyak wangi ini mempunyai wangian atas yuzu, delima dan ais yang menjadikannya sangat menyegarkan apabila disembur. Wangian tengah pula adalah peony, lotus dan magnolia. Wangian asasnya adalah kasturi, mahoni dan ambar.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol, Denat. (Sd Alcohol 39-C), Fragrance, Water, Butylphenyl, Methylpropional, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Hydroxysohexyl 3-Cyclohexene Carboxaldehyde, Linalool, Citronellol, Ethylhexyl Salicylate, Butyl, Methoxydibenzoylmethane, Limonene, Geraniol, Ci 17200 (Red 33), Ci 15985 (Yellow 6).
- Negara Pengeluar: Itali
- Saiz: 90 ml
Kelebihan:
✅ Eau de toilette
✅ Sesuai untuk kegunaan siang dan malam
✅ Bau bunga dan buah-buahan
Harga: RM233.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Coach Eau de Parfum for Her

The Coach Eau de Parfum for Her diinspirasikan daripada bandar New York yang bertenaga. Harumannya menyegarkan dan sensual pada masa yang sama. Jadi, ini adalah wangian yang sesuai buat wanita yang ingin keluar pada waktu malam untuk lepak atau janji temu. Wangian atas adalah daun raspberi, pir dan lada merah jambu. Wangian tengah pula adalah mawar Turki, gardenia dan cyclamen. Wangian asasnya adalah suede, musk, cashmeran dan cendana.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol Denat. (Sd Alcohol 39-C), Parfum (Fragrance), Aqua (Water), Butyl Methoxydibenzoylmethane, Bht, Ci 14700 (Red 4), Ci 19140 (Yellow 5), Benzyl Salicylate, Butylphenyl Methylpropional, Alpha-Isomethyl Ionone, Limonene, Hydroxycitronellal, Citronellol, Hexyl Cinnamal, Geraniol, Linalool, Citral, Eugenol, Benzyl Alcohol.
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz: 50 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Menyegarkan dan sensual
✅ Buah-buahan dan bunga
Harga: RM349.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Yves Saint Laurent Black Opium

Yves Saint Laurent Black Opium adalah wangian haruman vanila yang menerapkan bauan misteri bagi mereka yang gemarkan bauan jenis misteri. Wangian atas mengandungi pear, lada merah jambu dan bunga oren. Wangian tengah pula adalah kopi, melati, badam pahit dan licorice. Wangian asas adalah vanila, nilam, kayu cedar dan kayu kasmir.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol, Water, Benzyl Salicylate, Benzyl Alcohol, Hydroxycitronellal, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Hexyl Cinnamal, Limonene, Linalool, Geraniol, Citronellol, Cinnamyl Alcohol, Methyl Anthranilate, Amyl Cinnamal, Citral, Coumarin, Benzyl Benzoate, Ci 15985 / Yellow 6, Ci 17200 / Red 33
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: 90 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Misteri dan memikat
✅ Sesuai untuk kegunaan malam
Harga: RM349.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
11. Chanel N°5 Eau De Parfum Spray

Chanel No 5 Eau de Parfum telah dicipta oleh Jacques Polges pada tahun 1986 sebagai satu lagi tafsiran bagi wangian asli ikonik yang diperkenalkan oleh Coco Chanel. Minyak wangi ini berasaskan flora dan sesuai untuk mereka yang feminin. Nota atas mengandungi neroli, ylang-ylang, pic, bergamot dan aldehid. Nota tengah pula mempunyai haruman seperti melati segar, lily of the valley, iris dan may rose. Nota asas pula menangkap adunan mendalam kayu cendana Mysore, vetiver, lumut, nilam dan vanila Bourbon.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol, Water, Fragrance, Benzyl Alcohol, Benzyl Benzoate, Benzyl Cinnamate, Benzyl Salicylate, Cinnamyl Alcohol, Citral, Citronellol, Coumarin, Eugenol, Farnesol, Geraniol, Hydroxycitronellal, Isoeugenol, Limonene, Linalool, Alpha-Isomethyl Ionone, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Ci 19140 (Yellow 5), Ci 15985 (Yellow 6), Ci 17200 (Red 33), Ci 14700 (Red 4), Il95-1.
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: 100 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Feminin dan flora
✅ Tahan lama
✅ Terdapat dalam 3 saiz
Harga: RM295.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
12. Bvlgari Rose Garden Blossom Delight Eau De Toilette

Rose Goldea Blossom Delight Eau de Toilette oleh Bvlgari ialah wangian bunga untuk para wanita. Minyak wangi ini adalah wangian yang baru di pasaran. Rose Goldea Blossom Delight Eau de Toilette telah dilancarkan pada 2022. Nota teratas bagi minyak wangi ini ialah Lily-of-the-Valley dan limau gedang manakala nota tengah pula ialah mawar dan peony. Untuk nota asas pula, minyak wangi ini mengandungi White Musk dan Cedar.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol Denat, Parfum, Aqua, Citronellol, Linalool, Limonene, Hydroxycitronellal, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Geraniol, Hexyl Cinnamal, Alpha-isomethyl Ionone, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Enthylhexyl Salicylate, Alcohol, Tris Citrate, Citral, Eugenol, Benzyl Alcohol, Bht, Ci 17200 (Red 33), Ci 19140 (Yellow 5)
- Negara Pengeluar: Itali
- Saiz: 50 ml
Kelebihan:
✅ Tahan lama
✅ Bau manis dan segar
✅ Wangian terbaru di pasaran
Harga: RM349.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
13. Miss Dior Absolutely Blooming Eau De Parfum

Dior mempersembahkan wangian baharunya Miss Dior Absolutely Blooming daripada koleksi Miss Dior yang terkenal pada Ogos 2016. Minyak wangi ini direka bentuk sebagai wangian yang ceria, lebih bersemangat dan lebih moden. Nota atas minyak wangi ini merupakan Raspberi, Blackcurrant, delima dan Pink Pepper sementara nota tengahnya pula adalah Grass Roses, Damsyik Roses dan Peony. Nota asas bagi minyak wangi ini adalah White Musk. Wangian ini sesuai buat mereka yang sukakan haruman floral dan manis.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol, Parfum (Fragrance), Aqua (Water), Linalool, Benzyl Salicylate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Limonene, Hydroxycitronellal, Coumarin, Hexyl Cinnamal, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Ethylhexyl Salicylate, Citronellol, Geraniol, Bht, Benzyl Benzoate, Citral, Benzyl Alcohol, Farnesol, Eugenol, Methyl 2-Octynoate, Tocopherol, Ci 14700 (Red 4), Ci 60730 (Ext. Violet 2), Ci 19140 (Yellow 5).
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: 50 ml, 100 ml
Kelebihan:
✅ Terdapat dalam 2 saiz
✅ Wangian floral dan manis
✅ Tahan lama
Harga: RM103.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
14. Chloe Singature Eau De Parfum

Chloé Signature Eau de Parfum ialah wangian lembut dan feminin yang menampilkan nota mawar, laici, freesia dan peony merah jambu. Minyak wangi ini dikhususkan kepada wanita yang inginkan haruman floral yang menyerlah tetapi halus. Minyak wangi ini juga mempamerkan bauan ros yang segar dan menjadikannya sesuai untuk digunakan sebagai wangian harian. Wangian ini mengandungi campuran peony, freesia dan laici sebagai nota atas, manakala nota tengah pula adalah bunga ros, magnolia dan Lily of the Valley. Bagi nota asas pula, ia mengandungi peony, freesia dan laici.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol Denat., Fragrance (Parfum), Water (Aqua), Butylphenyl Methylpropional, Hydroxyisohexyl 3-cyclohexene Carboxaldehyde, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Bht, Hexyl Cinnamal, Limonene, Benzyl Salicylate, Alcohol, Citronellol, Linalool, Alpha-isomethyl Ionone, Geraniol, Hydroxycitronellal, Tris (Tetramethylhydroxypiperidinol) Citratem Acrylates/ Octylacrylamide Copolymer, FD&C Yellow N⁰5 (Ci 19140), FD&C Red N⁰4 (Ci 14700), Hydrolyzed Jojoba Esters
- Negara Pengeluar: Perancis
- Saiz: 75 ml
Kelebihan:
✅ Eau de parfum
✅ Haruman pedas dan floral
✅ Sesuai untuk kegunaan setiap hari
Harga: RM324.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
15. Jo Malone Wood Sage & Sea Salt Cologne

Wood Sage & Sea Salt oleh Jo Malone London ialah wangian aromatik untuk wanita dan lelaki. Wood Sage & Sea Salt telah dilancarkan pada tahun 2014 dan individu yang menghasilkan wangian ini ialah Christine Nagel. Wangian ini adalah untuk individu yang mahukan haruman yang segar kerana ia membangkitkan rasa bebas dan kembali ke alam semula jadi. Komposisi wangian baharu ini terdiri daripada biji ambrette, garam laut, alga merah dan limau gedang. Selain itu, ia juga mempunyai aroma kayu dan semula jadi. Paling menarik, anda boleh menggabungkan wangian ini dengan Lime Basil & Mandarin, Nectarin Blossom & Honey Eau De Cologne untuk wangian segar atau aroma kayu.
Spesifikasi:
- Bahan: Alcohol Denat., Water, Fragrance, Limonene, Alpha-Isomethyl Ionone, Linalool, Benzyl Alcohol, Geraniol, Citronellol, Citral, Coumarin, Bht
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Saiz: 100 ml
Kelebihan:
✅ Boleh digabungkan dengan wangian lain
✅ Tahan lama
✅ Haruman segar
Harga: RM145.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.