Minyak wangi menjadi popular bukan kerana hanya dapat membantu melawan bau badan, malah ia juga mampu meningkatkan keyakinan diri. Tetapi, tahukah anda bahawa minyak wangi juga mempunyai beberapa kebaikan yang lain? Selain daripada mencegah bau badan, ia juga membantu anda mengatasi tekanan dan mengubati insomnia!
Seperti yang kita sedia maklum, minyak wangi berjenama seperti Victoria’s Secret, YSL, Chanel, dan banyak lagi mempunyai bau haruman yang eksklusif dan diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi. Namun, adakah anda tahu bahawa terdapat pelbagai jenama minyak wangi mampu milik yang menawarkan bauan yang berkualiti tinggi serta tahan lama? Oleh itu, kami mencadangkan 8 minyak wangi wanita mampu milik terbaik 2025 kepada anda.
Apa Yang Perlu Anda Pertimbangkan Sebelum Membeli Minyak Wangi?
Minyak wangi telah menjadi satu fenomena dalam kalangan masyarakat, bukan sahaja dikeluarkan daripada jenama terkenal malah ia juga hadir dalam pelbagai jenama yang boleh didapati di pasaran terutamanya dalam talian. Jadi untuk mengelakkan anda daripada membeli minyak wangi yang tidak berkualiti dari jenama yang diragui, anda perlulah pertimbangkan beberapa aspek seperti jenis bauan, belanjawan dan jenama minyak wangi tersebut.
- Jenis bauan
Anda perlulah memilih wangian berdasarkan personaliti dan cita rasa anda. Ini kerana keserasian minyak wangi akan menyerlahkan lagi aura kita dan membuatkan kita berasa lebih yakin apabila berhadapan atau bertemu dengan orang lain.
- Belanjawan
Disebabkan peningkatan populariti produk minyak wangi, anda boleh mendapatkan minyak wangi pada harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik untuk sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.
- Jenama
Membeli daripada jenama yang terkenal dan dipercayai boleh meningkatkan jaminan anda dalam menilai kualiti produk.
8 Minyak Wangi Wanita Mampu Milik Terbaik 2023
1. The Beauty Street Flower of Story Lady

Minyak wangi Beauty Street Flower of Story Lady mempunyai beberapa bauan bunga dan buah-buahan yang manis dan segar untuk anda pilih. Minyak wangi ini didatangkan dengan reka bentuk yang kecil dan ringan bagi membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Bukan itu sahaja, produk ini telah terjual sebanyak 65.9k sekaligus membuktikan kualiti yang ditawarkan sangat bagus.
Spesifikasi:
- Bahan: Tidak dinyatakan
- Bau: Daisy, Ceri, Strawberi, Madu, Epal, Lemon
- Saiz: 30 ml
Kelebihan:
✅ Harga mampu milik
✅ Pelbagai bauan yang unik dan manis
Harga: RM4.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Shimang Sweet Girl Eau De Perfume

Shimang Sweet Girl Eau De Perfume uniseks ini mempunyai bauan bunga dan buah-buahan segar semula jadi. Ia sesuai untuk digunakan pada majlis makan malam, parti, atau sebarang majlis rasmi ekoran baunya yang lembut dan tahan lama. Reka bentuknya yang ringkas dan kecil membolehkannya digunakan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Etanol, air, perisa
- Bau: Peach, Citrus, Susu, Grapefruit
- Saiz: 50ml
Kelebihan:
✅ Harga mampu milik
✅ Uniseks
✅ Reka bentuk pembungkusan ringkas
✅ Tahan lama dan mudah digunakan
Harga: RM4.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Shimang Forest Fresh Series Perfume

Shimang Forest Fresh Series Perfume adalah jenis minyak wangi uniseks dan sesuai untuk sebarang majlis. Jika anda sedang mencari set hadiah untuk orang tersayang, minyak wangi ini pilihan yang tepat untuk anda. Ia didatangkan dalam botol pembungkusan yang comel serta dijual pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Tidak dinyatakan
- Bau: Rainbow Beat, Forest Letter, Jasmine Pear, White Tea, Monet Garden, Cheese Peach, Orange Girl, Green Rose.
- Saiz: 50 ml
Kelebihan:
✅ Harga mampu milik
✅ Pelbagai bauan yang kuat dan manis
✅ Sesuai untuk dijadikan hadiah
✅ Sesuai untuk sebarang majlis
Harga: RM4.4O
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Flower of Stories Eau De Parfum

FLOWER OF SERIES Eau De Parfum mempunyai 9 siri bauan berbeza yang diinspirasikan daripada jenama minyak wangi lain seperti MAYCREATE. Minyak wangi ini juga menawarkan wangian bunga dan buah-buahan semula jadi yang manis dan segar. Selain itu, ia juga sesuai digunakan untuk semua jenis majlis.
Spesifikasi:
- Bahan: Tidak dinyatakan
- Bau: Strawberi, Epal, Ceri, Daisy, Lemon, Oren, Madu
- Saiz: 30 ml
Kelebihan:
✅ Harga mampu milik
✅ Sesuai untuk sebarang majlis
✅ Pembungkusan yang kecil dan comel
Harga: RM4.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. VIRTOK Cooc Perfume

Jika anda mencari minyak wangi dengan haruman eksklusif pada harga yang berpatutan, VIRTOK Cooc Perfume pilihan terbaik untuk anda. Minyak wangi ini sangat sesuai untuk anda yang menggemari bauan lembut lili dan bunga. Setiap jenis bauan yang dijual mempunyai bau yang unik dan tersendiri.
Spesifikasi:
- Bahan: Tidak dinyatakan
- Bau: Grapefruit, Orange, Lily, Bergamot, Redcurrent
- Saiz: 50 ml
Kelebihan:
✅ Pelbagai bauan bunga
✅ Menawarkan aroma manis dan buah-buahan
✅ Bauan bunga campuran
Harga: RM6.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Branded Perfume Tester Mini Sample

Minyak wangi ini sedikit berbeza daripada minyak wangi lain yang disyorkan kerana ia hanya menawarkan sampel minyak wangi daripada jenama terkenal. Anda boleh mendapatkan minyak wangi daripada jenama terkenal pada harga yang berpatutan seperti YSL, Chanel, Bvlgari, Dior, Gucci, Tiffany & Co., Victoria’s Secret, dan sebagainya. Selain itu, ia juga didatangkan dengan isi padu sebanyak 2 ml membolehkan anda membawanya ke mana sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Tidak dinyatakan
- Bau: Citrus, Earthy, Floral, Fresh, Fruity
- Saiz: 2 ml
Kelebihan:
✅ Sampel minyak wangi inspirasi berjenama
✅ Harga mampu milik
✅ Pembungkusan yang kecil dan comel
✅ Tahan Lama
Harga: RM1.45 – RM1.93
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. VIRTOK Cocosiliya High-end Women’s Perfume

VIRTOK Cocosiliya menawarkan minyak wangi dengan campuran bau bunga yang berbeza. Minyak wangi ini bukan sahaja dipasarkan dengan saiz yang besar malah ia juga dijual pada harga yang berpatutan. Minyak wangi ini sesuai untuk anda yang menggemari bauan yang agak keras dan kuat.
Spesifikasi:
- Bahan: Tidak dinyatakan
- Bau: Earthy, Floral, Fresh, Fruity, Woody
- Saiz: 50 ml
Kelebihan:
✅ Terdapat dalam saiz besar
✅ Bauan bunga campuran
✅ Setiap minyak wangi menawarkan bau yang berbeza
Harga: RM7.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. 5 in 1 Perfume Set Miniature

Untuk set minyak wangi ini, harumannya diinspirasikan daripada minyak wangi berjenama Chanel. Minyak wangi ini sangat sesuai dijadikan hadiah untuk orang tersayang. Bukan sahaja reka bentuknya yang elegan malah wangiannya juga mampu bertahan sehingga 4 jam.
Spesifikasi:
- Bahan: Pati Minyak Asli
- Bau: Tidak dinyatakan
- Saiz: 20 ml
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk set hadiah
✅ Tahan lama
Harga: RM15.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.