Berita baik buat si penggemar fanatik udang galah! Udang Galah Mobster adalah salah satu port makan udang galah yang tidak disangkal lagi keenakannya. Malah, Mobster Lobster ini turut dikatakan sebagai sebuah tempat makan yang wajib dikunjungi sekiranya anda tidak ingin ketinggalan untuk merasai nikmat rasa dan tekstur udang galah yang tiada tandingannya.


Seterusnya, Mobster Lobster ini juga antara tempat makan yang patut anda letakkan dalam senarai tempat yang anda wajib singgah jika anda berada di Kuala Lumpur. Mobster Lobster ini bertempat di Artisan’s Playgroup by Cookhouse.
Sebaik sahaja anda tiba, anda akan melihat ruangan dewan makan gourmet dengan barisan meja makan yang luas terbentang dan selesa. Hal ini sekaligus memberikan anda ‘mood’ untuk menikmati makanan dengan penuh selera dan selesa.

Oops! Anda jangan terkejut pula sekiranya yang mengambil pesanan anda adalah robot. Mobster Lobster menggunakan teknologi canggih dalam perniagaan mereka. Penggunaan tersebut juga menjadi salah satu tarikan kepada para pelanggan. Pelayan robot akan melayan dan membawa pesanan anda sehingga ke depan meja anda.
Namun begitu, sekiranya anda masih memerlukan bantuan daripada manusia, anda boleh mencari pelayan yang sentiasa bersedia untuk menyelesaikan sebarangan persoalan dan bantuan yang anda perlukan.

Mobster Lobster diperkenalkan pada bulan Julai oleh Chef Mad, iaitu ketua Chef di The Red Beanbag.
Sifat Chef Mad yang penuh teliti telah membuatkan beliau sendiri untuk menghidang setiap elemen masakan dalam setiap pinggan itu sendiri. Justeru, anda akan dapat cuci mata anda dengan kecantikan persembahan setiap sajian yang pastinya akan memenangi hati dan memikat selera anda dengan sepantas kilat.

Anda boleh lihat sendiri betapa cantik dan lazatnya setiap hidangan sentuhan Chef Mad. Beliau menggunakan gulungan brioche untuk dipadankan bersama udang galah segar bagi menciptakan sebuah hidangan yang ‘win’ di hati para pelanggan.
The Classic Lobster Roll

The Original Lobster Roll

‘Classic Lobster Roll’ terdiri daripada daging udang galah yang ditoskan bersama mayonis buatan sendiri dan disediakan secara sejuk atas roti brioche yang panas. Manakala, ‘Original Lobster Roll’ pula adalah sajian daging udang galah bersama mentega ‘drawn’.
The Sambal Lobster Roll

‘Sambal Lobster Roll’ merupakan hidangan daging udang galah bersama sos sambal signature Mobster Lobster. Menu ini menampilkan isi udang galah yang diletakkan di atas roti brioche yang dibakar panas. Sajian ini amat sesuai bagi individu yang suka akan sedikit rasa ‘berapi’ dalam makanan mereka.

Anda boleh merasai sendiri kesegaran dan kelembutan isi udang galah yang dihidangkan di Mobster Lobster. Dengan itu, anda pasti akan bersetuju dengan betapa ‘ngam’ nya gandingan hidangan udang galah bersama roti brioche yang begitu ‘umph’ di hati peminat setianya. Hal ini membuatkan anda menikmati keenakan setiap gigitan dengan rasa yang tidak akan mengecewakan anda. Siapa sahaja yang tidak akan jatuh cinta dengan rasa empuk dan memberikan tekstur yang menarik.
Mobster Lobster juga merupakan tempat makan yang bukan sahaja menawarkan khidmat ‘dine-in’, pesanan secara atas talian, katering, pesanan dalam jumlah yang banyak, parti dan makan malam syarikat. Servis-servis ini memberikan anda peluang berkongsi nikmat keenakan gulungan udang galah yang padu bersama keluarga, rakan-rakan dan rakan kerja.
Menu yang wajib anda cuba:
- The Original Lobster Roll
- The Classic Lobster Roll
- The Sambal Lobster Roll
Anda tidak mempunyai masa untuk singgah di kedai, buat pesanan di https://mobsterlobsterbymadchef.orderu.com/
Adakah anda berminat? Ketahui tentang Mobster Lobster dengan lebih lanjut:
Alamat: Artisan’s Playground by Cookhouse Plaza Riverwalk Jalan Selvadurai, Off, Jln Sultan Azlan Shah, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
12:00 tengahari – 9:00 malam (Setiap hari)
Tutup pada hari Selasa
Google Map: Ikuti sekarang
Google Review: Di sini
No. Tel: 012-9357356
Facebook: https://www.facebook.com/mobsterlobsterbymadchef/
Instagram: https://www.instagram.com/mobsterlobsterbymadchef/
Dapatkan baucer Lazada percuma anda di Lazada sekarang【Di sini】
Pelbagai tawaran menarik di Shopee 【Di sini】