10 Monitor Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2025

Monitor mudah alih ini didatangkan dengan reka bentuk yang ringan dan padat serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Ia dicipta khusus untuk digunakan sebagai skrin lanjutan kepada desktop, komputer riba atau tablet bagi membolehkan tontonan yang lebih besar. Dengan penciptaan teknologi inovatif ini, anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk menonton atau belajar di skrin yang kecil.

Monitor mudah alih boleh didapati dalam pelbagai saiz daripada saiz tablet hingga komputer riba. Hal ini sekali gus membolehkan anda membuat pilihan berdasarkan gaya dan keperluan anda. Berikut adalah 10 monitor mudah alih terbaik di Malaysia. 

Adakah Anda Memerlukan Monitor Mudah Alih?

Monitor mudah alih sesuai untuk anda yang memerlukan skrin yang lebih besar semasa bekerja menggunakan komputer riba atau tablet. Ia juga merupakan pelaburan yang bijak jika anda kerap bekerja secara ‘remotely’, sama ada di dalam kereta atau di kafe kerana mobilitinya yang sangat baik.

Bolehkah Monitor Disambungkan Ke Telefon Bimbit?

Jawapannya, ya. Monitor boleh disambungkan ke telefon bimbit dengan menggunakan kabel HDMI. Jika monitor tersebut mempunyai slot kabel HDMI, anda boleh menyambungkannya dengan mudah ke pelbagai peranti mudah alih anda.

10 Monitor Mudah Alih Terbaik di Malaysia 2023

1. AOC 15.6″ E1659FWU Ultra Slim Portable LED Monitor

AOC . EFWU Ultra Slim Portable LED Monitor
Kredit gambar: Walmart

AOC 15.6″ E1659FWU ialah monitor mudah alih yang boleh disambungkan dengan semua jenis komputer Windows dan Mac sebagai skrin kedua. Selain itu, monitor ini didatangkan dengan ‘stand’ yang fleksibel dan boleh dilipat sekali gus membolehkan anda menggunakannya secara landskap atau potret. Monitor mudah alih ini hanya boleh disambungkan pada USB 3.0. Hal ini menjadikannya sesuai untuk individu yang bekerja secara ‘remotely’.

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 16 inci
  • Resolusi: 1366 x 768 
  • Berat: 1.1 kg

Kelebihan:

‘Stand’ boleh dilipat
Saiz paparan yang besar
Menawarkan kebolehsuaian

Harga: RM499.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. G-Story HDR FHD Portable Gaming IPS Monitor GSW56FM 

G Story HDR FHD Portable Gaming IPS Monitor GSWFM
Kredit gambar: Shopee

G-Story Portable Monitor GSW56FM direka secara khusus untuk permainan video (game) dan boleh disambungkan ke PlayStation 4, Xbox One, PC, Nintendo Switch dan banyak lagi. Ia dilengkapi dengan teknologi Radeon FreeSync AMD yang berfungsi untuk mengurangkan ‘tearing’ dan ‘stuttering’ bagi membolehkan anda bermain permainan video tanpa sebarang ‘lagging’. Bukan itu sahaja, monitor ini juga didatangkan dengan ciri HDR10 untuk paparan ‘shadow’, ‘brightness’ dan ‘highlights’ di dalam imej yang lebih jelas.

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 15.6 inci
  • Resolusi: 2560 x 1770
  • Berat: 0.7 kg

Kelebihan:

Sesuai untuk semua platform
Sangat ringan
Tidak ‘lag’

Harga: RM699.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Wistino FHD 15.6Inch HDR Monitor

Wistino FHD .Inch HDR Monitor
Kredit gambar: Shopee

Wistino FHD 15.6Inch HDR Monitor didatangkan dengan skrin paparan 15.6 inci dan skrin sudut lebar 178°. Fungsi ini membolehkan anda menggunakannya daripada pelbagai sudut tontonan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ‘refresh rate’ 240 hz yang berfungsi untuk mengurangkan kekaburan (blurring) semasa bermain permainan video. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai 100% sRGB yang membantu dalam memberikan ketepatan dan ketekalan warna.

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 15.6 inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Berat:  1.9 kg

Kelebihan:

Kualiti gambar yang bagus
Tidak kabur
Warna terang

Harga: RM759.00 – RM1,099.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. XP-PEN Artist 15.6 Pro Graphic Drawing Monitor 

XP PEN Artist . Pro Graphic Drawing Monitor
Kredit gambar: Shopee

XP-PEN Artist 15.6 Pro Graphic Drawing Monitor mempunyai 8 kekunci pintas (shortcut keys) dan ‘red dial’ tambahan bagi memudahkan anda untuk membuat carian ke pelbagai perisian dengan hanya satu sentuhan. Monitor ini mempunyai paparan IPS 1080P berlamina penuh dengan 120% sRGB dan sudut visual 178°, memberikan anda pengalaman melukis yang lancar. 

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 15.6 inci 
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Berat: Tidak dinyatakan

Kelebihan:

Mudah untuk digunakan
Memberikan aliran kerja yang lebih lancar
Sesuai untuk pelukis

Harga: RM1,299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Anmite 15.6 inch IPS FHD Portable Monitor 

Anmite . inch IPS FHD Portable Monitor
Kredit gambar: AliExpress

Anmite IPS FHD Portable Monitor didatangkan dengan skrin paparan 15.6 inci dengan berat hanya 0.8 kg sekali gus membolehkannya dibawa ke mana sahaja. Dengan masa tindak balas 2 ms, anda boleh bermain permainan video atau menonton filem dengan lancar tanpa sebarang kekaburan dan ‘lagging’. Selain itu, ia juga mempunyai slot HDMI atau Type-C yang membolehkannya disambungkan dengan mudah pada komputer riba anda. Monitor mudah alih ini membolehkan anda memilih antara 2 resolusi berbeza iaitu 1080P dan 4K bergantung pada gaya atau pilihan anda.

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 15.6 inci 
  • Resolusi: 1920 x 1080, 3840 x 2160
  • Berat: 0.8 kg

Kelebihan:

Masa tindak balas yang pantas
Boleh dibawa ke mana sahaja
Mudah untuk disambungkan

Harga: RM599.00 – RM850.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. IRGOTECH 15.6 Portable Monitor

IRGOTECH . Portable Monitor
Kredit gambar: PGMall

IRGOTECH 15.6 Portable Monitor mempunyai reka bentuk skrin paparan 15.6 inci beserta pembesar suara ‘built-in’ yang menjadikannya sesuai untuk permainan video. Ia juga mempunyai sistem lampu latar yang membolehkan anda menggunakan monitor dalam persekitaran yang gelap atau malap dengan melaraskan kecerahan untuk menghasilkan imej yang lebih jelas. Ia direka dengan teknologi AMD FreeSync™ bagi meningkatkan kelancaran ketika anda bermain permainan atau menonton video.

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 15.6 inci 
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Berat: 750 g (Skrin Sentuh), 850 g (Tanpa Skrin Sentuh)

Kelebihan:

Reka bentuk ramping
Pembesar suara ‘built-in’
Kualiti imej terbaik

Harga: RM999.90 – RM1,299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. ROOF Portable Monitor Gaming IPS Monitor 

ROOF Portable Monitor Gaming IPS Monitor
Kredit gambar: Teknistore

ROOF Portable Monitor Gaming IPS Monitor merupakan monitor skrin sentuh dengan saiz paparan 13.3 inci. Ia dilengkapi dengan skrin anti silau bagi melindungi mata anda daripada tekanan. Monitor ini didatangkan dengan 100% sRGB dan 16.7 mil untuk ketepatan dan konsistensi warna yang terbaik. Dengan berat hanya 520 g, monitor mudah alih ini adalah pilihan yang ideal untuk anda yang mahukan monitor bersaiz kecil serta mudah untuk dibawa ke mana sahaja. 

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 13.3 inci 
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Berat: 520 g

Kelebihan:

Sangat ringan
Mengelakkan tekanan mata
Kualiti warna terbaik

Harga: RM839.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. UPERFECT QLED Portable Monitor DCI-P3

UPERFECT QLED Portable Monitor DCI P
Kredit gambar: UPERFECT

UPERFECT QLED Portable Monitor DCI-P3 mempunyai skrin paparan 15.6 inci dengan reka bentuk tanpa bingkai sekali gus dapat menjimatkan ruang anda. Dengan monitor mudah alih ini, anda boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti anda di mana-mana sahaja. Ia dilengkapi dengan port mini HDMI, port USB Type-C dan bicu fon telinga 3.5 mm bagi membolehkan monitor disambungkan ke pelbagai peranti lain. Monitor ini sangat sesuai untuk anda yang menggemari gaya minimalis. 

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 15.6 inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Berat: 523 g

Kelebihan:

Reka bentuk tanpa bingkai
‘Timeless appearance’
Menyediakan bicu fon telinga

Harga: RM709.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. ViewSonic 15.6” Inch TD1655 Portable Monitor

ViewSonic . Inch TD Portable Monitor
Kredit gambar: ViewSonic

ViewSonic 15.6” Inch TD1655 Portable Monitor ialah monitor mudah alih tahan lama dengan ciri skrin sentuh bagi membolehkan aliran kerja yang pantas. Ia menawarkan tetapan paparan yang fleksibel dan ‘stand’ yang boleh lipat dan dicondongkan sehingga 60°. Hal ini membolehkan anda melakukan kerja atau menonton daripada pelbagai sudut. Ia juga mempunyai penutup magnet yang boleh ditanggalkan untuk melindungi monitor anda daripada sebarang kerosakan serta berfungsi sebagai pelapik antigelincir.

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 15.6 inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Berat: 800 g

Kelebihan:

Antigelincir
Bahan kukuh dan tahan lama
Berfungsi pada pelbagai sudut

Harga: RM1,234.88 – RM1239,88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Asus Zen Screen MB16ACV USB Monitor

Asus Zen Screen MBACV USB Monitor
Kredit gambar: ASUS

ASUS Zen Screen MB16ACV Portable Monitor mempunyai reka bentuk ultra nipis yang boleh digunakan sama ada dalam mod potret atau landskap. Monitor mudah alih ini hanya memerlukan 1 kabel untuk anda menyambungkan monitor ke PC atau komputer riba anda. Ia juga mempunyai rawatan antibakteria tahan lama yang menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat pada monitor. Bukan itu sahaja, monitor ini juga dilengkapi dengan teknologi ‘Eye-Care’ bagi mengurangkan tekanan pada mata anda.

Spesifikasi:

  • Saiz Paparan: 16 inci
  • Resolusi: 1920 x 1080
  • Berat: 800 g

Kelebihan:

Reka bentuk langsing
Tetapan kerja serba boleh
Antibakteria

Harga: RM1,234.88 – RM1239,88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close