Baru-baru ini heboh dengan insiden 30 kru produksi dari Singapura yang terperangkap di Gua Tempurung yang berhampiran dengan Kampung Sahom, Gopeng, Perak. Insiden ini berlaku kerana laluan keluar yang digunakan oleh kumpulan kru produksi ini dinaiki air akibat hujan lebat Rabu lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 4.00 petang itu, kesemua kru dari Singapura itu sedang menjalankan aktiviti penggambaran di kawasan itu. Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri, air naik mendadak di laluan keluar tersebut akibat daripada hujan lebat yang berterusan sejak jam 3.00 petang.

Menurut beliau, walaupun sudah berulang kali disuarakan hal ini, namun masih ada yang tidak mengendahkan amaran ini dan meneruskan aktiviti di kawasan tersebut. Situasi yang berlaku ini bukan sahaja boleh membahayakan para pendaki namun ia turut boleh membahayakan petugas keselamatan sekiranya perlu melakukan aktiviti menyelamat mangsa.
“Sebab kita sudah sebut banyak kali, musim sebegini dia kena tahu bahawa dalam keadaan tertentu tidak cukup selamat untuk berada di situ, saya tahu ramai yang minat ‘hiking’, tapi ini bukan musimnya,” kata beliau.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis perjanjian psersefahaman (MoU) di anatra Mahlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan YTL Communications Sdn. Bhd. kelmarin.
Untuk makluman anda, Gua Tempurung merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong di Ipoh, Perak. Kecantikan landskapnya seringkali memukau mata sesiapa yang memandangnya. Pelbagai aktiviti dilakukan di kawasan ini antaranya mendaki, berkelah atau mencuba kativiti lasak yang disediakan oleh pihak pengusaha di sini. Selain Gua Tempurung, gunung-gunung seperti Gunung Pulai, Gunung Baling dan juga Gunung Chabang turut menjadi tumpuan para pendaki untuk melakukan aktiviti pendakian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis perjanjian persefahaman (MoU) di antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan YTL Communications Sdn. Bhd. kelmarin.
Untuk makluman anda, Gua Tempurung merupakan salah satu kawasan tarikan pelancong di Ipoh, Perak. Kecantikan lanskapnya seringkali memukau mata sesiapa yang memandangnya. Pelbagai aktiviti dilakukan di kawasan ini antaranya mendaki, berkelah atau mencuba kativiti lasak yang disediakan oleh pihak pengusaha di sini. Selain Gua Tempurung, gunung-gunung seperti Gunung Pulai, Gunung Baling dan juga Gunung Chabang turut menjadi tumpuan para pendaki untuk melakukan aktiviti pendakian.
Sepertimana kata Menteri Besar Perak, aktiviti sebegini tidak sesuai dijalankan pada waktu atau musim tengkujuh ini kerana ia berbahaya. Hujan lebat yang berterusan boleh menyebabkan trek laluan menjadi licin dan lecak selain itu sukar untuk mengecam laluan trek yang betul dalam cuaca hujan yang lebat ini.
Oleh itu, orang ramai perlu berhati-hati semasa berdekatan dengan kawasan-kawasan yang berpotensi besar untuk dinaiki air. Segala persiapan dan kelengkapan haruslah dipersiapkan agar dapat memudahkan urusan kemudian nanti. Sudahkah anda bersedia?
Sumber: astroawani.com / @PDRMsia
Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!
Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.