MyDigital ID, Keperluan Baharu Untuk Aplikasi MyJPJ

Mulai 10 Oktober, MyDigital ID akan menjadi keperluan penting bagi pengguna aplikasi MyJPJ, menjadikan ia sebuah perubahan besar dalam cara Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengurus pengenalan digital.

MyDigital ID is a secure digital identification system aimed at streamlining online services while improving user data protection. With this new requirement, users will need to register and verify their MyDigital ID to access features within the MyJPJ app, such as road tax renewal and summons payment.

MyDigital ID adalah sistem pengenalan digital yang selamat dan bertujuan untuk memudahkan perkhidmatan dalam talian sambil meningkatkan perlindungan data pengguna. Dengan keperluan baru ini, pengguna perlu mendaftar dan mengesahkan MyDigital ID mereka untuk mengakses ciri-ciri dalam aplikasi MyJPJ, seperti pembaharuan cukai jalan dan pembayaran saman

MyJPJ App
Kredit Gambar: MyJPJ

Perubahan ini adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk meningkatkan perkhidmatan digital dan menyediakan pengalaman yang lebih selamat dan lancar untuk rakyatnya. Pengenalan MyDigital ID bukan sahaja akan memudahkan pelbagai urusan JPJ tetapi juga memastikan privasi dan perlindungan maklumat pengguna yang lebih baik.

Adakah Ianya Selamat Untuk Didaftarkan?

MyDigital ID Sdn Bhd — anak syarikat Mimos Berhad di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi membangunkan aplikasi MyDigital ID dan memberi jaminan kepada rakyat Malaysia bahawa MyDigital ID tidak menyimpan data biometrik mereka, serta menyatakan bahawa MyDigital ID mengutamakan keselamatan dan privasi data.

“Ia juga tidak mengumpul, memantau atau menyimpan data peribadi,” kata syarikat tersebut. MyDigital ID juga tidak memantau aktiviti dalam talian pengguna.

MyDigital ID juga tidak menggantikan kad pengenalan Malaysia atau MyKad untuk tujuan pengenalan.

Sebelum Anda Mendaftar My Digital ID

Before You Register For MyDigital ID 1
  • Buka telefon pintar anda, pergi ke Google Play Store atau Apple App Store.
  • Cari aplikasi ini: “MyDigital ID”.
  • Muat turun aplikasi MyDigital ID.
  • Setelah muat turun, buka aplikasi MyDigital ID.

Jika anda pengguna MyJPJ sedia ada atau baru di platform ini, ianya amat penting untuk anda menyediakan MyDigital ID tersendiri. Berikut adalah panduan kami untuk cara mendaftar akaun, memastikan anda dapat terus menggunakan aplikasi tanpa sebarang masalah. 

Berikut Adalah Cara Untuk Mendaftar Akaun MyDigital ID Anda.

Ikuti panduan langkah demi langkah berikut:

Pertama, klik butang “Daftar Online”.

How To Register Your MyDigital ID Account e1728522820609

Anda boleh memilih bahasa yang diingini di sudut kanan atas untuk menukar tetapan bahasa kepada Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.

Langkah 1: Isi alamat emel semasa anda.

How To Register Your MyDigital ID Account 1 1

Langkah 2: Buka inbox pada akaun emel anda.

Cari emel daripada MyDigital ID yang menyatakan enam digit One Time Pin (OTP). Taipkan enam digit tersebut dalam aplikasi MyDigital ID. (Sila lakukan dalam masa lima minit kerana OTP hanya sah selama lima minit).

Kemudian, klik butang “Seterusnya”.

How To Register Your MyDigital ID Account 2 1

Langkah 3: Taipkan Nama (Mengikut IC)/ Nombor Kad Pengenalan (IC) anda, kemudian klik butang “Seterusnya”.

How To Register Your MyDigital ID Account 3 2

Langkah 4: Gunakan telefon anda untuk mengambil gambar MyKad anda. Ambil gambar bahagian depan IC terlebih dahulu.

How To Register Your MyDigital ID Account 4 1

Langkah 5: Kemudian, ambil gambar bahagian belakang MyKad anda.

How To Register Your MyDigital ID Account 5 1

Langkah 6: Ambil gambar “selfie” menggunakan telefon anda. Pastikan wajah anda berada dalam bingkai sehingga ia bertukar warna hijau.

How To Register Your MyDigital ID Account 6 1

Jika anda telah melengkapkan langkah ini, anda akan menerima mesej yang menyatakan bahawa proses EKYC (Kenali Pelanggan Secara Elektronik) telah selesai.

How To Register Your MyDigital ID Account 7 1
Kredit Gambar: Malay Mail

Langkah 7: Sekarang pilih kata laluan anda.

Setelah selesai, anda akan ditanya: “Adakah anda mahu menyimpan Digital ID dalam peranti ini?”

Klik “OK”. Anda akan menerima mesej yang menyatakan “Tahniah, Digital ID anda sedia untuk digunakan.”

How To Register Your MyDigital ID Account 8 1
Kredit Gambar: Malay Mail

Aplikasi ini akan menunjukkan tarikh tamat tempoh MyDigital ID anda (satu tahun dari tarikh anda mendaftar). (Jangan risau, ini adalah ciri keselamatan MyDigital ID. Selepas ia tamat tempoh pada tahun depan, anda hanya perlu memperbaharui pendaftaran.)

Aplikasi ini juga menunjukkan butang biru yang bertulis Imbas QR. Ini bermakna anda dapat mengimbas kod QR untuk menggunakan MyDigital ID anda.

Kemudian, anda sudah selesai!

Jadi, Apa Yang Boleh Gunakan Untuk MyDigital ID Anda?

Apabila anda pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), jika anda mempunyai MyDigital ID, anda tidak lagi perlu melakukan pengesahan biometrik lain. (Cuma ingat untuk membawa bersama smartphone di mana anda mendaftar MyDigital ID.)

Ini kerana sistem MyDigital ID kini telah disambungkan dengan aplikasi MyJPJ.

MyDigital ID kini telah disambungkan dengan beberapa aplikasi kerajaan lain seperti MySejahtera, portal MyGov dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) Mobile.

Syarikat itu mengatakan MyDigital ID dijangka akan disambungkan dengan “lebih banyak perkhidmatan kerajaan dalam masa terdekat”, jadi kita hanya perlu tunggu dan lihat pada masa akan datang!

Untuk maklumat yang lanjut mengenai MyDigital ID, sila lawati https://www.digital-id.my/ 

Sumber: Malay Mail

Apa pendapat anda? Dah baca, share dan like, ok!

Perhatian: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Jadi, segala komen adalah hak dan tanggungjawab pembaca sendiri.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close