Nanas segar adalah hidangan hebat yang penuh dengan jus dan vitamin. Nanas dalam tin adalah yang paling hampir dengan nanas segar kerana ia dibungkus dalam jus buahnya. Penambahan jus bermakna terdapat cukup karbohidrat, gula, kalori, dan serat untuk menggantikan nutrien yang hilang semasa pemprosesan. Selain itu, nanas dalam tin mengandungi kurang bromelain. Bromelain adalah enzim yang menyebabkan sensasi terbakar dan gatal apabila anda makan nanas. Jadi, jika anda ingin mengelakkannya, nanas dalam tin adalah untuk anda.
Nanas dalam tin mempunyai khasiat yang baik juga. Untuk makluman anda, nanas mengandungi serat makanan yang dapat menjaga kesihatan usus anda. Selain itu, ia juga terkandung antioksidan yang berguna untuk melawan keradangan dan radikal bebas. Nanas juga boleh mambantu anda menurunkan berat badan kerana ia akan meningkatkan pecahan lemak dalam badan anda. Apa yang penting, nanas mengandungi vitamin C yang berfungsi untuk mengurangkan risiko kerosakan sel, penyakit jantung dan sakit sendi. Akhir sekali, nanas mempunyai mangan yang membantu membina tulang yang kuat dan tisu penghubung. Ia juga boleh mengurangkan risiko osteoporosis pada wanita selepas menopaus.
Di manakah saya boleh mendapatkan nanas dalam tin?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan nanas dalam tin di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan nanas dalam tin, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, nanas dalam tin seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih nanas dalam tin?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli nanas dalam tin ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis nanas dalam tin yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Nanas Dalam Tin Terbaik di Malaysia 2025
1. Lee Pineapple Slices In Syrup

Hirisan nanas yang paling berair dan masak digunakan untuk membuat Lee Pineapple Slices in Syrup. Selepas itu, ia baru dibungkus dalam sirap pekat untuk memastikan rasa dan kualiti teksturnya kekal cemerlang dalam tin. Nanas dalam tin ini lazat tanpa lemak, tanpa pengawet atau perisa tiruan.
Negara Pengeluar: Singapura
Saiz: 234 g, 565 g
Harga: RM 2.40 (234 g tin)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Hosen Pineapple Slices in Syrup

Hosen Pineapple Slices in Syrup diperbuat daripada buah-buahan nanas yang baru dipetik dan dibungkus serta-merta untuk menyerlahkan semua kebaikan yang ada! Hosen Pineapple Slices adalah tekstur yang lazat, lembut lagi padat yang merupakan pilihan yang sihat untuk seisi keluarga.
Negara Pengeluar: Filipina
Saiz: 565 g
Harga: RM 5.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Ayam Brand Pineapple Chunks

Ayam Brand Pineapple Chunks diperoleh daripada nanas sedap bukan GMO yang baru dibungkus daripada hasil tuaian. Ketulan nanas ini masih mempunyai sifat rangup untuk menarik minat selera Asia. Ia sesuai untuk dimakan sebagai ulam atau snek yang ringkas namun lazat, atau digunakan dalam masakan dan pencuci mulut anda!
Negara Pengeluar: Singapura
Saiz: 425 g, 565 g
Harga: RM 5.12 (425 g tin)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. TM Pineapple Cubes

TM Pineapple Cubes didatangkan dalam sirap ringan yang tidak akan mengatasi rasa asli nanas! Nanas segar dipotong khas dalam bentuk kiub untuk memudahkan anda memasak, membakar dan makan. Kiub nanas dalam tin ini mempunyai rasa yang menyegarkan, manis dan masam yang pasti anda akan nikmati!
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 567 g
Harga: RM 4.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Alishan Pineapple Cubes in Heavy Syrup

Alishan Pineapple Cubes in Heavy Syrup mempunyai rasa masam lagi manis. Percayalah, ia sangat lazat dan semestinya anda akan suka! Ia datang dalam tin besar 567 g, serta padat dengan gabungan kiub nanas dan sirap berat yang sempurna. Kiub nanas ini mempunyai warna kuning yang sangat menarik dan akan menjadi tambahan yang bagus untuk pencuci mulut anda!
Saiz: 567 g
Harga: RM 5.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. S&W Premium Pineapple

S&W Premium Pineapple dijamin segar dan berkualiti tinggi. Ia dipetik sebaik sahaja nanas mencapai puncak kematangan dan terus dibungkus pada hari yang sama. Semua ini adalah untuk mengekalkan rasa manis dan khasiatnya. Cuba tambah beberapa S&W Premium Pineapple pada hidangan kegemaran anda untuk menjadikannya lebih lazat dan mengujakan, atau nikmatinya sebagai snek yang lazat, pencuci mulut atau sebahagian daripada sarapan pagi dan makan tengah hari anda.
Negara Pengeluar: Filipina
Saiz: 587 g
Harga: RM 6.84
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Ho Song Canned Diced Pineapple

Ho Song Canned Diced Pineapple mempunyai rasa manis yang seimbang. Nanas ini dipotong menjadi kiub kecil, sesuai untuk dimasukkan ke dalam hidangan dan pencuci mulut anda. Memandangkan kiub nanas ini bersaiz kecil, rasa dan aromanya boleh meresap lebih cepat semasa memasak atau membakar.
Negara Pengeluar: Vietnam
Saiz: 900 g
Harga: RM 21.79
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Yusuf Taiyoob Canned Pineapple Ring In Light Syrup

Yusuf Taiyoob terkenal dengan kualiti kurma terbaik mereka. Tetapi adakah anda tahu mereka juga mempunyai produk nanas dalam tin? Yusuf Taiyoob Canned Pineapple Ring In Light Syrup mempunyai rasa seimbang masam manis yang pasti memukau anda. Ia datang dalam sirap ringan yang tidak menjejaskan rasa semula jadi nanas.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 565 g
Harga: RM 5.36
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Dole: Pineapple Tidbits

DOLE Canned Pineapple adalah produk yang mudah dimakan. Nanas ini boleh didapati dalam bentuk kepingan, cebisan, ketulan dan dihancurkan untuk kemudahan anda. Ia adalah saiz yang sesuai untuk snek. Anda juga boleh menambahnya ke dalam banyak resipi kegemaran anda. Nanas ini hebat pada pizza, salad dan pencuci mulut. Gabungkan mereka dengan hidangan lazat seperti Nasi Goreng Nanas Thai atau Tacos al Pastor. Pasti menyelerakan!
Negara Pengeluar: Filipina
Saiz: 398 g, 432 g
Harga: RM 6.80 (432 g tin)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. First Choice Pineapple Slices

First Choice Pineapple Slices adalah nanas yang lazat, berair, dan sedia untuk dimakan. Produk ini mempunyai hirisan nanas kuning yang menarik yang disalut dengan sirap ringan. Ia juga mempunyai pelbagai bentuk lain iaitu kiub nanas. Anda boleh menjadikan produk ini snek kerana ia sihat dan sesuai untuk digandingkan dengan saus seperti yogurt. Anda juga boleh memakannya begitu sahaja.
Negara Pengeluar: 565 g
Harga: RM 7.05
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.