Bosan makan nugget ayam biasa? Cubalah pula nugget ikan. Tahukah anda, nugget ikan sebenarnya merupakan salah satu makanan segera yang digemari oleh remaja dan kanak-kanak? Benar! Kebanyakan ibu bapa menyukainya. Ia bukan sahaja mudah disediakan malah cepat dihidangkan. Selain itu, nugget ikan ini senang didapati di pasaran.
Kini, anda tidak perlu lagi makan nugget ayam jika anda bosan dengannya. Cubalah bertukar selera kepada nugget ikan pula. Mana tahu, anda menyukainya. Nugget ikan ini baik untuk kesihatan anda. Bukan sahaja ia mengenyangkan, malah ia juga enak dan lazat dimakan terutama sekali jika digandingkan dengan sos kegemaran anda. Marilah rasa hari ini!
Di Manakah Saya Boleh Mendapatkan Nugget Ikan?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan nugget ikan di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan nugget ikan, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, nugget ikan seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah Yang Perlu Diperhatikan Semasa Memilih Nugget Ikan?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli nugget ikan ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis nugget ikan yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
8 Nugget Ikan Terbaik di Malaysia 2025
1. Marina Fish Nuggets with Seaweed

Nugget ikan Marina diperbuat daripada ikan putih laut dalam yang segar. Ia dibekukan dan disalut dengan serbuk roti yang digoreng untuk kesempurnaan garing. Sedap, mudah dan mengenyangkan, nugget ikan Marina memuaskan keinginan anda, tidak seperti nugget yang lain.
Bahan-bahan: Ikan Putih Laut Dalam, Rumpai Laut, Serbuk Roti
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 600 g
Harga: RM 14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Ramly Fish Nuggets

Ramly membuat salah satu nugget ikan terbaik di pasaran. Datang dan dapatkan beberapa nugget ikan yang lazat ini hari ini. Celupkannya ke dalam sos kegemaran anda untuk rasa tambahan yang memukau!
Bahan-bahan: Daging Ikan, Protein Soya, Lemak Sayur-sayuran, Tepung Gandum, Tepung Jagung, Serbuk Roti, Rempah-rempah, Garam, Mengandungi MSG sebagai Penambah Perisa dan Perapi Makanan yang Dibenarkan.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 1 kg
Harga: RM 20.50 (Shopee) | RM 21.90 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Whitereef Brand Fish Nuggets

Rasailah nugget ikan yang lazat ini. Rangup di luar, lembut di dalam. Apa kata anda dapatkannya hari ini untuk menikmatinya bersama orang tersayang. Sudahlah enak, harganya juga berpatutan. Cubalah hari ini.
Bahan-bahan: Tidak dinyatakan
Negara Pengeluar: Vietnam
Saiz: 300 g
Harga: RM 12.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Dodo Breaded Fish Nuggets

Siap dalam beberapa minit! Hidangan makanan laut bersaiz gigitan ini pastinya menyelerakan. Ia juga mudah untuk dimasak. Anak-anak pasti akan menghargai rasa Dodo Breaded Fish Nugget dalam setiap suapan mereka!
Bahan-bahan: Daging Ikan, Serbuk Roti, Pati Jagung, Minyak Sawit, Bawang Putih, Gula, Garam, Monosodium Glutamat
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 300 g
Harga: RM 9.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Bibik’s Fish Nugget

Nugget ikan oleh Bibik pasti sedap untuk anda. Ia menjadi bertambah sedap lebih-lebih lagi jika anda mencelupnya ke dalam sos kegemaran anda. Nikmatilah rasa riang Nugget Ikan Bibik pada hari ini. Anda pasti tidak menyesal kerana mencubanya!
Bahan-bahan: Surimi, Pati Jagung, Pati Gandum, Serbuk Roti, Gula, Garam, Penambah Perisa (E621), Lada, Bawang Putih, Minyak Sayur-sayuran.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 400 g
Harga: RM 8.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. EB Fish Nuggets

EB Fish Nuggets sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Anda pasti membelinya lagi dek kerana ia mudah dihidangkan dan cepat disediakan. Datang dan marilah nikmati rasa nugget ikan yang menakjubkan pada hari ini!
Bahan-bahan: Daging Ikan, Minyak Sayuran, Serbuk Roti, Pati Gandum, Pati Tapioka, Bawang Putih, Gula, Garam, Serbuk Lada Putih, MSG (E621)
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM 14.80
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Figo Fish Nuggets

Figo Fish Nuggets kaya dengan perisa yang menakjubkan. Nugget ikan ini sedap dalam setiap gigitan. Sekali rasa pasti mahu lagi. Kongsikan kebaikan nugget ikan ini bersama keluarga anda. Jom kita nikmati Figo Fish Nuggets hari ini!
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 500 g
Harga: RM 7.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Vegeworld Vegetarian Cod Nugget

Sediakan beberapa nugget ikan kod terbaik yang pernah anda rasa dengan Vegeworld Vegetarian Cod Nugget hari ini! Digoreng dengan sempurna, ia boleh menjadi makanan istimewa yang lazat untuk anda dan keluarga. Nikmati nugget ikan istimewa ini di mana sahaja anda mahu tanpa mengira waktu.
Bahan-bahan: Protein Soya Bertekstur, Protein Soya Terpencil, Serbuk Putih Telur, Mengandungi Kanji Ubahsuai Sebagai Perapi Makanan yang Dibenarkan, Gula, Garam, Ekstrak Yis, Mengandungi Bahan Perisa Yang Dibenarkan, Lada Putih, Mengandungi (Monosodium Glutamat, Disodium Inosinate) Asodium Permit Guanylate Penambah Perisa, Minyak Sawit Ditapis, Air Yang Ditapis.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 200 g
Harga: RM 9.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.