8 Organizer Alat Tulis Terbaik di Malaysia 2025

JIKA dilihat pada luaran, keadaan meja yang kemas memang sedap mata memandang selain kita akan berfikir bahawa pemiliknya seorang yang terurus dan rajin. Berlainan jika meja seseorang itu bersepah, kita akan menganggap dia sebagai pengotor dan pemalas. Bukan itu sahaja, meja berselerak juga boleh menjadi asbab untuk kita kehilangan sesuatu yang penting contohnya kertas kerja. Namun masalah ini boleh diselesaikan dengan penggunaan organizer.  

Organizer berfungsi untuk menyimpan dan menyusun alat tulis dengan penggunaan ruang yang kecil. Ia didatangkan dengan beberapa bahagian, menjadikannya mudah untuk menyusun alat tulis mengikut keutamaan anda. Berikut adalah senarai 8 Organizer Alat Tulis terbaik di Malaysia 2025.

1. DFO Document Rack Office Table Storage File Organizer Document Rak Paper Tray

DFO Document Rack Office Table Storage File Organizer Document Rak Paper Tray
Kredit gambar: Shopee

Organizer ini diperbuat daripada kayu ekologi menjadikannya praktikal dan mesra alam. Selain itu, organizer ini boleh dilipat untuk memudahkan penyimpanan sekiranya anda tidak menggunakannya. Ia juga mempunyai beberapa bahagian penyimpanan yang sesuai untuk menyimpan majalah, pen, kertas kerja dan alat tulis lain. Organizer ini didatangkan dalam bentuk yang ideal untuk diletakkan di atas meja belajar anda. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu ekologi
  • Warna: Putih
  • Saiz: 40cm x 31cm x 25cm

Kelebihan:

Bahan berkualiti tinggi
Tahan lama
Pelbagai guna
Reka bentuk boleh ditanggal

Harga: RM16.39 – RM22.67

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Sancy Wooden Stationery Organizer

Sancy Wooden Stationery Organizer
Kredit gambar: Shopee

Organizer ini mempunyai 12 bahagian ruangan simpanan dengan kapasiti besar yang menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis alat tulis. Selain itu, ia juga diperbuat daripada bahan kalis habuk dan kalis air. Organizer ini juga mempunyai kualiti yang tinggi selain dijual pada harga yang berpatutan. Bukan itu sahaja, organizer ini dipasarkan dengan 3 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu
  • Warna: Beige, Coklat, Hitam
  • Berat: 1.00 kg
  • Saiz : 21cm x 9cm x 25.5cm

Kelebihan:

12 bahagian penyimpanan
Kapasiti besar
Mudah dipasang
Kuat dan kukuh
Selamat dan tidak toksik
Ruang yang mencukupi untuk alat tulis
Pelbagai guna
Boleh menyimpan beberapa alat solek

Harga: RM14.90 – RM15.10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Ins Macaron Scrub Stationery Organizer

Ins Macaron Scrub Stationery Organizer
Kredit gambar: Shopee

Ins Macaron Scrub Stationery Organizer bukan sahaja boleh menyimpan alat tulis malah ia juga boleh menyimpan peralatan solek. Ia didatangkan dengan pelbagai warna menarik untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, organizer ini juga mempunyai bahagian penyimpanan yang dipasarkan secara berasingan yang membolehkan anda membeli mengikut kuantiti yang anda inginkan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Merah Jambu, Biru, Lutsinar, Kuning, Ungu, Hijau
  • Berat: 72 g
  • Saiz: 20.3 cm x 9 cm x 5 cm
  • Pakej: 1x Pemegang Pen Macaron

Kelebihan:

Gaya Instagram dan Macaron
Bergaya dan halus
Ruang penyimpanan lebih dalam

Harga: RM1.55 – RM40.04

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Multicolor Stationery Jewelry Dividers Drawer

Multicolor Stationery Jewelry Dividers Drawer
Kredit gambar: Shopee

Organizer ini sangat ideal untuk anda jika anda sedang mencari organizer yang mempunyai pelbagai fungsi. Organizer ini bukan sahaja sesuai untuk penyimpanan alat tulis malah ia juga sesuai untuk barangan kosmetik, barangan penjagaan kulit dan aksesori. Selain itu, ia didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan kukuh sekaligus melengkapkan ruang dengan konsep minimalis yang membuatkan ruang anda kelihatan elegan dan kemas.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS (PP Alam Sekitar)
  • Warna: biru, merah jambu, kuning, putih
  • Saiz : 22.4cm x 16.5cm x 4.3cm
  • Pakej: 1 x Kotak penyimpanan laci Desktop

Kelebihan:

Reka bentuk kontemporari
Pelbagai kegunaan
Bahan mesra alam
Tebal dan licin
Mudah alih dan selesa
Boleh ditindih

Harga: RM12.88 – RM18

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Sancy Wooden Large Desktop Stationery Organizer

Sancy Wooden Large Desktop Stationery Organizer
Kredit gambar: Bahrain

Jika anda sedang mencari organizer dengan ruang penyimpanan yang terasing, organizer ini merupakan pilihan yang terbaik untuk anda. Selain ruang penyimpanan buku di bahagian bawah, organizer ini juga mempunyai ruang penyimpanan alat tulis bersaiz kecil di bahagian atas. Ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu
  • Warna: Hitam, Coklat, Beige
  • Saiz: 32 cm x 25 cm x 27.5 cm
  • Berat: 1.60 kg
  • Pakej:
    • 8 x Papan Kayu
    • 1 x Silikon
    • 1 x Panduan Pemasangan

Kelebihan:

Kapasiti Besar
Kukuh dan Praktikal
Selamat dan tidak toksik
Kalis habuk dan kalis air
Permukaan kayu yang licin
Pelbagai fungsi

Harga: RM17.90-RM18.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Winzige Aesthetic Stationery Organizer

Winzige Aesthetic Stationery Organizer
Kredit gambar: Shopee

Winzige Aesthetic Stationery Organizer mempunyai 4 bahagian penyimpanan yang didatangkan dengan kapasiti yang besar. Ia sesuai untuk pen, pensel, pembaris, highlight dan alat tulis lain yang lebih kecil. Selain itu, ia juga membolehkan anda untuk menyusun alat tulis mengikut kategori supaya tampak lebih kemas dan teratur.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP
  • Warna: Putih
  • Saiz : 8 cm x 9 cm x 20 cm (Anggaran)
  • Pakej: 1 x Pakej termasuk: Pemegang Pen

Kelebihan:

Kapasiti Besar
4 rak penyimpanan
Rak penyimpanan yang lebih dalam
Mudah digunakan dan menjimatkan ruang

Harga: RM9.18-RM12.21

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. 3 TIER Office File Stationery Organizer

TIER Office File Stationery Organizer
Kredit gambar: GoKingKong Mall

Organizer alat tulis ini  mempunyai asas reka bentuk 3 tingkat yang menarik dan lengkap berfungsi selain sesuai untuk sebarang persekitaran. Organizer ini didatangkan dengan saiz standard membolehkannya diletakkan di atas meja. Tambahan pula, harganya yang sangat murah menjadikannya antara pilihan organizer yang paling disukai oleh para pembeli.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP
  • Warna: Putih
  • Saiz : (Sederhana) 23.3 cm x 17 cm x 26.8 cm, (Besar) 27.6 cm x 20 cm x 31.7 cm

Kelebihan:

3 tingkat bahagian penyimpanan
Reka bentuk mempunyai laci

Harga: RM17.49-RM48.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. TEEMO Pen holder Wooden Stationery Organizer

TEEMO Pen holder Wooden Stationery Organizer
Kredit gambar: Lazada

Organizer ini diperbuat daripada kayu menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Walaupun organizer alat tulis kayu ini didatangkan dengan saiz yang agak kecil, ia mempunyai kapasiti simpanan besar yang membolehkan anda menyimpan alat tulis anda. Ia juga mengandungi 3 tingkat ruang penyimpanan beserta laci.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu
  • Warna: Hitam, Coklat Gelap, Coklat Muda
  • Berat: 0.8 kg
  • Saiz: L21 cm x W16 cm x H19 cm

Kelebihan:

3 tingkat
Mudah alih
Mudah dipasang
Kapasiti besar
Mesra alam

Harga: RM13.30-RM14

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close