Kredit gambar: Shopee
Wayar adalah bahagian penting dalam peranti elektrik. Walaupun terdapat alternatif tanpa wayar, namun masih terdapat beberapa peranti yang bergantung pada wayar untuk berfungsi dengan baik, seperti PC, pengecas pantas, tetikus permainan video, televisyen dan banyak lagi.
Penggunaan pelbagai peranti berwayar dalam satu tempat yang sama boleh menyebabkan wayar berselirat. Tanpa sedar, ia boleh mendatangkan bahaya terutamanya jika anda mempunyai anak kecil. Walau bagaimanapun, masalah ini boleh diselesaikan dengan penggunaan organizer wayar. Organizer berfungsi untuk menyimpan dan melindungi wayar daripada berselirat. Berikut adalah 8 organizer wayar terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Tips untuk memilih organizer wayar yang betul.
Terdapat banyak jenis organizer yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan? Jangan bimbang, kerana dengan mengetahui saiz, cara pemasangan dan bahan boleh membantu anda dalam mencari organizer wayar yang terbaik.
1. Saiz
Sama seperti peranti elektronik, panjang dan ketebalan wayar juga berbeza-beza. Jadi, anda perlu memastikan bahawa organizer wayar yang anda beli mampu menampung wayar dengan saiz yang berbeza pada masa yang sama.
2. Cara Pemasangan.
Organizer wayar didatangkan dalam pelbagai bentuk, sudah pasti cara pemasangannya juga berbeza. Oleh itu, anda perlulah merancang dan menetapkan jenis organizer wayar yang anda inginkan.
3. Bahan
Memilih organizer dengan bahan yang betul adalah penting untuk mendapatkan organizer yang berkualiti serta mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Organizer perlulah diperbuat daripada bahan tahan lama supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
8 Organizer Wayar Terbaik di Malaysia 2023
1. Silicone Cable Winder

Jika anda sedang mencari organizer wayar dengan reka bentuk yang ringkas serta sesuai dengan wayar bersaiz kecil, Silicone Cable Winder pilihan terbaik untuk anda. Selain itu, ia didatangkan dengan 4 warna menarik untuk anda pilih. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada silicon menjadikannya tahan lama dan tahan lasak.
Spesifikasi:
- Bahan: Silikon
- Saiz: 1 saiz sahaja
- Warna: Merah jambu, emas, biru, putih
Kelebihan:
✅ Tahan lasak
✅ Mudah digunakan
Harga: RM0.24
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. ZENi Cable Management Storage Box

Organizer ini mempunyai ruangan simpanan dengan kapasiti besar yang menjadikannya sesuai untuk semua jenis wayar.Selain itu, ia didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas dan kukuh sekaligus melengkapkan ruang dengan konsep minimalis yang membuatkan ruang anda kelihatan kemas. Bukan itu sahaja, penutup organizer ini diperbuat daripada kayu untuk sentuhan yang lebih premium.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik, kayu
- Saiz: S – L
- Warna: Hitam, putih
Kelebihan:
✅ Reka bentuk premium
✅ Kapasiti besar
Harga: RM11.90 – RM32.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Flexible Spiral Tube

Organizer ini didatangkan dalam bentuk seakan tali telefon yang membolehkannya menghalang wayar daripada berselirat antara satu sama lain. Organizer ini dilengkapi dengan ciri boleh laras bagi membolehkan anda melaraskan kepanjangan tali mengikut wayar anda. Selain itu, ia dipasarkan dengan 2 pilihan saiz untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Saiz: 22mm, 28mm
- Warna: Hitam, putih
Kelebihan:
✅ Panjang boleh laras
✅ Fleksibel
Harga: RM4.59 – RM4.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Wall Mounted Extension Holder

Organizer ini sangat ideal untuk anda jika anda sedang mencari organizer yang mempunyai pelbagai fungsi. Organizer ini bukan sahaja sesuai untuk penyimpanan wayar malah ia juga sesuai untuk penyimpanan soket. Organizer ini boleh dilekatkan pada permukaan yang rata seperti dinding dan meja.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Saiz: 1 saiz sahaja
- Warna: Putih
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Boleh dilekat pada meja dan dinding
Harga: RM1.50 – RM5.10
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Wire Protector

Rimas melihat wayar yang berselirat? Jangan bimbang kerana anda boleh menggunakan organizer jenis ‘wire protector’. Ia bukan sahaja membuatkan ruang anda tampak kemas malah ia juga dapat melindungi wayar anda daripada digigit haiwan perosak. Selain itu, ia juga diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi yang membolehkannya tahan haba serta boleh menyalurkan pengudaraan dengan baik.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Saiz: 1 saiz
- Warna: Putih, kelabu
Kelebihan:
✅ Perlindungan tambahan
Harga: RM2.50 – RM4.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Portable Cable Winder

Anda sedang mencari organizer wayar yang mudah alih? Portable cable winder ini sesuai untuk anda. Ia didatangkan dalam saiz yang kecil bagi membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Bagi cara penggunaannya pula, anda hanya perlu memasukkan atau menggulungkan wayar ke dalamnya. Selain itu, ia didatangkan dengan 4 pilihan warna untuk anda pilih.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Saiz: 1 saiz
- Warna: Biru, oren, kuning, lutsinar
Kelebihan:
✅ Mudah alih
✅ Mudah digunakan
Harga: RM2.13
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Wire Floor Cover

Untuk menutup wayar yang panjang di ruang yang lebih besar, seperti pejabat atau sekolah, anda memerlukan organizer wayar seperti wire floor cover ini. Organizer ini didatangkan dalam bentuk pita bagi memudahkan anda untuk menutup jumlah wayar yang banyak pada masa yang sama. Ia dipasarkan dengan 2 pilihan warna asas sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Velcro
- Saiz: 1 meter
- Warna: Hitam, kelabu
Kelebihan:
✅ Boleh digunakan pada semua jenis permukaan
✅ Tahan Lama
Harga: RM8.30 – RM13.30
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Socket Storage Rack

Jika anda sedang mencari solusi untuk mengelakkan wayar berselirat, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli socket storage rack ini. Ia sesuai untuk diletakkan pada permukaan rata seperti meja atau rak. Selain itu, ia diperbuat daripada keluli tahan karat yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Organizer ini didatangkan dengan 1 pilihan warna sahaja.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli
- Saiz: 1 saiz sahaja
- Warna: Putih
Kelebihan:
✅ Mampu menampung berat sebanyak 5 kg
✅ Tahan Lama
Harga: RM7.10
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.