Semua orang pasti suka akan pankek! Ini kerana ia boleh dihidangkan pada bila-bila masa dan cepat disediakan. Walau bagaimanapun, ia menjadi satu kebiasaan bagi orang ramai untuk menikmatinya semasa sarapan. Pankek boleh dihidangkan kosong tanpa topping dan/ atau dihidangkan manis bersama madu, buah-buahan segar, kacang dan coklat.
Anda mengidamkan pankek yang manis dan lazat? Lihat 7 pankek terbaik di Johor untuk pencuci mulut yang lazat dan menyelerakan. Jangan lupa untuk membawa keluarga anda untuk mencuba pankek ini.
Bolehkah Anda Makan Pankek Pada Waktu Makan Tengah Hari?
Sebenarnya, pankek boleh dimakan pada bila-bila masa. Namun begitu, adakah ia sesuai dimakan pada waktu makan tengah hari? Untuk pengetahuan anda, pankek dibuat menggunakan tepung jadi ia tidak akan mengenyangkan anda. Anda harus mempertimbangkan untuk menambah oat, buah-buahan, bacon atau telur untuk hidangan yang lebih mengenyangkan.
Apakah Rasa Pankek?
Pankek selalunya mempunyai rasa yang manis dan lembut sama seperti kek tetapi dalam bentuk yang rata. Anda boleh membuat pankek kosong atau dengan menambah topping di atasnya seperti buah-buahan, kacang atau sos coklat.
7 Pankek Terbaik di Johor 2024
1. People & Places Cafe


Jika anda penduduk tempatan, anda pasti pernah mencuba makanan di People & Places Cafe. Hal ini kerana ia merupakan tempat yang popular untuk orang ramai menikmati kopi dan makanan ringan. Kafe ini mengetengahkan rekaan interior industri dan desa yang unik dan minimalis bagi menarik hati para pelanggan, khususnya golongan muda yang menyukai kafe estetik. Anda boleh mencuba menu istimewa mereka seperti seperti Quesadilla Brekkie, Risotto Cendawan Liar dan Pancakes. Semua hidangan dimasak dengan teliti agar membolehkan anda menikmati kualiti sajian yang tinggi dan memuaskan.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 45, Jln Tiong Emas, Kawasan Perindustrian Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
2. Fifty Trees


Jika anda inginkan kedamaian sewaktu menjamu selera, anda boleh berkunjung ke Fifty Trees yang terletak di Taman Melodies, Johor Bahru. Kafe ini terkenal dengan gaya dekorasi yang minimalis di dalam taman yang penuh dengan tumbuhan dan pokok yang subur. Antara menu yang boleh anda cuba di sini adalah seperti Blue Pea Flower Milk, Homemade Tiramisu dan Ham Eggs Benedict. Untuk mengakhiri selera anda, anda boleh mencuba Signature Nutella Banana Pancake yang dihidangkan dengan buah-buahan segar dan kacang. Pastinya ia pencuci mulut yang sesuai untuk mereka yang sukakan makanan manis.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 53, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/fiftytrees53
Instagram: https://www.instagram.com/fiftytrees/
3. Vanilla Bean


Vanilla Bean ialah kafe kecil yang terletak di Masai, Johor. Ia menawarkan pencuci mulut yang menarik selera para pelanggan seperti Earl Grey Lavender Waffle, Strawberry Shortcake dan Berry Ricotta Hotcake. Hotcake mereka akan dihidangkan dengan satu sudu aiskrim, pelbagai jenis kacang yang rangup dan juga buah-buahan seperti strawberi, kiwi, buah naga dan beri biru. Semuanya untuk menambah tekstur yang rangup dan enak pada pencuci mulut ini. Ada juga boleh menambah sirap untuk rasa yang lebih manis pada hidangan ini.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Alamat: G-09 Blok B, Pangsapuri Pinggiran Air, 2, Persiaran Senibong, 81750 Masai, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Vanillabeanmy/
Instagram: https://www.instagram.com/vanillabeanmy/
4. Mrs. Whó


Mrs. Whó ialah kafe yang selesa di mana anda boleh menikmati makanan yang lazat dan minuman berperisa pada harga yang berpatutan. Kafe ini menyajikan pelbagai masakan, termasuklah Curried Ramen Bowl, Nasi Lemak Nyonya Chicken dan Mac ‘N’ Cheese Balls. Ia juga terkenal dengan Pancake yang disajikan dengan pear rebus dan topping lain untuk melengkapkan rasa pencuci mulut tersebut. Cubalah sekarang!
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 8:00 malam (Selasa – Khamis)
2:00 petang – 8:00 malam (Jumaat)
9:00 pagi – 8:00 malam (Sabtu – Ahad)
Tutup pada Isnin
Alamat: Jalan Storey, Bukit Senyum, 80300 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ohmywho/
Instagram: https://www.instagram.com/ohmywho/
SEMAK INFO DI LAMAN WEB5. MEJA Cafe Sutera Utama


Kunjungi MEJA Cafe Sutera Utama untuk makan tengah hari atau makan malam yang memuaskan. Ia menawarkan sarapan serta masakan tempatan dan Barat tanpa menggunakan daging babi, lemak babi atau alkohol dalam masakan mereka. Terdapat pelbagai jenis pankek lazat yang anda boleh dapati di sini seperti Classic Pancakes, Nutella Banana Pancakes dan Strawberry Pancakes. Jadi, anda boleh memilih perisa pancake yang sesuai dengan cita rasa anda.
Waktu Operasi:
8:00 pagi – 10:00 malam (Ahad – Selasa, Khamis)
10:00 pagi – 10:00 malam (Jumaat – Sabtu)
Tutup pada Rabu
Alamat: 2, Jalan Sutera Tanjung 8/3, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, 81300 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/themejacafe/
Instagram: https://www.instagram.com/themejacafe/?hl=en
SEMAK INFO DI LAMAN WEB6. The Lightwood by Mues


Bersedialah untuk menikmati pencuci mulut istimewa di The Lightwood by Mues iaitu Dutch Baby Pancake. Kafe ini adalah satu-satunya tempat di Johor Bahru yang menghidangkan pankek jenis ini. Pankek ini menarik kerana bentuknya seperti mangkuk yang dipenuhi dengan aiskrim dan buah-buahan segar. Jika anda seorang yang cerewet tentang makanan, pastinya pencuci mulut ini wajib dipesan. Anda mungkin perlu menunggu lebih kurang 25 minit untuk menikmati pencuci mulut ini. Hal ini kerana hidangan ini mengambil sedikit masa untuk para chef menyediakannya dengan sempurna untuk kepuasan anda.
Waktu Operasi:
8:30 pagi – 6:00 petang (Rabu – Isnin)
Tutup pada Selasa
Alamat: 18k Basement, Jalan Abdul Samad, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/thelightwoodjb/
Instagram: https://www.instagram.com/muesjb/
7. One:15


One:15 mempunyai suasana yang selesa dan menjadikannya lokasi yang ideal untuk mereka yang mahukan masa bersendirian bagi menghilangkan tekanan dengan menikmati hidangan yang manis. Selain itu, mereka menggunakan tema kedesaan dalam rekaan interior kafe ini bagi membangkitkan rasa tenang pada pelanggan yang mengunjungi kafe ini. Anda boleh mencuba pencuci mulut yang enak dan laris di sini seperti Avocado Egg Tartine, Pearl Milk Tea Soufflé dan Bacon Pancake bagi memuaskan hati anda. Kafe ini dibuka pada setiap hari kecuali hari Selasa. Jadi, rancanglah kunjungan anda dengan bijak dan ajaklah keluarga datang bersama untuk menikmati pencuci mulut mereka yang menyelerakan ini.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 7:00 malam (Rabu – Isnin)
Tutup pada Selasa
Alamat: 29, 7, 1, Jalan Persiaran Mutiara Mas, Taman Mutiara Mas, 81300 Skudai, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/one15coffee/
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.