Pernahkah anda merasa bosan dengan rutin hujung minggu anda? Adakah anda sedang mencari perkara menarik untuk menyemarakkan hujung minggu anda? Nah, mengapa tidak pergi ke pantai? Anda boleh melakukan banyak perkara yang menyeronokkan dengan orang lain di pantai. Anda boleh berkelah, bermeditasi, berenang, atau mencari ketam comel di tepi pantai. Ia pastinya lebih memuaskan daripada terperuk di rumah setiap hari tanpa berbuat apa-apa.
Jadi, anda bersedia untuk pengembaraan tetapi tidak pasti pantai mana yang hendak dilawati. Jangan risau kerana Kuching menawarkan anda pantai yang indah untuk diterokai. Oleh itu, teruskan membaca artikel ini kerana kami menyenaraikan 8 pantai terbaik di Kuching untuk anda terokai.
Apakah Barang Yang Perlu Dibawa Sebelum ke Pantai?
Nampaknya anda sudah bersedia untuk pergi ke pantai. Sebelum anda meninggalkan rumah, pastikan anda telah membawa barang-barang ini bersama anda:
1. Kit Pertolongan Cemas
Anda mungkin tidak tahu bila kecederaan yang tidak diingini boleh berlaku semasa anda melakukan aktiviti luar. Jadi, adalah lebih selamat untuk anda membawa kit pertolongan cemas. Kebanyakan kit pertolongan cemas didatangkan dengan saiz yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Jadi, ia sesuai untuk dijadikan item kelengkapan anda ke pantai.
2. Semburan atau Krim Penghalau Pepijat atau Nyamuk
Nyamuk atau serangga di pantai adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh anda apabila pergi ke pantai. Oleh itu, untuk melindungi anda daripada gigitan serangga ini, anda perlu membawa krim penghalau nyamuk atau serangga agar aktiviti anda berjalan dengan lancar.
3.Krim Pelindung Matahari
Jika anda pergi ke pantai pada waktu tengah hari yang terik, anda perlu membawa krim pelindung matahari. Hal ini kerana sinaran matahari yang terik boleh memeritkan kulit anda. Oleh sebab itu, pemakaian krim ini boleh melindungi kulit anda daripada bahang matahari.
4. Tuala dan Pakaian Tambahan
Aktiviti berenang atau bermain air di laut mungkin menjadi perkara yang akan kita lakukan sebaik sahaja tiba di pantai. Oleh sebab itu, pakaian tambahan dan tuala adalah penting agar anda dapat meneruskan aktiviti bersantai dengan lebih selesa. Anda boleh menyalin pakaian yang basah selepas bermain air. Hal ini boleh mengelakkan tempat duduk kereta anda basah dan kotor semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
5. Item Tambahan
Mungkin pantai yang anda lawati tidak menawarkan banyak kemudahan untuk aktiviti yang anda inginkan. Jika ya, jangan lupa membawa apa-apa barang yang diperlukan untuk memastikan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar. Sebagai contoh, anda boleh membawa payung pantai, selimut berkelah, mainan dan sebagainya untuk memudahkan aktiviti anda selama berada di pantai.
8 Pantai Terbaik di Kuching 2025
1. Pantai Damai


Pantai Damai merupakan pantai percutian yang sempurna, jauh dari kesibukan bandar serta berasaskan keindahan alam semula jadi. Anda akan melihat laut yang membiru dan biarkan bayu laut perlahan-lahan meniup wajah anda. Anda akan berasa tenang dan damai di sini. Pantai ini menakjubkan kerana ia menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Selain itu, kemudahan lain seperti tandas, medan selera dan kedai serbaneka disediakan untuk para pengunjung.
Alamat: 93010 Kuching, Sarawak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
2. Pantai Puteri


Jika anda bertanya kepada penduduk tempatan tentang pantai manakah yang menarik untuk dilawati, mereka akan mengesyorkan anda untuk melawat Pantai Puteri. Hal ini kerana Pantai Puteri mempunyai salah satu pemandangan pantai yang terbaik di Kuching. Selain itu, ia mempunyai landskap yang menarik untuk dimuatkan dalam Instagram anda. Walaupun pantai ini mempunyai kemudahan yang terhad, tetapi ramai orang suka berkunjung ke sini dan bersantai dengan tenang. Hal ini kerana ia benar-benar memberikan ketenangan kepada mereka.
Alamat: 259, Lorong Pantai Puteri 1, 93050 Kuching, Sarawak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
3. Pantai Pugu


Pantai Pugu merupakan pantai yang mesti dilawati jika anda ingin menikmati ketenangan yang mendamaikan. Pantai ini terletak di Kampung Pugu, Lundu. Selain mempunyai kemudahan untuk pelawat seperti tandas, pondok, gerai makanan, chalet, kawasan BBQ dan tempat letak kereta yang luas, pantai ini juga menawarkan pemandangan landskap yang menarik. Oleh sebab itu, ia sering sesak pada waktu hujung minggu atau cuti umum. Boleh dikatakan pemandangan di pantai ini menakjubkan seperti dalam gambar artistik. Datanglah ke Pantai Pugu ini dan anda akan terpesona dengan keindahannya.
Alamat: 94100 Lundu, Sarawak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
4. Pantai Pasir Panjang


Pantai Pasir Panjang adalah tempat yang sempurna untuk menghabiskan masa yang menyeronokkan bersama keluarga dan rakan-rakan anda. Pantai ini bersih dan mendamaikan. Pantai Pasir Panjang adalah tempat yang mesti anda lawati semasa melancong di Kuching. Sekiranya anda lapar, anda tidak perlu pergi ke tempat lain. Hal ini kerana terdapat gerai makanan di sini yang menghidangkan makanan yang lazat kepada penduduk tempatan dan pelancong.
Alamat: Jalan Kampung Pasir Pandak, Petra Jaya, 93010 Kuching, Sarawak
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
5. Pantai Pandan


Pantai Pandan di Lundu akan memberikan anda pemandangan yang menakjubkan sambil membolehkan anda menghayati alam semula jadi yang menenangkan. Pantai ini mempunyai pasir yang luas, air laut yang jernih seperti kristal, langit yang biru dan awan yang putih. Semua ini pasti akan mengagumkan anda! Pantai ini dipenuhi dengan gerai makanan dan kemudahan bilik mandi. Pantai ini juga menjadi sesak pada hujung minggu kerana semua orang suka menghabiskan aktiviti hujung minggu mereka di sini. Kunjungilah Pantai Pandan sekarang. Percayalah, anda tidak akan menyesal.
Alamat: Lundu, Sarawak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
6. Pasir Pandak Beach


Adakah anda sedang mencari ketenangan? Datanglah ke Pantai Pasir Pandak dan tekanan anda akan menghilang sekelip mata. Terletak bersebelahan dengan pantai Pasir Panjang, Pantai Pasir Pandak tidak begitu terkenal tetapi masih dikunjungi oleh orang ramai. Walaupun pantai ini masih memerlukan penambahbaikan terhadap kemudahannya, namun pengunjung masih suka datang ke sini dan menikmati keindahan alam semula jadi.
Alamat: Petra Jaya, 93010 Kuching, Sarawak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
7. Pantai Rambungan


Pantai Rambungan yang terletak di Lundu merupakan pantai yang berbaloi untuk diterokai. Tidak kira di mana anda berada, berkunjunglah ke sini kerana ia sangat berbaloi. Anda boleh menikmati keindahan pelbagai dimensi di pantai ini kerana ia merupakan tempat yang ideal untuk sesi fotografi. Selain itu, pantai ini juga boleh dijadikan tempat untuk sesi bergambar dengan orang tersayang.
Alamat: Lundu, Sarawak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
8. Pantai Golden


Pantai Emas atau Pantai Golden juga dikenali sebagai Pantai Trombol. Pantai ini mempunyai pantai berpasir yang luas dengan akar pokok yang berselirat di pantai ini. Selain itu, anda juga boleh melihat bot-bot yang tersadai di sini. Air laut di pantai ini jernih dan biru. Boleh dikatakan, pantai ini merupakan salah satu pantai terpanjang di Kuching. Dari jauh, anda boleh melihat pulau-pulau kecil yang berada tidak jauh dari pantai ini, sekali gus menjadikan ia pemandangan yang indah untuk dinikmati.
Alamat: Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.