8 Pelembut Fabrik Terbaik di Malaysia 2025

Kerap kali pakaian yang telah dibasuh tidak kering sepenuhnya apabila dijemur terutamanya ketika musim hujan menyebabkan pakaian terpaksa disimpan dalam keadaan lembab. Hal ini bukan sahaja boleh membuatkan fabrik pakaian berkedut malah ia juga akan menghadirkan bau yang kurang enak.

Jangan risau, semua masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan pelembut fabrik. Pelembut fabrik boleh membantu dalam melindungi pakaian anda semasa proses cucian, melembutkan serta mengekalkan kesegaran haruman pada pakaian anda. Pelembut fabrik juga boleh menjadi penyelamat jika anda tidak gemar untuk menyeterika pakaian anda. Jadi, inilah 8 pelembut fabrik terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.

Bagaimana hendak memilih pelembut fabrik yang terbaik?

Memilih pelembut fabrik boleh menjadi sukar ekoran terdapat pelbagai pilihan dan jenama di pasaran. Oleh itu, anda perlu mengambil kira aspek bau, isi padu dan harga pelembut fabrik sebelum membelinya.

  1. Bau

Fungsi utama penggunaan pelembut fabrik adalah untuk mengharumkan pakaian. Ekstrak bunga yang dimasukkan ke dalam pelembut fabrik akan memberikan keharuman pada pakaian anda sepanjang hari. Jadi, anda haruslah memilih pelembut yang mengandungi bau yang anda gemari.

  1. Isi padu

Amat penting untuk membeli pelembut fabrik dengan jumlah isi padu yang mencukupi. Memiliki isi padu pelembut fabrik yang mencukupi dapat memastikan tahap ketahanan penggunaannya dalam jangka masa yang lama. 

  1. Harga

Memandangkan pelembut fabrik kian popular dalam kalangan suri rumah, ia boleh didapati dalam pelbagai hargai, daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal, bergantung pada kualiti dan jenama pelembut fabrik tersebut. Oleh itu, anda perlu merancang perbelanjaan semasa membeli pelembut fabrik supaya anda tidak membazir.

8 Pelembut Fabrik Terbaik di Malaysia 2023

1. Softlan Anti Wrinkles Floral Fantasy

Softlan Anti Wrinkles Floral Fantasy
Kredit gambar: Shopee

Pelembut fabrik ini mempunyai formula anti-kedut yang menghalang kedutan serta memudahkan anda untuk menyeterika pakaian anda. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan rawatan penjagaan fabrik khas bagi melindungi warna pakaian anda. Pelembut pakaian ini menawarkan bauan floral yang lembut dan mampu bertahan sehingga 24 jam.

Spesifikasi:

  • Bau: Floral fantasy
  • Isi padu: 5L
  • Refillable: Ya

Kelebihan:

Bau bunga
Isi padu tinggi
Rawatan penjagaan fabrik
Bauan tahan lama

Harga: RM19.02

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Daia Softener

Daia Softener
Kredit gambar: gobnd

Daia Softener merupakan jenama yang boleh dipercayai untuk pelembut fabrik dengan pelbagai pilihan wangian yang diperkaya dengan formulasi Bio Scent! Pelembut fabrik ini sangat efektif untuk menghilangkan bau hapak yang melekat pada pakaian anda. Bukan itu sahaja, pelembut ini juga sesuai digunakan untuk semua jenis pakaian termasuklah pakaian si manja anda.

Spesifikasi:

  • Bau: Refreshing nature, blooming garden, morning mist, cheerful bliss, luxurious violet
  • Isi padu: 1.8 L
  • Refillable: Ya

Kelebihan:

Pelbagai bau
Formulasi bio scent

Harga: RM5.88

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. SLAZ Softener

SLAZ Softener
Kredit gambar: Shopee

Jika anda mencari pelembut fabrik dengan kandungan organik dan bebas SLS, SLAZ softener sesuai untuk anda. Ia diperbuat daripada 100% bahan organik  tanpa menyebabkan kerengsaan pada kulit. Selain itu, pelembut fabrik ini mempunyai isi padu sebanyak 3.5 L dan menawarkan 4 pilihan wangian pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bau: Lavender, tropika hijau, bunga, oren
  • Isi padu: 3.5 L
  • Refillable: Tiada

Kelebihan:

100% organik
Bebas SLS

Harga: RM13.95

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. AVA Fabric Softener

AVA Fabric Softener
Kredit gambar: Shopee

Pelembut fabrik AVA mengandungi 100% ekstrak bunga memberikan keharuman yang berpanjangan. Pelembut ini didatangkan dalam bentuk pembungkusan ‘refillable’ yang membolehkan anda untuk mengisi semula cecair pelembut setelah habis. Ia dipasarkan dengan 4 pilihan wangian yang menyegarkan untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bau: Aroma lavender, essential rose, violet, aroma roses
  • Isi padu: 1.8 L
  • Refillable: Ya

Kelebihan:

100% berasaskan tumbuhan
Mengurangkan kedutan
Mengelakkan lekatan statik

Harga: RM5.72

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Downy Fabric Softener

Downy Fabric Softener
Kredit gambar: Shopee

Downy Fabric Softener amat lembut pada kulit anda dan memberi perlindungan bagi anda yang mengalami masalah kulit sensitif.  Pelembut ini mengandungi Teknologi ‘FibreTech’ yang melembutkan semua jenis bahan dan fabrik. Haruman ‘Micropods’ yang dikeluarkan oleh pelembut ini akan meresap ke dalam fiber pakaian dan memberi kesegaran berpanjangan pada pemakainya. 

Spesifikasi:

  • Bau: Passion, sweetheart, mystique, sunrise, daring, garden, anti-bac, hypoallergenic, expert indoor, adorable, fresh lavender
  • Isi padu: 0.8 L, 0.9 L
  • Refillable: Ya

Kelebihan:

Kesegaran berpanjangan
Pelbagai wangian
Menghalang warna daripada pudar

Harga: RM9.90 – RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Comfort Concentrate Fabric Softener

Comfort Concentrate Fabric Softener
Kredit gambar: Shopee

Comfort Concentrate Fabric Softener didatangkan dengan Formulasi SUPERSOFT yang memberikan kelembutan luar biasa untuk pakaian licin seperti sutera. Selain itu ia juga mengandungi formula anti-statik yang dipertingkatkan untuk mengurangkan kedutan dan memudahkan anda menyeterika pakaian.  Hanya dengan menggunakan separuh daripada penutup botol, haruman akan bertahan sehingga 14 hari. 

Spesifikasi:

  • Bau: Segar
  • Isi padu: 0.8 L
  • Refillable: Ya

Kelebihan:

Teknologi Air Activated Perfume
Wangian mewah yang tahan lama

Harga: RM11.06

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Daia Protect Anti-Bacterial Fabric Softener with Sanitizer

Daia Protect Anti Bacterial Fabric Softener with Sanitizer
Kredit gambar: Hargapedia

Daia Protect Anti-Bacterial Fabric Softener with Sanitizer mengandungi 75% ethanol alkohol serta menawarkan kadar pensterilan 99.9% pada harga yang sangat berpatutan. Walaupun ia mengandungi sanitiser, pelembut ini masih mengekalkan wangian berpanjangan dan sesuai digunakan pada semua jenis pakaian. Selain itu, anda juga tidak perlu risau kerana molekul sanitizer tidak akan melunturkan atau meninggalkan kesan tompokan warna pakaian anda.

Spesifikasi:

  • Bau: Angin laut
  • Isi padu: 1.6L
  • Refillable: Ya

Kelebihan:

Mengandungi sanitizer
Membunuh kuman
Bau tahan lama

Harga: RM10.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Ganso Fabric Softener

Ganso Fabric Softener
Kredit gambar: Shopee

Ganso Fabric Softener mempunyai ciri yang sama dengan pelembut terkenal walaupun ia dianggap sebagai item bajet rendah. Ia turut dilengkapi dengan teknologi ‘Encapsulated Fresh Release’ di mana molekul pewangi kecil akan menembusi pakaian semasa cucian dan mengeluarkan aroma harum dan segar pada pakaian. Selain itu, ia juga membuatkan pakaian anda menjadi lebih lembut.

Spesifikasi:

  • Bau: Lavender
  • Isi padu: 0.7L
  • Refillable: Tiada

Kelebihan:

Wangian berpanjangan
Mencegah kedutan
Mampu Milik

Harga: RM2.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close