Di Malaysia, kita sering mengalami cuaca panas terik di bawah sinaran matahari hampir setiap hari. Walaupun cuaca panas boleh memudaratkan kita, ia juga boleh melakukan hal yang sama terhadap kenderaan kita. Sinaran cahaya matahari yang berterusan terhadap kenderaan anda boleh menyebabkan bahagian dalam kenderaan anda seperti tempat duduk berubah warna, atau dashboard boleh menjadi kering dan retak. Hal ini boleh membahayakan anda kerana pembebasan toksik akan berlaku di dalam kereta dan meruap terhadap kita pada cuaca yang panas terik.
Penggunaan pelindung matahari untuk kereta sungguh penting. Ia boleh memastikan bahagian dalam kereta anda sejuk. Selain itu, ia juga melindungi kereta anda daripada sinaran ultra ungu
daripada matahari yang berbahaya. Di sini kami telah menyusun senarai 8 pelindung matahari untuk kereta terbaik di Malaysia pada tahun 2025.
Adakah pelindung matahari untuk kereta penting?
Pelindung matahari untuk kereta sememangnya alat yang patut anda miliki! Ia boleh mengekalkan suhu dalaman kereta anda dan melindungi kelengkapan dalam kereta daripada pecah. Ia bukan sahaja dapat melindungi kesihatan seseorang daripada pancaran UV, tetapi menjaga ketahanan kelengkapan kereta yang berada di dalamnya.
Kini, terdapat pelbagai jenis pelindung matahari untuk kereta di pasaran. Anda boleh memilihnya untuk disesuaikan dengan kereta anda memandangkan cuaca di Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun. Dengan memiliki alat ini, kereta anda terhindar daripada pancaran UV secara berterusan dan memanjangkan jangka hayat kelengkapan kereta dengan lebih lama.
8 Pelindung Matahari untuk Kereta di Malaysia 2025
1. Magnetic Sun Shade

Magnetic Sun Shades ini didatangkan dalam pelbagai saiz yang direka khusus untuk pelbagai jenis kereta, jadi anda boleh memilih reka bentuk yang dibuat khusus untuk kereta anda bagi kesesuaian yang sempurna! Dengan reka bentuk magnetik, ia boleh dilekatkan pada tingkap kereta anda dengan selamat dengan mudah. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya ia jatuh. Dengan perlindungan ultra ungu, ia boleh menyekat sinaran UV berbahaya daripada matahari. Ia juga mempunyai reka bentuk mesra tingkap yang tidak akan terjejas apabila anda meluncur tetingkap anda ke atas atau ke bawah.
Spesifikasi:
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Variasi: Myvi, Bezzaz, Axia, Viva, Kancil, Kelisa, Kenari, Aruz, Ativa
Kelebihan:
✅ Pelbagai rekaan
✅ Berpadanan
✅ Rekaan magnetic
✅ Senang dipasang
✅ Boleh dilipa
Harga: RM27 to RM39.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Car Telescopic Sunshade

Pelindung matahari untuk kereta ini datang dengan reka bentuk yang unik dan mudah dipasang. Ia juga boleh ditarik rapat pada cermin kereta anda jika anda ingin berlindung daripada cahaya matahari yang terik. Selain itu, ia mudah digunakan. Anda hanya perlu memasangnya di satu sisi cermin anda dan kemudian menariknya merentasi cermin kereta anda. Mudah, bukan!
Spesifikasi:
- Material: Aluminium Foil
- Saiz: 65 x 155 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Rekaan yang unik
✅ Senang digunakan
✅ Mudah
✅ Customizable
Harga: RM25.83
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Car Retractable Sun Shade

Pelindung matahari untuk kereta ini datang dalam reka bentuk yang boleh ditarik balik bagi menutupi permukaan cermin. Ia juga mudah digunakan. Dengan pelekat sedutan yang kuat, ia akan melekat dengan selamat pada cermin hadapan kereta anda tanpa jatuh. Ia datang dalam 2 warna berbeza yang boleh anda pilih, iaitu hitam dan perak.
Spesifikasi:
- Material: PVC, besi
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 50 x 125 cm, 58 x 125 cm, 68 x 125 cm
- Warna: hitam, perak
Kelebihan:
✅ Terdapat dalam pelbagai saiz
✅ Senang digunakan
✅ Boleh ditarik
✅ Pelekat sedutan yang kuat
✅ Mudah
Harga: RM10.88 to RM11.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Car Sunshade Auto Car

Pelindung matahari untuk kereta ini terdapat dalam pelbagai saiz yang boleh anda pilih! Diperbuat daripada aluminium berkualiti tinggi, pelindung matahari untuk kereta ini mempunyai perlindungan sinaran UV yang kuat dan boleh memantulkan cahaya matahari. Ia juga boleh disimpan dengan mudah apabila tidak digunakan.
Spesifikasi:
- Material: Aluminium
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Saiz: 60 x 130 cm (Standard), 70 x 140 cm (Sedan), 80 x 150 cm (SUV)
Kelebihan:
✅ Terdapat dalam pelbagai saiz
✅ Senang digunakan
✅ Rekaannya boleh dilipat
✅ Boleh memantulkan cahaya matahari secara efektif
Harga: RM6.05 to RM7.51
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Itop Car Parasol Auto Front Windshield Sun Shade

Pelindung matahari untuk kereta ini datang dalam reka bentuk unik seperti payung yang boleh dilipat dan dibuka dengan mudah. Dibuat daripada bahan berkualiti yang tinggi, pelindung matahari untuk kereta ini boleh memantulkan cahaya matahari dan mengelakkan papan pemuka daripada rosak akibat haba. Dengan reka bentuk padat yang boleh dilipat, anda boleh melipat dan menyimpannya dengan mudah apabila tidak digunakan. Ia serasi dengan kebanyakan kenderaan, permukaan pelindung matahari untuk kereta ini cukup besar untuk memberikan liputan penuh pada cermin hadapan kereta.
Spesifikasi:
- Material: Titanium Silver Glue, kain
- Saiz: 133 x 80 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Rekaan unik
✅ Kualiti bagus, tahan lama
✅ Penahan haba yang baik
✅ Boleh dilipat
✅ Senang digunakan
Harga: RM34.99
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. VIRTOK Sun Shade

Pelindung matahari untuk kereta ini disertakan dengan pelekat sedutan yang kuat dan berupaya untuk melekat pada tingkap anda dengan selamat. Dengan mesh berkualiti tinggi, ia boleh menghalang dan memantulkan cahaya matahari dengan lebih berkesan.
Spesifikasi:
- Material: Mesh
- Siaz: 50 x 100 cm (cermin belakang/ hadapan), 36 x 44 (tingkap)
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Pelekat sedutan yang kuat
✅ Sesuai untuk apa jua kereta
✅ Senang digunakan
✅ Efektif dalam memantulkan cahaya matahari
Harga: RM6.30 to RM11.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Universal Takata Style Sun shade

Jika anda peminat perlumbaan kereta, anda boleh mendapatkan pelindung matahari untuk kereta yang menarik dan unik ini. Pelindung matahari untuk kereta ini didatangkan dalam pelbagai warna yang boleh anda pilih. Dengan pelekat sedutan yang kuat di setiap sudut yang boleh dipasang pada tingkap kereta anda dengan selamat, ia boleh menghalang keluar dan memantulkan cahaya matahari dengan berkesan.
Spesifikasi:
- Material: Fabrik
- Saiz: 34 x 34 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Warna: Hitam, merah, hijau, hijau gelap, kuning, ungu, biru cerah, merah jambu
Kelebihan:
✅ Material berkualiti tinggi dan tahan lama
✅ Pelekat sedutan yang kuat
✅ Datang dalam pelbagai warna
✅ Rekaan yang unik
Harga: RM9.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Car Side Window Curtains

Pelindung matahari untuk kereta ini terdapat dalam tirai unik yang menghalang cahaya matahari daripada masuk ke dalam kereta dengan berkesan! Dengan reka bentuk langsirnya, ia memberikan anda reka bentuk yang mewah, elegan dan moden. Ia boleh dipasang dengan mudah pada tingkap anda. Ia didatangkan dalam 2 reka bentuk langsir yang berbeza, iaitu reka bentuk langsir yang tembus dan reka bentuk langsir yang tidak tembus.
Spesifikasi:
- Material: Fabrik
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Variasi: Boleh tembus, Tidak boleh tembus
- Saiz: 37 x 44 cm (small), 42 x 48 cm (medium), 47 x 53 cm (large)
Kelebihan:
✅ Didatangkan dalam pelbagai saiz
✅ Rekaan yang unik
✅ Senang digunakan
✅ Efektif dalam menghalang cahaya matahari menembusinya
✅ Didatangkan dalam pelbagai rekaan
Harga: RM17.50 to RM21.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.