Bakteria suka membiak di dalam persekitaran yang hangat dan lembap, terutamanya di bilik mandi. Bakteria dan virus boleh hidup di permukaan bilik mandi sehingga seminggu, yang boleh menjejaskan kebersihan dan kesihatan anda. Oleh itu, membersihkan bilik mandi anda adalah cara paling berkesan untuk mengurangkan peluang anda jatuh sakit atau dijangkiti.
Ini bermakna, pembersih tandas adalah penting dalam memastikan bilik mandi sentiasa bersih. Ia boleh menghilangkan kotoran yang sukar dan juga bakteria pada permukaan tandas dengan berkesan. Berikut adalah 8 pencuci tandas terbaik di Malaysia.
Adakah pembersih tandas selamat untuk digunakan?
Pencuci tandas selamat digunakan jika anda mengendalikannya dengan berhati-hati dan memakai sarung tangan semasa membersihkan tandas. Sesetengah pembersih mangkuk tandas mengandungi sulfat yang boleh menyebabkan serangan asma pada mereka yang mempunyai asma. Pembersih tandas mengandungi natrium hidroksida dan natrium hipoklorit yang boleh merengsakan paru-paru dan memedihkan mata, kulit dan organ dalaman jika dimakan.
Bagaimakah menggunakan pembersih tandas dengan betul?
Anda hendaklah menyembur pembersih tandas pada permukaan yang kotor dan biarkan selama beberapa minit. Selepas itu, anda boleh mengelapnya dengan kain bersih, namun, ada pembersih tandas yang bebas bilas. Oh ya, jangan lupa untuk mencuci tangan anda selepas itu!
8 Pembersih Tandas Terbaik di Malaysia 2023
1. MAGICLEAN Bathroom Stain and Mold Remover

MAGICLEAN Bathroom Stain and Mold Remover ialah pembersih bilik mandi yang terlaris di Shopee. Buih berketumpatan tingginya boleh memusnahkan akar kulat dalam masa 5 minit sahaja! Ia sesuai untuk dinding bilik mandi, lantai, celah jubin, singki, bahagian silikon di pintu pancuran mandian, lubang saliran, langsir pancuran mandian, mangkuk tandas dan banyak lagi.
Spesifikasi:
- Bahan: Sodium hypochlorite, sodium hydroxide, surfactant
- Saiz: 400 ml
Kelebihan:
✅ Mampu milik
✅ Efektif dalam menanggalkan kotoran degil dan kulat
Harga: RM10.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. MAGICLEAN Lemon Bathroom Cleaner

MAGICLEAN Bathroom Cleaner menghapuskan 99.9% bakteria dan mempunyai bau lemon yang menyenangkan. Ia akan memenuhi bilik mandi anda dengan bau segar. Bagi memudahkan kerja pembersihan harian, ia cepat menghilangkan kotoran degil, sekali gus menjadikan bilik mandi anda bersih dan wangi.
Spesifikasi:
- Bahan: Surfactant, Solvent, Fragrance
- Saiz: 500 ml + 500 ml refill
Kelebihan:
✅ Dikembangkan melalui ‘Japan Advanced Research and Development’
✅ Antibakteria
✅ Mempunyai bau lemon
Harga: RM12.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Mr. Muscle 5-In-1 Bathroom Cleaner

Mr. Muscle Bathroom Cleaner menghilangkan kotoran sabun dengan mudah tanpa bau yang menyengat. Ia boleh digunakan pada semua permukaan bilik mandi yang besar seperti tab mandi, dinding pancuran mandian, langsir pancuran mandian, pintu pancuran mandian, singki, bahagian atas meja solek dan banyak lagi. Walau bagaimanapun, ia tidak disyorkan untuk menggunakannya pada permukaan akrilik, loyang dan marmar semula jadi.
Spesifikasi:
- Bahan: Water, Diisopropanolamine, Isotridecyl Alcohol 3EO, Lauramine Oxide, Benzalkonium Chloride, Tetrasodium Iminodisuccinate, Fragrance
- Berat: 500 g
Kelebihan:
✅ Berkuasa membersihkan tanpa bau yang kuat
✅ Membunuh 99.9% kuman
Harga: RM14.60
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. COSWAY PowerMax Bathroom Cleaner

COSWAY PowerMax Bathroom Cleaner menampilkan formula asid organik yang lebih selamat pada permukaan dan berkesan menghapuskan kotoran, kotoran sabun, lumut, karat, kotoran air yang sukar ditanggalkan serta kotoran dicelah antara jubin. Oh ya, pembersih tandas ini tidak sesuai digunakan pada permukaan granit dan marmar.
Spesifikasi:
- Bahan: Tidak dinyatakan
- Saiz: 600 ml
Kelebihan:
✅ Mampu milik
✅ Formula asid organik
✅ Antibakteria
Harga: RM8.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Bio-home Bathroom Cleaner Oriental Lily & Rose

Bio-home Bathroom Cleaner dilengkapi dengan bauan bunga lili oriental dan mawar yang memastikan bilik mandi anda sentiasa segar dan bersih. Ia juga merupakan pembersih bilik mandi yang lebih selamat tanpa asap toksik, menghilangkan kotoran bilik mandi yang sukar dan membunuh 99.9% kuman. Ia adalah pembantu yang hebat untuk anda ketika anda membersihkan bilik mandi!
Spesifikasi:
- Bahan: 100% biodegradable plant based active ingredients
- Saiz: 500 ml
Kelebihan:
✅ Boleh dikitar semula
✅ Efektif
✅ Bau harum
Harga: RM9.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Walch Multi-purpose Cleaner

Walch Multi-purpose Bathroom Cleaner membunuh 99.9% kuman dan virus, termasuk E.coli, Salmonella dan Influenza A (Jenis H1N1). Ia berkesan dalam menyegarkan dan meninggalkan permukaan dengan kilauan yang hebat. Anda tidak perlu membilas permukaan lantai apabila menggunakan pembersih ini. Ia juga tidak mengandungi sebarang peluntur. Anda boleh menggunakannya tanpa bimbang tentang kesihatan anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Ethanol (Bahan aktif utama)
- Saiz: 500 ml
Kelebihan:
✅ Serba guna
✅ Membunuh 99.99% kuman
✅ Tidak perlu bilas
Harga: RM11.40
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. CIF Bathroom Cleaner Spray

CIF Bathroom Cleaner Spray ialah formula pembersihan pantas yang meninggalkan permukaan bersih berkilauan. Formulasi antibakteria ini menjadikan bilik mandi anda bebas daripada kuman. Anda hanya perlu menyembur produk dan biarkan selama beberapa saat sebelum mengelapnya dengan kain bersih untuk pembersihan pantas.
Spesifikasi:
- Bahan: Non-ionic Surfactant, Perfume,Benzyl Salicylate, Limonene, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone
- Saiz: 700 ml
Kelebihan:
✅ Mengelakkan penyebaran virus
✅ Formula pembersihan yang pantas
Harga: RM14.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Harpic White & Shine Bathroom Cleaner Spray

Harpic Bathroom Cleaning Spray memberikan anda pembersihan dan kesegaran yang hebat untuk keseluruhan bilik mandi. Tindakannya 10x ganda berkesan boleh menanggalkan kotoran yang sukar dan membunuh 99.9% kuman. Oleh itu, ia adalah pembantu yang sangat baik dan menjadikan kerja pembersihan bilik mandi mudah.
Spesifikasi:
- Bahan: Sodium Hypochlorite 2.2% w/v (Available Chlorine 2.1% w/v 0.5% w/v ate Use By date), Sodium Hydroxide 10.0g/L, Alkaline Salt 7.4g/L)
- Saiz: 500 ml
Kelebihan:
✅ Putih dan berkilat
✅ 10x pembersihan yang baik
✅ Pembersih pelbagai permukaan
Harga: RM12.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.