8 Pemegang Cawan Kereta Terbaik di Malaysia 2025

Terdapat pelbagai pemegang cawan di hampir setiap kereta, tetapi biasanya ia diletakkan pada kedudukan yang janggal atau terlalu kecil untuk cawan anda. Jika anda meletak cawan pada bahagian ini, air boleh tertumpah keluar dan mengotorkan kereta anda. Jadi, anda perlulah menaik taraf pemegang cawan kereta anda yang bersesuaian agar maasalah seperti ini tidak lagi berlaku.

Pemegang cawan kereta didatangkan dalam pelbagai saiz dan reka bentuk. Anda boleh memasangnya di mana-mana sahaja yang bersesuaian, khususnya pada lubang udara kereta anda. Dengan pemegang cawan kereta berkualiti tinggi, anda tidak perlu risau jika air anda tertumpah di dalam kereta. Berikut ialah 8 pemegang cawan kereta terbaik di Malaysia pada tahun 2025 yang anda boleh dapatkan pada hari ini!

Cara Memilih Pemegang Cawan untuk Kereta Anda:

Apabila ia datang untuk memilih pemegang cawan, terdapat beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan seperti saiz, bahan dan ciri pemegang cawan tersebut.

  1. Saiz

Pemegang cawan hendaklah muat dengan sempurna di dalam kereta anda. Yang penting, ia boleh memuatkan cawan dalam pelbagai saiz. Pemegang cawan yang terlalu kecil mungkin tidak sesuai untuk meletak cawan anda kerana ia tidak muat. Manakala pemegang cawan yang terlalu besar pula tidak dapat memegang cawan anda dengan sempurna.

  1. Bahan

Apabila bercakap tentang bahan, sentiasa pertimbangkan untuk memilih plastik tebal dan berkualiti tinggi yang bukan sahaja tahan lama, tetapi akan memegang cawan anda dengan selamat. Pemegang cawan bahan plastik juga lebih mudah dibersihkan!

  1. Ciri-ciri

Banyak pemegang cawan datang dengan pelbagai ciri seperti bahagian bawah dan lengan yang boleh dilaraskan mengikut saiz cawan anda. Untuk itu, anda perlu mencari pemegang cawan yang memberikan ciri terbaik supaya penggunaannya maksimum. 

8 Pemegang Cawan Kereta Terbaik di Malaysia 2025

1. Car Seat Cup Drink Holder

Car Seat Cup Drink Holder
Kredit Gambar: Shopee

Dibina dengan bahan PP berkualiti tinggi, pemegang cawan ini tahan lama dan kukuh! Ia adalah pemegang cawan kereta yang ringkas namun boleh memuatkan sehingga 2 cawan pada masa yang sama. Terdapat juga 2 slot kosong pada bahagian tengah. Di sini, anda boleh mrnyimpan barang bersaiz lebih kecil seperti telefon dan dompet anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik PP
  • Saiz: 21 x 10 x 28 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

2 pemegang cawan
Banyak ruang simpanan
Mudah dipasang

Harga: RM11.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Multifunctional Support Cup Holder

Multifunctional Support Cup Holder
Kredit Gambar: Walmart

Pemegang cawan ini datang dalam saiz yang kecil dan padat. Oleh itu, anda boleh meletaknya di mana sahaja yang anda suka dalam kereta anda. Ia mudah dipasang dan terdapat dalam pelbagai warna. Jika anda sedang mencari pemegang cawan tambahan untuk kereta anda, inilah yang patut anda gunakan! Dengan reka bentuk yang boleh dilipat, anda boleh melipat produk ini tidak menggunakannya. Ciri ini juga dapat menjimatkan ruang dalam kereta anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: ABS
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna Tersedia: Hitam, Kelabu, Beige

Kelebihan:

Binaan berkualiti tinggi
Boleh diletakkan di mana-mana sahaja
Mudah dipasang
Reka bentuk boleh dilipat

Harga: RM3.79

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Car Holder Cup

Car Holder Cup
Kredit Gambar: Shopee

Dibuat dengan bahan berkualiti tinggi, pemegang cawan ini tahan lama dan boleh memegang cawan anda dengan selamat. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang dipasang bersama klip. Jadi, anda boleh terus pasangkannya pada lubang udara kereta anda. Selain itu, ia juga mudah untuk dialihkan pada bila-bila masa yang anda mahu.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Saiz: 8.5 x 8 x 5 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna Tersedia: Hitam, Perak, Biru, Merah

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Tiada pemasangan diperlukan
Mudah digunakan
Kalis air

Harga: RM3.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Car Beverage Holder

Car Beverage Holder
Kredit Gambar: Shopee

Pemegang cawan ini didatangkan dengan reka bentuk pemegang yang unik dan tebal. Jadi, ia boleh memegang cawan anda dengan selamat disebabkan lengannya yang besar. Dengan reka bentuk gantung, anda boleh menggantung pemegang cawan ini pada mana-mana bahagian kereta yang anda suka seperti di tempat duduk.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Saiz: 7 x 8 x 14 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Lengan lebar
Reka bentuk gantung
Tidak perlu pemasangan
Mudah digunakan

Harga: RM3.95 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Car Vehicle Beverage Bottle Holder

Car Vehicle Beverage Bottle Holder
Kredit Gambar: AliExpress

Pemegang cawan kereta ini dilengkapi dengan pemegang gantung yang unik, jadi anda boleh menggantungnya pada tempat letak tangan dan pintu. Dengan pemegangnya yang tinggi dan lebar, anda boleh memuatkan mana-mana cawan di dalamnya dengan selamat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik ABS
  • Saiz: 13 x 6.5 x 11.5 cm
  • Negara Pengeluar: China

Kelebihan:

Reka bentuk gantung
Tiada pemasangan diperlukan
Ruang besar

Harga: RM2.52 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. HANKOOK 5 in 1 Car Life Style Cup Holder

HANKOOK in Car Life Style Cup Holder
Kredit Gambar: Shopee

Pemegang cawan kereta ini didatangkan dalam reka bentuk 5-dalam-1 yang unik. Ia mempunyai gegelang boleh putar pada bahagian atasnya, jadi anda boleh menukar kedudukan cawan anda dengan mudah! Gegelang paling atas dilengkapi dengan slot lebar yang boleh anda gunakan untuk meletak cermin mata hitam atau telefon pintar dengan mudah. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai pemegang cawan, ia juga boleh digunakan untuk menyimpan barangan kecil seperti syiling dan kunci! Jika anda sedang mencari pemegang cawan yang mempunyai pelbagai ciri, produk ini amat disyorkan!

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Pelbagai guna
Boleh bertukar antara pemegang
Mudah
Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Slot khusus telefon pintar dan cermin mata hitam

Harga: RM15.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Car Accessories Multifunctional Car Cup Drink Holder

Car Accessories Multifunctional Car Cup Drink Holder
Kredit Gambar: Shopee

Tidak seperti kebanyakan pemegang cawan kereta yang lain, produk ini dilengkapi dengan reka bentuk cawan penuh yang direka untuk memegang cawan anda dengan lebih selamat. Dengan reka bentuk penuh dan sedikit tertutup, ia boleh mengelakkan sebarang tumpahan daripada berlaku. Permukaan pemegang cawan ini terasa kasar apabila disentuh untuk memastikan anda boleh menggenggamnya tanpa tergelincir manakala pada bahagian dalam pula, permukaannya licin dan mudah dibersihkan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Saiz: 22 x 11 x 14 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia

Kelebihan:

Reka bentuk yang unik
Reka bentuk gantung
Mengelakkan tumpahan
Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Tiada pemasangan diperlukan
Mudah dibersihkan

Harga: RM4.80 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. 2 in 1 Car Cup Holder

in Car Cup Holder
Kredit Gambar: Joom

Ini bukan sahaja pemegang cawan, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai pemegang telefon! Hanya meletakkannya di antara mana-mana lubang udara di dalam kereta dan anda mempunyai pemegang cawan tambahan! Ia dilengkapi dengan plat spring boleh alih yang memastikan cawan anda stabil dan menghalangnya daripada bergegar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Negara Pengeluar: China
  • Warna Tersedia: Hitam, Merah, Ungu

Kelebihan:

Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Pelbagai guna
Didatangkan bersama pemegang telefon
Reka bentuk plat spring

Harga: RM16.48

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close