8 Pemegang Plastik Sampah Terbaik di Malaysia 2025

Kita perlu membuang sampah atau apa-apa sisa makanan sebagai tugas harian. Jadi, adalah penting untuk mempunyai beg sampah yang betul supaya ia tidak bocor dan dapat menambung sampah.  Ramai orang menggunakan beg sampah dan menggunakan tong sampah berpenutup untuk mengekalkan kebersihan ruangan mereka. Mereka terpaksa membongkok untuk membuang sampah serta mengangkat tong sampah mereka untuk membersihkan dapur atau ruangan mereka. Semestinya kita tidak mahu tong sampah menjadi tarikan lalat dan mudah kotor, bukan? Jadi, anda perlu menggunakan produk yang betul untuk meringankan hal ini.

Oleh sebab itu, anda harus menggunakan pemegang beg sampah untuk menampung beg sampah dengan sewajarnya. Ia boleh dipasang pada kabinet atau mana-mana rak bagi memudahkan anda membuang sampah dengan betul. Selain itu, ia juga memudahkan kerja pembuangan sampah. Berikut adalah senarai 8 pemegang plastik sampah terbaik di Malaysia 2025.

Mengapakah Anda Perlu Menggunakan Pemegang Plastik Sampah?

1. Mudah

Penggunaan plastik sampah adalah mudah untuk kegunaan orang ramai. Mereka dapat membuang sampah dengan betul dan di tempatnya. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kebersihan lantai di dapur anda. Ia juga boleh mengelakkan lalat berkerumun di plastik sampah anda.

2. Mudah Alih dan Serba Guna

Kebanyakan pemegang beg sampah adalah ringan dan mudah dibawa ke mana-mana. Anda boleh membawanya ke mana-mana dan pada bila-bila masa. Ia sesuai untuk dapur, perkhemahan, berkelah, dan acara luar yang lain.

3. Lestari

Pemegang beg sampah diperbuat daripada bahan seperti plastik, keluli tahan karat dan silikon. Bahan-bahan ini tahan lama dan tidak mudah rosak.

Secara keseluruhannya, penggunaan pemegang plastik sampah itu dapat memudahkan kerja anda serta senang dibersihkan.  Malah, dapur anda juga menjadi bersih tanpa noda.  Selain itu, anda tidak perlu membongkok untuk membuang sampah atau sisa makanan. Mudah, bukan?

8 Pemegang Plastik Sampah Terbaik di Malaysia 2025

1. Plastic Dispenser Trash Holder (Rack)

Plastic Dispenser Trash Holder Rack
Kredit Gambar: AliExpress

Penampilan pemegang beg sampah yang halus dan tahan lama ini menarik perhatian orang ramai. Ia sangat tahan lama dan mudah digunakan. Produk ini adalah serba guna. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai pemegang plastik sampah malah anda boleh menjadikannya sebagai sebagai rak tuala. Produk ini mempunyai kapasiti galas yang kuat, sekali gus membolehkan anda membuang banyak sampah ke dalamnya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Warna: Biru, Biru Cerah, Merah Jambu
  • Saiz: 26 cm x 12 cm

Kelebihan:

Tahan lama
Kukuh dan mudah digunakan
Pelbagai guna
Kapasiti galas yang kuat

Harga: RM5.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Odoso Garbage Collector Rack Rubbish Bag Holder

Odoso Garbage Collector Rack Rubbish Bag Holder
Kredit Gambar: Shopee

Produk ini boleh melekat pada mana-mana permukaan licin tanpa menggunakan sebarang alat, penggerudian atau lubang. Pemegang beg sampah ini dilengkapi dengan dua cawan sedutan yang membolehkannya dipasang pada sudut sinki anda tanpa mengambil sebarang ruang tambahan. Ia mudah dibuka dan ditutup, serta mengekang bau yang kurang menyenangkan daripada merebak keluar. Selain itu, ia juga menjadikan aktiviti memasak anda lebih cekap.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik PP
  • Warna: Biru
  • Saiz: 16 cm x 4 cm

Kelebihan:

Licin dan disertakan dengan 2 cawan sedutan
Menjimatkan ruang
Reka bentuk buka dan tutup yang mudah

Harga: RM2.71

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Plastic Hanging Garbage Bag Holder

Plastic Hanging Garbage Bag Holder
Kredit Gambar: SeeTracker Malaysia

Produk ini adalah 100% baru dan berkualiti tinggi. Ia boleh menampung plastik sampah atau kain pembersih dengan mudahi. Selain itu, ia juga sangat mudah digunakan. Dua cangkuk padanya membolehkan anda menggantung pemegang plastik sampah ini pada pintu atau kabinet anda. Selain itu, produk ini juga membantu menjimatkan ruang.

Spesifikasi:

  • Bahan: PP
  • Warna: Biru, Merah Jambu, Hijau, Beige
  • Saiz: 18.5 cm x 14 cm x 4.5 cm
  • Pakej termasuk: 2 keping Pemegang Plastik Sampah, Tiada kotak retail. Dibungkus dalam beg gelembung (bubble bag) dengan selamat

Kelebihan:

Paku percuma
Dua cangkuk sesuai untuk digantung pada pintu atau kabinet
Mudah dipasang
Pelbagai guna

Harga: RM2.99 – RM5.66

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Stainless Steel Garbage Bag Rack

Stainless Steel Garbage Bag Rack
Kredit Gambar: eBay

Produk ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang berkualiti tinggi. Ia berguna untuk dapur, kerja pembersihan, dan vaniti bilik mandi. Selain itu, produk ini mempunyai sandaran buih atau busa yang tidak menyerap untuk memelihara kabinet dan laci. Produk ini berbaloi untuk wang anda kerana ia praktikal dan tahan lama.

Spesifikasi:

  • Bahan: Krom Keluli Tahan Karat
  • Warna: Perak
  • Ketebalan: 4.0 mm
  • Saiz: 18.5 cm x 14 cm x 4 cm
  • Pakej termasuk: 1 pemegang plastik sampah

Kelebihan:

Menjimatkan ruang
Keluli tahan karat berkualiti tinggi
Buih tidak serap
Praktikal dan tahan lama

Harga: RM2.99 – RM10.40 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. FL Garbage Bags Holder

FL Garbage Bags Holder
Kredit Gambar: Shopee

FL Garbage Bags Holder adalah pemegang plastik sampah yang sangat baik untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. Ia mengandungi hujung getah yang tidak licin bagi memastikan ia tetap melekat pada meja. Selain itu, ia juga mempunyai bahagian belakang buih pada cangkuk bagi melindungi pintu dan kabinet anda daripada calar. Ia boleh dipasang di mana-mana sahaja dengan cepat dan tidak memerlukan perkakasan tambahan. Produk ini dapat menjimatkan ruang selain mengekalkan dapur yang bersih dan kemas.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Putih, hitam

Kelebihan:

Tudung getah tidak licin
Mudah dipasang
Bukaan besar
Menjimatkan ruang
Pastikan dapur sentiasa bersih

Harga: RM14.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. [DOLITY] Trash Bag Hanger

DOLITY Trash Bag Hanger
Kredit Gambar: Lazada

Pemegang beg sampah keluli tahan karat ini dipasang di tepi meja untuk memudahkan urusan membuang sisa makanan. Produk ini tahan karat, ringan dan tahan lama. Selain itu, ia mengandungi pad getah di hujungnya bagi mengelakkannya daripada tergelincir dari meja. Produk ini juga mudah alih supaya anda boleh menggunakannya di mana-mana sahaja, sama ada di dapur, di aktiviti barbeku, ketika berkhemah dan sebagainya.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Perak
  • Saiz: 32 cm x 26 cm x 4.5 cm

Kelebihan:

Keupayaan galas yang Kuat
Berbilang guna
Menjimatkan ruang
Mesra alam
Mudah digantung

Harga: RM18.30

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Eco Botato Stainless Steel Garbage Bag Hanger

Eco Botato Stainless Steel Garbage Bag Hanger
Kredit Gambar: Amazon

Eco Botato Stainless Steel Garbage Bag Hanger ini selamat untuk semua orang. Produk ini mampan dan mudah dipasang. Produk ini juga boleh meregangkan plastik sampah ke tahap yang paling panjang bagi memudahkan orang ramai membuang sampah mereka dengan mudah. Anda boleh membawanya ke mana-mana dan menggantungnya pada kabinet, pintu dan rak.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Hitam, Putih
  • Berat: 0.314 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 1.8 cm (Dimensi Penyangkut), 22 x 25 cm (Dimensi Produk)

Kelebihan:

Semula jadi dan boleh diguna semula
Tidak toksik
Tahan lama
Bebas BPA
Selamat digunakan

Harga: RM7 – RM10

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Tigerflower Adjustbable Garbage Bag Hanger

Tigerflower Adjustable Garbage Bag Hanger
Kredit Gambar: Shopee

Ayd 2Pcs Trash Rubbish Bag Hanger mengandungi 2 keping pemegang plastik sampah. Ia boleh digantung di banyak tempat seperti pada pintu, kabinet dan rak. Selain itu, anda boleh membuang sampah ke dalam plastik sampah dengan cekap kerana anda menggangkut plastik sampah dengan menggunakan produk ini. Produk ini juga kukuh dan mampu menampung berat sampah.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik, ABS
  • Warna: Putih
  • Berat Bersih: 500 g
  • Saiz: 16.5 cm x 3 cm x 8.5 cm

Kelebihan:

Bahan tahan lasak
Mudah dipasang
Mudah alih
Kuat dan tidak mudah tertanggal

Harga: RM4.71

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close