Jika anda seorang penggemar minuman lemonade, sudah pasti anda akan mempertimbangkan untuk membeli pemerah sitrus. Pemerah sitrus ialah alat untuk mengekstrak jus daripada buah-buahan seperti limau, oren, lemon dan pelbagai buah sitrus yang lain.Terdapat pelbagai produk pemerah ekstrak jus buah-buahan yang telah dipasarkan sama ada berbentuk elektrik ataupun manual.
Namun jika anda ingin membuat jus buah-buahan dalam kuantiti yang kecil, pemerah sitrus manual adalah yang terbaik untuk anda. Hal ini kerana reka bentuknya yang kecil dan ringan memudahkan anda untuk mengendalikannya. Berikut adalah 8 pemerah sitrus mampu milik terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Bagaimana Hendak Mencari pemerah sitrus yang terbaik?
Terdapat pelbagai jenis dan jenama pemerah sitrus di pasaran boleh menjadikan anda keliru untuk memilih yang terbaik. Oleh itu, anda disarankan untuk mempertimbangkan ciri-ciri produk, belanjawan dan jenis produk sebelum membuat sebarang pembelian.
- Ciri-ciri produk
Amat penting untuk memilih produk dengan ciri-ciri yang mengikut kehendak dan keperluan anda supaya ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama.
- Belanjawan
Setiap pemerah sitrus menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk pemerah terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.
- Jenis
Anda mungkin pernah melihat pelbagai jenis pemerah sitrus di pasaran, antaranya jenis kayu, plastik, besi dan banyak lagi. Jadi, anda disyorkan untuk menentukan jenis pemerah sitrus yang anda inginkan sebelum membuat pembelian.
8 Pemerah Sitrus Mampu Milik Terbaik di Malaysia 2023
1. Stainless Steel Citrus Juicer

Pemerah sitrus ini mempunyai tahap ketahanan yang tinggi ekoran ia diperbuat daripada keluli tahan karat dan tahan lasak, jadi anda boleh menggunakannya tanpa risau akan berlakunya sebarang kerosakan seperti pecah, berkarat, dan lain-lain. Selain itu, pemerah ini mudah dikendalikan kerana pemegangnya cukup panjang untuk dipegang semasa anda memerah buah.
Spesifikasi:
- Bahan: Keluli Tahan Karat
- Warna: Perak
Kelebihan:
✅ Mudah dicuci
✅ Tahan lama
✅ Tahan karat
Harga: RM5.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. Manual Citrus Juicer

Pemerah sitrus manual ini diperbuat daripada bahan plastik gred makanan yang bebas BPA dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya sekaligus menjadikannya selamat untuk digunakan. Selain itu, ia juga memiliki saiz yang agak kecil bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya serta boleh dibawa ke mana sahaja. Pemerah ini menawarkan kepada anda ruang jus berkapasiti besar bagi membolehkan anda memerah sekitar 2 hingga 3 buah pada satu masa.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik Polypropylene
- Warna: Putih
Kelebihan:
✅ Mudah digunakan
✅ Mudah dibersihkan
✅ Kapasiti besar
Harga: RM4.88
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Wooden Citrus Juicer

Pemerah sitrus kayu ini mempunyai reka bentuk yang unik di mana ia dilengkapi dengan 10 penjuru kecil di bahagian hadapan pemerah bagi memudahkan proses mengekstrak jus. Pemerah ini diperbuat dari kayu yang berkualiti tinggi serta dipasarkan dengan harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: Natural Beech
- Warna: Kayu
Kelebihan:
✅ Kukuh
✅ Unik
✅ Selesa dipegang
Harga: RM6.29
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Aluminium Alloy Citrus Juicer

Jika anda mencari pemerah sitrus yang memiliki lubang pemisah di antara biji buah dan jus, Aluminum Alloy Citrus Juicer sesuai untuk anda. Pemerah sitrus ini diperbuat daripada alloy aluminium iaitu keluli tahan karat sekaligus menjadinya produk tahan lama dan mudah untuk dibersihkan.
Spesifikasi:
- Bahan: Aluminium Alloy
- Warna: Kuning
Kelebihan:
✅ Tahan Lama
✅ Mudah untuk dibersihkan
Harga: RM8.43
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. Small Citrus Juicer

Pemerah sitrus ini direka dengan reka bentuk yang kecil dan mudah alih yang membolehkan ia digunakan di mana sahaja yang anda inginkan. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan penutup pemerah bagi menjamin kebersihan jus yang dihasilkan.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Pelbagai warna
Kelebihan:
✅ Mudah digunakan
✅ Mudah alih
✅ Berbaloi
Harga: RM3.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Glass Citrus Juicer

Pemerah sitrus ini sesuai digunakan untuk mengeluarkan ekstrak jus daripada limau, oren, dan lemon ekoran ia diperbuat daripada kaca yang tebal dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, reka bentuknya yang mahal dan eksklusif juga menjadikannya sesuai untuk diberikan kepada keluarga dan rakan-rakan sebagai hadiah.
Spesifikasi:
- Bahan: Kaca
- Warna: Lutsinar
Kelebihan:
✅ Kaca
✅ Tahan lama
✅ Reka bentuk cantik
Harga: RM10.00
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Dual-Action Citrus Juicer

Dual-Action Citrus Juicer ialah pemerah sitrus yang sesuai untuk anda yang inginkan pemerah jus manual yang ringan dan boleh dipakai dalam jangka masa yang lama. Selain itu, ia direka dengan bentuk mudah alih dan selamat dibawa ke mana sahaja. Tambahan pula, ia dipasarkan dengan harga yang berpatutan sekaligus menjadikannya sebagai salah satu pemerah jus sitrus manual terbaik untuk anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Plastik
- Warna: Pelbagai warna
Kelebihan:
✅ Mudah dikendalikan
✅ Selamat untuk digunakan pada mesin basuh pinggan
Harga: RM9.80
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Portable Citrus Juicer

Pemerah sitrus ini diperbuat daripada bahan jerami gandum yang berkualiti tinggi dan selamat digunakan untuk jangka masa yang lama. Pemerah ini dilengkapi dengan 8 bentuk bilah yang berbeza membolehkan anda mengubahnya mengikut keselesaan dan kehendak anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Jerami Gandum
- Warna: Beige, Biru, Merah Jambu
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Mudah
✅ Berkualiti tinggi
Harga: RM7.50
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.