Kredit Gambar: LD Products
Pencetak gambar ialah peranti moden yang mampu mencetak gambar digital anda dengan kualiti yang tinggi walaupun ia hanya bersaiz kecil. Pengguna kini memilih pencetak gambar berbanding kamera tradisional kerana ia lebih pantas dan mudah digunakan tanpa perlu pergi ke kedai kamera untuk mendapatkan gambar yang dihasilkan.
Terdapat banyak jenis pencetak gambar yang telah dikeluarkan oleh jenama dan lingkungan harga yang berbeza. Anda mungkin berasa sukar untuk memilih pencetak gambar mana yang sesuai dengan keperluan anda. Jangan risau kerana kami akan membantu anda membuat pilihan. Berikut ialah 8 pencetak gambar terbaik di Malaysia.
Adakah berbaloi anda mendapatkan pencetak gambar?
Pencetak gambar berbaloi untuk diperolehi jika anda lebih suka perkara yang pantas dan mudah. Pencetak gambar ini mampu mencetak gambar anda dengan cepat tanpa sebarang kerumitan. Selain itu, anda boleh melakukan kerja mencetak ini di rumah anda sahaja dengan selesa.
Adakah dakwat khas diperlukan untuk menggunakan pencetak jenis ini?
Sebenarnya, dakwat khas tidak semestinya diperlukan untuk mencetak gambar kerana pencetak jenis ini hanya menggunakan dakwat biasa sahaja. Walau bagaimanapun, jika anda menggunakan kertas berkilat untuk mencetak gambar, anda mungkin mahu menjauhkan diri daripada dakwat pigmen kerana ia boleh menyebabkan proses ‘bronzing’ berlaku.
8 Pencetak Gambar Terbaik di Malaysia 2025
1. Xiaomi Pocket Photo Printer

Xiaomi Pocket Photo Printer ialah pencetak gambar mudah alih yang ringan dan mudah digunakan. Ini kerana pencetak gambar ini mempunyai reka bentuk kertas penutup slaid yang memudahkan anda untuk memuatkan kertas tanpa mengeluarkan badan pencetak. Pencetak gambar ini menggunakan teknologi tanpa dakwat yang menggunakan kristal berasaskan pewarna yang dibenamkan ke dalam kertas supaya anda tidak perlu membeli kartrij dakwat secara berasingan.
Spesifikasi:
- Warna: Putih
- Jaminan: 6 bulan
- Saiz Gambar: 50mm x 76mm
- Format Fail: JPEG, PNG
- Resolusi Percetakan: 313 x 400dpi
- Kapasiti Karton: sehingga 10 lembaran
- Negara Pengeluar: China
Kelebihan:
✅ Reka bentuk kertas penutup slaid
✅ Senang digunakan
✅ Teknologi tanpa dakwat
Harga: RM199.00 – RM215.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Peripage A6 Mini Pocket Photo Printer

Peripage A6 Mini Pocket Photo Printer ini didatangkan dalam reka bentuk beruang dan mempunyai pelbagai warna untuk dipilih mengikut cita rasa anda. Pencetak gambar ini menyokong kedua-dua sistem Android dan IOS bagi memudahkan anda untuk mencetak gambar menggunakan telefon pintar anda. Pencetak gambar ini juga disertakan dengan kabel USB untuk tujuan pengecasan.
Spesifikasi:
- Warna: Classic White, Romantic Pink, Aegean Blue, China Red, Brown, Yellow
- Berat: 200g
- Saiz Gambar: 57mm
- Kapasiti Kertas: 57mm x 30mm thermal paper
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 83mm x 83mm x 45mm
Kelebihan:
✅ Pelbagai warna
✅ Kable USB
✅ Menyokong Android dan sistem IOS
Harga: RM120.00 – RM222.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Takara Tomy Printoss Printer

Takara Tomy Printoss Printer ini boleh mencetak gambar anda dengan pantas kerana sistem pengendaliannya ringkas dan mudah dinavigasi. Apa yang anda perlu lakukan ialah letakkan telefon pintar anda di bahagian atas, tekan butang di bahagian hadapan pencetak ini, putar engkol tersebut berjaya! Gambar anda akan dicetak! Pencetak gambar ini tidak memerlukan sebarang bateri dan anda tidak perlu memuat turun sebarang aplikasi tambahan bagi membuatnya berfungsi.
Spesifikasi:
- Warna: Sora Blue, Sumi Black, Sakura Pink
- Berat: 350g
- Saiz Gambar: 3. 4 inci x 2. 1 inci, 2. 4 inci x 1. 8 inci (Saiz Imej)
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz: 6.9 inci x 5.2 inci x 2.3 inci
Kelebihan:
✅ Sistem kendalian yang ringkas
✅ Tidak memerlukan bateri
✅ Aplikasi tambahan tidak diperlukan
Harga: RM129.00 – RM175.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. PAPERANG Mini Bluetooth Printer P1 188

PAPERANG Mini Bluetooth Printer P1 188 merupakan pencetak gambar yang mempunyai lensa lebar untuk membantu anda menangkap imej dengan lebih tepat. Pencetak gambar ini sesuai digunakan untuk keluar bersantai, berjalan-jalan dan membuat bullet journal. Pencetak gambar ini disertakan dengan kabel USB untuk mengecas dan menggunakan kertas thermal supaya anda tidak perlu membeli kartrij dakwat.
Spesifikasi:
- Bahan: Sintetik
- Warna: Putih, Merah Jambu, Hijau, Kuning, Minions
- Jaminan: 1 bulan
- Saiz Gambar: 57 x 30mm
- Berat: 0.2040 kg
- Negara Pengeluar: China
- Saiz: 8.30 x 8.30 x 4.50 cm
Kelebihan:
✅ Lensa lebar
✅ Kabel USB
✅ Kertas Thermal
Harga: RM114.00 – RM129.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Canon SELPHY CP1300 Compact Photo Printer (RP108 PAPER)

Canon SELPHY CP1300 Compact Photo Printer (RP108 PAPER) tidak memerlukan komputer atau sambungan USB kerana anda hanya perlu menggunakan telefon pintar dan WIFI anda sahaja untuk mencetak gambar anda dengan pantas dan jelas. Pencetak gambar ini boleh mencetak gambar anda tanpa sebarang kabur atau comot. Pencetak gambar ini juga mempunyai sistem pengendalian yang mudah untuk digunakan dengan hanya menekan butang di bahagian atas badan pencetak gambar ini.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam, Putih, Merah Jambu
- Jaminan: 12 bulan
- Kapasiti: 108 lembaran
- Saiz Gambar: 2.1inci x 2.1 inci to 4 inci x 6 inci
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Mudah dikendalikan
✅ Menggunakan WIFI
✅ Mencetak imej dengan jelas
Harga: RM115.99 – RM642.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Canon Pv123 Mini Photo Printer

Pv123 Mini Photo Printer daripada Canon ini adalah ringan dan sesuai untuk dibawa bersama anda jika diletakkan di dalam beg atau dompet anda. Pencetak gambar ini boleh mencetak gambar serta-merta dan gambar anda tidak mudah terkoyak. Selain itu, pencetak gambar ini juga kalis comot dan tahan lama untuk kegunaan anda.
Spesifikasi:
- Warna: Rose Gold, Mint Green, Slate Grey
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz Gambar: 2 inci x 3 inci
Kelebihan:
✅ Ringan
✅ Tahan lasak
✅ Tahan comot
Harga: RM49.49 – RM 116.17
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Fujifilm Instax Link Wide Instant Photo Printer

Fujifilm Instax Link Wide Instant Photo Printer ini mempunyai reka bentuk yang anggun dan bersaiz padat supaya ia tidak mengambil banyak ruang di dalam bilik atau beg anda. Pencetak gambar ini mampu mencetak gambar anda dalam masa 12 saat supaya anda boleh mencetak banyak gambar tanpa perlu menunggu lama. Pencetak gambar ini juga boleh mencetak dengan jelas pada filem instant yang lebar.
Spesifikasi:
- Warna: Ash White, Mocha Grey
- Jaminan: 12 bulan
- Negara Pengeluar: Jepun
- Saiz Gambar : 33.7mm×127.5mm×139mm
Kelebihan:
✅ Reka bentuk anggun
✅ Saiz kompak
✅ Mencetak gambar dalam 12 saat
Harga: RM668.00 – RM678.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. Kodak Mini 3 Retro Photo Printer

Kodak Mini 3 Retro Photo Printer dapat mencetak gambar anda dengan atau tanpa border gambar, bergantung pada bagaimana anda mahu gambar itu kelihatan. Pencetak gambar ini boleh mencetak gambar anda dalam masa 50 saat tanpa comot atau koyak. Pencetak gambar ini mempunyai reka bentuk retro bagi mereka yang menggemari barangan yang vintaj.
Spesifikasi:
- Warna: Hitam, Putih, Kuning
- Jaminan: 1 tahun
- Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
- Saiz Gambar: 7.6cm x 7.6cm
Kelebihan:
✅ Mencetak gambar dalam masa 50 saat
✅ Reka bentuk retro
✅ Tidak memerlukan dakwat cecair
Harga: RM569.00 – RM679.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.