10 Pencuci Berus Mekap Terbaik di Malaysia 2025

Jika anda yang seorang penggemar mekap, membersihkan kesemua alatan mekap anda adalah satu perkara yang tidak boleh dielakkan. Dengan membersihkan berus dan juga span anda setiap minggu, anda akan mendapat ‘result’ mekap yang lebih cantik dan ‘flawless’. Selain itu, ia juga penting untuk dilakukan demi kesihatan kulit muka anda.

Kebanyakan pencuci berus mekap yang dijual di kedai kosmetik seperti Sephora, Sasa, Elianto dan Etude House sangat mahal. Anda tidak perlu bimbang kerana di dalam artikel ini kami telah mengumpulkan beberapa produk pencuci berus berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. 

Bagaimana hendak menggunakan pencuci berus mekap anda? 

Pencuci berus mekap berfungsi untuk membersihkan berus mekap anda dengan pantas dan efektif, namun anda juga perlu mengikuti beberapa langkah semasa membersihkan berus bagi mengekalkan kualiti berus. Berikut adalah langkah yang perlu anda ikuti: 

1. Air: Pastikan anda membilas hujung berus dengan air suam sebelum mencucinya dengan larutan pencuci. Berus hendaklah menghadap ke bawah mengikut aliran air supaya ia tidak meleleh ke batang berus dan tidak merosakkan bulu berus mekap anda. 

2. Pengendalian: Ratakan larutan pencuci secara sekata pada seluruh bulu berus dengan menggunakan tangan bagi memastikan ia betul-betul bersih. 

3. Bilas: Bilas berus mekap anda sekali lagi di bawah air (sebaiknya air suam). Gosok berus perlahan-lahan untuk memastikan tiada sisa larutan pencuci yang tertinggal. 

4. Keringkan: Akhir sekali, keringkan berus anda dengan tuala dan biarkan ia kering di dalam suhu bilik. 

10 Pencuci Berus Mekap Terbaik di Malaysia 2023

1. DAISO Makeup Brush Cleaner

DAISO Makeup Brush Cleaner
Kredit gambar: Shopee

DAISO Makeup Brush Cleaner ini diperbuat daripada 5 bahan asas yang menjadikannya antara pencuci berus mesra alam. Ia tidak mempunyai bau yang kuat dan mudah untuk digunakan. Bukan itu sahaja, ia juga dapat mengekalkan kualiti berus anda serta dapat membersihkan berus anda dengan efektif. Selain itu, ia juga dipasarkan pada harga yang mampu milik. 

Spesifikasi:

  • Jumlah Kuantiti:
  • Bahan: Air, Etil, Alkohol, Surfaktan (7%), Sodium Laureth sulfate polysorbate 80.
  • Negara Pengeluar: Jepun

Harga: RM 5.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Breena Beauty: Clean Me Antibacterial Makeup Brush & Sponge Cleanser

Breena Beauty Clean Me Antibacterial Makeup Brush Sponge Cleanser
Kredit gambar: Shopee

Breena Beauty’s Sponge & Brush Cleanser ini mampu menanggalkan kesan solekan serta kotoran degil pada span dan berus mekap anda dengan lembut dan efektif. Selain itu, ia juga telah diuji dapat menghapuskan 99% kuman dan bakteria. Larutan pencuci ini tidak menghasilkan buih berlebihan yang menjadikannya lebih mudah untuk dibilas. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 50 ml
  • Bahan: Air, Sodium Lauryl Sulfoacetate, Sodium Dodecylbenzene Sulfonate, Lauryl Hydroxy Sulfobetaine
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Harga: RM 7.20

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. MISS ROSE Make Up Brush Cleaner

MISS ROSE Make Up Brush Cleaner
Kredit gambar: Shopee

Pencuci berus ini sangat mudah untuk digunakan dan sangat efektif dalam menanggalkan kotoran degil terutamanya solekan yang berminyak. Ia tidak mengandungi sebarang alkohol, paraben dan sulfat yang menjadikannya sesuai untuk digunakan bagi penghidap hypoalergik. Bukan itu sahaja, ia juga telah berdaftar di bawah Persatuan Vegan. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 180 ml
  • Bahan: Isododecane, Minyak Biji Vitis Vinifera (Anggur), Minyak Triticum Vulgate (Gandum), Minyak Pati Argania Spinosa (Argan).
  • Negara Pengeluar: China

Harga: RM 6.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. THE PASTELS SHOP “Clean My Brush”

THE PASTELS SHOP Clean My Brush
Kredit gambar: Shopee

Pencuci berus ini agak unik berbanding pencuci yang lain kerana ia didatangkan dalam bentuk semburan dan tidak perlu dibilas dengan air. Untuk cara penggunaannya pula, anda hanya perlu menyembur larutan pencuci ini pada berus atau span mekap anda, kemudian anda boleh mengelapnya dengan tisu atau tuala untuk menghilangkan kesan kotoran. Selain itu, ia juga dapat membasmi bakteria dan cepat kering. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 100 ml
  • Negara Pengeluar: Malaysia 

Harga: RM 15.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Fillimilli Makeup Brush & Puff Cleanser

Fillimilli Makeup Brush Puff Cleanser
Kredit gambar: Shopee

Pencuci berus keluaran FIllimilli ini sangat mudah untuk dikendalikan serta mempunyai bau yang menyenangkan dan boleh digunakan pada semua alatan mekap. Walaupun harganya agak mahal, namun anda tidak perlu bimbang kerana ia hanya perlu digunakan sebanyak 5 titis atau kurang daripada itu. Hal ini sekali gus membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 250 ml
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Harga: RM 45.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Sephora Collection Daily Makeup Brush Cleaner

Sephora Collection Daily Makeup Brush Cleaner
Kredit gambar: Shopee

Berdasarkan ulasan yang ditinggalkan di laman web mereka, produk pencuci berus keluaran Sephora ini tidak memerlukan sebarang bilasan atau pembersihan terlebih dahulu dengan air. Hal ini kerana, ia hanya perlu disemburkan pada alatan anda dan anda boleh menggunakannya semula dengan serta-merta!  

Spesifikasi:

  • Isi padu: 60 ml
  • Bahan: Aqua, Alcohol, Peg-7 Glyceryl Cocoate, Isopropyl Alcohol, Pewangi, Hexyl Cinnamal
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Harga: RM 38.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. ELF Daily Brush Cleaner

ELF Daily Brush Cleaner
Kredit gambar: Shopee

Pencuci berus mekap keluaran ELF ini merupakan antara produk ‘cruelty-free’. Bukan itu sahaja, ia juga didatangkan dengan formulasi antibakteria untuk pembersihan yang menyeluruh dan melindungi kulit muka anda daripada sebarang kuman dan bakteria. Ia juga dapat mengekalkan kualiti berus sekali gus membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 60 ml
  • Bahan: Air (Aqua), Sodium Laureth Sulfate, Propylene Glycol, Sodium Chloride, Cocamidopropyl Betaine, Cocamide MEA, Bis-Methoxy Propyl Amino Isodocosane, DMDM ​​Hydantoin, Citric Acid
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat 

Harga: RM 27.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. MERYTHOD Brush and Puff Cleanser

MERYTHOD Brush and Puff Cleanser
Kredit gambar: Shopee

Pencuci berus ini merupakan antara pilihan pengguna ekoran ia sangat mudah untuk digunakan. Produk ini membersihkan dan menyelaraskan gentian berus bagi membolehkan berus tahan lebih lama. Ia direka khusus untuk membersihkan berus anda dengan intensif sambil mengekalkan kualiti berus. Selain itu, ia juga sesuai digunakan ketika melancong. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 60 ml
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Harga: RM 51.25

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

9. Innisfree Brush & Puff Cleanser

Innisfree Brush Puff Cleanser
Kredit gambar: Shopee

Innisfree merupakan antara jenama kosmetik terkenal yang telah wujud sejak sekian lama. Secara tidak langsung, ia dapat menjamin kualiti yang ditawarkan. Ia tidak menghasilkan buih berlebihan yang menjadikannya mudah untuk dibersihkan. Selain itu, ia juga telah mendapat pelbagai ulasan positif daripada pengguna berkenaan keberkesanan dan kualiti yang ditawarkan. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 250 ml
  • Bahan: Air, Hexylene Glycol, Cocamidopropyl Betaine, Polysorbate 20, Disodium Cocoamphodiacetate, Selulosa Gum, Alkohol Denat, Sodium Benzoate, Asid Laktik, Pewangi, Polyquaternium-10, Ekstrak Saponaria Roottufolia Leaf/Menefontha Leaf , Carica Papaya (Ekstrak Buah Betik) 
  • Negara Pengeluar: Korea Selatan

Harga: RM 35.27

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

10. MAYCREATE Blender, Puff or Brush Liquid Cleanser

MAYCREATE Blender Puff or Brush Liquid Cleanser
Kredit gambar: Shopee

Produk merupakan antara produk pencuci berus yang terkenal di pasaran. Pencuci ini didatangkan dalam pembungkusan yang anggun serta mudah untuk digunakan. Haruman yang ditawarkan sering dikatakan sepadan dengan bauan zesty Citrus. 

Spesifikasi:

  • Isi padu: 160 ml
  • Negara Pengeluar: China

Harga: RM 7.14

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close