Sama seperti bahagian luar, bahagian dalam kereta anda juga boleh dicemari dengan kotoran daripada minuman dan makanan yang tumpah. Ini bukan sahaja menyebabkan kereta anda kotor, malah jika tidak dibersihkan dengan betul, kotoran akan memerangkap bau hapak dan akan mendatangkan tetamu yang tidak diingini ke dalam kereta anda, seperti lipas dan semut.
Jangan khuatir, masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan pembersih dalaman (interior) kereta. Lazimnya pembersih boleh didapati dalam bentuk semburan supaya ia mudah digunakan. Penggunaan pembersih dalaman kereta ini dapat menjaminkan kebersihan bahagian dalam kereta dan menghalang binatang perosak daripada memasuki kenderaan anda. Jadi, inilah 8 pencuci dalaman kereta terbaik yang anda boleh dapati di Malaysia.
Bagaimana hendak memilih pembersih dalaman kereta yang berkualiti?
Pembersih dalaman kereta boleh didapati dengan mudah di pasaran dengan pelbagai jenama dan jenis. Oleh itu untuk memilih produk yang betul, anda perlu mengambil kira aspek harga, isipadu dan jenis permukaan.
- Harga
Memandangkan pembersih dalaman kereta dipasarkan secara meluas dalam talian dan di kedai fizikal, anda boleh mendapatkan pembersih dalaman kereta pada harga yang berpatutan. Walau bagaimanapun, anda masih perlu menetapkan belanjawan anda untuk mengelakkan pembaziran.
- Isi padu
Amat penting untuk membeli pembersih dalaman kereta dengan jumlah isi padu yang mencukupi. Memiliki isi padu pembersih dalaman yang mencukupi dapat membasmi kuman yang berada di dalam kereta anda.
- Jenis pembersih
Bergantung pada permukaan yang memerlukan pembersihan, anda perlu mengetahui jenis pembersih yang tepat dan sesuai untuk kereta anda. Contohnya, sesetengah pembersih dalaman dikhususkan untuk membersihkan kulit tempat duduk manakala sesetengahnya adalah untuk plastik atau fabrik.
8 Pencuci Interior Kereta Terbaik di Malaysia 2023
1. Multipurpose Foam Cleaner

Multipurpose Foam Cleaner sangat sesuai untuk membersihkan bahagian dalam kereta anda. Pembersih dalaman ini mempunyai buih yang tebal dan mampu membersihkan kebanyakan jenis kotoran dan tumpahan, walaupun ia berada di permukaan yang sukar, seperti fabrik. Pembersih buih ini sesuai untuk membersihkan semua jenis permukaan dalam kereta anda.
Spesifikasi:
- Isi padu: 450ml
- Bentuk produk: Buih
- Jenis Pembersih: Universal
Kelebihan:
✅ Pencuci berbuih
✅ Sesuai untuk semua permukaan
Harga: RM3.78
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. HGKJ Car Interior Cleaner

Pembersih Dalaman Kereta HGKJ merupakan cecair pembersihan yang mampu membuatkan kereta anda kelihatan baru. Ia juga boleh digunakan pada pelbagai permukaan seperti tempat duduk kulit dan sofa di rumah. Pencuci ini didatangkan dalam 2 saiz yang berbeza namun kedua-dua saiz tersebut masih mudah untuk digunakan dan disimpan tanpa menggunakan ruang yang banyak.
Spesifikasi:
- Isi padu: 20ml, 50ml
- Bentuk produk: Cecair
- Jenis Pencuci: kulit
Kelebihan:
✅ Menggilap kulit
✅ Bersaiz kecil
✅ Mudah disimpan
Harga: RM4.99 – RM7.29
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Shuaxinbao Car Cleanser

Pembersih Kereta Shuaxinbao sesuai untuk kebanyakan jenis permukaan kereta, termasuklah permukaan kulit, plastik dan fabrik. Ia dapat menanggalkan kesan kotoran degil pada bahagian dalam kereta anda dan menghalang kesan tersebut daripada merosakkan permukaan kereta atau tempat duduk kereta anda. Produk ini didatangkan dalam botol jenis semburan yang mudah digunakan.
Spesifikasi:
- Isi padu: 256ml
- Bentuk Produk: Cecair
- Jenis Pencuci: Universal
Kelebihan:
✅ Membersihkan kebanyakan permukaan
✅ Menghilangkan kotoran yang degil
Harga: RM11.80
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Meguiar’s All-Purpose Cleaner

Meguiar’s All Purpose Cleaner sesuai untuk anda yang mencari pencuci dalaman kereta yang terjamin keberkesanannya dalam menghilangkan kotoran degil. Bukan itu sahaja, ia juga boleh digunakan untuk mencuci bahagian luar kereta.
Spesifikasi:
- Isi padu: 500ml
- Bentuk Produk: Cecair
- Jenis Pencuci: Universal
Kelebihan:
✅ Efektif
✅ Sesuai untuk dalaman dan luaran kereta
Harga: RM39.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. DHSOLAH Car Cleaner

Pembersih Kereta DHSOLAH direka untuk membersihkan kotoran yang sukar pada bahagian dalam kereta. Produk pembersihan ini mengandungi decontamination yang berfungsi sebagai agen dalam membersihkan kotoran yang sukar serta dapat menghapuskan bakteria. Ia diperbuat daripada bahan bebas minyak menjadikannya sesuai digunakan pada fabrik.
Spesifikasi:
- Isi padu: 500ml
- Bentuk Produk: Cecair
- Jenis Pencuci: Universal
Kelebihan:
✅ Bebas minyak
✅ Penyahcemaran
Harga: RM9.96
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. WAXCO Car Polish

WAXCO Car Polish dirumus untuk membersihkan dan menghilangkan kotoran yang sudah kering seperti kotoran tumpahan air dan minyak pada permukaan dalam kereta. Produk ini dipasarkan dengan isi padu sebanyak 125ml pada harga yang berpatutan. Selain itu, produk ini hanya boleh digunakan pada permukaan plastik sahaja.
Spesifikasi:
- Isi padu: 125ml
- Bentuk produk: Cecair
- Jenis Pencuci: Plastik
Kelebihan:
✅ Padat
✅ Harga Mampu Milik
Harga: RM6.99
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Autosol Interior Cleaner & Odour Neutralizer

Autosol Interior Cleaner & Odor Neutralizer sesuai untuk keseluruhan bahagian dalam kenderaan. Pembersih serbaguna ini bukan sahaja efektif dalam pembersihan malah ia juga dapat menghilang bau yang tidak menyenangkan. Ia didatangkan dengan reka bentuk semburan yang memudahkan penggunaanya.
Spesifikasi:
- Isi padu: 500ml
- Bentuk Produk: Cecair
- Jenis Pencuci: Universal
Kelebihan:
✅ Sesuai pada semua permukaan
✅ Meneutralkan bau
Harga: RM19.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. CarwaxX Germany Technology Car Interior Cleaner

Pembersih dalaman ini mempunyai pelbagai kegunaan pembersihan, jadi ia boleh digunakan untuk setiap bahagian kereta anda. Walau bagaimanapun, pencuci ini tidak boleh digunakan pada cat kereta anda Meskipun begitu, ia masih berkesan membersihkan minyak, kotoran atau kotoran pada ruang enjin, atau bawah badan kereta. Selain itu, pembersih dalaman ini sangat efektif dalam membersihkan permaidani tikar dan lantai jika anda mencampurkannya sedikit dengan air.
Spesifikasi:
- Isi padu: 500ml
- Bentuk produk: Cecair
- Jenis Pencuci: Universal
Kelebihan:
✅ Sesuai pada semua permukaan
✅ Tanggalkan kotoran yang sukar
Harga: RM47.19
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.