10 Pensteril UV Terbaik di Malaysia 2025

Peranti pensterilan UV atau ‘UV sterilizer’ mampu membasmi kuman lebih baik berbanding kaedah pembersihan tradisional. Ia juga dapat mencegah penyebaran penyakit berjangkit dengan lebih efektif. Pensteril UV juga boleh digunakan pada pelbagai barangan peribadi dan tidak terhad kepada barangan bayi sahaja. Antara barangan yang boleh diletakkan di dalam peranti ini adalah seperti kunci, ‘breast pump’, ‘handphone’, jam dan banyak lagi. Berikut adalah 10 pensteril UV terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

10 Pensteril UV Terbaik di Malaysia 2025

Bueno Double UV Sterilizer Dryer Beige
Kredit gambar: Bueno

Bueno Double UV Sterilizer & Dryer mempunyai kapasiti sebesar 16 L dan boleh memuatkan sehingga 12 botol susu. Oleh sebab saiznya yang luas, ia boleh melakukan proses pensterilan dengan lebih menyeluruh dan efektif. Pensteril UV ini diperbuat daripada keluli tahan karat serta dilengkapi dengan cermin ‘super 8k 304’ yang membolehkannya memaksimumkan kelenturan UV. Selain itu, ia juga didatangkan dengan panel kawalan sentuh LED bagi memudahkan anda untuk mengendalikannya.

Spesifikasi:

  • Warna: Beige
  • Kapasiti: 16 L
  • Voltan: 220 – 240 V
  • Kuasa: 80 W
  • Berat: 3.2 KG
  • Jaminan: 2 Tahun
  • Saiz: 28 cm x 29.5 cm x 39 cm

Kelebihan:

Membunuh 99.9% kuman dalam masa 59 saat
Didatangkan dengan penapis ‘high desity’ dan jaring penapis ABS
Pengeringan suhu rendah (~55 – 65 oC)
Kawalan LED dengan butang sentuh.
Kapasiti besar 16 Liter (boleh memuatkan 12 botol susu)
4 mod fungsi: auto, steril, kering dan penyimpanan
‘Power-off protection’
‘Auto shutdown’ apabila pintu dibuka

Harga: RM499.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Boboduck UV Sterilizer Baby Bottle Steriliser

Boboduck UV Sterilizer Baby Bottle Steriliser
Kredit gambar: Shopee

Peranti ini menggunakan teknologi pantulan ‘patented-shaped’ untuk meningkatkan intensiti penyinaran sehingga 6% sekali gus dapat membasmi kuman dalam masa yang lebih singkat. Selain itu, ia juga mempunyai sistem penapisan udara PM 2.5 untuk mengelakkan sebarang pencemaran sekunder. Untuk kitaran yang lebih teliti, anda boleh memilih mod steril sejuk, panas atau mod automatik.

Spesifikasi:

  • Produk: Pensteril UV Boboduck
  • Bahan: ABS, Keluli tahan karat, PMMA
  • Kuasa: 150 W
  • Voltan: 220 – 50 Hz
  • Dimensi: 10 L:272 mm x 220 mm x 328 mm/ 10.7 inci x 8.6 inci x 12.9 inci

Kelebihan:

 Automatik ‘power-off’
Sistem penapisan udara yang baik
Pelbagai mod tetapan

Harga: RM515.00 – RM799.00 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Coby UV V3 New Waterless UV Sterilizer

Coby UV V New Waterless UV Sterilizer
Kredit gambar: Baby Needs

Pensteril ini mempunyai kapasiti sebesar 17 L dan berfungsi sepenuhnya secara automatik serta mengandungi 4 lapisan penapis. Ia sesuai untuk pensterilan botol susu, kelengkapan alat solek, aksesori, mainan bayi dan sebagainya. Ia juga mempunyai sistem penapis HEPA dan dilengkapi dengan 4 mod iaitu automatik, pengeringan, sterilisasi dan penyimpanan.

Spesifikasi:

  • Produk: CBUV-V3
  • Warna: Putih
  • Kapasiti: 17 L
  • Jaminan: 2 Tahun
  • Saiz: 320 mm x 290 mm x 380 mm

Kelebihan:

✅ Boleh beroperasi dengan hanya satu sentuhan
4 Mod pintar
Masa pensterilan lebih pantas

Harga: RM109.00 – RM1367.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Supermama UV House Sterilizer

Supermama UV House Sterilizer
Kredit gambar: SuperMamaLab

Peranti pensteril ini didatangkan dengan kawalan sentuh LCD sekali gus menonjolkan gaya moden dan eksklusif. Ia dilengkapi dengan mod penyimpanan automatik dan pensterilan yang mampu menghapuskan 99.9% bakteria berbahaya. Selain itu, ia juga mempunyai teknologi penapis udara NanoFibre yang akan memerangkap zarah atau debu untuk menghapuskan sebarang bau. Tambahan pula, bahan keluli tahan karat SUS 304 di dalam pensterilan ini menjadikan ‘UV Box Waterless Germs Eliminator’ lebih cekap dalam membunuh mikroorganisma pada setiap permukaan barangan.

Spesifikasi:

  • Voltan: 220 v/ 50 hz
  • Kuasa: 85 W
  • Dimensi: 280 mm X 320 mm X 385 mm
  • Berat: 5.8 kg
  • Kapasiti: 16 L
  • Bahan: Keluli Tahan Karat, Logam
  • Jaminan: 1 Tahun (daripada Supermama Lab)

Kelebihan:

 Kawalan sentuh LCD
UVC mentol lampu + penapis udara nanofiber
SUS 304 keluli tahan karat + ‘super mirror made design’

Harga: RM799.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Hanil UV Sterilizer

Hanil UV Sterilizer
Kredit gambar: BabyDots

Hanil UV Sterilizer Dryer ini boleh digunakan untuk mensteril barangan lain seperti permainan bayi, alatan perubatan rumah, barang elektronik seperti telefon bimbit, aksesori dandanan dan banyak lagi. Hanil UV Sterilizer beroperasi dengan menggunakan 2 lampu UV (dari OSRAM, Itali) yang dapat membunuh kuman dan mengeringkan barang dengan pantas.

Spesifikasi:

  • Berat: 4.2 kg
  • Dimensi: 27 cm x 39.5 cm x 31.5 cm (W x H x D)
  • Kuasa: 50 W

Kelebihan:

 Jimat Ruang
Ciri penapis HEPA
Mempunyai fungsi pengeringan

Harga: RM999.00-RM1468.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Philips UV tube Baby Bottle Sterilizer

Philips UV tube Baby Bottle Sterilizer
Kredit gambar: Shopee

Peranti pensteril keluaran Philips ini sememangnya terkenal dengan kualiti dan reka bentuknya yang jimat ruang. Ia boleh memuatkan 12 botol susu dalam satu masa. Selain itu, ia juga mempunyai panel reflektif keluli tahan karat 360° yang membolehkan mesin mensteril setiap permukaan dan sudut objek secara menyeluruh. Pensteril ini mampu menghapuskan 99.9% kuman berbahaya dengan hanya mengambil masa kurang dari 6 minit. 

Spesifikasi:

  • Voltan: 220 V
  • Frekuensi: 50 hz
  • Berat: 1.5 kg
  • Kuasa: 80 w
  • Kapasiti: 18 L
  • Saiz:  280 mm X 320 mm X  385 mm

Kelebihan:

 Mod Pensterilan
‘Super Mirror’
Mempunyai fungsi pengeringan

Harga: RM564.22

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Happikiddo Upang Plus Sterilizer

Happikiddo Upang Plus Sterilizer
Kredit gambar: Happikiddo

Happikiddo Upang mampu menghapuskan 99.99% kuman dan bakteria berbahaya. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang sangat luas dan boleh memuatkan sehingga 12 botol dalam satu masa. Selain itu, anda juga boleh menanggalkan beberapa bahagian rak untuk mendapatkan ruang yang lebih besar. Bukan itu sahaja, ia juga selamat digunakan ekoran ia mempunyai ciri ‘off’ secara automatik selepas 60 minit penggunaan dan proses disinfeksi dan pengeringan setiap 3 jam.

Spesifikasi:

  • Dimensi: 12.8 inci x 15.9 inci x 17.6 inci (32.5 cm x 40.5 cm x 44.6 cm)
  • Voltan: 240 V
  • Wavelength: 253.7 nm
  • Pengeringan inframerah suhu rendah
  • Ciri keselamatan/ kemudahan: 2 tingkat (boleh tanggal)
  • Bahan: Keluli tahan karat 
  • Kuasa: 35 W

Kelebihan:

 Menjimatkan masa
2 lampu ‘Ultraviolet’
Mempunyai ciri pengeringan

Harga: RM1,320.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Lunavie Portable Digital UV Sterilizer & Dryer

Lunavie Portable Digital UV Sterilizer Dryer
Kredit gambar: Shopee

Lunavie UV Sterilizer ini boleh digunakan untuk pelbagai jenis barangan bayi termasuklah botol, ‘breast pump’ dan bra menyusu. Ia juga mempunyai sistem penapisan HEPA bagi mencegah radiasi luar serta fungsi pensterilan automatik. Dengan pensterilan ‘all-in-one’ ini, anda boleh mengering, mensteril dan menghapuskan bau dengan hanya satu sentuhan butang. 

Spesifikasi:

  • Kuasa Pensterilan: 4 W
  • Kuasa Pengering: 75 W
  • Voltan: 220 V – 240 V, 50 Hz – 60 Hz
  • Kapasiti: 7 L
  • Berat Bersih: 2.02 kg
  • Berat Kasar: 3.1 kg
  • Saiz: 280 mm X 280 mm X 247 mm
  • Jaminan: 2 Tahun

Kelebihan:

 Cahaya UV
7 cermin keluli tahan karat
Sistem penapisan HEPA
Pensterilan automatik

Harga: RM450.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Haenim 3G+ Smart View UV

Haenim G Smart View UV
Kredit gambar: Perniagaan YF Yong Fong

Haenim 3G+ Smart View UV ini berbaloi untuk dibeli kerana ia bukan sahaja menawarkan kapasiti yang besar tetapi juga dilengkapi dengan ciri-ciri berkualiti tinggi dan canggih. Ia telah terbukti secara saintifik berkesan dalam membunuh 99.99% kuman dan virus berbahaya. Pastikan anak-anak anda selamat dengan bantuan Haenim 3G+ Smart View UV hari ini!

Spesifikasi:

  • Saiz Luaran: 295(W) x 375(D) x 425(H)mm
  • Saiz Dalaman: 260(W) x 290(D) x 330(H)mm
  • Voltan/ Frekuensi: AC200v / 60Hz
  • Penggunaan (Maksimum): 95 W
  • Pensterilan: PTC/ UV LED
  • Berat: 5 kg
  • Jaminan: 2 Tahun

Kelebihan:

 Fungsi turbo
Penapis udara
Jimat tenaga elektrik

Harga: RM1,499.00-RM1599.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Samu Giken Multifunctional Smart Device

Samu Giken Multifunctional Smart Device
Kredit gambar: Samu Giken

Samu Giken bukan sahaja berfungsi sebagai peranti pensteril, malah ia juga boleh digunakan sebagai pemanas susu atau makanan bayi. Ia didatangkan dalam reka bentuk yang kecil dan hanya boleh memuatkan 2 botol sahaja. Hal ini sekali gus membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. Ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan. 

Spesifikasi:

  • Voltan/ Frekuensi: 220 V – 50 HZ 
  • Kuasa: 200 W 
  • Kapasiti: 100 – 200 ML (2 botol susu)
  • Kawalan: Paparan LED
  • Saiz: 185 mm x 105 mm x 215 mm

Kelebihan:

 Pemanas botol susu atau makanan bayi
Mengekalkan suhu
Sistem pencairan pantas
Tetapan pemasa

Harga: RM120.00-RM150.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close