Pemangkas bulu hidung ialah peranti ‘hand held’ bersaiz kecil yang direka untuk memangkas atau memotong bulu yang tidak diingini di dalam lubang hidung. Alat ini biasanya beroperasi dengan menggunakan bateri. Alat ini juga dilengkapi dengan bilah pemotong kecil yang berfungsi untuk memotong atau memangkas bulu hidung dengan selamat dan berkesan. Ia bukan sahaja selamat, malah mudah digunakan. Penggunaan pemangkas bulu hidung juga dapat mengelakkan kecederaan pada bahagian dalam lubang hidung. Boleh dikatakan alat ini merupakan alat dandanan yang penting dalam penjagaan diri untuk lelaki dan perempuan bagi menonjolkan penampilan diri yang kemas dan rapi.
Kini, pemangkas bulu hidung boleh didapati secara meluas di pasaran. Terdapat pelbagai jenis jenama dan kualiti alat ini yang boleh anda pilih. Alat dandanan ini boleh didapati di kebanyakan kedai kecantikan dan laman jualan online. Jadi, untuk memudahkan pencarian anda, kami senaraikan 7 pemangkas bulu hidung terbaik dan selamat untuk anda guna. Apa yang penting, anda perlu tahu cita rasa dan kualiti yang anda cari sebelum membelinya.
Bolehkah Anda Menggunakan Pemangkas Bulu Hidung Pada Bahagian Badan Yang Lain?
Sesetengah pemangkas bulu hidung boleh digunakan untuk memotong bulu pada bahagian badan yang lain seperti telinga atau kening. Namun begitu, anda perlu membaca arahan penggunaan daripada pengilang terlebih dahulu sebelum menggunakan produk ini. Hal ini adalah bukan semua alat pemangkas sesuai digunakan pada bahagian badan yang lain.
Adakah Pemangkas Bulu Hidung Selamat Untuk Digunakan?
Ya! Sebenarnya penggunaan pemangkas bulu hidung merupakan salah satu kaedah yang paling selamat untuk mencabut bulu hidung. Penggunaan gunting atau pinset boleh menyebabkan kecederaan pada hidung anda. Oleh sebab pemangkas bulu hidung biasanya mempunyai hujung yang bulat, ia dapat meminimakan risiko kecederaan semasa anda menggunakannya. Ia juga boleh memotong bulu dengan berkesan pada jarak yang selamat daripada kulit hidung yang lembut dan sensitif.
7 Pemangkas Bulu Hidung Terbaik di Malaysia 2025
1. PHILIPS NT1700 Norelco Series 1000

PHILIPS NT1700 Norelco Series 1000 mempunyai teknologi ProtecTube canggih yang melindungi bilah dengan ‘foil guard’ bagi mengelakkan kerengsaan kulit dan bulu apabila ditarik. Alat ini mudah dipegang dan dilengkapi dengan sikat 3 mm untuk memotong bulu kening. Cengkaman getah yang lembut memberikan kawalan yang lebih baik apabila anda mengendalikan pemangkas bulu hidung ini walaupun dalam keadaan basah. Selain itu, alat dandanan beserta sikat 3 mm ini bersifat kalis air dan mudah dibersihkan.
Spesifikasi:
- Jenis: Menggunakan bateri
- Boleh Digunakan Pada: Hidung, telinga dan kening
Kelebihan:
✅Pemangkas bulu hidung yang hebat
✅Mudah digunakan
✅Boleh dicuci sepenuhnya
Harga: RM83.89
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Kemei Electric Waterproof Razor 3 In 1 Hair Trimmer

Kemei Electric Waterproof Razor 3-in-1 Hair Trimmer memberikan pencukuran yang cekap dan tidak menyakitkan dengan kuasa motor yang kuat dan bilah logam yang tajam. Bilah ultra-nipis keluli penuh memastikan trim sekata pada semua kontur badan, termasuk kawasan sensitif. Dengan bilah dwi-muka dan sikat berbilang panduan, perapi serba boleh ini sesuai untuk membentuk dan memangkas pelbagai rambut dan bulu. Selain itu, bateri boleh dicas semula dan reka bentuk kalis air menyediakan sehingga 90 minit dandanan yang lancar.
Spesifikasi:
- Jenis: Pengecasan USB
- Boleh Digunakan Pada: Ketiak, hidung, rambut, muka dan badan.
Kelebihan:
✅Boleh dicas semula
✅IPX5 kalis air
✅Kuasa motor yang kuat
Harga: RM60.50
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Panasonic ER-GN11

Panasonic ER-GN11 menggunakan teknik ‘dual edge blades’. Alat ini dilengkapi dengan bilah pada kedua-dua belah bahagian dan bahagian atas untuk memotong bulu hidung dengan lebih cekap. Alat ini direka untuk memotong bulu pada bahagian belakang dan sisi hidung pada jarak yang sesuai agar tidak merengsakan kulit hidung yang sensitif. Alat ini tidak kalis air jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkannya.
Spesifikasi:
- Saiz: 127 mm x 26 mm x 32 mm
- Jenis: Menggunakan bateri
- Boleh Digunakan Pada: Hidung dan telinga
Kelebihan:
✅Ciri ‘Dual edge blades’
✅Pemangkasan bulu hidung yang selamat
✅Kepala pemangkas boleh tanggal
Harga: RM99.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Philips Series 5000 NT5650 Trimmer

Philips Series 5000 NT5650 Trimmer ini mempunyai sistem kawalan pelindungan yang berkesan bagi memastikan aktiviti pemangkasan bulu hidung selamat dan berjalan dengan lancar. Teknologi trim yang tepat ini dilengkapi dengan pemotong dwisisi yang bergerak pantas dengan 16 slot pemotongan. Ciri inilah yang menjadikannya pantas dan cekap dalam memotong bulu hidung. Alat ini kalis air dan boleh dicuci dengan mudah. Selain itu, ia mempunyai pemegang bertekstur yang memudahkan anda mengendalikannya.
Spesifikasi:
- Saiz: 150 mm x 30 mm x 30 mm
- Jenis: Menggunakan bateri
- Boleh Digunakan Pada: Hidung, ‘stubble’, ‘goatee’, ‘sideburns’, garis leher dan misai.
Kelebihan:
✅16 slot pemotongan
✅Boleh dicuci sepenuhnya
✅Pengendalian yang mudah
Harga: RM149.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Panasonic ER430K Nose Hair Trimmer

Panasonic ER430K Nose Hair Trimmer direka dengan bilah bermata 2. Sistem vakum yang built-in menjadikan aktiviti membersihkan pemangkas ini lebih mudah. Bilah keluli tahan karat yang hipoalergenik ini akan meninggalkan jumlah bulu yang tepat untuk proses penapisan semula jadi. Selain itu, kon keselamatan yang direka untuk alat ini berfungsi untuk melindungi kulit daripada terkena bilah yang tajam. Pemangkas ini ringan, mudah alih dan ergonomik. Oleh sebab itu, ia senang dibawa ke mana-mana sahaja.
Spesifikasi:
- Saiz: 105 mm x 67 mm x 90 mm
- Jenis: Menggunakan bateri
- Boleh Digunakan Pada: Hidung, telinga dan muka
Kelebihan:
✅Dilengkapi dengan ciri ‘Innovative Dual Edge Blades’
✅Pemangkasan yang tepat
✅Kalis air
Harga: RM136.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Panasonic Battery Operated Nose Hair Trimmer ER115KP

Panasonic Battery Operated Nose Hair Trimmer ER-115KP membolehkan anda memotong bulu hidung dalam keadaan basah dan kering. Pemangkas bulu hidung ini boleh dicuci, jadi ia mudah dibersihkan dan diselenggara selepas setiap kali penggunaannya. Reka bentuk alat dandanan ini yang padat dan ringan menjadikannya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Anda bukan sahaja boleh menyimpannya di dalam beg, ia tidak mengambil ruang yang banyak. Selain itu, alat dandanan ini juga mempunyai sistem pemotongan yang cekap, sekali gus menjadikannya mudah dan selamat untuk digunakan.
Spesifikasi:
- Jenis: Menggunakan bateri
- Boleh Digunakan Pada: Hidung dan telinga
Kelebihan:
✅Penggunaan basah dan kering
✅Sistem pemotongan keselamatan
✅Mudah dibersihkan
Harga: RM75.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. BRAUN Ear and Nose Trimmer EN10

BRAUN Ear and Nose Trimmer EN10 adalah alat pemangkas bulu hidung yang berkesan dan selamat untuk anda gunakan. Alat ini dilengkapi dengan bilah keluli tahan karat yang berkualiti tinggi. Ia juga boleh memotong bulu hidung dengan mudah dan selamat. Alat pemangkas bulu hidung ini akan menghapuskan bulu hidung tanpa menarik atau bergesel dengan permukaan kulit hidung. Jadi, aktiviti dandanan ini menjadi lebih selesa dan selamat. Selain itu, anda dapat membersihkan alat ini dengan mudah kerana ia kalis air dan boleh dibilas bersih.
Spesifikasi:
- Saiz: 100 mm x 28 mm x 200 mm
- Jenis: Dikendalikan bateri
- Boleh digunakan pada: Hidung & telinga
Kelebihan:
✅Bilah keluli lanjutan
✅Ciri ‘Self sharpening blades’
✅3 kepala ‘attachment’ yang boleh ditukar ganti
Harga: RM158.00
* Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.