10 Perkhidmatan Kereta Sewa Terbaik di Malaysia 2025

Malaysia adalah sebuah negara yang indah di mana anda boleh menerokai bandar moden dan seni bina kolonial, atau berehat di pantai yang indah dan mendaki melalui hutan yang subur. Bukan itu sahaja, Malaysia juga terkenal dengan masakan tempatan yang lazat dan unik seperti Nasi Ayam Ipoh, Char Koay Teow Pulau Pinang, dan Klang Bak Kut Teh.

Ia akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan untuk melawat bandar-bandar menarik di Malaysia ini seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Johor, Pulau Pinang dan banyak lagi. Memandu di bandar-bandar ini akan membolehkan anda meneroka lebih banyak tempat-tempat menarik dalam masa yang singkat. Jika anda merancang untuk bercuti di Malaysia, pilihlah daripada 10 perkhidmatan kereta sewa terbaik yang terdapat di Malaysia.

Mengapa Anda Harus Menyewa Kereta Berbanding Daripada Membelinya?

Memandu kereta sewa untuk bercuti akan memberikan anda lebih penjimatan daripada membeli tiket penerbangan. Perkhidmatan penyewaan kereta juga mempunyai bantuan kerosakan 24 jam dan keselamatan serta prestasi yang lebih baik. Berikut ialah penjelasan terperinci tentang tiga sebab mengapa anda perlu menyewa kereta:

1. Lebih Penjimatan

Menyewa kereta untuk perjalanan adalah menjimatkan berbanding daripada membayar tiket penerbangan. Perkhidmatan kereta sewa ini juga menyediakan sewa bajet dan diskaun tambahan. Perkhidmatan penyewaan kereta yang boleh dipercayai juga menawarkan mileage tanpa had dan insurans kereta tanpa sebarang kos tambahan.

2. Bantuan Kerosakan 24 Jam

Jika kereta anda rosak, anda sentiasa boleh bergantung pada bantuan kerosakan 24 jam yang disediakan oleh perkhidmatan kereta sewa. Ini termasuklah bantuan tayar pancit, perkhidmatan menunda dan penghantaran bahan api kecemasan. Tambahan pula, kebanyakan perkhidmatan kereta sewa membenarkan pertukaran kereta sewa yang rosak dengan yang kereta sewa baharu.

3. Keselamatan dan Prestasi Terjamin

Perkhidmatan penyewaan kereta yang boleh dipercayai sering memberi perkhidmatan kepada kereta mereka, dan kereta sewa mereka selalunya mempunyai mileage yang kurang. Oleh itu, kereta sewa ini berada dalam keadaan yang lebih baik daripada kereta anda. Jadi, keselamatan dan prestasi kereta sewa semestinya lebih bagus.

10 Perkhidmatan Kereta Sewa Terbaik di Malaysia 2025

1. Car Rental Ipoh (We Rich Car Rental)

Car-Rental-Ipoh-We-Rich-Car-Rental
Kredit Gambar: carrental-ipoh.com
Car-Rental-Ipoh-We-Rich-Car-Rental
Kredit Gambar: carrental-ipoh.com

We Rich Car Rental ialah sebuah syarikat kereta sewa yang ditubuhkan pada tahun 2012. Syarikat ini terletak di Ipoh dan mereka mempunyai pilihan lebih daripada 40 kereta dalam senarai mereka. Jadi, anda mempunyai pilihan kereta yang banyak untuk disesuaikan dengan kehendak anda.   Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke hotel-hotel yang terletak di dalam Bandaraya Ipoh, Stesen Kereta Api Ipoh, dan Terminal Bas Amanjaya. Tambahan pula, kakitangannya sedia membantu dan mesra. Oh ya, harga kereta sewa mereka pula adalah berpatutan.

Waktu Operasi: 8:30 pagi – 5:00 petang (Isnin –  Sabtu), Tutup (Ahad)  

Alamat: L1LTE25, Public Concourse, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

No. Telefon: 012-518 2481

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/people/We-Rich-Travel-and-Tours-Sdn-Bhd

Instagram: https://www.instagram.com/werich_carrental/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

2. GoSo Rent A Car Wisma UOA

GoSo-Rent-A-Car-Wisma-UOA
Kredit Gambar: GoSo Rent A Car Wisma UOA
GoSo-Rent-A-Car-Wisma-UOA
Kredit Gambar: GoSo Rent A Car Wisma UOA

GoSo Rent A Car ialah perkhidmatan kereta sewa dengan kualiti kereta ekonomi terbaik di Malaysia. Rakyat Malaysia memulakan syarikat penyewaan kereta ini untuk rakyat Malaysia. Sehingga kini, mereka dengan bangganya telah mengembangkan dan menambah baik perkhidmatan mereka untuk melayani segala keperluan pelanggan mereka dengan lebih sempurna. Mereka juga berusaha untuk menyediakan kereta yang berpatutan dan berbaloi dengan nilai wang untuk pelanggan mereka, sekali gus memastikan para pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan cemerlang yang mereka berikan.

Waktu Operasi: Sepanjang hari

Alamat: Wisma UOA Central, 19, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur

No. Telefon: 012-655 2677

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Cawangan Lain:
Jalan Nagasari  (Semak Google Review Di Sini)
Changkat  (Semak Google Review Di Sini)
Jalan Semantan  (Semak Google Review Di Sini)
Sri Petaling  (Semak Google Review Di Sini)

Facebook: https://www.facebook.com/gosocar/

Instagram: https://www.instagram.com/gosocarmy/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINIu003cbru003e

3. Paradise Rent A Car

Paradise-Rent-A-Car
Kredit Gambar: Paradise Rent A Car
Paradise-Rent-A-Car
Kredit Gambar: Paradise Rent A Car

Paradise Rent A Car ialah syarikat penyewaan kereta terkemuka di Malaysia. Mereka berbangga kerana telah berkhidmat kepada beribu-ribu pelanggan yang gembira. Mereka adalah milik rakyat Malaysia dengan pengalaman lebih 30 tahun. Paling penting, pakej kereta sewa mereka termasuk mileage tanpa had, insurans dan sokongan pelanggan. Tidak kiralah sama ada anda mahu menyewa kereta untuk sehari atau sebulan, mereka mempunyai kenderaan yang sempurna dan boleh menepati keperluan mobiliti untuk anda, keluarga dan rakan-rakan.

Waktu Operasi: Sepanjang hari

Alamat: Wisma Paradise, No 63, Jln Ampang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Telefon: 1-700-81 2698

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/paradisecarsmy/

Instagram: https://www.instagram.com/paradisecars.my/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI
WAHDAH
Kredit Gambar: Wahdah
WAHDAH-HQ
Kredit Gambar: Wahdah

Pergi lebih jauh dengan WAHDAH dan nikmati pengalaman memandu yang lancar di seluruh Malaysia. WAHDAH sepatutnya berada di bahagian atas senarai anda jika anda mencari perkhidmatan kereta sewa yang boleh dipercayai dengan liputan di seluruh negara. Mereka menawarkan perkhidmatan ‘Pengambilan dan Pemulangan Kereta’ ke lokasi yang berbeza atau malah di negeri di seluruh Malaysia. Mereka akan memberikan kereta yang diselenggara dengan baik dan bersih di depan pintu anda untuk perkhidmatan pandu sendiri atau perkhidmatan concierge. Ikuti akaun media sosial mereka @wahdahmy untuk promosi menarik agar anda dapat penjimatan yang besar semasa merancang perjalanan anda.

Waktu Operasi: 7:00 pagi – 11:00 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: WAHDAH Mini Hub, Jalan Bendahara, Kampung Bukit China, 75100 Melaka, Malaysia

No. Telefon: 016 277 4594

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Review: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/wahdahmy 

Instagram: https://www.instagram.com/wahdahmy/ 

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

5. ED Holidays Travel & Car Rental Sdn. Bhd.

ED-Holidays-Travel-Car-Rental-Sdn.-Bhd.-
Kredit Gambar: ED Holidays Travel & Car Rental Sdn. Bhd.
ED-Holidays-Travel-Car-Rental-Sdn.-Bhd.
Kredit Gambar: ED Holidays Travel & Car Rental Sdn. Bhd.

ED Holidays Travel & Car Rental Sdn. Bhd. berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik pada harga yang berpatutan. Perkhidmatan mereka termasuklah perkhidmatan kereta sewa, pemindahan lapangan terbang dan hotel, perkhidmatan kereta yang dipandu oleh pemandu, penginapan dan pakej pelancongan. Mereka menyediakan pelbagai jenis kereta untuk disewa seperti Perodua Aruz, Perodua Alza, Proton Exora, Toyota Innova, Nissan NV350, Hyundai Starex, Toyota Hiace, dan Toyota Fortuner.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Aeropod Commercial Square, Aeropod, Block L, 1st floor, 88200 Kota Kinabalu, Sabah

No. Telefon: 016-839 7143

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Instagram: https://www.instagram.com/edholidaystravel/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

6. TJ Kuching Car Rental And Service

TJ-Kuching-Car-Rental-And-Service
Kredit Gambar: TJ Kuching Car Rental And Service
TJ-Kuching-Car-Rental-And-Service
Kredit Gambar: TJ Kuching Car Rental And Service

Dengan TJ Kuching Car Rental And Service, perkhidmatan menyewa kereta menjadi lebih mudah. Di sini, anda bakal mendapat apa yang anda cari dengan mudah. Mereka mempunyai banyak pilihan kereta untuk dipadankan dengan setiap keperluan dan bajet. Tambahan pula, pakar penyewaan kereta mereka akan bekerjasama rapat dengan anda untuk memilih kenderaan yang sesuai bagi memenuhi keperluan dan tujuan anda. Mereka berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang kepada individu yang mencari kereta sewa berkualiti pada harga yang rendah.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Lot No. L1 Domestic Arrival Hall, Kuching International Airport, 93722 Kuching, Sarawak

No. Telefon: 016-868 9517

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/TJcarrentalkuchingsarawak/

7. Suria Car Rental

Suria-Car-Rental
Kredit Gambar: Suria Car Rental Malaysia
Suria-Car-Rental-
Kredit Gambar: Suria Car Rental Malaysia

Suria Car Rental adalah laman tempahan dalam talian yang menawarkan rangkaian lengkap kereta untuk memenuhi keperluan pengangkutan anda. Mereka mempunyai kenderaan yang tersedia untuk penyewaan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih lokasi dan tarikh penghantaran dan pengambilan kereta sewa. Kemudian, anda pilih dan tempah kereta sewa yang diinginkan sebelum membuat pembayaran. Walau bagaimanapun, jika kereta pilihan anda tidak tersedia, mereka akan menukarnya dengan model kereta dalam kumpulan atau kategori yang sama.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Jalan Sungai Tiram 1, 11900 Bayan Lepas, Penang

No. Telefon: 016-482 3074

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SuriaCarRental/

Instagram: https://www.instagram.com/suriacarrental

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

8. Kereta Sewa Langkawi Murah (BCR Langkawi)

Kereta-Sewa-Langkawi-Murah-BCR-Langkawi
Kredit Gambar: Kereta Sewa Langkawi Murah (BCR Langkawi)
Kereta-Sewa-Langkawi-Murah-BCR-Langkawi
Kredit Gambar: Kereta Sewa Langkawi Murah (BCR Langkawi)

BCR Langkawi menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Langkawi. Mereka mempunyai lebih enam tahun pengalaman dalam industri ini sekali gus membuatkan ramai pelanggan mempercayai jenama mereka. Perkhidmatan kereta sewa ini juga menawarkan pakej percutian menarik di Langkawi yang boleh anda nikmati bersama keluarga tersayang. Pilihan kereta sewa yang mereka sediakan termasuklah Perodua Viva, Perodua Axia, Toyota Avanza, Toyota Innova, Perodua Myvi, dan Mitsubishi Mirage.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 8:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Kompleks Jetty Point, T1 N Bangunan Satelit, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

No. Telefon: 013-350 8430

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/bcrlangkawi/

Instagram: https://www.instagram.com/bcrlangkawi/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

9. AF Car Rental

AF-Car-Rental
Kredit Gambar: AF Car Rental
AF-Car-Rental
Kredit Gambar: AF Car Rental

AF Car Rental memulakan operasinya pada tahun 2013. Sehingga kini, ia telah mengembangkan kumpulannya kepada pelbagai pilihan, termasuklah SUV lima tempat duduk yang menjimatkan bahan api dan luas. Syarikat kereta sewa ini menawarkan penyewaan kereta dalam jangka masa pendek dan panjang. Selain itu, mereka juga menyediakan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan kereta sewa di setiap lokasi pelanggan. Proses tempahan adalah tidak rumit dan mereka menerima pembayaran melalui pemindahan dalam talian atau kad kredit.

Waktu Operasi:
8.30 pagi – 6:00 petang (Isnin – Jumaat)
8.30 pagi – 6:30 petang (Ahad)
Tutup (Sabtu)

Alamat: 270, Jalan Simbang, Taman Perling, 81200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 016-445 6640

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Johorcarrentalservices/

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

10. Kayman Car Rental Malaysia

Kayman Car Rental Malaysia
Kredit Gambar: Kayman Car Rental Malaysia
Kayman-Car-Rental-Malaysia
Kredit Gambar: Kayman Car Rental Malaysia

Kayman Car Rental Malaysia menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan dan pengalaman terbaik yang akan mereka ingat selama-lamanya. Mereka tahu betapa pentingnya untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Oleh itu, perkhidmatan kereta sewa ini membolehkan pelanggannya memandu kereta sukan eksotik atau SUV mewah untuk perjalanan perniagaan atau percutian. Selain itu, senarai kereta sewa mereka termasuklah Lamborghini Huracan, BMW i8 Supersport, Mclaren 570s dan banyak lagi.

Waktu Operasi: Sepanjang hari

Alamat: Jalan Damansara PJU 8, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor

No. Telefon: 018-788 6818

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/kaymancarrental/

Instagram: https://www.instagram.com/kaymancarrental/?hl=en

SEMAK LAMAN WEB DI SINI

Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini

Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close