Seperti yang diketahui, kereta adalah salah satu harta yang paling berharga dan perlu dilayan dengan hormat. Setiap kenderaan mempunyai kenangan tersendiri, sama ada kereta pertama anda sebagai hadiah atau kereta idaman yang dibeli selepas bekerja lama. Kita berasa sangat gembira dengan kereta yang dimiliki dan memberi sepenuh perhatian kepada setiap butiran penyelenggaraannya, tidak kiralah sama ada pada bahagian luar atau dalam kereta. Percayalah, tiada siapa yang suka kalau kereta mereka kotor.
Kebersihan kereta, sama ada bahagian luar atau dalam, adalah penting dan bersesuaian dengan prestasi enjin serta kuasa yang menggerakkannya untuk perjalanan yang dekat atau jauh. Pernahkah anda melihat kereta kotor yang beroperasi dengan baik? Tidak, bukan? Kereta yang bersih akan memberikan persembahan yang baik. Oleh sebab itu, kereta perlu sentiasa dicuci pada bahagian luar dan dalam untuk mengekalkan prestasinya. Di sini, kami senaraikan 10 perkhidmatan mencuci kereta terbaik di Ipoh.
Adakah Penting untuk Mencuci Kereta Anda?
Membersihkan kereta adalah lebih daripada sekadar latihan estetik. Membersih kereta boleh membantu mengekalkan kekemasan pada kereta anda. Anda mesti membuang pasir atau kotoran yang terpalit pada alas kaki kereta anda. Najis burung juga perlu dibersihkan kerana ini semua boleh menyebabkan karat dan merosakkan cat kereta anda.
Berapakah Kos Mencuci Kereta?
Kos cuci kereta bermula dari RM 12. Jumlah kos untuk perkhidmatan bergantung pada perkhidmatan yang anda pilih dan saiz enjin kereta anda.
10 Perkhidmatan Mencuci Kereta Terbaik Di Ipoh 2025
1. Perfect Car Detailing


Perfect Car Detailing adalah alternatif yang baik untuk mencuci kereta. Pasukan ini menganggap setiap kereta pelanggan adalah kereta mereka. Mereka akan menggunakan kain baru setiap kali mereka memulakan cucian kereta untuk mengelakkan kotoran yang mungkin terlekat pada kain lama. Perkhidmatan mencuci kereta mereka termasuklah ‘automobile grooming’ unutuk bahagian luar dan dalam kereta, membasuh kereta dan memvakum kereta.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 6:00 petang (Selasa-Ahad)
Ditutup pada hari Isnin
Alamat: 34, Jalan Mas, Taman Mas, 30100 Ipoh, Perak
No. Telefon: 012-5257773
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/perfectcardetailingpcd
2. 77 car wash


77 car wash diasaskan untuk menyediakan kemudahan sebagai syarikat cuci kereta mudah alih yang profesional dan premium untuk pelanggan yang mahukan penjagaan terbaik untuk kenderaan mereka. 77 car wash berbangga dalam menyediakan perkhidmatan yang cemerlang. Mereka menggunakan teknologi wap bertekanan tinggi, yang dipuji secara meluas oleh ‘detailer’ di seluruh dunia. Kakitangan mereka juga agak pantas membersihkan kereta.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 121, Jalan Burung Belibis, Taman Ipoh Selatan, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063481763881
3. RS CAR WASH


RS CAR WASH menawarkan perkhidmatan pembersihan yang luar biasa untuk semua kereta. Mereka menawarkan cucian kenderaan pada bahagian dalam dan luar dengan bahan berkualiti tinggi. Perkhidmatan membersihkan alas kulit untuk kereta juga disediakan. Jadi, tempat duduk alas kulit kereta anda yang kotor akan dapat dibersihkan dalam masa beberapa jam. Selain itu, mereka juga menawarkan perlindungan cat, ‘wash & wax’, mengilatkan tayar dan membasuh kusyen. Harga yang dikenakan adalah berpatutan. Anda juga boleh menggunakan servis ‘polishing’ yang turut tersedia di sini. Apa yang penting, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang ke sini.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 6:00 petang (Isnin-Ahad)
Alamat: 114, Jalan Mawar, 31200 Ipoh, Perak, Malaysia
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/RSautospadetailing/
4. eSome Car Care & Detailing


eSome Car Care & Detailing ialah Syarikat Perincian Kereta Premium yang berpangkalan di Singapura yang diasaskan atas kecintaan terhadap kereta dan persembahan kereta. Perkhidmatan Perincian mereka mungkin diperibadikan mengikut keperluan khusus anda, sama ada anda anda mempunyai kereta yang dipandu setiap hari, kenderaan premium atau kereta antik. Mereka ingin memberikan rupa yang paling hebat pada kereta anda. Konsep asas syarikat ini adalah “Jaga kereta pelanggan seperti kereta sendiri.” Cucian Kereta Premium yang mereka tawarkan terbahagi kepada 3 kategori yang berdasarkan saiz kenderaan sama ada kecil, sederhana dan besar.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 7:00 malam (Isnin-Ahad)
Alamat: 37, Jalan Palma A/3, Bandar Seri Botani, 31350 Ipoh, Perak
No. Telefon: 013-513 2300
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/eSomeCarCare/
5. Mark 7 Auto Detailing

Mark 7 Auto Detailing berusaha untuk menyediakan persekitaran yang damai agar para pelanggannya dapat berehat daripada kesibukan kehidupan seharian apabila menggunakan perkhidmatan mereka. Mereka telah menjalankan perniagaan ini selama lebih daripada 5 tahun di tempat yang sama, dan keluarga yang memiliki perniagaan ini masih menjalankannya. Memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan adalah misi syarikat ini. Perkhidmatan yang diberikan juga turut memuaskan. Para pekerja mereka pula mesra dan sedia membantu anda.
Waktu Operasi: 9:00 pagi – 5:30 petang (Isnin – Ahad)
Alamat: Lot 13112-S, Jalan Raja Permaisuri Bainun, Jalan Kampar, 30250 Ipoh, Perak, Malaysia
No. Telefon: 012-5618338
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Mark7autodetailing
6. Sempoi Aloya Car Spa Detailing

Sempoi Aloya Car Spa Detailing ialah pembekal cucian dan dandanan kereta di Ipoh. Mereka mempunyai ratusan pelanggan yang berpuas hati dengan perkhidmatan mereka sejak beroperasi selama 17 tahun. Untuk mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan di Sempoi Aloya Car Spa Detailing, anda boleh mendapatkan perkhidmatan membersih kereta dengan hanya semurah RM 20 sahaja.
Waktu Operasi:
9:30 pagi – 6:30 petang (Sabtu-Khamis)
Ditutup pada hari Ahad
Alamat: Caltex 143, 31400 Ipoh, Perak
No. Telefon: 018-572 0310
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/SempoiAloyaHCWD
7. Azra Carwash

Azra Carwash ialah perkhidmatan perincian automobil yang menyediakan servis cucian kereta yang cepat dan menjimatkan. Servis cucian kereta ini biasanya mengambil masa kira-kira 15 minit dan ia termasuk proses untuk memvakum bahagian dalam kereta. Dengan hanya RM 15, anda akan mendapat kereta yang bersih pada bahagian luar dan dalam sekali gus menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan. Yuran keahlian juga disediakan di sini dengan beberapa diskaun yang diberikan.
Waktu Operasi:
9:00 pagi- 7:00 malam (Isnin-Jumaat)
9:00 pagi- 7:30 malam (Sabtu-Ahad)
Alamat: 1, Jalan Sci 1/6, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia
No Telefon: 017- 5345109
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. Smart Cyclone Car Wash

Smart Cyclone Car Wash ialah pasukan berpengalaman dalam kemahiran perincian kenderaan di Ipoh yang tiada tandingannya. Seluruh tenaga kerja di sini telah menerima latihan profesional berdasarkan pengalaman mereka bekerja bertahun-tahun. Mereka mempunyai semua teknologi terkini, dan perkhidmatan mereka akan memulihkan kenderaan anda kepada keadaan asal, iaitu menjadikannya seperti baharu dan bersih. Mereka juga menyediakan perkhidmatan pembaikan badan kenderaan dan cat tersuai.
Waktu Operasi:
8:30 pagi – 8:30 malam (Isnin-Sabtu)
8:30 pagi – 8:00 malam (Ahad)
Alamat: Jalan Bercham Bistari 1, Medan Bercham Bistari, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
SEMAK LAMAN WEB DI SINI9. Brother Car Wash


Brother Car Wash telah memberikan solusi penyelenggaraan kenderaan dengan menghapuskan kerumitan anda untuk membersihkan kereta. Mereka menawarkan perkhidmatan mencuci kenderaan dan pada masa yang sama telah mengembangkan perkhidmatan perinciannya. Pada hari ini, fasiliti perincian mereka bersedia untuk memberikan perlindungan automobil yang terkini seperti ‘nano-ceramic coating’, ‘film wraps’ dan perkhidmatan pemulihan kereta kepada anda.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 7:00 petang (Isnin-Ahad)
Alamat: 11, Jalan Ampang Baru 6C, Pusat Perdagangan Ampang Baru, Ipoh, Malaysia
No. Telefon: 016-566 9022
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/BROTHERCARDETAILING
10. Hands On Car Wash


Hands On Car Wash ialah perkhidmatan cucian kereta yang mencuci kereta anda pada harga serendah RM 18. Walaupun perniagaan ini baru setahun, Hands on Car Wash telah berjaya menarik ramai pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan cucian kereta mereka yang berpatutan. Mereka juga telah menghantar solusi pembersihan tanpa air ke depan pintu rumah anda bagi membersihkan kereta anda. Anda perlu membeli pakej eWash untuk mendapat perkhidmatan cucian dan ‘grooming’ kereta yang berpatutan.
Alamat: 275, Queen Street, Pasir Penjih, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia
No Telefon: 016 5555878
Google Maps: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=100039481466294&_rdr
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.