Siapa yang tidak suka mengunyah pic kering yang enak? Kalau anda suka akan buah pic, pastinya anda akan suka snek pic kering yang banyak dijual di pasaran. Daripada khasiat dan nutrisi pic segar, anda juga akan mendapat khasiat yang sama daripada pic kering kerana ia diawet secara semula jadi dan tanpa bahan tiruan. Sebaiknya, anda boleh melakukan kajian serba sedikit untuk mendapatkan pic kering yang sihat dan lazat.
Kalau anda hendak tahu, pic kering membawa anda banyak antioksidan, vitamin dan mineral. Bahagian yang terbaik ialah anda dapat menikmatinya sepanjang tahun kerana ia dapat disimpan dalam beberapa tempoh yang ditetapkan! Datang dan pilihlah pic kering terbaik yang terdapat di Malaysia daripada senarai Top 10 hari ini!
Di manakah saya boleh mendapatkan pic kering?
Sebenarnya, tidak susah untuk anda mendapatkan pic kering di Malaysia kerana pasaran Malaysia sudah berkembang luas. Ia tidak hanya menyediakan produk Malaysia, bahkan produk daripada luar juga turut diperkenalkan di negara ini. Untuk mendapatkan pic kering, anda boleh membelinya di kedai fizikal seperti pasar raya mahupun kedai serbaneka. Selain itu, pic kering seperti ini juga boleh didapati secara dalam talian. Mudah, bukan!
Apakah yang perlu diperhatikan semasa memilih pic kering?
Perkara pertama yang perlu anda perhatikan adalah harganya. Anda perlu menetapkan bajet untuk membeli pic kering ini terlebih dahulu bagi mengelakkan pembaziran. Dengan menetapkan bajet, anda boleh memperkecilkan skop pilihan dan menilai pilihan yang sedia ada dalam julat harga tersebut. Kedua, anda perlu tahu jenis pic kering yang anda suka. Anda juga perlu menyemak tarikh luput produk ini sebelum membelinya. Semakan tarikh luput bukan sahaja langkah yang bijak, tetapi ia juga boleh memanjangkan masa penggunaan produk ini. Ketiga, anda perlu baca ulasan yang ditinggalkan oleh pembeli terdahulu. Hal ini bukan sahaja dapat memberikan anda informasi tambahan mengenai produk, bahkan ia boleh menjimatkan masa dan wang anda.
10 Pic Kering Terbaik di Malaysia 2025
1. Signature Market Dried Peaches

Buah pic kering yang gebu, lembut dan manis semula jadi adalah hidangan yang lazat sama ada dimakan sendiri atau dicincang dan ditaburkan pada makanan lain seperti oatmeal, yogurt atau salad. Isi keringnya yang kenyal kaya dengan serat, vitamin dan mineral, terutamanya vitamin C dan A. Pic kering ini tidak mengandungi gula tambahan untuk snek semula jadi yang lebih sihat untuk anda. Datang dan cubalah snek Dried Peach kami!
Bahan-bahan: Pic Kering
Negara Pengeluar: China
Saiz: 150 g
Harga: RM 20.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. MRS Dried Yellow Peach

Berehat dan regangkan badan anda! Mahu kekal awet muda dengan snek sihat hari ini? Anda cubalah snek MRS Dried Yellow Peach ini! Snek sihat yang lazat dan tahan lama ini akan membantu anda menjalani hari yang ceria. Anda boleh campurkannya dengan pelbagai snek lain untuk rasa yang optimum.
Bahan-bahan: Pic Kuning Kering
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 50 g, 250 g
Harga: RM 5.90 (50 g), RM 28.90 (250 g)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Three Squirrels Dried White Peach

Makanan ringan yang hebat, Three Squirrels Dried White Peach boleh menjadi snek tengah hari anda yang baharu. Datang dan cubalah keseimbangan sempurna perisa dalam Three Squirrels Dried White Peach hari ini! Anda pasti terkejut dengan rasa snek ini yang segar seperti anda menikmati buah pic yang segar !
Bahan-bahan: Pic Putih Kering
Negara Pengeluar: China
Saiz: 106 g
Harga: RM 12.90 (Shopee) | RM 8.20 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Bestore Yellow Peach Dried Fruit

Snek sihat yang kering dan lazat ini, iaitu Bestore sebenarnya menghasilkan pic kuning kering yang manis untuk anda nikmati bersama rakan dan keluarga anda! Datang dan nikmati hidangan ini bersama seisi keluarga! Anda pasti merasakan anda sedang menikmati buah pic yang segar!
Bahan-bahan: Pic kuning kering
Negara Pengeluar: China
Saiz: 98 g
Harga: RM 7.90 (Shopee) | RM 24.91 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Be & Cheery Dried Yellow Peach

Snek yang padat dan lazat ini sesuai untuk dimiliki oleh mereka yang gemarkan buah pic. Anda boleh mencubanya bersama keluarga mahupun rakan-rakan di masa santai anda. Datang dan cubalah Be & Cheery Dried Yellow Peach hari ini. Rasanya sangat lazat jadi anda mungkin mahu lebih banyak lagi sebaik sahaja anda mencubanya!
Bahan-bahan: Pic Kuning Kering
Negara Pengeluar: China
Saiz: 100 g
Harga: RM 7.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Mahnaz Food Dried Peaches

Mengunyah beberapa buah-buahan kering setiap hari adalah cara terbaik untuk mengelakkan rasa lapar tanpa membebankan sistem penghadaman anda. Memandangkan kebanyakan buah-buahan kering diekstrak air daripada buahnya, buah-buahan ini akan ringan diperut anda dan tidak membuatkan perut anda kembung seperti makanan berminyak atau makanan ringan.
Bahan-bahan: Pic Kering
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 100 g
Harga: RM 14.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. YZW Dried Yellow Peaches

Semanis buah pic yang segar, pic kuning kering YZW memberikan anda rasa pic yang manis dalam setiap gigitan. Snek sihat yang sempurna ini akan membuatkan anda berasa kenyang. Jadi, jom cuba pic kuning kering hari ini! Anda pasti suka akan teksturnya yang kenyal dan gebu!
Bahan-bahan: Pic Kering
Negara Pengeluar: Jepun
Saiz: 230 g
Harga: RM 15.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
SEMAK HARGA DI MY.SEETRACKERu003cbru003e8. One Little C Freeze Dried Peach

Buah-buahan Kering Beku adalah salah satu makanan ringan yang menyihatkan. Ia melibatkan proses di mana kelembapan dikeluarkan daripada buah-buahan segar dalam -40 darjah Celsius. Kelebihan proses ini mengekalkan kesegaran buah-buahan, warna, tekstur, rasa dan juga khasiat pada tahap terbaik dengan rasa rangup. Jadi, anda tidak perlu risau lagi dengan snek One Little C hari ini!
Bahan-bahan: Pic Kering
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 50 g
Harga: RM 20.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. Fresh Bulk Dried Peach

Mengunyah beberapa buah-buahan kering setiap hari adalah cara terbaik untuk mengelakkan rasa lapar tanpa membebankan sistem penghadaman anda. Kalau anda mahukan sesuatu yang sihat untuk perut anda, apa kata anda kunyah snek buahan kering ini? Ia bukan sahaja memberikan khasiat kepada anda, malah ia juga sedap dan lazat untuk dikunyah!
Bahan-bahan: Pic, gula, asid sitrik dan bahan tambahan yang dibenarkan.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 50 g
Harga: RM 6.00 (Shopee) | RM 13.30 (Lazada)
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. GBT Dried Peach

Nikmati suapan pic kering segar pada bila-bila masa sepanjang hari. Datang dan cubalah pic kering GBT yang manis dan kenyal hari ini. Snek yang sempurna untuk dimakan! Anda pasti suka dengan snek ini. Ia bukan sahaja segar, tetapi manis dan kenyal. Sesuai untuk dijadikan snek ketika bersantai atau menonton filem kegemaran anda.
Bahan-bahan: Pic, Gula Tebu, Garam, Asid Sitrik.
Negara Pengeluar: Malaysia
Saiz: 50 g
Harga: RM 5.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.