8 Pinggan Pakai Buang Terbaik di Malaysia 2025

Pinggan pakai buang adalah berpatutan dan terdapat dalam pelbagai jenis reka bentuk dan bahan. Pinggan jenis ini boleh menjadikan hidup anda lebih mudah semasa perayaan atau majlis kerana ia tidak perlu dibersihkan. Terdapat pelbagai jenis pinggan pakai buang di pasaran dan anda perlu mencari yang sesuai untuk keperluan anda.

Jangan risau kerana kami telah mengumpulkan 8 pinggan pakai buang terbaik di Malaysia pada tahun 2025. Anda boleh dapatkannya pada hari ini sebagai persediaan untuk acara perayaan yang bakal anda anjurkan!

Mengapakan Ramai yang Memilih untuk Memakai Pinggan Pakai Buang?

Pinggan ini tidak perlu dibasuh dan boleh didapati dengan mudah di pasaran. Selain ditawarkan pada harga yang berpatutan, ia juga datang dalam jumlah yang banyak. Anda bukan sahaja dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu membersihkannya, bahkan anda juga dapat menjimatkan wang.

Bagaimanakah Memilih Pinggan Pakai Buang yang Sesuai untuk Anda?

Untuk memilih pinggan pakai buang yang sesuai dengan keperluan anda, anda harus melihat bajet anda terlebih dahulu. Pastikan anda menetapkan bajet yang bersesuaian untuk membeli produk ini. Seterusnya, anda perlu melihat bahan yang menghasilkan pinggan pakai buang tersebut. Jika ia terdiri daripada plastik, mungkin harganya sedikit mahal berbanding dengan pinggan kertas. Selain itu, anda juga perlu menetapkan berapa jumlah pinggan yang anda perlukan kerana ada pinggan yang dijual dalam kuantiti yang banyak. Jika anda perlukan sedikit sahaja, anda boleh mencari pinggan pakai buang yang dijual dalam bilangan sedikit.

8 Pinggan Pakai Buang Terbaik di Malaysia 2025

1. JISHAN Disposable Plates

JISHAN Disposable Plates
Kredit Gambar: Shopee

Diperbuat dengan plastik berkualiti tinggi yang lebih tebal dan tahan lama, pinggan pakai buang ini datang dalam pelbagai saiz. Ia boleh memuatkan sebahagian besar makanan anda. Ia juga mampu menahan beban berat!

Spesifikasi:

  • Bahan: PET, Plastik APET
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: 17.8 cm, 22.8 cm, 25.4 cm
  • Warna Tersedia: Putih, Hitam
  • Kuantiti: 50 keping

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Boleh tahan berat

Harga: RM4.90 hingga RM9.90 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Disposable Plastic Plate

Disposable Plastic Plate
Kredit Gambar: Shopee

Pinggan plastik ini terdapat dalam pelbagai saiz dan boleh memuatkan sebahagian besar makanan anda. Dibuat dengan plastik berkualiti tinggi, ia boleh menahan beban yang berat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: 6 cm, 7 cm, 9 cm, 10 cm (diameter)
  • Kuantiti: 30 keping, 50 keping

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Boleh memuatkan sebahagian besar makanan
Didatangkan dalam pelbagai saiz

Harga: RM7.50 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Biodegradable Plate

Biodegradable Plate
Kredit Gambar: Shopee

Diperbuat daripada bahan kertas terbiodegradasi, pinggan kertas coklat ini tahan lama dan tidak akan basah jika terkena cecair! Ia sesuai untuk hidangan berminyak dan berat yang mengandungi sos.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kertas
  • Saiz: 22.86 cm (diameter)
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Kuantiti: 50 keping

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Tidak akan lembap
Sesuai untuk hidangan berat bersos

Harga: RM15.98

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Flower Petals Paper Plates 

Flower Petals Paper Plates
Kredit Gambar: Shopee

Pinggan kertas ini didatangkan dengan reka bentuk bunga yang unik. Ia terdapat dalam  pelbagai warna yang boleh anda pilih. Dengan reka bentuknya yang unik, ia pasti akan menceriakan mana-mana acara atau majlis.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kadbod
  • Saiz: 12 x 3 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Warna Tersedia: Hijau, Ungu, Merah Jambu, Oren, Biru
  • Kuantiti: 6 keping

Kelebihan:

Reka bentuk yang unik
Material berkualiti tinggi

Harga: RM2.35 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Disposable Colourful Plain Paper Plate

Disposable Colourful Plain Paper Plate
Kredit Gambar: Shopee

Pinggan pakai buang ini didatangkan dalam pelbagai warna dan saiz untuk dipilih. Dibuat dengan kertas berkualiti tinggi yang tidak toksik, pinggan ini tahan lama dan boleh menahan beban berat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Plastik
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: 15 cm, 17 cm, 22 cm (diameter)
  • Warna Tersedia: Fuchsia, Hijau Epal, Turquoise, Merah, Oren, Biru Langit, Biru, Coklat, Kuning, Merah Jambu, Hijau Kelly, Lavender, Beri Plum
  • Kuantiti: 20 keping

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Didatangkan dalam pelbagai saiz
Didatangkan dalam pelbagai warna
Boleh menahan beban yang berat

Harga: RM3.69 hingga RM7.39

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Party Decoration Disposable Paper Plate 

Party Decoration Disposable Paper Plate
Kredit Gambar: Shopee

Pinggan kertas ini didatangkan dalam pelbagai reka bentuk yang menampilkan trim emas, bintang dan banyak lagi yang boleh anda pilih! Dengan reka bentuknya yang unik, ia pasti akan memeriahkan sebarang acara perayaan yang anda anjurkan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kertas
  • Saiz: 18 cm (diameter)
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Reka Bentuk Tersedia: Emas, Perak, Gelombang, Bintang, Jalur, Titik
  • Kuantiti: 10 keping

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Didatangkan dalam pelbagai reka bentuk
Reka bentuk yang unik

Harga: RM3.70

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Hooray! Mix Disposable Paper Plates

Hooray Mix Disposable Paper Plates
Kredit Gambar: Shopee

Dengan bahagian luarnya yang bersalut warna emas, pinggan ini tidak menggunakan bahan toksik. Selain itu, ia juga berkualiti tinggi dan unik. Pasti memberikan aura mewah dan elegan pada majlis anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kertas
  • Saiz: 18 x 18 cm
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Kuantiti: 10 keping

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Reka bentuk yang unik

Harga: RM5.94 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Biodegradable Sugarcane Pulp Bowl

Biodegradable Sugarcane Pulp Bowl
Kredit Gambar: Shopee

Diperbuat daripada bahan tebu berkualiti tinggi, mangkuk pakai buang ini mampu menyimpan cecair, menjadikannya alat yang sempurna untuk menampung sup dan sos! Ia boleh terbiodegradasi dan tidak toksik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Tebu
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz Tersedia: 350 ml, 500 ml
  • Kuantiti: 50 keping

Kelebihan:

Material berkualiti tinggi
Sesuai untuk cecair

Harga: RM13.81 (350ml) | RM16.39 (500ml)

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close