Plaster atau lepa, juga dikenali sebagai pembalut luka merupakan pembalut perubatan yang kecil dan efektif digunakan pada kecederaan ringan seperti luka dan kudis. Ia dicipta untuk melindungi luka daripada geseran, bakteria, kotoran dan sebarang jangkitan supaya proses penyembuhan menjadi lebih cepat. Plaster diperbuat daripada bahan fleksibel dengan bahagian pelekat pada satu sisi,membolehkan penggunaannya menjadi lebih baik dan selesa semasa anda menggunakannya.
Terdapat juga jenis plaster khas yang dipanggil plaster kalis air yang biasa digunakan oleh mereka yang bekerja dalam industri makanan. Ini kerana plaster kalis air mempunyai pelekat yang lebih baik dan kuat untuk mengelakkannya daripada tertanggal. Oleh itu, terdapat pelbagai variasi plaster yang boleh digunakan bergantung pada keadaan. Berikut ialah 8 plaster terbaik di Malaysia.
Bagaimana Hendak Mencari Plaster Terbaik?
Terdapat banyak jenis plaster yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan? Jangan bimbang, kerana mengetahui kuantiti, jenis dan harga boleh membantu anda dalam mencari plaster terbaik.
- Kuantiti
Setiap jenama plaster datang dalam kuantiti yang berbeza dalam satu pek. Anda boleh memilih berdasarkan kekerapan anda menggunakan plaster.
- Jenis
Plaster mempunyai pelbagai variasi seperti fabrik, kalis air dan plaster untuk kanak-kanak. Anda disarankan memilih jenis plaster berdasarkan kesesuaian kulit kerana sesetengah orang mungkin alergi kepada plaster tertentu.
- Harga
Setiap plaster menawarkan pelbagai harga, oleh itu disarankan kepada anda untuk membandingkan harga bagi beberapa produk plaster terlebih dahulu. Ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang dan berbelanja dengan bijak.
8 Plaster Terbaik di Malaysia 2023
1. Plaster Kartun Eco Shop

Plaster ini sangat sesuai untuk kanak-kanak ekoran reka bentuknya yang mempunyai pelbagai warna menarik dan terang. Ia juga boleh mengalih perhatian anak anda daripada memikirkan kecederaan mereka. Selain itu, plaster ini boleh melindungi luka daripada kotoran dan bakteria bagi mengelakkan kebarangkalian keberjangkitan berlaku. Ia juga lembut pada kulit dan tidak merengsakan kulit anda.
Spesifikasi:
- Kuantiti: 40 helai
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Ceria
✅ Mudah ditanggalkan
Harga: RM2.20
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
2. Plaster HY0379 Eco Shop

Plaster HY0379 Eco Shop merupakan salah satu versi plaster yang dikeluarkan oleh Eco Shop. Reka bentuknya sangat praktikal dan bersih kerana setiap plaster didatangkan dalam paket individu yang mudah koyak. Setiap kotak pek plaster ini mempunyai 100 keping plaster dan dijual pada harga yang rendah menjadikannya antara produk yang berbaloi untuk dibeli.
Spesifikasi:
- Kuantiti: 100pcs
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Murah
✅ Bersih
Harga: RM2.20
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
3. Plaster Kalis Air Hansaplast Universal

Plaster Kalis Air Hansaplast Universal adalah pembalut luka kalis air dengan pelekat yang sangat kuat, dengan ini anda boleh memakainya dalam jangka masa yang lama terutamanya jika anda kerap bersentuhan dengan cecair. Jika anda mencari pembalut luka yang selesa, plaster ini sangat sesuai untuk anda kerana ia diperbuat dari bahan yang berkualiti dan pad luka yang tidak melekat. Setiap kotak didatangkan dengan 20 keping plaster . Plaster ini juga tahan lama dan harganya pun berpatutan.
Spesifikasi:
- Kuantiti: 20pcs
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Breathable
✅ Kalis Air
Harga: RM2.20
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
4. Plaster Comel Kalis Air

Plaster jenis ini adalah pilihan ideal untuk individu yang menggemari corak yang ceria dan unik. Ia mempunyai tahap ketahanan yang tinggi walaupun telah dipakai seharian. Dipasarkan dengan 8 corak unik comel yang berbeza yang boleh anda pilih berdasarkan gaya anda.
Spesifikasi:
- Kuantiti: 20pcs
- Corak: Siri Awan, Siri Peach, Siri Hog, Siri Bunga Sakura, Siri Kaktus, Siri Avocado, Siri Dinosaur, Siri Strawberi
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Kalis Air
✅ Comel
Harga: RM2.95 – RM3.30
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
5. Plaster Watershield Watsons

Plaster Watsons Watershield adalah plaster kalis air dan bebas lateks. Ia disyorkan kepada individu yang alergi kepada protein yang boleh didapati dalam lateks. Walaupun begitu, ia tidak akan menghalang pergerakan anda kerana ia direka dalam bentuk yang fleksibel.
Spesifikasi:
- Kuantiti: 10pcs
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Bebas lateks
✅ Kalis Air
Harga: RM1.90
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
6. Plaster Guardian Clear

Plaster keluaran Guardian ini didatangkan dengan permukaan kalis air dan struktur yang sangat selesa dan “breathable”. Hal ini membantu dalam mengelakkan sebarang lembapan daripada terperangkap di dalam plaster dan berpotensi menjejaskan keberkesanan plaster. Permukaan yang jernih membolehkan plaster sebati dengan warna kulit anda.
Spesifikasi:
- Kuantiti: 20pcs
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Kalis air
✅ Breathable
Harga: RM2.85
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
7. Plaster Lutsinar Watsons (Beraneka)

Watsons Plaster Lutsinar (beraneka) didatangkan dengan 5 jenis plaster yang berbeza dengan saiz yang berbeza bagi memudahkan anda memilih plaster mana yang hendak digunakan. Setiap plaster dibungkus di dalam bungkusan individu yang mudah terkoyak. Selain itu, plaster kalis air ini juga diperbuat daripada bahan bebas lateks dan sesuai untuk kulit sensitif.
Spesifikasi:
- Kuantiti: 25pcs
- Saiz: Pelbagai
Kelebihan:
✅ Kalis Air
✅ Tanpa lateks
Harga: RM3.50
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
8. Plaster Nexcare 3M

Plaster Nexcare 3M menawarkan 4 jenis plaster yang boleh dipilih berdasarkan keperluan anda. Selain itu, plaster ini jenis “sterilised plaster” yang tidak melekat pada luka, sekali gus menghalang jangkitan luka dan membolehkan luka sembuh dengan baik. Sekiranya anda hendak membelinya untuk anak anda, plaster berwarna Neon sangat sesuai kerana warnanya yang terang dan ceria.
Spesifikasi:
- Kuantiti: 9pcs, 10pcs
- Jenis: Plastik Neon, Plastik Jernih, Plastik Tan, Fabrik
- Saiz: Satu Saiz
Kelebihan:
✅ Sterilised
✅ Variasi berbeza
Harga: RM1.80
*Harga mungkin berbeza pada waktu pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.