15 Playpen Bayi Terbaik di Malaysia 2025

Playpen membolehkan bayi atau kanak-kanak kecil bermain dalam keadaan selamat dan tidak terdedah dengan bahaya. Pada zaman dahulu, playpen diperbuat daripada kayu dan biasanya berbentuk empat segi dengan palang menegak. Namun kini, kebanyakan playpen moden diperbuat daripada logam, plastik, mesh dan nilon lembut bagi memudahkannya dibawa ke mana sahaja. 

Kanak-kanak berumur 6 hingga 8 bulan merupakan umur yang sesuai untuk menggunakan playpen. Pada usia ini, bayi biasanya lebih mudah untuk diurus, jadi ibu bapa boleh meninggalkan bayi di dalam playpen semasa mereka melakukan kerja rumah. Berikut adalah 15 playpen bayi terbaik di Malaysia.

Apakah perbezaan antara playpen dan katil bayi? 

Ramai orang mengalami kesukaran dalam membezakan antara playpen dan katil bayi. Playpen adalah tempat untuk bayi dan kanak-kanak kecil bermain dan tidur. Ia biasanya diperbuat daripada plastik, ringan, boleh dilipat, kurang besar dan mempunyai reka bentuk mudah alih. Katil bayi pula ialah katil kecil yang dibuat khas untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Katil bayi biasanya lebih besar dan diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi seperti kayu araucaria dan kayu pine.

Bagaimana hendak memilih playpen yang terbaik? 

Memilih playpen yang terbaik boleh mengelirukan ekoran terdapat banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek utama yang perlu difokuskan semasa memilih playpen iaitu belanjawan, tahap ketahanan, penyelenggaraan dan mudah alih. 

1. Belanjawan

Playpen boleh didapati dalam pelbagai harga daripada harga yang murah sehinggalah kepada harga yang mahal bergantung kepada kualiti dan jenama playpen tersebut. Oleh itu, anda perlulah sentiasa merujuk kepada belanjawan anda untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan.

2. Tahap Ketahanan

Anda haruslah mempertimbangkan tahap ketahanan playpen sebelum membeli agar ia boleh digunakan dalam jangka masa yang lama. Produk yang berkualiti tinggi dapat menjamin keselamatan bayi anda.

3. Penyelenggaraan

Playpen haruslah diperbuat daripada bahan yang mudah untuk dibersihkan dan diselenggara. Hal ini bagi memudahkan proses pembasmian kuman yang boleh menjejaskan kesihatan anak anda.

4. Mudah Alih 

Anda disarankan untuk memilih playpen dengan reka bentuk mudah alih dan ringan bagi membolehkan anda membawanya ke mana sahaja. 

15 Playpen Bayi Terbaik di Malaysia 2023

1. Mamakiddies MIMI Playpen  

Mamakiddies MIMI Playpen
Kredit gambar: Shopee

Mamakiddies MIMI Playpen mempunyai reka bentuk yang selesa dan sesuai untuk bayi berumur 0 hingga 3 tahun. Ia boleh menampung berat sehingga 15 kg serta dilengkapi dengan ‘bassinet’ boleh tanggal dan tempat menukar lampin. Playpen ini dilengkapi dengan ciri boleh dilipat yang membolehkannya disimpan di tempat atau ruangan yang sempit seperti di bawah katil atau di dalam bonet kereta anda. Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan roda bagi memudahkan anda untuk mengalihkannya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, Poliester
  • Beban Maksimum: 15 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Boleh dilipat
Sesuai untuk ‘travel’
Pengudaraan berlaku dengan baik

Harga: RM179.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. My Dear Playpen

My Dear Playpen
Kredit gambar: Lazada

My Dear Playpen mempunyai pintu gelangsar yang membolehkannya diletakkan di sebelah katil dewasa. Pintu gelangsar ini mempunyai 3 tahap ketinggian yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda. Ia juga dilengkapi dengan tempat menukar lampin serta ruang simpanan yang besar di bawahnya untuk menyimpan barang keperluan bayi. Playpen ini boleh menampung berat sehingga 12 kg. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, plastik 
  • Beban Maksimum: 12 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Mudah alih
Boleh dilipat
2 roda boleh dikunci

Harga: RM239.00 – RM285.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Sweet Cherry Panda Playpen SC677  

Sweet Cherry Panda Playpen SC
Kredit gambar: theweddingvowsg

Sweet Cherry Panda Playpen sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir hingga kanak-kanak berumur 3 tahun. Ia didatangkan dengan reka bentuk yang ringkas sekali gus memudahkan proses pemasangannya. Playpen ini boleh menampung berat sehingga 15 kg. Tambahan pula, ia dilengkapi dengan jaringan kelambu yang diperbuat daripada fabrik Mesh bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, plastik
  • Beban Maksimum: 15 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Mempunyai tempat menukar lampin dengan tali pinggang keselamatan
Dilengkapi poket sisi yang besar untuk peralatan mandian atau mainan
Boleh dilipat

Harga: RM219.00 – RM249.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Lullababy.official Playpen

Lullababy.official Playpen
Kredit gambar: Shopee

Lullababy.official Playpen dibuat khas untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 3 tahun. Playpen ini menggunakan struktur sokongan ‘seven-point’ pada bahagian bawah bagi memastikannya kukuh dan stabil semasa digunakan. Rangka playpen ini diperbuat daripada tiub besi yang mampu menampung berat sehingga 14 kg. Ia juga dilengkapi dengan roda dan ciri boleh lipat bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, poliester
  • Beban Maksimum: 14 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Boleh dilipat
Sesuai untuk ‘travel’
Pengudaraan berlaku dengan baik

Harga: RM199.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Naya Dream Playpen

Naya Dream Playpen
Kredit gambar: Shopee

Naya Dream Playpen didatangkan dengan bahagian sisi yang diperbuat daripada fabrik Mesh bagi membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Hal ini juga dapat memberikan keselesaan yang maksimum kepada anak anda. Selain reka bentuknya yang boleh dilipat, ia juga dilengkapi dengan pintu yang boleh disambungkan ke tempat tidur anda. Bukan itu sahaja, kelambu dan kanopi turut disertakan untuk perlindungan tambahan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, plastik
  • Beban Maksimum: 15 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Panel sisi boleh laras
Mempunyai pintu berzip
Dilengkapi dengan roda

Harga: RM159.00 – RM319.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Sweet Cherry Creator Playpen SC659 

Sweet Cherry Creator Playpen SC
Kredit gambar: sweetcherry.com.my

Sweet Cherry Creator Playpen SC659 ini sesuai untuk bayi baru lahir hingga 3 tahun (kurang daripada 15 kg). Playpen ini didatangkan dengan reka bentuk yang kompak serta diperbuat daripada poliester sekali gus menjadikannya ringan dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Ia juga dilengkapi dengan ‘bassinet’ yang boleh digunakan oleh bayi dengan berat kurang daripada 10 kg.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, poliester
  • Beban Maksimum: 15 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Reka bentuk boleh dilipat
Mempunyai roda
Mempunyai tempat menukar lampin

Harga: RM319.00 – RM485.08

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. Joie Kubbie Sleep Playpen

Joie Kubbie Sleep Playpen
Kredit gambar: theweddingvowsg

Joie Kubbie Sleep Playpen ini dilengkapi dengan ‘bassinet’ dan tilam yang membolehkannya digunakan sebagai katil bayi. Ia sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir hingga 36 bulan. Selain itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk berjaring bagi memudahkan anda memantau si manja anda. Tambahan pula, playpen ini mempunyai struktur yang kukuh dan boleh menyerap hentakan yang kuat sekali gus menjadikannya antara pilihan playpen bayi yang terbaik untuk anak anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh, plastik
  • Beban Maksimum: 15 kg 
  • Negara Pengeluar: United Kingdom
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Reka bentuk padat
Selamat dan kukuh
Pengudaraan berlaku dengan baik

Harga: RM399.00 – RM579.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. Otomo Baby Foldable Playpen CB01 

Otomo Baby Foldable Playpen CB
Kredit gambar: Shopee

Otomo Baby Foldable Playpen ini sesuai untuk bayi baru lahir hingga 3 tahun. Selain itu, playpen ini boleh dilipat dalam masa kurang daripada 5 minit serta dilengkapi dengan beg berzip bagi memudahkan proses penyimpanannya. Tambahan pula, playpen ini didatangkan dengan keluasan lebar 76 cm sekali gus dapat memberikan keselesaan kepada bayi anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, besi
  • Beban Maksimum: 15 kg
  • Negara Pengeluar: Taiwan
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Reka bentuk mudah alih
Roda disertakan dengan brek keselamatan
Didatangkan dengan kelambu percuma

Harga: RM155.00 – RM189.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Chicco Lullaby Zip Cot Playpen

Chicco Lullaby Zip Cot Playpen
Kredit gambar: Shopee

Chicco Lullaby Zip Cot Playpen merupakan playpen mudah alih dan serba guna yang menawarkan kemudahan ‘on-the-go‘. Playpen ini dilengkapi dengan ‘bassinet’, beg penyimpanan kelengkapan bayi, mainan gantung dan tempat menukar lampin. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai saiz yang kompak serta roda yang membolehkan anda meletakkannya di mana sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, besi, plastik
  • Beban Maksimum: 14 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Mudah untuk dicuci
Memainkan muzik dan bunyi alam semula jadi
Sesuai untuk ‘travel’

Harga: RM1,299.00 – RM1,399.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

10. Ekia_officialmall 5 in 1 Playpen

Ekia officialmall in Playpen
Kredit gambar: Shopee

Ekia_officialmall 5-in-1 Playpen ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 4 tahun. Playpen ini membolehkan anak anda bermain dalam lingkungan persekitaran yang selesa dan selamat. Ia dilengkapi dengan ciri boleh lipat dan beg berzip bagi memudahkannya dibawa dan disimpan. Bukan itu sahaja, playpen ini juga didatangkan dengan pintu akses yang membolehkan anak anda masuk dan keluar dengan mudah semasa bermain.

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, aluminium
  • Beban Maksimum: 15 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Sesuai untuk ‘travel’
Pengudaraan berlaku dengan baik
Reka bentuk melengkung untuk keselamatan tambahan

Harga: RM189.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

11. Graco Pack N Play

Graco Pack N Play
Kredit gambar: theweddingvowsg

Graco Pack N Play ini diperbuat daripada ‘micro-fleece’ serta mempunyai 2 tahap kelajuan getaran yang boleh dilaraskan mengikut keselesaan bayi anda. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan bar mainan yang akan menghiburkan bayi anda dengan pelbagai bunyi. Playpen bayi ini mempunyai permukaan yang luas bagi membolehkan peredaran udara berlaku dengan baik. Selain itu, ia juga mempunyai ruang penyimpanan di bahagian sisi bagi membolehkan anda meletakkan barangan keperluan bayi.

Spesifikasi:

  • Bahan: Micro-fleece 
  • Beban Maksimum: 13.6 kg
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

2 tahap kelajuan getaran
5 lagu klasik dan bunyi alam semula jadi yang menenangkan
Dilengkapi kanopi untuk memastikan bayi terlindung daripada lampu

Harga: RM599.00 

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

12. Crolla Cubbie One Side Sliding Door Playpen

Crolla Cubbie One Side Sliding Door Playpen
Kredit gambar: Shopee

Crolla Cubbie One Side Sliding Door Playpen ini didatangkan dengan sisi katil dalam bentuk bulat bagi melindungi bayi anda daripada bahaya. Playpen bayi ini diperbuat daripada fabrik Mesh dan aluminium berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama serta membolehkan pengudaraan berlaku dengan baik. Bukan itu sahaja, ia juga mampu menampung berat sehingga 14 kg. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik Mesh, aluminium
  • Beban Maksimum: 14 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Reka bentuk boleh dilipat
Stabil dan kukuh
Fabrik berkualiti tinggi dan ‘breathable’

Harga: RM99.00 – RM398.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

13. Anakku Playpen

Anakku Playpen
Kredit gambar: Shopee

Anakku Playpen sesuai untuk kanak-kanak berumur 0 hingga 3 tahun. Ia dilengkapi dengan tempat menukar lampin dan poket besar yang boleh memuatkan mainan dan keperluan bayi. Playpen ini mempunyai reka bentuk padat yang boleh dilipat sekali gus memudahkan proses penyimpanannya dan tidak memakan banyak ruang. Ia juga didatangkan dalam 3 warna untuk anda dipilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliester, Mesh
  • Beban Maksimum: 14 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Didatangkan dalam 3 warna
Reka bentuk boleh dilipat
Bahan ‘breathable’ dan boleh dibasuh

Harga: RM299.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

14. Joie Commuter Change & Snooze Playpen

Joie Commuter Change Snooze Playpen
Kredit gambar: Lazada

Joie Commuter Change & Snooze Playpen mempunyai reka bentuk yang kukuh dan selamat serta dilengkapi dengan ‘bassinet’ bersaiz besar untuk memberikan keselesaan kepada bayi anda semasa tidur. Playpen ini didatangkan dengan ciri lipat automatik, di mana ia boleh melipat playpen secara automatik dengan hanya satu sentuhan. Ia boleh menampung berat sehingga 15 kg.

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh, besi
  • Beban Maksimum: 15 kg
  • Negara Pengeluar: United Kingdom
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Boleh dibasuh
Boleh dilipat
Reka bentuk selamat dan kukuh

Harga: RM499.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

15. Bumble Bee Bassinet Playpen

Bumble Bee Bassinet Playpen
Kredit gambar: Shopee

Bumble Bee Bassinet Playpen ialah playpen yang didatangkan dengan reka bentuk yang menyeronokkan serta dilengkapi dengan kelambu bagi melindungi bayi anda daripada gigitan nyamuk. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan roda anti bunyi bagi memudahkan anda untuk mengalihkannya tanpa mengganggu si manja anda. Ia mampu menampung berat sehingga 13 kg. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Mesh, poliester
  • Beban Maksimum: 13 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: Satu saiz

Kelebihan:

Sesuai untuk ‘travel’
Didatangkan dengan kelambu
Didatangkan dengan bassinet bersaiz besar

Harga: RM359.00 – RM399.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close