Kebanyakan kita pernah mengalami tandas tersumbat dan tidak dinafikan, ia agak sukar untuk dibaiki tanpa alatan yang betul. Kita juga mungkin terpaksa menghubungi perkhidmatan paip untuk membantu membaiki tandas yang tersumbat. Perkhidmatan tersebut bukan sahaja mahal bahkan, ia juga boleh memakan masa yang lama. Kini, anda tidak perlu bimbang kerana plunger tandas dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Plunger tandas merupakan alatan yang digunakan untuk melancarkan sistem saluran yang tersumbat. Penggunaan plunger tandas juga dapat menjimatkan masa dan wang anda. Di sini, kami senaraikan 8 plunger tandas terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
8 Plunger Tandas Terbaik di Malaysia 2023
1. Multifunctional Inflatable Pipe Plunger Air Pressure Pump

Multifunctional inflatable pipe ini bukan sahaja praktikal tetapi, ia juga mudah untuk digunakan, reka bentuk padat dan sangat cekap. Ia boleh membersihkan halangan yang sukar tanpa menggunakan sebarang bahan kimia. Jadi, anda tidak perlu bimbang kerana ia tidak akan merosakkan mangkuk tandas anda. Ia dilengkapi dengan 4 saiz kepala plunger yang boleh dilaraskan mengikut jenis paip. Bukan itu sahaja, plunger ini juga didatangkan dengan pemegang ergonomik bagi memberikan anda cengkaman yang selesa dan kuat.
Spesifikasi:
- Bahan: PVC
- Saiz: 50 cm x 5.5 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Pelbagai fungsi
✅ Sesuai untuk pelbagai jenis paip
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Pemegang ergonomik
✅ Tekanan udara yang kuat
✅ Padat
✅ Sangat cekap
Harga: RM34.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. RAYCO Toilet Plunger

Plunger ini diperbuat daripada getah berkualiti tinggi yang menjadikannya kukuh dan tahan lama serta boleh menjana daya penyedutan yang tinggi. Ia boleh menyelesaikan masalah tandas tersumbat dalam beberapa saat! Plunger ini mempunyai pemegang antigelincir yang selesa untuk dipegang. Anda juga boleh menggunakannya pada sinki dan longkang.
Spesifikasi:
- Bahan: Getah
- Saiz: 9 cm x 12 cm x 15 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Cengkaman yang selesa
✅ Daya sedutan tinggi
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Harga: RM3.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. MR DIY Toilet Plunger

MR DIY Toilet Plunger ini mempunyai ciri reka bentuk yang agak sama dengan RAYCO Toilet Plunger, di mana ia diperbuat daripada getah berkualiti tinggi bagi memudahkan anda untuk menggunakannya. Ia juga mempunyai daya penyedutan yang tinggi sekali gus dapat melancarkan saluran tersumbat dengan pantas dan berkesan.
Spesifikasi:
- Bahan: Getah
- Saiz: 34 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lasak
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Cengkaman selesa
Harga: RM4.20
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Drain Buster Toilet Plug

Plunger tandas ini didatangkan dalam bentuk seperti pam udara serta mudah untuk digunakan. Untuk menggunakannya, anda hanya perlu menarik dan menolak bahagian atas pemegang. Ia bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah dengan pantas malah, ia juga dapat menjimatkan masa dan wang anda. Ia sesuai digunakan untuk pelbagai jenis saluran paip di rumah anda.
Spesifikasi:
- Bahan: Getah
- Saiz: 43 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Tekanan udara tinggi
✅ Sangat cekap
Harga: RM9.69
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. M MALL Toilet Plunger Air Power Drain

Anda sering menghadapi masalah tandas tersumbat? Cubalah plunger ini kerana ia mempunyai daya tekanan udara yang tinggi sekali gus membolehkan pelancaran saluran yang lebih pantas. Bagi cara penggunaannya pula, anda hanya perlu menarik picu secara perlahan-lahan dan ia sedia untuk digunakan. Ia dilengkapi dengan 4 penyedut vakum getah dengan saiz yang berbeza yang boleh anda gunakan pada pelbagai jenis paip. Selain itu, plunger ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang menjadikannya tahan lama.
Spesifikasi:
- Bahan: ABS
- Saiz: 27.5 cm x 28 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
✅ Tekanan udara yang tinggi
✅ Sangat cekap
✅ Sesuai untuk pelbagai jenis paip
Harga: RM20.87
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. Toilet Plunger Air Pressure

Dengan reka bentuk seperti pam udara, plunger ini boleh menyelesaikan masalah tandas tersumbat dengan cekap dan pantas. Ia didatangkan dengan reka bentuk pemegang ergonomik bagi memberikan anda keselesaan sewaktu menggunakannya. Selain itu, ia diperbuat daripada ABS yang menjadikannya tahan lasak dan tidak mudah rosak. Ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.
Spesifikasi:
- Bahan: ABS
- Saiz: 45 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Tekanan udara yang tinggi
✅ Reka bentuk pemegang ergonomik
Harga: RM12.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Elianware Toilet Pump

Tidak seperti kebanyakan plunger tandas, Elianware Toilet Pump ini didatangkan dengan reka bentuk pemegang yang bergaya serta selesa untuk dipegang. Ia diperbuat daripada bahan PP yang kukuh dan padu sekali gus menjadikannya ringan dan tahan lama. Ia juga sangat mudah untuk digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: PP
- Saiz: 40 cm
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Reka bentuk yang unik
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Ringan
✅ Berkualiti tinggi, binaan tahan lama
Harga: RM10.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. High Pressure Air Toilet

Plunger ini didatangkan dengan reka bentuk yang agak unik seakan pam basikal. Ia menghasilkan tekanan udara yang tinggi serta dapat menghapuskan segala halangan dengan cekap. Selain itu, plunger ini diperbuat daripada PP yang menjadikannya ringan serta mudah untuk digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: PP
- Negara Pengeluar: Malaysia
Kelebihan:
✅ Reka bentuk yang unik
✅ Mudah untuk digunakan
✅ Sangat cekap
Harga: RM18.95
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.