7 Popiah Terbaik di Johor 2025

Popiah merupakan makanan yang berasal dari China. Makanan ini menjadi semakin popular dalam kalangan pengemar makanan sehingga ia dikenali di Malaysia. Sebenarnya, popiah merupakan salah satu snek kegemaran rakyat Malaysia. Cara yang ideal untuk memakannya adalah dengan memasukkan seluruh popiah ke dalam mulut anda. Dengan cara ini, anda boleh menikmati rasa popiah yang enak secara keseluruhannya. Biasanya, popiah digoreng rangup dan berisi pelbagai jenis inti yang enak. Untuk meningkatkan kesedapan popiah, hidangan ini dinikmati bersama sos yang lazat.

Kulit popiah adalah lembut dan nipis seperti kertas dan ia diperbuat daripada tepung gandum. Kulit popiah boleh menutupi intinya yang biasa terdiri daripada taugeh, lobak merah cincang, kacang tanah cincang dan bahan lain. Anda boleh menggoreng atau menstim popiah kerana setiap cara masakan dapat menonjolkan keenakan snek ini. Kini, snek popiah terdapat dalam pelbagai jenis demi memenuhi selera rakyat Malaysia. Jadi, berikut adalah 7 popiah terbaik di Johor untuk anda rasai bersama keluarga.

Apakah Rasa Popiah?

Popiah memberikan rasa yang manis, pedas dan berlemak pada masa yang sama. Hal ini kerana ia dimakan bersama sos manis, cili, pes bawang putih, serta bahan-bahan inti seperti sayur dan daging yang segar. Apabila semua bahan ini digabungkan dalam snek popiah, ia akan memberikan rasa yang memuaskan kepada sesiapa yang memakannya.

Bilakah Popiah Dimakan?

Popiah biasanya dimakan sebagai snek atau dijadikan pelengkap bagi hidangan yang dipesan. Kebanyakan pusat street food menjual snek yang enak ini. Mereka juga menjual popiah ‘do-it-yourself’ dan ‘popiah parties’ demi memenuhi selera para pelanggan. Di sini, para pelanggan bebas untuk menyediakan popiah yang mereka suka dengan menggunakan kulit popiah dan inti pilihan mereka.

7 Popiah Terbaik di Johor 2025

1. 香港仔美食中心 Hong Kong Boy Restaurant

-Hong-Kong-Boy-Restaurant
Kredit Gambar: 香港仔美食中心 Hong Kong Boy Restaurant (Google Reviews)
-Hong-Kong-Boy-Restaurant-
Kredit Gambar: 香港仔美食中心 Hong Kong Boy Restaurant (Google Reviews)

Hong Kong Boy Restaurant terkenal dengan pelbagai jenis makanan di Johor. Kawasan sekitar restoran ini mempunyai lebih daripada 50 vendor makanan. Kebanyakan penduduk tempatan suka makan malam dan supper di sini. Terdapat banyak hidangan tempatan yang lazat dan sentiasa memikat selera para pelanggan di Hong Kong Boy Restaurant. Jika anda ingin menikmati popiah, anda boleh ke vendor yang menjual popiah di sana. 

Vendor ini dikendalikan oleh seorang bapa dan anak yang komited dalam memberikan kualiti popiah terbaik kepada para pelanggannya. Disebabkan itu, ramai pelanggan yang tidak putus-putus beratur untuk mendapatkan popiah lazat mereka. Popiah istimewa mereka dibuat menggunakan wrap nasi yang nipis dan dipenuhi kacang yam cincang, sambal, lobak merah, salah segar dan taugeh. Ia turut dilengkapi dengan sos yang enak menjadikan popiah mereka digemari ramai.

Waktu Operasi: 6:00 pagi – 11:30 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 2, Jalan Dedap 22, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 017-716 2033

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

2. Dragon-i Peking Duck Restaurant @ Johor Bahru City Square

Dragon-i-Peking-Duck-Restaurant-@-Johor-Bahru-City-Square-
Kredit Gambar: Dragon-i Peking Duck Restaurant (Google Reviews)
Dragon-i-Peking-Duck-Restaurant-@-Johor-Bahru-City-Square
Kredit Gambar: Dragon-i Peking Duck Restaurant (Google Reviews)

Dragon-i Peking Duck Restaurant di Johor Bahru telah beroperasi di Johor Bahru City Square. Restoran ini adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda berehat dan makan selepas membeli-belah. Kawasan persekitaran restoran ini sungguh selesa dan tenang. Jadi, anda boleh menikmati hidangan yang disajikan di sini dengan selesa. Selain itu, hidangan yang disediakan di restoran ini kebanyakannya adalah masakan asli daripada China. Chef Cina mereka sangat mahir dalam menggunakan bahan-bahan yang berkualiti untuk menyediakan popiah yang lazat. Snek ini juga boleh menjadi hidangan pembuka selera sebelum anda menikmati hidangan utama.

Waktu Operasi:
11:00 pagi – 3:00 petang (Isnin – Jumaat)
10:00 pagi – 5:00 petang (Sabtu)
Tutup pada Ahad

Alamat: Dataran Bandaraya, Lot No. J3-36 Aras 3 106-108 Johor Bahru, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru.

No. Telefon: 07-222 1288

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/mydragoni

Instagram: https://www.instagram.com/dragoni_my/

Refer Info On Website

3. Hanoi Cafe JB

Hanoi-Cafe-JB
Kredit Gambar: Hanoi Cafe JB (Google Reviews)
Hanoi-Cafe-JB-
Kredit Gambar: Hanoi Cafe JB (Google Reviews)

Adakah anda ingin menikmati masakan Vietnam? Hanoi Cafe di Taman Sentosa adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi. Ia terletak kira-kira 3 minit berjalan kaki dari Plaza Sentosa. Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan Vietnam yang lazat. Anda boleh mencuba popiah mereka yang terkenal. Popiah di sini digoreng rangup dan dibaluti dengan gulungan telur yang lembut. Intinya pula adalah udang, ayam, keju dan jejari ketam yang segar. Popiah mereka dicincang menjadi ketulan kecil dan dihidangkan bersama sos yang lazat. Untuk memastikan pelanggan mereka berpuas hati, restoran ini turut menyediakan bilik karaoke di sini agar pelanggan boleh bersantai dan berkaraoke bersama rakan-rakan atau keluarga mereka.

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 11:30 malam (Isnin – Ahad)

Alamat: 4, Jalan Sutera 2, Taman Sentosa, 80150 Johor Bahru, Johor.

No. Telefon: 016-775 2345

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/hanoicafe1/

4. Chimmy Chummy

Chimmy-Chummy
Kredit Gambar: Chimmy Chummy (Google Reviews)
Chimmy-Chummy-
Kredit Gambar: Chimmy Chummy (Google Reviews)

Chimmy Chummy merupakan salah satu kedai makan halal di Johor. Hidangan mereka sangat lazat kerana mereka menggunakan bahan-bahan yang berkualiti dan segar. Selain itu, chef mereka juga menggunakan minyak yang sedikit dan mengutamakan penggunaan herba dan sayur-sayuran segar bagi menjamin kualiti masakan mereka. Chimmy Chummy adalah tempat yang sesuai untuk dikunjungi jika anda mahukan popiah yang sihat dan rendah lemak. Mereka menyediakan popiah goreng dan ‘fresh spring rolls’. Popiah basah paling laris di sini kerana ia berintikan udang dan bukannya daging. Rasanya juga lazat. Jadi, nikmatilah keenakan popiah ini bersama keluarga atau rakan anda.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 9:00 malam (Isnin – Ahad)
Tutup pada hari Jumaat

Alamat: Plaza Mentari, Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor.

No. Telefon: 014-338 3374

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/VietnameseHalalfood/

Instagram: https://www.instagram.com/chimmy.chummy/?hl=en

5. Popia Basah Ala Johor

Popia-basah-ala-Johor-
Kredit Gambar: Popia basah ala johor (Google Reviews)
Popia-basah-ala-Johor-
Kredit Gambar: Popia basah ala johor (Google Reviews)

Popia Basah Ala Johor ialah syurga popiah di Johor. Popiah di sini mempunyai penangan yang hebat kerana ia berjaya menarik selera ramai orang. Popiah mereka disediakan dengan ‘wrap’ telur yang mengandungi salad yang dihiris halus, herba dan taugeh. Untuk menonjolkan kesedapannya, anda boleh mencicah popiah ini ke dalam sos cili homemade mereka. Reka bentuk restoran ini menarik dengan konsep kayu serta dilengkapi dengan  kerusi dan meja. Untuk memudahkan anda ke restoran ini, anda boleh meletak kereta di tepi jalan kerana ia lebih dekat dan selamat.

Waktu Operasi:
10:00 pagi – 6:00 petang (Isnin – Ahad)
Tutup pada hari Jumaat

Alamat: 47, Jalan Manggis, Kampung Pasir, 81200 Johor Bahru, Johor.

No. Telefon: 012-787 7524

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://ms-my.facebook.com/PopiaBasahAlaJohor/

Instagram: https://www.instagram.com/popiahbasahgerekseyh/?hl=en

6. Old Street 2 老街坊美食阁2

Old-Street--老街坊美食阁
Kredit Gambar: Old Street 2 老街坊美食阁2 (Google Reviews)
Old-Street--老街坊美食阁-
Kredit Gambar: Old Street 2 老街坊美食阁2 (Google Reviews)

Old Street 2 ialah satu lagi tempat street food di Johor yang mana anda boleh menemui pelbagai masakan serta popiah yang lazat. Jalan yang menghubungkan kedai-kedai di sini juga berfungsi sebagai ruang makan. Ia dihiasi dengan lampu terang bagi mewujudkan suasana meriah dan ceria.Tidak kiralah sama ada hari minggu atau bekerja, Old Street 2 sentiasa sibuk dengan pelanggan, terutamanya pada hujung minggu. Popiah di sini berbeza daripada popiah yang lain. Ia menawarkan tekstur luar yang rangup dan inti yang penuh dengan pelbagai rasa. Anda juga disyorkan untuk menikmati snek klasik ini bersama sos pekat manis dan sos cili pedas bagi merasai keenakannya secara maksimum.

Waktu Operasi: 4:00 petang – 1:00 pagi (Isnin – Ahad)

Alamat: 30, Jalan Permas 11, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.

No, Telefon: 016-737 8185

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://zh-cn.facebook.com/OldStreet2/

7. Restoran Kin Hua

Restoran-Kin-Hua-
Kredit Gambar: Restoran Kin Hua (Google Reviews)
Restoran-Kin-Hua-
Kredit Gambar: Restoran Kin Hua (Google Reviews)

Restoran Kin Hua terkenal dengan kopi Hainan, popiah, telur, mi dan pau. Tempat ini sering sesak pada waktu pagi. ‘Spring rolls’ tebal adalah salah satu pembuka selera yang terlaris di restoran mereka. Jicama yang diperap, salad dan tauge diselitkan dalam kepingan beras separa telus. Kemudian, ia  dihidangkan bersama sos cili untuk meningkatkan lagi kelazatannya. Mereka tidak pernah lokek untuk meletakkan isi popiah yang banyak. Oleh sebab itu, ramai pelanggan cepat kenyang apabila makan popiah mereka kerana ia padat dengan inti.

Waktu Operasi:
7:00 pagi – 6:00 petang (Rabu – Ahad)
Ditutup pada Selasa

Alamat: 8, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor.

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close