‘Cruelty-free’ ialah istilah yang digunakan bagi menunjukkan proses penghasilan produk tidak melalui sebarang proses ujian ke atas haiwan sama ada daripada bahan (komponen) mahupun produk akhir. Demi menjamin keselamatan pengguna, terdapat beberapa jenama penjagaan kulit terkenal yang masih menggunakan kaedah ‘test and error’ terhadap haiwan dengan alasan untuk melihat sama ada elemen dan bahan yang terkandung selamat atau bakal memberi kesan sampingan kepada pengguna (manusia).
Walau bagaimanapun, masih terdapat syarikat penjagaan kulit yang menentang proses ujian haiwan dengan menguji produk mereka melalui cara lain. Berikut adalah 10 produk penjagaan kulit ‘cruelty-free’ terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.
Adakah vegan dan cruelty-free merupakan istilah yang sama?
Jawapannya, Tidak! Kedua-dua perkataan ini tidak mempunyai makna yang sama. Istilah vegan digunakan untuk produk yang tidak mengandungi sebarang bahan yang berasal daripada haiwan. Manakala, ‘cruelty-free’ pula merujuk kepada proses penghasilan produk tersebut tidak melalui sebarang proses ujian ke atas haiwan sebelum dipasarkan.
Bagaimana hendak mengetahui sama ada produk itu cruelty-free?
Untuk mengetahui sama ada produk tersebut ‘cruelty-free’ atau tidak, anda boleh mencari simbol arnab dengan tulisan ‘cruelty-free’ atau simbol arnab melompat yang terletak pada produk tersebut. Seterusnya, anda juga boleh menyemak profil syarikat kerana kebanyakan syarikat akan menerangkan proses uji kaji produk mereka. Akhir sekali, anda boleh melayari laman sesawang yang mengetengahkan produk ‘cruelty-free’.
10 Produk Penjagaan Kulit Cruelty-free Terbaik di Malaysia 2023
1. Simple Kind to Skin Soothing Toner

Simple Kind to Skin Soothing Toner ini disyorkan untuk anda yang memiliki kulit kering dan sensitif ekoran ia tidak mengandungi sebarang bahan berbahaya seperti paraben, alkohol dan pewangi. Toner ini juga diperkaya dengan Pro-Vitamin B5 yang membantu kulit menjadi lebih halus dan lembut. Ia juga diformulasikan dengan ekstrak chamomile dan ‘witch hazel’ untuk menenangkan kulit serta merangsang pengeluaran kolagen. Hal ini akan membuatkan kulit anda menjadi lebih anjal.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua, Hidrolisat Pati Hidrogenasi, Air Hamamelis Virginiana, Allantoin, Panthenol, Niacinamide, Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita, Sodium PCA, Gliserin, Pantolactone, Disodium Laureth Sulfosuccinate, Asid sitrik, Methylparaben, 2-Bromoane-2 ,3-Diol, Kalium sorbat.
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Isi padu: 200 ml
Kelebihan:
✅ Melegakan kulit
✅ Menghaluskan kulit
✅ Sesuai untuk kulit sensitif
Harga: RM18.88
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
2. Cosrx Advanced Snail 96 Mucin Power Essence

Cosrx’s Advanced Snail 96 Mucin Power Essence merupakan antara produk penjagaan kulit terbaik yang menjadi pilihan pengguna. Hal ini kerana, teksturnya yang ringan, tidak melekit dan mudah meresap apabila dipakai. Produk ini mengandungi lendir siput yang membantu untuk memudarkan sebarang bintik hitam dan lingkaran hitam. Bukan itu sahaja, ia juga dapat memperbaiki kulit anda dengan kesan kelembapan 24 jam.
Spesifikasi:
- Bahan: Lendir Siput, Betaine, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Sodium Polyacrylate, Phenoxyethanol, Sodium Hyaluronate, Allantoin, Ethyl Hexanediol, Carbomer, Panthenol: Arginine
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Isi padu: 100 ml
Kelebihan:
✅ Mudah meresap
✅ Tekstur berlendir
✅ Menghilangkan jeragat
Harga: RM15.00 – RM42.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
3. Aiken Prebiotic Hydra Facial Cleanser

Pembersih Muka Aiken Prebiotic Hydra ini sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Pembersih muka ini mengandungi ekstrak air beras yang mampu membersihkan muka dengan lembut dan menyeluruh sekali gus melegakan wajah daripada sebarang kerengsaan. Ia juga diformulasikan dengan prebiotik bagi menjadikan kulit anda lebih bersih, cerah serta mengekalkan kelembapan kulit.
Spesifikasi:
- Bahan: Gliserin, Air, Sodium Cocoyl Glycinate, Cocamidopropyl Betaine, Decyl Glucoside, Citric Acid, Xanthan Gum, Butylene Glycol, Alpha-Glucan Oligosaccharide, Ekstrak Akar Polymnia Sonchifolia, Aspergillus Ferment, Maltodextrin, Ptoxylorethanocillus, Lactoxyphenocillus.
- Negara Pengeluar: Malaysia
- Isi padu: 120 ml
Kelebihan:
✅ ‘Soap-free’
✅ Formula pH seimbang
✅ Bebas paraben
Harga: RM13.43
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
4. Beauty Of Joseon Relief Sun: Rice + Probiotics SPF 50

Beauty Of Joseon Relief Sun: Rice + Probiotics SPF 50 ialah krim pelindung matahari yang didatangkan dengan spektrum SPF50+ PA++++. Kandungan ini mampu melindungi kulit wajah anda daripada terdedah kepada sinaran UV. Krim ini mengandungi air beras sebagai bahan utama yang efektif dalam mencerahkan kulit, mengurangkan bintik hitam dan mengekalkan kelembapan kulit. Bukan itu sahaja, krim ini juga tidak meninggalkan sisa berminyak dan ‘white cast’ serta sangat mudah untuk digunakan.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Ekstrak Oryza Sativa (Nasi) (30%), Dibutyl Adipate, Propanediol, Diethylamino Hydroxybenzoyl Hexyl Benzoate, Polymethylsilsesquioxane, Ethylhexyl Triazone, Niacinamide, Methylene Bis-benzotriazolyl Tetramethylbutyl Caprylate, Methylene Bis-benzotriazolyl Tetramethylbutyl Caprylate, Coothylene Bis-benzotriazolyl Tetramethyl Butylhexyl Butamido Triazone, Gliserin, Butylene Glycol, Ekstrak Daun Camellia Sinensis, Ekstrak Lactobacillus/Labu Penapaian, Ekstrak Bacillus/Soya, Ekstrak Saccharum Officinarum (Tebu), Ekstrak Macrocystis Pyrifera (Kelapa), Ekstrak Buah, Ekstrak Akar Panax Ginseng, Monascus/Tapai Beras, Pentylene Glycol, Behenyl Alcohol, Poli C10-30 Alkyl Acrylate, Polyglyceryl-3 Methylglucose Distearate, Decyl Glucoside, Tromethamine, Carbomer/C0 30 Alkil Akrilat Crosspolimer, 1,2-Heksanediol, Sodium Stearoyl Glutamat, Poliakrilat Crosspolimer-6, Ethylhexylglycerin, Adenosine, Xanthan Gum, Tocopherol, Lactobacillus/Tapai Beras, Aspergillus Ferment, Saccharomyces/Tapai Beras
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Isi padu: 50 ml
Kelebihan:
✅ Tekstur ringan
✅ Tidak meninggalkan sisa ‘white cast’
✅ Meningkatkan perlindungan kulit
Harga: RM34.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
5. Bio-essence Bio-Treasure Jeju Marine Algae Facial Mask

Bio-essence Bio-Treasure Jeju Marine Algae Facial Mask merupakan ‘mask’ muka pakai buang yang sesuai digunakan selepas seharian bekerja ataupun bersekolah. Produk ini diformulasikan dengan Jeju Marine Algae dan ekstrak Aloe Vera yang berfungsi untuk menghidrat dan memulihkan pelindung semula jadi kulit. Ia juga telah diuji secara dermatologi dan sesuai untuk digunakan oleh penghidap hypoalergik.
Spesifikasi:
- Bahan: Air, Butylene Glycol, Gliserin, Dipropylene Glycol, Sodium Hyaluronate, Glycyrrhiza Uralensis (Likuoris) Ekstrak Akar, Ekstrak Mutiara, Zingiber Officinale (halia) Ekstrak Akar, Schisandra Chinensis Ekstrak Buah-buahan, Ekstrak Coptis Sinensis Chinensis, Coptis Sinensis Chinensis , Propolis Wax, Caprylyl Glycol, Ekstrak Ecklonia Cava, Arginine, Carbomer, Chlorphenesin, Peg-60 Hydrogenated Castor Oil, Beta-glucan, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Panthenol, Betaine, Hydroxyethylcellulose, Allantoin, Disodium Edta, Pewangi
- Negara Pengeluar: Singapura
- Isi padu: 20 ml
Kelebihan:
✅ Membekalkan kulit dengan nutrien
✅ Menghidratkan kulit
✅ Cepat meresap
Harga: RM7.90
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
6. IUNIK Calendula Complete Cleansing Oil

IUNIK Calendula Complete Cleansing Oil ini mengandungi 94% minyak tumbuhan yang berfungsi untuk menghapuskan solekan dan membersihkan kotoran secara intensif tanpa mengeringkan kulit. Pembersih ini diperkaya dengan ekstrak bunga calendula yang membantu melegakan kerengsaan kulit serta memulihkan pelindung semula jadi kulit anda. Teksturnya yang ringan juga memudahkannya untuk disapu dan diserap ke dalam lapisan kulit.
Spesifikasi:
- Bahan: Minyak Biji Helianthus Annuus (Bunga Matahari), Minyak Canola, Ekstrak Bunga Calendula Officinalis, Sorbeth-30 Tetraoleate, Minyak Biji Simmondsia Chinensis (Jojoba), Minyak Biji Macadamia Ternifolia, Minyak Bunga Cananga Odorata: Sorbitan Sesquioleate.
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Isi padu: 200 ml
Kelebihan:
✅ Sesuai untuk semua jenis kulit
✅ Menjadikan kulit lebih lembut dan lembap
✅ Menanggalkan kotoran, minyak dan solekan dengan berkesan
Harga: RM51.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
7. Mizon Snail Repair Eye Cream

Mizon Snail Repair Eye Cream ini diperkaya dengan 80% lendir siput bagi meningkatkan pengedaran darah serta menghalang penghasilan melanin. Hal ini sekali gus mencerahkan kulit di bawah mata anda. Krim ini juga diformulasikan dengan bahan semula jadi yang berfungsi untuk mengurangkan kedutan, menghilangkan bengkak mata dan mencerahkan kawasan mata dalam masa 1 minggu. Hasilnya, mata akan kelihatan lebih berseri dan segar.
Spesifikasi:
- Bahan: Lendir Siput, Gliserin, Butilena Glikol, Minyak Biji Limnanthes Alba (Meadowfoam), Niacinamide, Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate, Glyceryl Stearate, Phytosqualene, Octyldodecyl Myristate, Cetearyl Alcohol Stearate-1, PEG-1. Asid, Sodium Hyaluronate, Polyacrylate-13, Polyisobutene, Polysorbate-20, Sodium Hyaluronate, Hydrolyzed Wheat Protein, Prunus Amygdalus Dulcis (Badam Manis) Ekstrak Biji, Palmitoyl Pentapeptide-4, Portulaca Oleracea Extract, Betula Platyphylla, Betula Platyphylla 2 oktaniol, Ethylhexylglycerin, Tropolone, Disodium EDTA
- Negara Pengeluar: Korea Selatan
- Isi padu: 15 ml, 25 ml
Kelebihan:
✅ Menghilangkan garis halus
✅ Mencerahkan lingkaran hitam
✅ Mengurangkan bengkak mata
Harga: RM33.00 – RM55.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
8. The Ordinary 100% Organic Cold-Pressed Rose Hip Seed Oil

The Ordinary 100% Organic Cold-Pressed Rosehip Seed Oil bebas daripada air, alkohol, silikon, kacang, paraben dan gluten yang menjadikannya sesuai untuk kulit sensitif dan penghidap hypoalergik. Minyak muka ini mengandungi minyak biji ‘rosehip’ yang membantu untuk memudarkan sebarang bintik hitam dan menghilangkan garis halus. Ia juga diformulasikan dengan pro-vitamin A dan asid linoleik bagi meningkatkan perlindungan kulit.
Spesifikasi:
- Bahan: Minyak Biji Rosa Canina (100%)
- Negara Pengeluar: Kanada
- Isi padu: 30 ml
Kelebihan:
✅ Anti penuaan
✅ Bebas gluten
✅ ‘Nut-free’
Harga: RM49.50
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
9. The Inkey List Vitamin B, C & E Moisturiser

The Inkey List Vitamin B, C & E Moisturizer mempunyai tekstur yang ringan dan lembut, sesuai untuk digunakan setiap hari pada waktu pagi dan malam. Pelembap ini diperkaya dengan vitamin E, C dan B bagi meningkatkan tahap antioksidan pada kulit serta membantu memperbaiki perlindungan kulit. Pelembab ini memberikan kelembapan intensif pada kulit sambil melegakan wajah daripada sebarang kerengsaan.
Spesifikasi:
- Bahan: Aqua (Air/Eau), Gliserin, Gliseril Stearat SE, Cetearyl Alcohol, Caprylic/Capric Triglyceride, Cocos Nucifera (Kelapa), Asid Stearik, Phenoxyethanol, Benzyl Alcohol, Carbomer, Sodium Hydroxide, Niacin , Sodium Ascorbyl Phosphate, Sodium Hyaluronate, Tocopheryl Acetate, Ethylhexylglycerin, Dehydroacetic Acid, Lecithin, Trisodium Ethylenediamine Disuccinate, Ascorbyl Palmitate, Tocopherol, Helianthus Annuus (bunga matahari) Seed Oil
- Negara Pengeluar: United Kingdom
- Isi padu: 50 ml
Kelebihan:
✅ Tekstur ringan
✅ Mencerahkan kulit
✅ Mengawal minyak berlebihan
Harga: RM33.00 – RM55.00
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
10. Sukin Sensitive Calming Night Cream

Sukin merupakan jenama terkemuka dari Australia yang menghasilkan pelbagai produk penjagaan kulit berkualiti tinggi. Sukin Sensitive Calming Night Cream merupakan krim malam yang direka khusus untuk melegakan sebarang kerengsaan kulit. Hal ini kerana ia mengandungi campuran bahan yang berkhasiat seperti ‘evening primrose oil’, ‘borage’ dan ‘rosehip’. Bukan itu sahaja, ia juga diperkaya dengan ekstrak chamomile dan timun yang berfungsi untuk melembutkan dan menghilangkan kekusaman secara intensif. Wajah anda akan kelihatan 1 tona lebih cerah selepas 1 kali pemakaian.
Spesifikasi:
- Bahan: Air (Aqua), Jus Daun Aloe Barbadensis, Minyak Biji Sesamum Indicum (Bijan), Alkohol Cetearyl, Alkohol Cetyl, Gliserin, Ceteareth-20, Minyak Buah Rosa Canina (Rosehip), Mentega Biji Theobroma Cacao (Koko), Minyak Biji Simmondsia Chinensis (Jojoba), Tocopherol (Vitamin E), Minyak Persea Gratissima (Avocado), Minyak Kuman Triticum Vulgare (Gandum), Minyak Oenothera Biennis (Evening Primrose), Minyak Biji Borago Officinalis (Boraj), Cucumis Sativus (Cucumber). Ekstrak Buah, Ekstrak Bunga Chamomilla Recutita (Matricaria) (Chamomile), Ekstrak Equisetum Arvense (Ekor Kuda), Ekstrak Akar Arctium Lappa (Burdock), Ekstrak Daun Urtica Dioica (Jelatang), Vanillin, Ekstrak Buah Vanila Planifolia, Phenoxyethanol, Benzyl Alcohol
- Negara Pengeluar: Australia
- Isi padu: 120 ml
Kelebihan:
✅ Memperbaiki tekstur kulit
✅ Kulit lebih cerah
✅ Melegakan kerengsaan kulit
Harga: RM49.52
*Harga mungkin berbeza semasa pembelian
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.