8 Rak Penyimpanan Terbaik di Malaysia 2025

Kebanyakan kita pasti akan berasa keliru dan bingung dalam memikirkan cara untuk mengurus dan menyusun barangan rumah terutamanya barangan dapur agar ia kelihatan lebih kemas. Meletakkan pelbagai barangan dalam satu tempat yang sama boleh menyebabkan ia bertindan dan berselerak. Tanpa sedar, ia boleh mendatangkan bahaya terutamanya jika anda mempunyai anak kecil. 

Walau bagaimanapun, masalah ini boleh diselesaikan dengan penggunaan rak penyimpanan. Rak penyimpanan berfungsi untuk menyimpan barangan dengan kemas dan teratur. Berikut adalah 8 rak penyimpanan terbaik yang boleh anda dapati di Malaysia.

8 Rak Penyimpanan Terbaik di Malaysia 2023

1. Boltless Rack Storage 

Boltless Rack Storage
Kredit gambar: Shopee

Boltless Rack Shelf Rack Storage ini merupakan salah satu rak penyimpanan pilihan pengguna. Ia didatangkan dengan 3 tingkat bahagian penyimpanan. Selain itu, rak ini diperbuat daripada keluli yang menjadikannya tahan lama dan kalis air. Ia juga mampu menampung berat sehingga 150 kg.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli (Ketebalan 1.5 mm)
  • Warna: Biru, Kuning 
  • Jaminan: 24 bulan
  • Saiz: 150 cm/ 180 cm/ 210 cm (H), 30 cm/ 45 cm/ 60 cm (D), 30 cm/ 60 cm/ 90 cm/ 120 cm/150 cm/ 180 cm (L)

Kelebihan:

Kapasiti penyimpanan besar
Mengandungi 4 tingkat
Stabil dan tidak mudah jatuh

Harga: RM88.00 – RM 353.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. MR OEM 4 Tier Multipurpose Galvanised Metal Storage Rack

MR OEM Tier Multipurpose Galvanised Metal Storage Rack
Kredit gambar: Lazada

Rak ini diperbuat daripada logam tahan karat sekali gus menjadikannya stabil dan kukuh. Selain itu, ia didatangkan dengan reka bentuk ringkas dan mampu menampung berat sehingga 250 kg. Rak ini juga menggunakan salutan bergalvani bagi membolehkannya digunakan dalam jangka masa yang lama. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan penutup kaki antigelincir bagi melindungi lantai anda daripada calar.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam  
  • Warna: Bergalvani
  • Berat: 6.6 kg
  • Saiz: 71 cm x 30 cm x 137 cm, 72 cm x 6.5 cm x 31.5 cm

Kelebihan:

Mudah untuk dipasang
Pelarasan Fleksibel
Mampu menampung berat sehingga 50 kg (setiap tingkat)
Kukuh
Melindungi lantai anda daripada calar

Harga: RM54.74

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. 2 IN 1 Storage Rack

IN Storage Rack
Kredit gambar: Lazada

Rak ini didatangkan dengan ruang penyimpanan yang besar serta mampu menampung berat sehingga 100 kg. Selain itu, ia juga didatangkan dengan pelbagai pilihan saiz yang boleh anda pilih mengikut keperluan anda. Rak ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan padat sekali gus menjadikannya sesuai untuk diletakkan di bilik tidur, rumah dan pejabat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli 
  • Warna: Hitam ‘Matte’, Putih, Beige
  • Jaminan: 24 bulan
  • Saiz:
    5 Tingkat: 167 cm x 30 cm x 70 cm
    3 Tingkat: 84 cm x 30 cm x 70 cm
    2 Tingkat: 84 cm x 30 cm x 70cm 

Kelebihan:

Mampu menampung berat sehingga 100 kg
Tahap ketinggian boleh dilaras

Harga: RM45.90 – RM 89.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. HOMEBY Stainless Steel Kitchen Storage Rack 

HOMEBY Stainless Steel Kitchen Storage Rack
Kredit gambar: Shopee

Rak ini agak berlainan dengan rak penyimpanan yang lain. Hal ini kerana, ia bukan sahaja didatangkan dengan 6 tingkat ruang penyimpanan, malah ia juga mempunyai penutup kaki antigelincir bagi memberikan kestabilan dan kekukuhan tambahan. Selain itu, ia juga dipasarkan dalam pelbagai saiz untuk anda pilih. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli tahan karat
  • Warna: Perak, Hitam
  • Jaminan: 24 bulan
  • Saiz: 400 mm x 390 mm x 770 mm, 400 mm x 390 mm x 1090 mm, 400 mm x 390 mm x 1420 mm.

Kelebihan:

Tahan Lama
Pelbagai saiz
Kapasiti penyimpanan besar
Mudah untuk dipasang

Harga: RM59.99 – RM 299.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. 4 Tier Multipurpose Storage Rack

Tier Multipurpose Storage Rack
Kredit gambar: Shopee

Reka bentuknya yang ringkas dan moden sekali gus menjadikannya sesuai untuk digunakan di pelbagai lokasi termasuklah bilik tidur, ruang tamu, dapur dan ruang belajar. Rak ini didatangkan dengan 4 tingkat ruang penyimpanan. Selain itu, ia dipasarkan dengan 2 pilihan warna sahaja. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, Salutan serbuk epoksi/ poliester
  • Warna: Putih, Kelabu gelap
  • Saiz: 60 cm x 35 cm x 148 cm, 35 cm x 35 cm x 148 cm

Kelebihan:

Mengandungi lebih daripada 2 rak
Tahan lasak dan kukuh

Harga: RM47.31 – RM 48.47

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. 4 layer Value RackBoltless Rack

layer Value RackBoltless Rack
Kredit gambar: Shopee

Rak ini mempunyai 4 tingkat ruang penyimpanan yang boleh dilaraskan mengikut kehendak anda. Rak ini didatangkan dengan reka bentuk yang  ringkas sekali gus memudahkan proses pemasangannya. Bukan itu sahaja, ia juga diperbuat daripada keluli yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Ia sesuai digunakan untuk kegunaan gudang dan pejabat.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli 
  • Warna: Hitam, Putih, Biru  
  • Saiz:
    • (Papan HDF)
      3 tingkat – 60 cm x 30 cm x 100 cm
      4 tingkat – 90 cm x 30 cm x 150 cm
    • (Plat logam)
      4 tingkat – 75 cm x 30 cm x 150 cm
      5 tingkat – 120 cm x 45 cm x 180 cm

Kelebihan:

Mampu menampung berat sehingga 100 kg
Sesuai untuk kegunaan gudang, bilik dan pejabat

Harga: RM79.90 – RM 340.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. iDECO 5 Tier Foldable Storage Rack With Wheel 

iDECO Tier Foldable Storage Rack With Wheel
Kredit gambar: Shopee

Rak ini didatangkan dengan kapasiti penyimpanan yang besar serta dilengkapi dengan putaran 360 darjah. Hal ini membolehkan anda mencapai barangan anda dengan mudah. Selain itu, ia juga boleh dilipat bagi memudahkan penyimpanan di ruangan kecil. Bukan itu sahaja, rak ini dipasarkan dengan 2 pilihan warna untuk anda pilih.

Spesifikasi:

  • Bahan: Keluli, Karbon                                 
  • Warna: Hitam, Putih
  • Saiz: 72 cm x 38 cm x 160 cm

Kelebihan:

Boleh berputar 360 darjah
Mudah untuk dikendalikan

Harga: RM120.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Innohut 3/4/5 Tier Multipurpose Trolley Storage Rack with Wheel

Innohut Tier Multipurpose Trolley Storage Rack with Wheel
Kredit gambar: Innohut

Rak ini mempunyai reka bentuk yang ringkas dan moden serta boleh menampung berat sehingga 40 kg. Bukan itu sahaja, rak ini turut didatangkan dengan roda bagi memudahkan anda untuk mengalihkannya ke mana sahaja. Ia juga dipasarkan pada harga yang berpatutan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna: Putih, Hitam, Perak, Kuning, Merah jambu, Hijau, Biru, Kelabu biru
  • Saiz: 3 Tingkat: 45 cm x 27 cm x 64 cm, 4 Tingkat: 45 cm x 27 cm x 84 cm, 5 Tingkat: 45 cm x 27 cm x 106 cm 

Kelebihan:

Mudah alih
Roda putaran 360 darjah

Harga: RM29.90 – RM 59.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close