10 Raket Tenis Terbaik di Malaysia 2025

Tenis merupakan salah satu sukan yang sangat digemari oleh ramai orang, sama ada melalui permainan secara aktif mahupun menonton kejohanan tenis antarabangsa oleh pemain tenis profesional. Sukan ini memerlukan kemahiran dan pemikiran pantas yang menjadikannya menarik untuk disaksikan dan dimainkan.

Setiap pemain tenis pasti memahami kepentingan memiliki raket tenis yang baik dan sesuai dengan gaya permainan mereka. Hal ini kerana, tanpa raket tenis yang betul, pemain akan menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan gaya permainan mereka sekali gus akan menyebabkan permainan menjadi teruk. Berikut adalah 10 raket tenis terbaik di Malaysia. 

Bagaimana hendak memilih raket tenis yang terbaik?

Terdapat pelbagai jenis raket tenis yang boleh didapati di kedai fizikal dan dalam talian sehingga membuatkan anda keliru untuk membuat pilihan? Jangan bimbang, dengan melihat beberapa aspek seperti tahap permainan, saiz raket dan berat raket boleh membantu anda dalam memilih raket yang terbaik.  

1. Tahap permainan 

Amat penting untuk memahami dan mengetahui kedudukan anda semasa bermain tenis kerana sesetengah raket tenis direka khusus mengikut tahap pemain. 

2. Saiz raket

Jika anda seorang amatur dalam sukan tenis, anda disarankan untuk memilih raket tenis dengan saiz yang besar dan berat kerana ia akan membantu meningkatkan pukulan anda serta menambah baik teknik anda.

3. Berat 

Berat raket tenis perlu diambil kira bagi mengelakkan tangan anda menjadi tegang dan cedera semasa perlawanan tenis disebabkan raket anda terlalu berat.

10 Raket Tenis Terbaik di Malaysia 2023

1. EcoSport Boshika Tennis Racket Set

EcoSport Boshika Tennis Racket Set
Kredit gambar: Lazada

EcoSport Boshika Tennis Racket Set merupakan pilihan raket tenis terbaik untuk mereka yang mencari raket berkualiti tinggi pada harga mampu milik. Raket ini mempunyai ciri pemegang yang selesa dan cengkaman yang kuat bagi memudahkan anda memegang raket semasa bermain. Ia didatangkan dalam reka bentuk yang ringan sekali gus dapat mengelakkan sebarang ketegangan pada lengan anda. Raket ini dilengkapi dengan ‘parallel threading’ yang berfungsi untuk meningkatkan responsif pukulan anda.

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium, Nilon
  • Negara Pengeluar: China
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Cengkaman selesa
Ringan
‘Parallel threading’

Harga: RM38.90 – RM62.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Decathlon Artengo Tennis Racket

Decathlon Artengo Tennis Racket
Kredit gambar: Decathlon Malaysia

Decathlon Artengo Tennis Racket ialah raket tenis mesra amatur yang boleh digunakan untuk permainan tenis kasual dan profesional. Raket ini mempunyai cengkaman ergonomik untuk pegangan yang selamat dan selesa semasa anda bermain tenis. Selain itu, ia didatangkan dengan saiz kepala raket yang besar bagi meningkatkan daya ketepatan (sweet spot) pukulan. Bukan itu sahaja, raket ini juga dilengkapi dengan ciri fleksibel untuk keselesaan tambahan. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Aluminium, Poliuretana
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Fleksibel
Cengkaman ergonomik
Sesuai untuk amatur

Harga: RM49.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Wilson Tennis Racket Pro Staff RF97

Wilson Tennis Racket Pro Staff RF
Kredit gambar: Tennis Express

Wilson Tennis Racket Pro Staff RF97 ini sesuai digunakan untuk pemain profesional. Raket tenis ini mempunyai reka bentuk anggun dan bergaya serta dilengkapi dengan daya pukulan yang kuat. Tambahan pula, raket ini mempunyai teknologi ‘braided graphite’ yang berfungsi untuk mencipta hayunan yang konsisten serta mengurangkan getaran bagi kawalan yang lebih baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Karbon
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Reka bentuk anggun
Ayunan selesa
Serap getaran

Harga: RM162.00 – RM178.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Head Speed MP Tennis Racket

Head Speed MP Tennis Racket
Kredit gambar: Tennis Warehouse

HEAD Speed MP Tennis Racket ini sesuai digunakan untuk pemain tenis setiap peringkat. Raket ini mempunyai pemegang ergonomik yang dapat meningkatkan daya ‘maneuverability’ sekali gus menstabilkan hayunan pukulan anda. Selain itu, ia juga ringan dan mempunyai paten 16/19 yang membantu pemain memukul bola dengan lebih mudah semasa perlawanan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Graphene
  • Negara Pengeluar: Austria
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Kawalan stabil
Mudah untuk memukul bola
Peningkatan ‘maneuverability’

Harga: RM845.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Wilson Clash 100L

Wilson Clash L
Kredit gambar: Shopee

Wilson Clash 100 L didatangkan dengan reka bentuk ‘FreeFlex’ yang mempunyai ciri ‘forgiveness’ yang diperbesarkan. Hal ini bagi membolehkan pemain menyesuaikan gaya hayunan mereka dengan mudah serta meningkatkan ketepatan pukulan. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan teknologi ‘StableSmart’ bagi meningkatkan fleksibiliti pada raket dan mengurangkan ketegangan pada lengan anda semasa bermain.

Spesifikasi:

  • Bahan: Carbon Fiber Grafit
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Fleksibiliti tinggi
Daya ‘forgiveness’ yang besar
Peningkatan ‘dwell time’

Harga: RM799.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. Babolat Pure Drive

Babolat Pure Drive
Kredit gambar: Shopee

Raket tenis Babolat Pure Drive ini didatangkan dengan reka bentuk ringkas dan ringan yang menjadikannya sesuai untuk anda yang baru mula belajar bermain tenis. Raket ini dilengkapi dengan ciri dan teknologi terkini bagi membolehkan anda mengawal hayunan dan getaran dengan baik. Bukan itu sahaja, raket ini juga mempunyai rangka yang stabil serta bahagian ‘shaft’ raketnya diperbuat daripada bahan grafit yang menjadikannya tahan lama. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Grafit
  • Negara Pengeluar: Perancis
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Sesuai untuk amatur
Selesa
Kawalan hayunan yang baik

Harga: RM155.00 – RM169.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. HEAD Gravity MP Tennis Racket

HEAD Gravity MP Tennis Racket
Kredit gambar: Tennis equipment and rackets

HEAD Gravity MP Tennis Racket ini sesuai digunakan ketika latihan. Raket ini mampu membantu anda dalam meningkatkan daya responsif serta meningkatkan kelenturan raket ketika memukul bola. Selain itu, ia didatangkan dalam bentuk yang lebih bulat bagi memberikan anda keselesaan dan mudah untuk membalas pukulan bola daripada pelbagai sudut.

Spesifikasi:

  • Bahan: Grafit
  • Negara Pengeluar: Austria
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Meningkatkan daya responsif
Meningkatkan kelenturan
Memberikan ‘spin window’ yang lebih besar

Harga: RM754.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Yonex VCORE 100

Yonex VCORE
Kredit gambar: Tennis Warehouse

Yonex VCORE 100 dicipta khas untuk membantu pemain dalam meningkatkan kemahiran pukulan berputar mereka. Raket ini juga membolehkan masa ‘ dwell’ yang lebih lama sekali gus dapat meningkatkan keupayaan pemain untuk mengawal arah bola. Di samping itu, ia juga didatangkan dengan reka bentuk isometrik bagi membantu pembesaran tahap ‘forgiveness’ untuk ketepatan pukulan yang lebih baik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Poliuretana 
  • Negara Pengeluar: Jepun
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Memperbaiki pukulan berputar
Tahan lama
Reka bentuk isometrik

Harga: RM249.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

9. Wilson Blade 98 (16×19) Roland Garros

Wilson Blade x Roland Garros
Kredit gambar: tengo.

Wilson Blade 98 (16×19) Roland Garros mempunyai kawalan yang lebih baik ekoran beratnya yang lebih ringan berbanding raket tenis yang lain. Raket ini diperbuat daripada grafit dan basalt yang menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan teknologi VDM (Vibration Dampening Mesh) yang terletak pada pemegang raket untuk cengkaman yang lebih kukuh serta mengurangkan getaran hentaman yang keras. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Grafit, Basalt
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

Kawalan kepala raket yang lebih baik
Tahap ‘forgiveness’ yang tinggi
Cengkaman yang selesa

Harga: RM750.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

10. Dunlop Srixon Sports Tennis Racket

Dunlop Srixon Sports Tennis Racket
Kredit gambar: tennispro

Dunlop Srixon Sports Tennis Racket ini sesuai digunakan oleh semua pemain tenis. Raket ini mempunyai ‘sweet spot’ yang besar bagi memudahkan pengagihan kuasa serta memberikan pengalaman bermain yang lebih baik. Reka bentuk talinya lebih lebar dan bersilang bertujuan untuk meningkatkan daya ‘spin’ semasa memukul bola tenis. Selain itu, ia juga ringan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Grafit
  • Negara Pengeluar: United Kingdom
  • Saiz: Satu Saiz

Kelebihan:

‘Sweet spot’ yang besar
Ringan
Reka bentuk tali yang lebih lebar

Harga: RM125.99 – RM249.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close