10 Rancangan Anime Terbaik di Netflix Malaysia 2023

Jenis kartun tertentu yang dicipta atau dipengaruhi oleh animasi Jepun dirujuk sebagai anime. Anime mempunyai bentuk seni yang sangat tersendiri dan diiktiraf. Ini boleh dilihat dalam banyak watak anime kerana mereka mempunyai mata yang besar, rambut yang pelbagai gaya, lengan dan anggota badan yang panjang, dan ciri-ciri lain. Watak-watak boleh meluahkan perasaan mereka dengan lebih bebas kerana reka bentuk dan gaya lukisan yang keterlaluan.

Netflix menempatkan banyak rancangan anime popular yang menyeronokkan dan menarik. Walau bagaimanapun, terdapat juga rancangan menarik yang jarang ditonton ramai. Jika anda peminat anime dan mempunyai langganan Netflix, maka berikut ialah 10 rancangan anime terbaik di Netflix Malaysia yang anda patut anda tonton.

Apakah perbezaan antara anime dan kartun?

Anime ialah sejenis animasi Jepun yang terkenal dengan watak yang jelas, visual yang menarik perhatian dan konsep khayalan. Sebaliknya, kartun ialah gambar bergerak yang dicipta menggunakan lukisan berurutan untuk skrin besar atau televisyen.

Adakah anime sesuai untuk semua peringkat umur?

Dengan episod dan filem yang disediakan untuk penonton semua peringkat umur, anime mempunyai peminat yang ramai dan disukai oleh ramai orang. Sesetengah program anime ditujukan semata-mata untuk orang dewasa dan akan dilabelkan “untuk penonton dewasa sahaja.”

10 Rancangan Anime Terbaik di Netflix Malaysia 2023

1. Naruto

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Hayato Date

Dibintangi Oleh: Junko Takeuchi, Maile Flanagan, Kate Higgins, Chie Nakamura, Noriaki Sugiyama, Yuri Lowenthal, Dave Wittenberg, Tony Beck, Laurent Vernin

Bilangan Musim: 5

Bilangan Episod: 220

Tarikh Keluar: 3 Oktober 2002 – 8 Februari 2007

Sinopsis: Masashi Kishimoto ialah ilustrator dan pengarang siri komik Jepun terkenal Naruto. Ia mengikuti kisah ninja muda Naruto Uzumaki yang bercita-cita untuk diiktiraf oleh rakan sebayanya dan Hokage, iaitu ketua kampung di tempat ninja ini tinggal. Naratif ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama berlaku semasa Naruto masih pra-remaja dan bahagian kedua pula berlaku ketika dia masih remaja. Hayato Date kemudiannya menjadikan Naruto sebagai siri anime di mana 135 episod pertama diadaptasi daripada Bahagian I manga, tetapi 85 episod terakhir dicipta dari awal dan menggunakan aspek plot yang tiada dalam karya asal.

2. Komi Can’t Communicate

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Kazuki Kawagoe, Ayumu Watanabe

Dibintangi Oleh: Aoi Koga, Gakuto Kajiwara, Rina Hidaka, Rie Murakawa, Yukiyo Fujii, Rumi Ōkubo, Noriko Hidaka, Kensho Ono

Bilangan Musim: 2

Bilangan Episod: 24

Tarikh Keluar: 7 Oktober 2021 – 23 Jun 2022

Sinopsis: Hitohito Tadano ialah seorang lelaki muda biasa yang memasuki hari pertamanya di sekolah menengah dengan matlamat tertentu, iaitu untuk menjauhkan diri daripada masalah dan cuba menyesuaikan diri. Di sebalik perwatakannya yang penuh teka-teki, Komi sangat disayangi dan disukai ramai. Tetapi tiada siapa yang tahu bahawa dia mengalami kebimbangan yang melemahkan dan masalah komunikasi. Tadano membantu rakan sekelasnya yang pemalu dan menyendiri, manakala Komi pula mencapai matlamatnya untuk berkawan dengan 100 individu di sebuah sekolah menengah yang lengkap dengan watak luar biasa.

3. Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Haruo Sotozaki

Dibintangi Oleh: Natsuki Hanae, Zach Aguilar, Hiro Shimono, Akari Kitō, Yoshitsugu Matsuoka, Akira Ishida, Satoshi Hino, Takahiro Sakurai, Katsuyuki Konishi, Kenichi Suzumura

Bilangan Musim: 2

Bilangan Episod: 44

Tarikh Keluar: 6 April 2019 – sekarang

Sinopsis: Plot berlatarkan Jepun era Taisho, di mana Demon Slayer Corps, sebuah organisasi rahsia, telah memerangi syaitan secara rahsia selama berabad lamanya Dengan mencurahkan darahnya kepada mereka, Muzan Kibutsuji mengubah bekas manusia menjadi raksasa yang memakan manusia dan mempunyai kemahiran luar biasa. Tanjiro Kamado, seorang lelaki muda yang bercita-cita menjadi pembunuh syaitan, telah memulakan misi untuk memerangi syaitan dan menyelamatkan kakaknya, Nezuko, selepas mendapati keluarganya telah dibunuh dan Nezuko telah berubah menjadi syaitan.

4. JoJo’s Bizarre Adventure

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Hirohiko Araki

Dibintangi Oleh: Kenjiro Tsuda, Matthew Mercer, Dorothy Elias-Fahn, Kensho Ono, Daisuke Ono, Michael McConnohie, Takehito Koyasu, Tomokazu Sugita, Yuichi Nakamura, Atsumi Tanezaki

Bilangan Musim: 5

Bilangan Episod: 190

Tarikh Keluar: 6 Oktober 2012 – sekarang

Sinopsis: Perjalanan penuh teka-teki keluarga Joestar melalui generasi, dari akhir abad ke-19 hingga kini, adalah subjek utama siri televisyen anime ini. Jonathan Joestar, yang dikenali dengan nama panggilan JoJo, terlibat dalam konflik dengan abang tirinya, iaitu Dio Brando, yang ingin mewarisi kekayaan Joestar. Dio mahu mencapai matlamat ini dengan menggunakan kekuatan topeng batu perkasa yang telah wujud sejak sekian lama. Siri anime hibrid ini menggabungkan unsur-unsur daripada genre fantasi, pengembaraan, jenaka dan ghaib.

5. My Hero Academia

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Kenji Nagasaki, Tomo Ōkubo, Masahiro Mukai

Dibintangi Oleh: Daiki Yamashita, Nobuhiko Okamoto, Kaito Ishikawa, Ayane Sakura, Jun’ichi Suwabe, Yûki Kaji, Toshiki Masuda, Kenta Miyake

Bilangan Musim: 6

Bilangan Episod: 113

Tarikh Keluar: 3 April 2016 – sekarang

Sinopsis: Masyarakat dalam cerita ini merupakan kebanyakan orang yang mempunyai kuasa dan mereka dikenali sebagai ‘Quirks’. Sangat jarang bagi Quirks mempunyai kuasa yang sama, melainkan mereka mempunyai pertalian darah. Ada sesetengah Quirks diberi status Hereos dan bertanggungjawab untuk menangkap Villains. Izuku Midoriya merupakan pemuda yang dibuli oleh teman sepermainan yang ganas, iaitu Katsuki Buddy kerana kehilangan seorang Quirks. Namun, pemuda itu mempunyai impian untuk menjadi seorang Hero.

6. SPY x FAMILY

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Kazuhiro Furuhashi

Dibintangi Oleh: Atsumi Tanezaki, Saori Hayami, Takuya Eguchi, Natalie Van Sistine, Megan Shipman, Alex Organ, Anthony Bowling

Bilangan Musim: 1

Bilangan Episod: 25

Tarikh Keluar: 9 April 2022 – sekarang

Sinopsis: Keamanan antara negara jiran Ostania dan Westalis sentiasa dalam bahaya kerana ahli politik yang korup, nasionalis yang tidak rasional, dan kuasa berperang yang lain. Perisik terkenal dan ahli penyamaran Twilight menjalankan misi berisiko walaupun mereka berharap agar tiada lagi anak muda yang perlu melihat kekejaman perang. Twilight yang kini menggunakan alias Lod Forger telah melaksanakan pelan induknya untuk menggunakan kerani dewan bandar raya yang belum berkahwin, iaitu Yor Brian untuk menjadi pasangannya. Lelaki itu mahu menjadikan kanak-kanak yatim piatu yang bernama Anya sebagai anak perempuannya.

7. Little Witch Academia

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Yoh Yoshinari

Dibintangi Oleh: Megumi Han, Michiyo Murase, Noriko Hidaka, Fumiko Orikasa, Yōko Hikasa, Arisa Shida, Chinatsu Akasaki, Madoka Asahina

Bilangan Musim: 1

Bilangan Episod: 25

Tarikh Keluar: 9 Januari 2017 – 26 Jun 2017

Sinopsis: Akko Kagari merupakan seorang anak muda yang bersemangat. Dia mendaftar di Akademi Luna Nova untuk ahli sihir selepas mengambil inspirasi daripada idolanya, ahli silap mata Shiny Chariot. Akko perlu bergantung pada rakan baharunya dan penampilannya yang ceria untuk mengharungi halangan dan cabaran sewaktu belajar di situ. Walaupun Little Witch Academia hanya berjalan selama satu musim, rancangan ini telah mendapat banyak populariti sejak ia ditambahkan pada platform penstriman Netflix.

8. The Seven Deadly Sins

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Tensai Okamura

Dibintangi Oleh: Yûki Kaji, Bryce Papenbrook, Sora Amamiya, Erika Harlacher, Jun Fukuyama, Max Mittelman, Misaki Kuno, Cristina Valenzuela

Bilangan Musim: 5

Bilangan Episod: 100

Tarikh Keluar: 5 Oktober 2014 – 23 Jun 2021

Sinopsis: Dalam suasana yang menyerupai Zaman Pertengahan Eropah, terdapat Holy Knights of Brittania, yang dipuja dan digeruni oleh ramai. Kesatria ini melindungi wilayah Britannia dan kerajaan jirannya dengan menggunakan sihir yang besar dan kuat. Sekumpulan kecil Kingiths dipercayai telah mengkhianati negara mereka dan bergabung dengan musuh negara tersebut untuk menggulingkan Raja Liones. Walaupun Holy Knights mengalahkan mereka, khabar angin bahawa legenda kesatria “Seven Deadly Sins” masih hidup. Sedekad kemudian, Holy Knights melakukan rampasan kuasa dan menjadi pemerintah baru yang menggantikan Kerajaan Liones.

9. BASTARD‼️ -Heavy Metal, Dark Fantasy-

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Takaharu Ozaki

Dibintangi Oleh: Kishō Taniyama, Kyle McCarley, Kanae Itō, Wendee Lee, Hiroki Yasumoto, Aaron LaPlante, Erin Yvette, Yōko Hikasa, Kensho Ono, Tomokazu Sugita

Bilangan Musim: 1

Bilangan Episod: 24

Tarikh Keluar: 30 Jun 2022 – 15 September 2022

Sinopsis: Bumi menyaksikan malapetaka 4 abad yang lalu kerana disebabkan oleh syaitan Anthrasax sebelum dia dibunuh oleh Dragon Knight. Pembunuhan ini kemudiannya membawa dunia kepada era kegelapan yang baru. The Dark Rebel Army kini menyerang kerajaan Metallicana untuk membawa kembali Anthrasax. Akibatnya, paderi tertinggi menyuruh anak perempuannya membantu Dark Schneider, iaitu ahli sihir jahat dan ketua asal The Dark Rebel Army yang disangka Luche Renren yang berusia 14 tahun itu untuk bangkit. Dari masa ke masa, sekutu The Dark Rebel Army akhirnya faham akan identitinya yang sebenar dan kaitannya terhadap malapetaka yang menimpa Old World.

10. Attack on Titan

Kredit Video: Youtube

Dicipta Oleh: Tetsurō Araki, Masashi Koizuka, Yuichiro Hayashi, Jun Shishido

Dibintangi Oleh: Bryce Papenbrook, Yuki Kaji, Trina Nishimura, Josh Grelle, Yui Ishikawa, Hiroshi Kamiya, Marina Inoue, Yoshimasa Hosoya, Hiro Shimono, Daisuke Ono, Tomokazu Sugita, Kenjiro Tsuda

Bilangan Musim: 4

Bilangan Episod: 87

Tarikh Keluar: 7 April 2013 – sekarang

Sinopsis: Apabila Titan pemakan manusia pertama datang 100 tahun yang lalu, ramai orang bergegas mencari perlindungan di sebalik tembok besar yang menghalang gergasi itu  daripada terus maju. Tetapi apabila Titan si gergasi berjaya menembusi pertahanan, ia membawa ramai gergasi ke dalam zon selamat manusia. Oleh sebab itu, keselamatan manusia yang dilindungi selama ini kian terancam. Askar Eren Jaeger berikrar untuk membunuh setiap Titan selepas menyaksikan seekor raksasa memakan ibunya. Kumpulan sahabat yang direkrut untuk membantunya adalah peluang terakhir manusia untuk terus bertahan dan tidak pupus di tangan raksasa.


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close