8 Rangka Katil Terbaik di Malaysia 2025

Kegunaan katil tidak hanya terhad sebagai perabot kediaman sahaja kerana katil diperlukan untuk mengelakkan kulat daripada tumbuh di tilam apabila ia diletakkan di atas lantai tanpa sebarang alas. Hal ini kerana, kita akan berpeluh apabila tidur dan sesetengah orang akan berpeluh lebih daripada yang lain. Bukan itu sahaja, penggunaan rangka katil juga dapat memberikan tidur yang nyenyak dan berkualiti.

Rangka katil diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti besi dan kayu. Ia juga direka dalam pelbagai bentuk untuk disesuaikan dengan keperluan setiap golongan. Berikut adalah 8 rangka katil terbaik di Malaysia 2025.

4 Tips Untuk Memilih Rangka Katil Yang Terbaik:

  1. Saiz 

Saiz rangka katil merupakan perkara penting yang harus diutamakan. Anda disarankan untuk memilih saiz rangka katil yang bersesuaian dengan saiz tilam dan ketinggian badan anda.

  1. Saiz bilik

Saiz bilik juga mempengaruhi pemilihan rangka katil. Hal ini kerana, katil yang terlalu besar akan memakan ruang yang banyak dan membuat bilik anda sempit. 

  1. Ketinggian dan keluasan katil 

Perlu diingati bahawa katil yang besar mungkin perlu dibuka dan dipasang semula bagi memudahkannya diletakkan di bilik tidur anda, jadi pastikan rangka katil yang anda beli mudah untuk dibuka dan dipasang semula.

  1. Reka bentuk

Anda boleh memilih reka bentuk rangka katil yang ringkas sekiranya anda belum memutuskan konsep keseluruhan bilik yang anda inginkan. Namun, jika anda telah menetapkan konsep untuk bilik anda, anda disarankan untuk memilih rangka katil yang bersesuaian dengan konsep bilik anda. 

8 Rangka Katil Terbaik di Malaysia 2023

1. Dr. Macio Jade/ Emerald/ Sapphire Divan Fabric Bed Frame

Dr. Macio Jade Emerald Sapphire Divan Fabric Bed Frame
Kredit gambar: Shopee

Jika anda sedang mencari rangka katil dengan reka bentuk yang ringkas dan kemas, maka rangka katil ini pilihan terbaik untuk anda. Rangka katil ini didatangkan dengan kepala katil yang menjadikan ruang bilik tidur anda tampak lebih cantik dan moden. Bukan itu sahaja, ia juga dilengkapi dengan 8 kaki katil bagi meningkatkan tahap ketahanan dan kestabilan katil. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Fabrik
  • Warna: Kelabu
  • Reka bentuk: Zamrud, Jade, Sapphire
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: (L) 205 cm x (W) 153 cm x (H) 107 cm (Queen), (L) 205 cm x (W) 183 cm x (H) 107 cm (King)

Kelebihan:

Kusyen lembut di bahagian kepala katil
Sesuai dengan tilam bersaiz 10 hingga 12 inci


Harga: RM294.00 – RM435.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

2. ®: BRAUN Queen Size Divan Queen Bed Frame

BRAUN Queen Size Divan Queen Bed Frame
Kredit gambar: Shopee

MYFURNITURELAB The BRAUN Queen Size Divan Queen Bed Frame ini diperbuat daripada kayu ‘Pinewood’ New Zealand yang berkualiti tinggi sekali gus menjadikannya tahan lama dan tahan lasak. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan 8 kaki katil serta mampu menampung berat sehingga 180 kg. Bukan itu sahaja, ia juga mudah untuk dibersihkan.

Spesifikasi:

  • Bahan: Kayu
  • Reka bentuk: Braun, Sweet Dream, Peace, Klasik
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 201 cm x 153 cm x 104 cm (Queen)

Kelebihan:

Kualiti dijamin
Kukuh
Tidak menghasilkan bunyi
Mampu menampung berat sehingga 180 kg
Lembut dan senang dibersihkan
Mempunyai bahagian tepi melengkung
8 kaki rangka katil

Harga: RM197.96 – RM798.99

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

3. FINSSO: Swiss-Foundation Divan Solid Divan Bed Frame

FINSSO Swiss Foundation Divan Solid Divan Bed Frame
Kredit gambar: Shopee

FINSSO merupakan antara jenama perabot yang dipercayai dan sering menjadi pilihan pengguna. Rangka katil ini mempunyai reka bentuk yang kukuh dan mewah serta dilengkapi dengan kusyen di bahagian kepala katil. Rangka katil ini menggunakan kaedah pemasangan manual dan sesuai untuk tilam bersaiz 8 inci. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Kain Kanvas, Kayu Nyatuh
  • Reka bentuk: Handley, Yosie, Oliver, Lius
  • Saiz: King, Queen, Single

Kelebihan:

Rangka diperbuat daripada kayu Nyatoh
Kain kanvas berkualiti tinggi
Lembut dan selesa
Kukuh dan stabil
Sesuai untuk tilam 8 inci

Harga: RM193.00 – RM450.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

4. WarmLumber King Size Full Solid Rubberwood Bed Frame with HeadBoard

WarmLumber King Size Full Solid Rubberwood Bed Frame with HeadBoard
Kredit gambar: Shopee

Warmlumber King Size Bed Frame ini diperbuat daripada 100% kayu getah bagi menghasilkan rupa dan tekstur yang mesra alam. Selain itu, ia didatangkan dengan sandaran katil (headboard) yang diletakkan secara ergonomik bagi membolehkan anda bersandar dengan selesa. Rangka katil ini dilengkapi dengan 14 palet kayu yang tebal serta mampu menampung berat sehingga 300 kg. Jika anda menyukai konsep rustic untuk bilik anda, dapatkan katil kayu ini sekarang! 

Spesifikasi:

  • Bahan: 100% Kayu getah 
  • Warna: Walnut
  • Berat katil: 50 kg
  • Negara Pengeluar: Amerika Syarikat
  • Saiz: 203 cm x 45 cm x 19 cm

Kelebihan:

Reka Bentuk mesra alam
Tahan lama
Sandaran katil bersudut 97 darjah
‘Extended Headboard Edge’

Harga: RM325.50-RM350.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

5. KitchenZ Wooden Single Bed Frame-8002

KitchenZ Wooden Single Bed Frame
Kredit gambar: Shopee

Anda sedang mencari katil bujang yang murah? KitchenZ Wooden Single Bed Frame-8002 ini sesuai untuk anda! Ia mempunyai reka bentuk yang lebih rendah berbanding katil biasa yang menjadikannya sesuai untuk ditempatkan di dalam ruangan bilik yang kecil. Ia diperbuat daripada kayu dan papan MDF yang menjadikannya tahan lasak. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Papan MDF, Kertas PU,
  • Warna: Putih, Coklat, Oak
  • Negara Pengeluar: Malaysia 
  • Saiz: (L) 193 cm x (W) 93.5 cm x (H) 29.8 cm

Kelebihan:

Reka bentuk bergaya dan ringkas
Kukuh dan tahan lama

Harga: RM109.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

6. DUMME Queen Metal Bed Frame

DUMME Queen Metal Bed Frame
Kredit gambar: Shopee

DUMME Queen Metal Bed Frame ini didatangkan dengan reka bentuk yang kukuh, stabil dan ringkas sekali gus melengkapkan ruang bilik anda dengan konsep minimalis. Rangka katil ini dilengkapi dengan penyambung yang mampu menampung berat sehingga 200 kg. Ia dipasarkan dengan 2 pilihan warna sahaja.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna: Putih, Hitam
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz: 196.6 cm (L) x 155 cm (W) x 116 cm (H)

Kelebihan:

Reka Bentuk menarik
Sokongan asas yang kuat dan kukuh
Mudah untuk dipasang

Harga: RM369.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

7. BRANDI Single Bed Frame With Put Out Bed

BRANDI Single Bed Frame With Put Out Bed
Kredit gambar: Shopee

BRANDI Single Bed Frame With Put Out Bed ini ialah katil jenis ‘Divan’ yang boleh didapati dalam 3 bentuk utama iaitu ‘single bed’, ‘single with pull out bed’ dan ‘pull out bed’. Ia diperbuat daripada bahan kayu yang berkualiti tinggi serta mampu menampung berat sehingga 110 kg. Selain itu, ia juga mempunyai reka bentuk yang ergonomik sekali gus memudahkan proses pemasangannya. 

Spesifikasi:

  • Bahan: Oak Malaysia (Kayu Getah) + MDF + LVL
  • Warna: Putih, Dark Chestnut
  • Beban Maksimum: 110 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz:
    • 195.6 cm (L) x 99.1 cm (W) x 86.4 cm (H) 
    • 195.5 cm (L) x 99 cm (W) x 86.4 cm (H) 
    • 187 cm (L) x 92 cm (W) x 11 cm (H) 

Kelebihan:

Berkualiti tinggi
Mampu menampung berat sehingga 110 kg
Rangka kayu yang kukuh
Mudah dipadankan dengan pelbagai konsep
Reka bentuk ergonomik dan selesa digunakan
Sesuai untuk Asrama atau Airbnb
Struktur tahan lasak dan tahan lama
Mudah untuk dipasang

Harga: RM101.00 – RM405.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

8. ALVIZ Metal Single Bed Frame With Pull Out Bed

ALVIZ Metal Single Bed Frame With Pull Out Bed
Kredit gambar: Shopee

Anak anda tidak menggemari katil ‘double decker’? Jangan bimbang, anda boleh gantikannya dengan katil besi jenis ‘pull out’ ini. Ia mempunyai reka bentuk yang ringkas secara tidak langsung membuatkan bilik anak anda tampak lebih kemas dan luas. Rangka katil ini diperbuat daripada logam tahan karat dan mempunyai roda untuk memudahkannya ditarik.

Spesifikasi:

  • Bahan: Logam
  • Warna: Maroon
  • Berat Maksimum: 110 kg
  • Negara Pengeluar: Malaysia
  • Saiz:
    • Rangka Katil Bujang – 94 cm (L) x 190 cm (W) x 87 cm (H)
    • Saiz/ Dimensi: Tarik Keluar – 94 cm (L) x 181 cm (W) x 10.2 cm (H)

Kelebihan:

Rangka katil tahan lasak
Sokongan asas yang kukuh dan kuat
Pemasangan yang mudah



Harga: RM98.00 – RM323.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian 

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close