8 Rebusan Kepingan Daging Babi di Dalam Tin Terbaik di Malaysia 2025

Potongan daging babi yang direbus adalah hidangan khas dan tradisional Cina sehari-hari. Dagingnya yang berwarna perang keemasan dan bau yang menyelerakan pasti menggiurkan anda. Selain itu, anda boleh memasaknya dengan sayur-sayuran yang segar yang boleh anda dapati resipinya daripada dalam talian.

Jika anda tidak mempunyai masa atau tidak tahu cara memasak hirisan daging babi rebus, jangan risau kerana kami akan membantu anda. Anda hanya perlu membeli hirisan daging babi segera, yakni di dalam tin, sediakan beberapa ulam dan kemudian panaskannya. Nah, anda boleh menikmati hidangan‘home-made’yang menghangatkan.

Bagaimana menyemak produk ini sesuai untuk anda? 

Hirisan daging babi rebus adalah hidangan tradisional kegemaran orang Cina. Walau bagaimanapun, ia mengambil masa untuk memasak kepingan daging babi rebus yang lazat. Jadi, kepingan daging babi rebus dalam tin adalah pengganti anda kerana ia telah dimasak. Anda hanya perlu memanaskannya semula. Selain itu, anda perlu mengambil perhatian beberapa perkara sebelum membelinya

  1. Keadaan Tin

Elakkan daripada memilih penutup tin yang penyek, bengkak, melengkung dan retak kerana ia boleh menyebabkan makanan di dalamnya rosak. Oleh itu, adalah penting untuk memeriksa keadaan tin sebelum membelinya. Anda boleh meminta bayaran balik daripada penjual jika perkara ini berlaku kepada anda.

  1. Tarikh Luput

Ia juga sangat penting untuk menyemak tarikh luput sebelum mengambil makanan dalam tin kerana makanan yang telah tamat tempoh akan membuat anda sakit. Anda boleh bertanya penjual tentang tarikh luput sebelum menambahkan hidangan tin ini di dalam troli anda.

  1. Keadaan makanan

Kemudian, anda perlu menyemak keadaan makanan. Sekiranya bau dan warna makanan adalah normal, maka ia selamat untuk dimakan. Oh ya, makanan dalam tin mesti disimpan di tempat yang kering dan sejuk.

8 Rebusan Kepingan Daging Babi di Dalam Tin Terbaik di Malaysia 2023

1. Gulong

Gulong Stewed pork
Kredit Gambar: Shopee

Gulong adalah salah satu jenama hirisan daging babi rebus dalam tin yang paling popular yang boleh anda lihat di Shopee dan Lazada. Kepingan daging babi INI direbus menggunakan resipi ‘centennial’ mereka. Selain itu, semua ramuannya dipilih dengan teliti, jadi 100% selamat untuk dimakan. Setelah dibuka, anda mesti menyimpannya di dalam peti sejuk.

Saiz: 256 g, 383 g, 397 g 

Bahan-bahan: Khinzir, Air, Kicap yang dibancuh, Gula, Garam, Rempah-rempah, MSG

Negara Pengeluar: China 

Harga: RM7.60

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

2. Golden Bridge 

Golden Bridge Stewed pork
Kredit Gambar: Lazada

Babi Golden Bridge yang digunakan adalah dari Denmark. Selain itu, daging yang lembut dan berperisa ini direbus dengan resipi rahsia mereka selama berjam-jam. Apatah lagi, cara membuka tin ini sungguh mudah membolehkan anda menyajikannya di mana-mana sahaja. Jadi, bolehlah ia digandingkan dengan nasi atau bihun.

Saiz: 380 g

Bahan-bahan: Perut Babi, Kicap, Pengawet, Pes Kacang, Gula Batu, Wain Masakan, Pengatur Keasidan, Penambah Perisa

Negara Pengeluar: Singapura

Harga: RM21.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

3. Mc Cann 

Mc Cann Stewed pork
Kredit Gambar: OhMyGrocer

Potongan daging babi rebus Mc Cann adalah jenama Singapura yang terkenal. Hirisan daging babi rebus mereka dibuat daripada daging premium dan jumlah daging yang betul menjadikannya berair dan berperisa. Jadi, anda boleh makan dengan rasa aslinya atau menambah beberapa kekacang atau sayur-sayuran yang ditapai untuk hidangan yang mengenyangkan.

Saiz: 320 g

Bahan-bahan: Perut babi, Air, Kicap yang dibancuh, Gula, Garam, Rempah-rempah, Pati jagung diubah suai

Negara Pengeluar: Singapura

Harga: RM16.50

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

4. Heng Yee

Heng Yee Stewed pork
Kredit Gambar: Happy Fresh

Potongan daging babi rebus Heng Yee dimasak perlahan-lahan sehingga lembut dan sedap dengan resipi rahsianya. Apatah lagi daging dan bahan premium mereka dipilih dengan teliti. Jadi jika anda terlalu penat untuk memasak, anda boleh mengisi perut anda dengan kepingan daging babi rebus Heng Yee dan satu mangkuk nasi.

Saiz: 397 g

Bahan-bahan: Perut babi, Air, Kicap, Gula, Garam, Rempah-rempah, MSG

Negara Pengeluar: China

Harga: RM17.90

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

5. Narcissus

Narcissus Stewed pork
Kredit Gambar: Happy Fresh

Narcissus adalah hirisan perut babi yang lazat dan menggiurkan. Anda boleh menghidangkannya sendiri atau digoreng dengan bahan lain seperti bihun dan sayur-sayuran. Hidangan seperti ini sangat ringkas namun mengenyangkan. Selain itu, anda tidak memerlukan pembuka tin untuk membukanya kerana ia direka dengan tin yang mudah dibuka sekali gus memudahkan proses masakan anda.

Saiz: 397 g

Bahan-bahan: Perut Babi Premium, Air, Kicap, Gula, Garam, Rempah

Negara Pengeluar: China

Harga: RM16.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

6. King Ma Liang

King Ma Liang Stewed Pork
Kredit Gambar: Bestwise Sdn Bhd

Kim Ma Liang ialah hirisan daging babi rebus premium. Resipi yang mudah tetapi lazat ini membuatkan anda tidak dapat dilupakannya. Selain itu, anda boleh memasaknya dengan kentang, sayur-sayuran seperti keladi, yang merupakan cara tradisional untuk menghidangkannya. Walau bagaimanapun, anda memerlukan pembuka dalam tin untuk membuka hirisan daging babi rebus Kim Ma Liang.

Saiz: 227 g

Bahan-bahan: Daging babi, Air, Gula, Garam, Kicap, Monosodium Glutamat, Rempah-ratus.

Negara Pengeluar: China

Harga: RM6.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

7. One B

One B Stewed Pork
Kredit Gambar: Lazada

One B hirisan daging babi rebus menggunakan resipi tradisional untuk dimasak dengan perlahan, dan hirisan daging babi premiumnya akan membuatkan anda terliur. Apatah lagi, anda boleh menambah lauk atau air pada hirisan daging babi yang direbus ini. Klik pautan Lazada di bawah untuk membeli hirisan daging babi rebus yang ratingnya tinggi ini.

Saiz: 397 g

Bahan-bahan: Daging babi, Garam, Kicap, Rempah-rempah.

Negara Pengeluarn: China

Harga: RM19.00

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

8. Deli Meat 

Deli Meat Stewed Pork
Kredit Gambar: Shopee

Walaupun anda boleh membeli hirisan daging babi rebus dalam tin Deli Meat di bawah sepuluh ringgit, 227 g ini dianggap ringan. Anda boleh membelinya dalam bekas. Lebih-lebih lagi, hirisan daging babi rebus berperisa mereka patut dicuba. Jadi, klik pautan di bawah untuk membelinya.

Saiz: 227 g

Bahan-bahan: Daging babi, Air, Gula, Garam, Kicap, Monosodium Glutamat, Rempah

Negara Pengeluar: China

Harga: RM8.80

*Harga mungkin berbeza semasa pembelian

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.com.my. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close