Resort pantai adalah kemudahan penginapan percutian di pantai. Ia mempunyai akses ke pantai peribadi. Biasanya, pantai merupakan tarikan utama para pengunjung. Matlamat utama bagi reka bentuk konsep ini adalah untuk memelihara dan meningkatkan kualiti lokasi dan persekitaran alam semula jadi yang ada. Setiap bilik atau bangunan di lokasi ini boleh memanfaatkan persekitaran alam semula jadinya seperti pemandangan pantai, laut atau pulau yang berdekatan di situ.
Selain itu, anda boleh mempertimbangkan kemudahan resort pantai yang disediakan. Berbanding dengan pantai awam, resort pantai di pantai persendirian menyediakan beberapa kemudahan yang memuaskan seperti kolam renang, pusat penjagaan kanak-kanak dan pusat kecergasan bagi mereka yang suka bersenam. Anda juga boleh menceburi sukan air seperti menyelam, berkayak, snorkeling, surf skiing, water polo, banana boating, windsurfing, dan speedboat riding di sini. Jadi, berikut adalah 6 resort pantai terbaik di Kuantan 2025.
Adakah Resort Dianggap Hotel?
Perbezaan utama antara hotel dan resort adalah hotel biasanya menyediakan penginapan sahaja, manakala resort menyediakan lebih banyak privasi, hiburan dan kemudahan di sepanjang penginapan anda.
Adakah Saya Perlu Membayar Caj Tambahan Bagi Aktiviti Di Resort Pantai?
Resort pantai merupakan resort yang terletak di pantai dan merangkumi semua kemudahan yang ditawarkan. Ia juga menawarkan pelbagai aktiviti air. Aktiviti berkayak dan sukan air tidak bermotor seperti snorkeling biasanya termasuk di dalam pakej yang ditawarkan. Namun begitu, jika anda ingin mencuba aktiviti sukan bermotor dan pelajaran profesionalnya, maka anda akan dikenakan bayaran tambahan.
6 Resort Pantai Terbaik di Kuantan 2025
1. Swiss-Garden Beach Resort Kuantan


Swiss-Garden Beach Resort Kuantan terletak di Pantai Balok yang indah. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan Laut China Selatan yang luas dan memukau. Ia hanya terletak 15 kilometer sahaja di utara bandar pantai timur Kuantan. Pantai Balok dikenali sebagai salah satu lokasi windsurfing terbaik di dunia. Apabila digabungkan dengan kemudahan rekreasi di resort ini, pengunjung boleh menikmati aktiviti berenang di kolam renang yang luas. Selain itu, anda juga boleh ke pantai dengan mudah. Semua ini menjadikan resort pantai ini sebagai tempat percutian yang sempurna bagi mereka yang ingin berehat tanpa gangguan.
Pilihan penginapan terdiri daripada Deluxe Rooms, Sea View Rooms dan juga suite yang lebih besar. Anda juga boleh memanjakan diri di Cemara Puri Spa, iaitu spa yang berkonsepkan Bali. Hilangkan rasa lapar anda dengan pelbagai hidangan antarabangsa dan tempatan di Garden Terrace Coffee House. Jika anda ingin merasai masakan oriental yang halal, anda boleh berkunjung ke Cina Blossom. Untuk pengetahuan anda, Pantai Teluk Cempedak yang indah hanya terletak 5 kilometer ke selatan dari lokasi ini. Maka, jika anda ingin berkunjung ke pantai yang lain, anda bolehlah mengajak ahli keluarga ke pantai ini.
Alamat: 2656~2657, Mukim Pantai Balok Beserah 26100, Kuantan, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/SwissGardenBeachResortKuantan/
Instagram: https://www.instagram.com/swissgardenbeachkuantan/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI2. Hyatt Regency Kuantan Resort


Hyatt Regency Kuantan Resort terletak di tepi Pantai Teluk Cempedak. Resort pantai ini telah melalui proses renovasi bagi meningkatkan kualiti penginapan dan kemudahannya. Resort pantai ini merupakan resort mesra keluarga yang bertaraf 5 bintang. Ia menyediakan 300 bilik bagi memudahkan para pengunjung untuk berehat dengan tenang. Selain itu, bilik penginapan mereka juga menghadap pemandangan Laut China Selatan yang luas.
Resort pantai ini dilengkapi dengan kemudahan mesra keluarga, 2 kolam renang outdoor, restoran dan bar. Hal ini menjadikannya sebagai tempat yang sesuai untuk berehat bersama keluarga daripada kesibukan bandar. Hyatt Regency Kuantan Resort mengalu-alukan kedatangan anda untuk pengalaman gastronomi yang asli dengan pemandangan yang menakjubkan di Laut China Selatan. Anda juga boleh mengadakan majlis perkahwinan di sini kerana Hyatt Regency Kuantan Resort menawarkan pemandangan yang cantik dan suasana yang romantis untuk anda dan pasangan.
Alamat: Teluk Cempedak, 25050 Kuantan, Pahang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/HyattRegencyKuantan/
Instagram: https://www.instagram.com/hyattregencykuantanresort/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI3. De Rhu Beach Resort


De Rhu Beach Resort adalah resort tepi pantai yang terletak di tengah-tengah landskap seluas 6 ekar. Resort pantai ini berhadapan dengan perairan biru jernih Laut China Selatan. Resort pantai ini terletak kira-kira 15 kilometer di utara Kuantan dan hanya mengambila 15 minit pemanduan sahaja dari Bandar Kuantan. Ia mempunyai 162 bilik penginapan yang selesa. Selain itu, mereka juga menawarkan pelbagai kemudahan seperti perkhidmatan membuat teh/ kopi dan perkhidmatan telefon.
Manjakan diri anda di resort pantai yang bertaraf antarabangsa ini. Resort pantai ini menawarkan percutian yang memuaskan agar anda dan rakan-rakan atau ahli keluarga dapat berseronok di sini. Resort ini mempunyai salah satu kolam renang free-form terbesar di Malaysia. Selain berdekatan dengan pantai yang indah, resort pantai ini juga menyediakan kemudahan ultra-moden dan hospitaliti yang membuatkan anda ingin kembali lagi ke sini. Anda pastinya berasa anda dimanjai apabila meluangkan masa di resort pantai ini.
Alamat: 152 Mukim Sungai Karang Balok, 26100 Kuantan, Pahang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/derhubeachresort/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI4. Samsuria Beach Apartment Resort


Samsuria Beach Resort terletak di Sungai Ular, iaitu 40 kilometer di utara Kuantan. Resort pantai ini berdekatan dengan pantai yang indah dan luas. Selain itu, ia berhadapan dengan Laut China Selatan jadi, anda boleh bersiar-siar dengan bebas di sini sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan. Samsuria menawarkan pangsapuri yang mempunyai 1, 2 atau 3 bilik tidur. Selain itu, ia turut menyediakan penthouse 3 bilik tidur bagi mereka yang menginginkannya. Terdapat kolam renang yang besar dan kolam renang kanak-kanak di sini. Mereka juga menyediakan perkhidmatan lain seperti perkhidmatan lobi, bar pantai, kedai runcit, tempat letak kereta percuma dan menjaga keselamatan resort dan pelanggan sepanjang masa.
Pangsapuri suite mereka direka luas dan dihias indah bagi menawarkan keselesaan kepada para penginap yang tinggal di sini. Pangsapuri ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin. Bahkan, ada sesetengah pangsapuri mempunyai pemandangan laut yang luas. Setiap apartmen mempunyai ruang tamu dan ruang makan yang berasingan, dapur yang dilengkapi dengan dapur gas yang kecil, wifi percuma dan TV LCD skrin rata dengan saluran satelit. Demi memuaskan hati para pengunjung, mereka menawarkan perkhidmatan housekeeping pada setiap hari dan kemudahan bilik tidur yang selesa. Selain itu, setiap bilik tidur dilengkapi dengan bilik mandi bersambung bagi memudahkan urusan penginapan para pengunjung di sini.
Alamat: Jalan Sungai Ular Damai 1, 26080 Kuantan, Pahang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/SamsuriaBeachResort/?locale=ms_MY
Instagram: https://www.instagram.com/samsuriabeachapartment/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI5. Adena Beach Resort


Adena Beach Resort menawarkan pantai berpasir putih yang bersih, taman landskap yang cantik dan pokok-pokok yang menghijau dan subur. Semua ini boleh memberikan ketenangan kepada para pengunjung yang menginap di resort pantai ini. Adena Beach Resort terletak di persisiran Pantai Balok di Kuantan. Terdapat 118 bilik penginapan di resort pantai ini. Persekitaran yang tenang dengan kemudahan penting yang disediakan di resort pantai ini memberikan kepuasan kepada para pengunjung di sini. Selain itu, mereka menggabungkan kemudahan moden dengan estetika tradisional kehidupan kampung di kawasan ini.
Percutian di tepi pantai yang ideal boleh menghilangkan tekanan, menyegarkan badan dan merehatkan minda. Di Adena Beach Resort, anda boleh mendapatkan segala kemudahan yang diinginkan bersama ahli keluarga anda yang tersayang.
Alamat: Lot 1260 Mukim, 26100 Kuantan, Pahang.
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/adenabeachresort
Instagram: https://www.instagram.com/adenabeachresortkuantan/
SEMAK LAMAN WEB DI SINI6. Cempaka Beach Resort


Cempaka Beach Resort menawarkan 20 bilik penginapan untuk memberikan keselesaan kepada para pengunjung. Nikmati ketenangan di sini sambil berehat di salah satu bilik bergaya kontemporari dengan kolam renang outdoor, penghawa dingin, dan bilik mandi peribadi. Selain itu, Cempaka Beach Resort menawarkan suasana yang menakjubkan dan kemudahan terbaik untuk acara perniagaan, mesyuarat, aktiviti team-building, perhimpunan keluarga, acara sukan, perhimpunan pelajar, majlis cuti, dan banyak lagi.
Cempaka Beach Resort menawarkan perkahwinan pantai tradisional Kuantan bagi pengantin yang ingin mewujudkan kenangan sempurna yang akan kekal sepanjang hayat. Nikmati lokasi yang indah, atmosfera selesa, dan kasih sayang yang diberikan oleh tuan rumah. Perkahwinan di Cempaka Beach Resort menjanjikan pengalaman yang ajaib dan pada harga yang berpatutan.
Alamat: Lot 746, Lorong Cempaka 1, Kg. Seri Cempaka Pantai Cempaka, 26060 Kuantan, Pahang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/CBRKuantan
SEMAK LAMAN WEB DI SINIDapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.