Bento merupakan gaya makanan tradisional Jepun. Biasanya, bento terdiri daripada hidangan yang diatur dengan kemas dalam kotak atau bekas makan. Kotak bento popular di Jepun dan telah mendapat populariti di seluruh dunia disebabkan ia mudah alih, menari dari segi visual dan mempunyai pemakanan yang seimbang. Hidangan bento dikenali kerana penekanannya terhadap keseimbangan dan variasi. Biasanya, hidangan ini mengandungi campuran karbohidrat (nasi atau mi), protein (daging, ikan, atau tofu), dan sayur-sayuran.
Di Pulau Pinang, hidangan bento semakin mendapat tempat di hati ramai individu. Walaupun ia hidangan tradisional Jepun, namun rakyat Malaysia menyukainya kerana ia menawarkan pemakanan yang seimbang dan mengikut nutrisi yang diperlukan oleh badan. Adakah anda ingin mengetahui restoran terbaik yang menawarkan hidangan bento di Pulau Pinang? Dalam artikel ini, kami telah menyenaraikan 9 restoran terbaik yang menyajikan hidangan bento di negeri ini khusus untuk anda.
Mengapakah Ramai Orang Menyukai Hidangan Bento?
Ramai orang suka makan bento kerana ia menawarkan hidangan yang mudah dan seimbang dalam satu pembungkusan yang padat dan menarik secara visual. Berikut adalah sebab-sebab orang ramai menikmati bento:
- Mudah
Bento menyediakan pilihan hidangan yang mudah terutamanya untuk mereka yang sibuk. Kotak bento mempunyai ciri kompak dan bahagian makanan yang kemas telah memudahkan ia dibawa ke mana-mana sahaja tanpa mengira masa.
- Penyajian yang Menarik
Bento dikenali kerana penyajiannya yang menarik dari segi visual. Penyusunan pelbagai jenis makanan dengan teliti dari segi warna dan tekstur makanan telah mencipta hidangan yang menarik dan memuaskan. Bento boleh menjadi seni terutamanya dalam Kyaraben atau Bento Watak di mana makanan dihias dengan kreatif mengikut sesuatu karakter atau objek.
- Pemakanan Seimbang
Bento boleh membantu anda untuk mengawal saiz hidangan sekali gus menggalakkan pemakanan yang seimbang. Ruang terhad dalam kotak bento dapat mengehadkan saiz dan bahagian makanan. Selain itu, bento juga dapat mencegah anda daripada makan berlebihan. Biasanya, bento mengandungi kombinasi karbohidrat, protein, dan sayur-sayuran bagi memastikan anda mendapat hidangan yang seimbang dan mengenyangkan.
9 Restoran Bento Terbaik di Pulau Pinang 2024
1. Sushi YA Bayan Lepas


Sushi YA adalah sebuah restoran sushi yang terkenal di Malaysia. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara, termasuklah di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Restoran ini menawarkan pelbagai jenis sushi, sashimi, dan hidangan Jepun yang lain. Sushi YA dikenali kerana mempunyai menu yang pelbagai dan menggunakan bahan-bahan yang segar untuk masakan mereka. Selain itu, Sushi YA Bayan Lepas menyajikan kotak bento yang merangkumi pelbagai hidangan sampingan seperti nasi, sushi roll, sashimi, tempura, salad, sup miso, dan acar.
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: G-16 Solaria, Medan Rajawali, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/sushiyamalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/sushiya_my/
semak laman web di sini2. Kaze Japanese Restaurant


KAZE Japanese Restaurant adalah sebuah restoran yang mahir dalam masakan Jepun. Restoran Jepun seperti KAZE ini sering menawarkan pelbagai jenis hidangan yang lazat seperti bento. Sajian bento mereka menampilkan pelbagai rasa tradisional dan kontemporari Jepun. Apabila anda berkunjung ke sini, anda boleh mencuba bento belut mereka kerana hidangan ini sering dipesan oleh pelanggan mereka.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: 5-G-1, Promenade, Jalan Mahsuri, 11900 Bayan Baru, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100058599046781
3. Sushi King


Sushi King adalah rangkaian restoran Jepun yang terkenal di Malaysia. Restoran ini mempunyai banyak cawangan di seluruh negara. Selain itu, restoran ini telah menjadi destinasi popular bagi peminat sushi atau mereka yang ingin merasai masakan Jepun. Sushi King menawarkan menu yang pelbagai seperti sushi, Sashimi, Teriyaki dan hidangan Jepun yang lain. Menu mereka dapat memenuhi selera para pelanggan.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:30 malam (Setiap hari)
Alamat: E-Gate Ground Floor G12 & G13, Lebuh Tunku Kudin 2, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/sushikingasia/
Instagram: https://www.instagram.com/sushikingmalaysia/?hl=en
semak laman web di sini4. Tairyo Japanese Restaurant


Tairyo adalah sebuah restoran yang terkenal dengan sajian Jepun yang asli. Tairyo membawa maksud “great catch” atau “abundant harvest” dalam Bahasa Jepun. Antara hidangan istimewa yang disajikan di sini adalah sajian bento yang besar. Sajian bento mereka terkenal dengan hidangan yang banyak sekali gus memberikan anda pengalaman makan yang memuaskan. Menerusi sajian bento, mereka merealisasikan matlamat mereka untuk memberi pelanggan peluang merasai pelbagai rasa dalam satu hidangan.
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 71, Jln Icon City, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/tairyoiconcity/
Instagram: https://www.instagram.com/tairyoiconcity/?hl=en
5. So Sushi Supply & Cafe


So Sushi Supply & Café merupakan sebuah restoran yang mendapat tempat di hati ramai orang. Restoran ini terletak di kawasan kejiranan yang sibuk. Restoran kecil ini mampu menggamit nostalgia melalui dekorasi dalamannya. Suasana persekitaran restoran ini selesa, sekali gus memberikan anda pengalaman menjamu selera yang memuaskan. Hal ini kerana mereka menyediakan pelbagai jenis hidangan Jepun yang asli dan lazat.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Address: G-05, DE’ RENDEZVOUS, Jalan Perda Selatan, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/joyceaisyahyeohabdullah/
semak laman web di sini6. Sushi Tei


Sushi Tei adalah sebuah restoran Jepun yang terkenal di Malaysia. Restoran ini mempunyai banyak cawangan di kebanyakan negara termasuklah Singapura, Indonesia, Malaysia dan juga Australia. Restoran ini dikenali dengan menunya yang menyajikan pelbagai jenis hidangan Jepun yang lazat. Antara hidangan yang terkenal dalam menunya adalah bento, sushi, Sashimi, tempura, Udon dan banyak lagi. Apabila anda berkunjung ke sini, anda akan dapat menikmati hidangan asli Jepun dalam suasana persekitaran yang selesa.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Queensbay Mall, 3F-03, North Zone, Persiaran Bayan Indah, 11900 Batan Lepas, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/sushiteimalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/sushiteimy/?hl=en
semak laman web di sini7. Izakaya Shako Sushi


Izakaya Shako Sushi adalah sebuah restoran yang terletak di Bukit Mertajam. Restoran ini dikenali kerana sajian mereka yang lazat dan dekorasi restoran yang diinspirasikan daripada budaya tradisional Jepun. Sebaik sahaja anda melangkah masuk ke restoran ini, kakitangan mereka akan menyambut anda dengan mesra. Mereka menghidangkan pelbagai jenis makanan yang lazat dan asli. Anda boleh mencuba hidangan bento mereka yang enak kerana hidangan ini adalah salah satu hidangan yang sering dipesan oleh para pelanggan.
Waktu Operasi: 12:00 tengah hari – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 738, Lorong Nenas, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Izakayajujiuwu2.0/
8. Sushi Wafu Sungai Dua (Lip Sin)


Sushi Wafu adalah sebuah restoran Jepun yang dikenali kerana pendekatan unik dan inovatifnya terhadap sushi. Restoran ini menggabungkan rasa dan teknik tradisional Jepun dengan konsep kuliner moden bagi mencipta pengalaman makan yang berbeza. Hidangan di sini disediakan dengan menggunakan bahan-bahan yang segar. Selain Sushi Roll, mereka juga menyediakan bento yang sedap. Hidangan bento mereka sering dipesan oleh ramai pelanggan apabila mereka berkunjung ke restoran ini.
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Bangunan Lip Sin, 2-G-1, Lebuh Pekaka 1, Taman Pekaka, 11700 Gelugor, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/swsungaidua/
semak laman web di sini9. Shunka Japanese Restaurant


Shunka adalah sebuah restoran Jepun tradisional yang ingin membawa para pelanggan mengenali budaya Jepun menerusi hidangan yang disajikan. Shunka membawa maksud “the scent of the seasons” dalam Bahasa Jepun. Mereka mahu pelanggan menikmati hidangan dalam suasana yang tenang. Oleh sebab itu, dekorasi restoran ini menggambarkan budaya Jepun yang klasik. Mereka menawarkan pelbagai jenis hidangan yang lazat termasuklah sajian bento mereka. Ramai yang memuji hidangan bento mereka kerana menggunakan bahan yang segar. Jika anda ingin menikmati hidangan ini di rumah, Shunka menawarkan perkhidmatan ‘takeout’ bagi memudahkan urusan anda.
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 9:00 malam (Setiap hari)
Alamat: 23, Jalan Vervea 5, Bandar Cassia, 14110 Simpang Ampat, Pulau Pinang
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ShunkaBatuKawan/
Instagram: https://www.instagram.com/shunkamalaysia/?hl=en
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.