10 Restoran Cheese Naan Terbaik di Johor 2025

Bayangkan Naan Cheese yang penuh keju dibakar dalam ketuhar. Pasti menggoda selera anda! Gabungan keju Cheddar dan Mozzarella ini bakal menghasilkan hidangan Cheese Naan yang sangat lazat dan diminati ramai. Banyak restoran yang menyajikan hidangan tradisional ini di Malaysia agar dapat memenuhi selera ramai orang.

Cheese Naan mula mendapat tempat di hati ramai orang, terutamanya di Johor. Jangan risau kerana anda boleh mencuba Cheese Naan yang lazat di negeri ini. Menerusi artikel ini, kami akan menyenaraikan 10 restoran yang menyajikan Cheese Naan yang lazat. Berikut adalah restoran-restoran yang menyediakan hidangan Cheese Naan yang enak untuk anda cuba.

Apakah Jenis-Jenis Keju Yang Digunakan Untuk Membuat Cheese Naan?

Cheese Naan merupakan hidangan kegemaran ramai. Biasanya hidangan ini dibuat menggunakan gabungan keju yang berkualiti. Antara keju yang biasa digunakan untuk menyediakan hidangan ini adalah keju Cheddar dan juga keju Mozzarella. Keju Cheddar memberikan anda rasa yang berkrim manakala keju Mozzarella pula memberikan tekstur roti yang kenyal, lazat dan melekit. 

Apakah Minuman yang Sesuai Digandingkan Bersama Cheese Naan?

Anda boleh menggandingkan lassi yang sejuk atau wain putih apabila anda memakan Cheese Naan yang kaya dengan keju. Hal ini kerana minuman yang sejuk boleh mengimbangi rasa berkrim keju dengan baik. Jika anda mahukan minuman tanpa alkohol pula, anda boleh memesan teh lemon halia atau lemonade yang mempunyai daun pudina kerana minuman jenis ini boleh menyegarkan anda.

10 Restoran Cheese Naan Terbaik di Johor 2024

1. Restoran E&Y Sahul 

Restoran-EY-Sahul-
Kredit Gambar: Mahazain Zainal
Restoran-EY-Sahul-
Kredit Gambar: Ravi’s Shikaruki

Restoran E&Y Sahul terkenal kerana menyajikan pelbagai hidangan yang lazat. Sama ada anda ingin mencari sarapan pagi sehinggalah kepada makananan untuk lewat malam, restoran ini mempunyai hidangan yang boleh mengenyangkan anda. Antara makanan yang menjadi pilihan para pelanggan di sini adalah Garlic Cheese Naan mereka. Cheese Naan mereka mempunyai bawang putih yang segar dan berpadanan dengan rasa keju yang berkrim. Selain itu, kakitangan mereka juga sangat mesra dalam membantu pelanggan untuk membuat pesanan.

Waktu Operasi: Buka 24 jam

Alamat: 119, Jln Adda 3/1, Adda Heights, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-361 7390

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/restoranenysahul/ 

Instagram: https://www.instagram.com/restoran_eny_sahul/ 

2. Restoran Al-Khair

Restoran-Al-Khair-
Kredit Gambar: Al Khair
Restoran-Al-Khair-
Kredit Gambar: meen mon

Restoran Al-Khair menawarkan pelbagai hidangan lazat yang boleh memuaskan selera anda. Salah satu menu yang sering dipesan di sini adalah Cheese Naan mereka. Hidangan ini mempunyai lapisan roti yang lembut dan cukup menggoda. Selain itu, ia juga kaya dengan keju yang lazat. Jika anda mahu ke restoran ini, anda perlu datang awal kerana tempat letak kereta agak terhad di sini.

Waktu Operasi: 8:00 pagi – 12:00 malam (Setiap hari)

Alamat: No 27, Jalan Cendana 5/1, Taman Cendana, 81700 Pasir Gudang, Johor

No. Telefon: 012-277 6500

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/alkhairtamancendana 

3. The Kittengi – Authentic Indian Restaurant

The-Kittengi-Authentic-Indian-Restaurant-
Kredit Gambar: The Kittengi – Authentic Indian Restaurant
The-Kittengi-Authentic-Indian-Restaurant-
Kredit Gambar: Grace Philip

The Kittengi – Authentic Indian Restaurant terkenal dengan kari kambing yang digandingkan dengan chapati yang enak. Restoran ini juga terkenal dengan Briyani Country Chicken dan Cheese Naan. Untuk mereka yang ingin makanan yang ringan, anda boleh memesan Cheese Naan mereka yang kaya dengan keju. Ramai pelanggan mereka memuji Cheese Naan mereka yang lembut dan sedap.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 24, Jalan Serampang, Taman Tebrau Jaya, 80400 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-333 6789

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063792302238 

Instagram: https://www.instagram.com/thekittengi/ 

4. Giant Kitchen by Vaanisha

Giant-Kitchen-by-Vaanisha
Kredit Gambar: Idaya ro
Giant-Kitchen-by-Vaanisha-
Kredit Gambar: Sathanisha Ilamaran

Giant Kitchen oleh Vaanisha memiliki suasana persekitaran yang selesa untuk para pelanggan mereka. Apabila anda berkunjung ke restoran ini, anda dapat menikmati hidangan anda sambil mendengar muzik India yang merdu. Selain itu, mereka juga mempunyai kakitangan yang mesra dan sedia membantu anda membuat pesanan. Hidangan yang sering dipesan di sini adalah Cheese Naan yang kaya dengan keju dan sedap. Jika anda peminat keju, Cheese Naan mereka boleh menambat selera anda. Anda pasti berpuas hati dengan hidangan Cheese Naan mereka!

Waktu Operasi: 9:00 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)

Alamat: 15, Jalan Titiwangsa 2, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 011-6110 0402

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/p/Giant-Kitchen-by-Vaanisha-100063803973147/ 

Instagram: https://www.instagram.com/giantkitchenjb/ 

5. Herbs & Spice kitchen

Herbs-Spice-kitchen
Kredit Gambar: Herbs & Spice kitchen
Herbs-Spice-kitchen-
Kredit Gambar: Herbs & Spice kitchen

Herbs & Spice Kitchen dikenali oleh ramai penduduk tempatan dan pelancong asing kerana menawarkan hidangan yang sungguh lazat. Antara menu yang paling laris dijual di restoran ini adalah Cheese Naan yang kaya dengan keju. Tekstur roti bagi hidangan ini sungguh lembut sementara intinya pula dipenuhi dengan keju yang lazat. Untuk melengkapkan hidangan ini, anda boleh menggandingkannya bersama Mango Lassi.

Waktu Operasi: 
10:30 pagi – 10:00 malam (Selasa – Jumaat)
Tutup (Sabtu – Ahad)

Alamat:  Persisiran Sutera Danga, Bandar Uda Utama, 81200 Johor Bahru, Johor Others, 81200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 011-2858 4293

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/Herbs-Spice-kitchen-100411321894115/ 

Instagram: https://www.instagram.com/herbsspicekitchen/ 

6. Naseeb Capati Nan Pakistan

Naseeb-Capati-Nan-Pakistan
Kredit Gambar: Krasue Chai Tv
Naseeb-Capati-Nan-Pakistan-
Kredit Gambar: Mohd Adib Ahmad Maher

Naseeb Capati Nan Pakistan merupakan restoran yang dikendalikan oleh komuniti Pakistan di Johor. Mereka mahu memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik kepada para pelanggan. Bagi peminat masakan Pakistan, Naseeb Capati Nan Pakistan menawarkan pengalaman makan yang asli. Menu mereka mempunyai pelbagai hidangan Pakistan yang menyelerakan. Anda juga boleh memesan Cheese Naan yang lazat di restoran ini. Cheese Naan mereka sungguh sedap dan penuh dengan keju. Anda pasti akan terliur apabila melihat Cheese Naan yang mereka sediakan.

Waktu Operasi: 11:00 pagi – 2:00 pagi (Setiap hari)

Alamat: Pusat Perdagangan Pandan, 81100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 016-744 4462

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

Facebook: https://www.facebook.com/SHAHID.RAWN999/ 

7. Agneey’s Cuisine Indian Restaurant 

Agneeys-Cuisine-Indian-Restaurant-
Kredit Gambar: BADARISH K
Agneeys-Cuisine-Indian-Restaurant-
Kredit Gambar: Jin

Restoran Agneey’s Cuisine Indian menyediakan hidangan yang berporsi besar, sedap dan harganya sangat berpatutan. Anda boleh memesan Kesari atau Cheese Naan untuk hidangan yang mengenyangkan. Ramai orang memesan hidangan Cheese Naan mereka kerana ia kaya dnegan keju, besar dan juga murah. Jika anda berkunjung ke Johor, anda boleh mencuba kelazatan hidangan ini bersama ahli keluarga anda.

Waktu Operasi: 10:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)

Alamat: Jalan Titiwangsa 3/3, Taman Tampoi Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-207 5132

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

8. Restoran Osman (Bukit Indah)

Restoran-Osman-Bukit-Indah
Kredit Gambar: Johnny Koh
Restoran-Osman-Bukit-Indah-
Kredit Gambar: Redi Koerniawan

Restoran Osman (Bukit Indah) adalah tempat yang sesuai untuk mendapatkan hidangan lewat malam. Mereka terkenal dengan menu Sup Daging Kambing dan juga Cheese Naan. Bagi peminat keju, anda boleh memesan Cheese Naan mereka yang kaya dengan keju. Mereka juga menyediakan masakan untuk vegetarian seperti Veggie Maggi Mee Goreng, sekali gus menjadikan restoran ini popular dalam kalangan mereka yang cintakan makanan.

Waktu Operasi: Buka 24 jam

Alamat: 69, Jalan Indah 15/2, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-239 6828

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

9. Al-Falah Restoran

Al-Falah-Restoran-
Kredit Gambar: sasitharan nadeson
Al-Falah-Restoran-
Kredit Gambar: lontong kering

Restoran Al-Falah merupakan restoran yang terkenal dan menyajikan hidangan yang lazat dalam porsi yang besar. Menu yang istimewa di sini adalah Cheezy Naan yang disajikan bersama dengan Ayam Tandoori. Ramai pelanggan menyukai hidangan ini. Harga makanan di sini juga sangat berpatutan. Selain itu, mereka menawarkan perkhidmatan pelanggan yang cepat bagi memuaskan hati para pelanggan.

Waktu Operasi: Buka 24 jam

Alamat:  7179, Jalan Kebun Teh 1, Larkin, 80350 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-224 1333

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini

10. Restoran Afrida Sdn Bhd

Restoran-Afrida-Sdn-Bhd
Kredit Gambar: Adrian Lunsong
Restoran-Afrida-Sdn-Bhd-
Kredit Gambar: sock yong goh

Restoran Afrida Sdn Bhd di Kulai menawarkan pelbagai pilihan makanan dan minuman yang lazat. Mereka menggunakan sistem tempahan online bagi memudahkan urusan para pelanggan. Antara salah satu hidangan yang sering dipesan adalah Cheese Naan mereka yang penuh keju dan dihidangkan panas-panas. Ramai pelanggan menyukai hidangan ini. Selain itu, tempat letak kereta mudah dicari jika anda mahu berkunjung ke restoran ini.

Waktu Operasi: Buka 24 jam

Alamat: Jln Kenanga 29/8, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor

No. Telefon: 017-715 4278

Google Map: Ikuti Sekarang

Google Reviews: Di Sini


Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini

Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini

Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.

Advertise With My Weekend Plan
Close
© Copyright 2023 by My Weekend Plan. All Rights Reserved.
Close