Masakan dan minuman tradisional Jerman mungkin lebih menarik daripada yang dibayangkan oleh kebanyakan penduduk dan pelancong baru. Makanan Jerman terkenal sebagai makanan yang hambar dan tidak menarik. Hal ini mungkin berlaku pada masyarakat Jermanik awal yang kebanyakannya menggunakan barli, gandum, produk tenusu dan daging dalam masakan mereka. Seiring dengan kepelbagaian hasil bumi, masakan Jerman menjadi lebih pelbagai dan merangkumi lebih banyak komponen makanan. Mereka juga menggunakan anggur untuk menghasilkan wain yang lazat. Selain itu, mereka juga memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar untuk menjaga kesihatan.
Walaupun budaya masakan berbeza mengikut lokasi, kebanyakan resipi Jerman menggunakan roti, kentang, daging (khususnya daging khinzir) dan sayur-sayuran segar seperti kubis dan kangkung dalam masakan mereka. Selain itu, masyarakat Jerman juga menggunakan kek, kopi dan bir sebagai komponen utama dalam masakan fusion mereka. Orang Jerman menyukai pelbagai jenis roti seperti bijirin, Pumpernickel, rai dan roti putih. Roti Jerman lebih tebal dan enak berbanding roti Itali, Sepanyol, atau Perancis. Jika anda terliur untuk merasai masakan Jerman, apa kata anda kunjungi 5 restoran Jerman yang terbaik di Pulau Pinang ini.
Apakah Minuman Yang Paling Popular di Restoran Jerman?
Orang Jerman menikmati kopi pada siang hari. Kini, masyarakat Jerman semakin menyukai teh. Oleh sebab itu, teh sering dihidangkan di kedai makan Jerman. Selain itu, penduduk tempatan juga suka memesan jus seperti seperti jus epal dan ‘sparkling water’ ketika mereka makan di kedai. Biasanya, jus yang dicampur dengan air berkarbonat menjadi pilihan ramai di restoran Jerman.
Apakah Yang Membezakan Masakan Jerman Dengan Masakan Lain?
Walaupun masakan Jerman kebanyakannya berasaskan daging, orang Jerman turut menggunakan pelbagai jenis sayur-sayuran bermusim untuk menyedapkan hidangan mereka. Sebagai contoh, asparagus, kubis, sayuran berakar, ubi, lobak merah dan lobak bulat menjadi sayur pilihan yang digunakan dalam masakan tengah hari Jerman.
5 Restoran Jerman Terbaik di Pulau Pinang 2024
1. Ingolf’s Kneipe German Restaurant And Bar


Ingolf’s Kneipe German Restaurant And Bar ialah restoran Jerman yang terletak di Tanjung Bungah. Restoran Jerman ini menggunakan nama ‘Kneipe’ dalam bahasa Jerman yang bermaksud bar. Oleh sebab itu, restoran ini menyajikan bir dan hidangan gaya ala-ala bar yang lazat. Masakan Jerman di restoran ini sungguh enak dan berporsi besar. Harganya juga berpatutan. Antara menu istimewa tengah hari yang boleh anda cuba di sini adalah Lamb Shank and Chop dan juga Sosej Jerman Klasik. Selain itu, ramai pelanggan sering memesan menu Julian’s Dark Chocolate Mousse, iaitu pencuci mulut coklat berkrim yang memberikan anda tekstur yang lembut dan bermentega.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 2:00 petang (Selasa – Sabtu)
6:00 petang – 10:00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup pada Ahad
Alamat: 1, Jalan Sungai Kelian, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang
No. Telefon: 04 8995796
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100064191900788
2. Berlin Bier Houz


Berlin Bier Houz terletak tidak jauh dari Queensbay Mall dan Eastin Hotel. Restoran ini menghidangkan masakan Jerman yang lazat seperti salad segar, mi dan juga Pork Knuckles. Selain itu, anda harus mencuba Sosej Jerman yang berisi daging babi yang penuh perisa. Sosej ini digandingkan dengan herba dan rempah-ratus khas bagi membangkitkan rasa dan bau sosej ini. Berdasarkan ulasan, ramai pelanggan menyatakan masakan yang disajikan di sini sangat pedas dan berperisa. Oleh sebab itu, ia elok digandingkan bersama minuman yang sejuk dan menyegarkan. Restoran ini boleh menjadi tempat makan yang sesuai untuk mereka yang pulang dari kerja dan ingin menikmati makanan yang mengenyangkan.
Waktu Operasi:
3:00 petang – 11:00 malam (Isnin – Sabtu)
Tutup pada Ahad
Alamat: G-1-1, Bay Avenue, Lorong Bayan Indah 1, Bay Avenue, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
No. Telefon: 04 2409776
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/people/Berlins-Bier-Houz-Bay-Avenue-Penang
3. Mano Fine Dining & Cellar


Satu lagi restoran Jerman di Pulau Pinang yang terkenal adalah Mano Fine Dining & Cellar. Pemilik restoran ini menggemari siri Harry Potter. Oleh sebab itu, beliau menggunakan hiasan yang berkonsepkan filem Harry Potter bagi menarik perhatian ramai pengunjung, terutama peminat Harry Potter. Selain itu, restoran ini boleh menjadi tempat yang ideal untuk janji temu makan malam yang romantis atau perjumpaan kasual bersama rakan-rakan. Anda boleh meminta pelayan mengambil gambar anda bersama rakan-rakan atau keluarga untuk mengabadikan kenangan di sini. Boleh dikatakan semua menu yang disajikan mempunyai rasa yang asli, menyelerakan dan harganya berpatutan.
Waktu Operasi: 3:00 petang – 10:00 malam (Rabu – Isnin)
Alamat: 61, Jalan Magazine, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
No. Telefon: 012 6117028
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100064006894953
4. Christoph’s


Christoph’s diuruskan oleh chef dan pemilik restoran ini, iaitu Austria Christoph Girsch. Restoran Jerman ini terletak di Pulau Pinang dan ia menyajikan pelbagai masakan Jerman yang menyelerakan. Untuk memastikan pengalaman makan anda berjalan lancar di restoran ini, anda perlu membuat tempahan terlebih dahulu kerana restoran ini popular dan sering dipenuhi oleh pelanggan.
Christoph’s menjadi kegemaran dalam kalangan pelancong Jerman dan penduduk tempatan yang mencari masakan Jerman asli dan kena dengan lidah mereka. Apa yang menarik, menu di restoran ini sering bertukar pada setiap minggu untuk membolehkan para pelanggan merasai lebih banyak lagi masakan Jerman.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 11:55 malam (Selasa – Sabtu)
Tutup pada Ahad & Isnin
Alamat: 55, Lorong Stewart, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang
No. telefon: 010 8010188
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/christoph.cruasia/
5. Wunderbar German Sausage


Adakah anda mahu merasai sosej dan pretzel Jerman yang asli? Apa kata anda kunjungi Wunderbar di Pulau Pinang? Restoran ini menawarkan masakan tradisional Jerman yang asli dan lazat dalam suasana yang selesa. Selain menghidangkan masakan Jerman yang lazat, harga makanan di sini juga amat berpatutan. Anda boleh mencuba burger, sosej dan asparagus untuk memuaskan selera anda. Restoran ini terletak di kawasan kejiranan yang santai dan meriah dengan muzik yang didendangkan untuk menceriakan suasana.
Waktu Operasi: 4:30 petang – 11:00 malam (Isnin – Ahad)
Alamat: 58, Jln Sultan Ahmad Shah, 10050 George Town, Pulau Pinang
No. telefon: 016 4899148
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Dapatkan baucer Lazada percuma anda sekarang 【Di Sini】
Banyak tawaran pulangan tunai di Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.