Mac dan Cheese atau macaroni dan keju adalah hidangan popular yang sering dinikmati oleh pelbagai peringkat umur di serata dunia. Hidangan ini terdiri daripada pasta macaroni yang dimasak bersama sos keju. Mac dan Cheese boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau sampingan bersama dengan daging panggang atau salad. Rasa hidangan ini sungguh menyelerakan.
Mac dan Cheese boleh disesuaikan dengan pelbagai cara untuk memenuhi selera anda. Ada yang menambah bacon di dalamnya, dan ada juga yang meletak tomato, bawang kisar dan sayur-sayuran seperti brokoli dan kacang peas untuk menjadikannya hidangan yang sihat. Anda juga boleh menambah pelbagai jenis keju yang anda suka untuk menjadikannya lebih berkrim. Selain itu, ada juga yang meletak kerak roti di atas hidangan ini untuk memberikan tekstur yang rangup dan persembahan yang menarik. Jika anda ingin menikmati sajian ini di KL dan Selangor, teruskan membaca artikel ini. Anda boleh berkunjung ke 9 restoran yang menyediakan Mac dan Cheese terbaik di KL dan Selangor ini.
Apakah Keju Terbaik Untuk Mac & Cheese?
Pilihan keju untuk Mac dan Cheese bergantung kepada selera peribadi kerana setiap jenis keju menawarkan rasa dan sifat yang unik. Namun begitu, terdapat beberapa keju yang dicadangkan untuk digandingkan bersama hidangan ini kerana memiliki tekstur berkrim dan rasa yang lazat.
- Keju Cheddar
Keju Cheddar adalah pilihan klasik untuk Mac dan Cheese. Keju ini mempunyai rasa yang kaya dan tajam serta sifat ‘melting’ yang baik. Semua ini bagus untuk mencipta sos yang berkrim dan lazat. Keju Cheddar yang tajam boleh memberikan rasa yang lebih kuat manakala keju Cheddar yang lembut memberikan rasa yang lebih lembut kepada hidangan tersebut.
- Keju Gouda
Keju Gouda mempunyai tekstur yang halus dan krim. Ia mudah meleleh dan memiliki sedikit rasa kacang dan manis pada hidangan. Keju Gouda yang ‘smoked’ juga boleh digunakan untuk memberi rasa ‘smoky’.
- Keju Monterey Jack
Keju Monterey Jack adalah keju separa-lembut dengan rasa mentega yang lembut. Ia meleleh dengan baik dan boleh dipadankan dengan keju lain. Anda boleh menggabungkan Keju Cheddar dan keju ini untuk mencipta rasa yang menarik dalam Mac dan Cheese anda.
9 Restoran Mac & Cheese Terbaik di Kuala Lumpur & Selangor 2023
1. Hard Rock Cafe
Hard Rock Cafe menawarkan pelbagai hidangan klasik Amerika seperti burger, sandwic, salad, serta mac dan Cheese. Mac dan Cheese merupakan hidangan yang popular di sini. Hidangan ini disediakan dengan menggunakan pasta elbow marcaroni yang dimasak al dente dan dicampur dengan sos keju yang kaya. Campuran keju yang pelbagai dan rempah-rempah yang segar menjadikan hidangan ini berkrim dan beraroma. Selain itu, Hard Rock Cafe juga mempunyai versi Mac dan Cheese yang mempunyai potongan ayam dan gandingan roti bawang putih bersama hidangan tersebut.
Waktu Operasi: 11:30 pagi – 12:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Ground Floor, Wisma Concorde, 2, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/hardrockcafekualalumpur/
Instagram: https://www.instagram.com/hardrockcafekl/?hl=en
semak laman web di sini2. Basil Pasta House
Basil Pasta House di Kuchai Lama adalah sebuah kedai yang kecil dan boleh menjadi sesak pada waktu puncak. Oleh itu, anda disyorkan untuk datang di luar waktu puncak supaya memudahkan urusan anda mencari tempat letak kereta yang sesuai dan tempat duduk yang selesa. Mereka menyediakan pelbagai hidangan yang lazat pada saiz yang besar. Jadi, anda boleh berkongsi hidangan anda bersama rakan untuk merasai pelbagai variasi makanan yang terdapat di sini. Untuk hidangan Mac dan Cheese, mereka menggunakan rigatoni sebagai bahan utama agar anda menikmati setiap suapan ketika makan makanan ini.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)
Alamat: 21, Jalan Kuchai Maju 6, Kuchai Entrepreneurs Park, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/basilpastahouse/
Instagram: https://www.instagram.com/basilpastahouse/?hl=en
3. Yellow Brick Road
Yellow Brick Road adalah sebuah kafe popular yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia terkenal dengan suasana yang selesa, perkhidmatan yang mesra, dan pelbagai menu yang memenuhi cita rasa anda. Kafe ini menawarkan pelbagai pilihan sarapan, brunch, dan makan tengah hari ynag lazat. Mereka menyediakan hidangan daripada pengaruh Barat dan Asia untuk menarik selera para pengunjung di sini. Selain itu, mereka juga menyediakan sarapan sepanjang hari seperti sandwic, pasta, salad dan hidangan fusion yang kreatif. Jika anda vegan atau vegeterian, anda boleh menjamu selera di sini tanpa risau. Ramai yang mengesyorkan restoran ini kerana ia terkenal dengan penyajian yang berkualiti tinggi dan menarik dari segi visual.
Waktu Operasi: 8:30 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Kompleks Pejabat Damansara, Lot A-GF-03, 5th Place @ The Five No.49, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/yellowbrickroadcafe/
Instagram: https://www.instagram.com/yellowbrickroadcafe/?hl=en
semak laman web di sini4. Humble Chef Malaysia, The Curve
Humble Chef adalah sebuah restoran yang menawarkan pelbagai hidangan fusion Barat dan Asia selain menggabungkannya untuk memberikan pengalaman menjamu selera yang unik. Mereka menyajikan pelbagai hidangan, termasuk pasta, burger, rice bowl, sandwic, dan salad. Restoran ini mempunyai suasana yang selesa untuk anda menjamu selera dengan puas.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot LB3, Jln PJU 7/3, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/humblechefmalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/humblechefmalaysia/?hl=en
5. Snitch By The Thieves
Snitch By The Thieves terletak di dalam The Gardens di tingkat 3. Walaupun ia berada di dalam pusat membeli-belah, restoran ini mempunyai pilihan tempat duduk di dalam dan di luar yang baik. Hidangan yang disajikan di sini adalah hidangan fusion Timur dan Barat. Restoran ini ingin membezakan dirinya dengan pesaing lain, jadi mereka memperkenalkan hidangan yang jarang ditemui di tempat lain di sini. Hidangan yang disajikan juga berkualiti tinggi dan menggunakan bahan yang segar. Jika anda ingin mencari sesuatu yang berbeza dan lazat, anda boleh berkunjung ke restoran yang indah ini.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 10:00 malam (Setiap hari)
Alamat: T-225A&B, Third Floor The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/snitchbythethieves/
Instagram: https://www.instagram.com/snitchbythethieves/?hl=en
semak laman web di sini6. Gravybaby Jalan P Ramlee
Gravybaby adalah sebuah restoran selesa yang pakar dalam hidangan ‘comfort food’ Selatan Amerika seperti hidangan yang menggunakan kastard (gravy). Restoran ini memberikan tumpuan kepada masakan Selatan Amerika dan menawarkan hidangan yang berkualiti dan lazat kepada pelanggannya. Semua hidangan di sini boleh menonjolkan rasa daripada Selatan Amerika. Mereka juga menghidangkan ayam goreng, biskut dan kastard, Mac dan Cheese, Meatloaf, Po’boys, dan hidangan lain yang diinspirasikan daripada Selatan Amerika. Mereka kerap menggunakan kastard yang kaya dan berperisa dalam hidangan mereka.
Waktu Operasi: 8:00 pagi – 2:00 pagi (Setiap hari)
Alamat: 9, Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Instagram: https://www.instagram.com/gravybabypies/?hl=en
semak laman web di sini7. Chequers
Chequers adalah sebuah restoran yang terkenal di Malaysia. Mereka pakar dalam sajian wafel gourmet dan ‘comfort food’. Chequers terkenal dengan pelbagai pilihan wafel yang manis dan kaya dengan rasa. Mereka juga menawarkan pelbagai hidangan kreatif dan memuaskan seperti burger wafel, sandwic wafel, pizza wafel, dan wafel dengan pelbagai topping. Jika anda mencari makanan selain wafel, mereka menyajikan pasta, salad dan pilihan sarapan untuk anda.
Waktu Operasi:
9:00 pagi – 10:00 malam (Khamis – Selasa)
Tutup (Rabu)
Alamat: 153, Jln Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/ChequersKL/
Instagram: https://www.instagram.com/chequerskl/?hl=en
semak laman web di sini8. Gluttony
Gluttony mempunyai beberapa cawangan di Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, dan bandar-bandar lain. Gluttony Cafe menawarkan pelbagai hidangan fusion Barat dan juga Asia. Mereka menyajikan hidangan seperti pasta, burger, sandwic, salad, rice bowl, dan masakan tempatan yang digemari ramai. Selain itu, mereka juga menyediakan sajian untuk vegetarian. Pilihan hidangan yang pelbagai membuatkan ramai yang berkunjung ke sini bersama rakan atau keluarga.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)
Alamat: 10A, Ground Floor, Jalan Desa Jaya, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Gluttony.MY/?locale=ms_MY
9. Macaroni Food & Coffee
Macaroni Food & Coffee di Faber Tower, Taman Desa, menawarkan hidangan istimewa seperti pizza, spaghetti, Macaroni Cheese, sup labu, sup cendawan, dan kopi. Harganya sedikit mahal, tetapi berbaloi dengan kualiti dan perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan. Biasanya tempat ini sibuk terutama pada waktu puncak. Namun begitu, suasananya cukup tenang dan membuat anda berasa selesa ketika menikmati hidangan anda semasa kedai ini tidak sesak dengan pelanggan.
Waktu Operasi: 10:00 pagi – 9:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/lovemacaroni/
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.