Soto adalah hidangan sup tradisional Indonesia yang popular di kebanyakan negara, terutama di Malaysia. Ia adalah sup yang berperisa dan aromatic yang terdiri daripada sup jernih, daging (seperti ayam, daging lembu atau kambing), sayur-sayuran, herba dan juga rempar-ratus. Soto dikenali dengan rasa yang penuh perisa. Setiap tempat mempunyai variasi Soyo yang tersendiri bagi mempamerkan budaya termpat tersebut.
Soto adalah hidangan tempatan popular di Johor yang mencerminkan warisan kulinari di rantau ini. Hidangan ini mempunyai rasa dan bahan-bahan yang unik sekali gus membezakannya dengan Soto yang terdapat di negeri lain. Jika anda berada di Johor, anda boleh mencuba Soto di 8 restoran terbaik ini. Pastikan anda mengajak rakan-rakan atau ahli keluarga untuk mencubanya!
Apakah Yang Menjadikan Soto Istimewa Di Johor?
Hidangan Soto di Johor mendapat tempat di hati penduduk tempatan dan pelancong asing. Semua ini adalah berkat sejarah yang tercipta antara Johor dan Indonesia. Oleh sebab itu, anda boleh dapati pengaruh Indonesia dalam tradisi kulinari di Johor. Soto di Johor mencerminkan penerapan budaya dengan cita rasa Indonesia yang khusus. Soto di negeri ini mempunyai kuah yang lebih pekat dan berperisa berbanding dengan soto di negeri lain.
Bagaimanakah Mencari Tempat Yang Menyajikan Soto Terbaik Di Johor?
Untuk mencari restoran yang menyajikan Soto yang enak, anda perlu bertanya kepada penduduk tempatan kerana mereka mungkin mengetahui lokasi tempat makan yang terbaik dan tersembunyi. Selain itu, anda boleh mencari restoran atau gerai yang pakar dalam menyediakan hidangan tradisional ini. Biasanya, mereka mempunyai resipi rahsia yang boleh membuatkan pelanggan kembali lagi setelah mencuba makanan mereka. Tambahan pula, anda boleh mencuba Soto di negeri ini pada waktu sarapan pagi kerana Soto secara tradisionalnya dihidangkan sebagai hidangan pagi di Johor.
8 Restoran Soto Terbaik di Johor 2024
1. SOTO STATION


Soto Station adalah sebuah restoran popular yang mempunyai cawangan di seluruh Malaysia, termasuklah di Pasir Gudang. Di Soto Station, anda boleh menyediakan hidangan Soto mengikut selera anda. Anda boleh memilih jenis daging, tahap kepedasan dan juga hidangan sampingan yang anda mahu. Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan Soto yang sedap seperti Soto Ayam, Soto Betawi (Soto Daging), Soto Madura dan banyak lagi. Setiap Soto mempunyai rasa yang tersendiri dan anda boleh memilih Soto yang anda suka apabila anda berkunjung ke restoran ini.
Waktu Operasi: 9:30 pagi – 6:45 petang (Setiap hari)
Alamat: 30, Jalan Seharum 5, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/SOTOSTATIONBUKITDAHLIA/?locale=ms_MY
semak laman web di sini2. Seri Bunian Soto Restaurant


Soto Sri Bunian merupakan sebuah warung kecil yang terkenal di Johor. Dari hidangan utama yang terkenal, iaitu Soto, sehinggalah kepada menu rahsia, iaitu Lontong Goreng Kampung, mereka menyediakan pelbagai hidangan tempatan yang memenuhi selera para pelanggan. Selain itu, masakan yang disajikan oleh mereka adalah sedap dan harganya berpatutan. Anda pasti tertarik untuk mencuba hidangan ini lagi bersama ahli keluarga anda tatkala anda melawat Johor.
Waktu Operasi:
12:00 tengah hari – 10:00 malam (Rabu – Isnin)
Tutup (Selasa)
Alamat: J169, 82000 Pontian District, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/Sotosribunian/?locale=ms_MY
3. Kedai Makan Mak Siti Olak Batu


Kedai Makan Mak Siti Olak Batu Pak Ali menawarkan pelbagai hidangan tempatan yang mempersembahkan rasa masakan Malaysia. Selain daripada Soto, mereka juga menghidangkan masakan Malaysia popular yang lain seperti Nasi Lemak, Nasi Ayam dan banyak lagi. Restoran ini terkenal kerana menawarkan Soto yang lazat, pekat dan berisi daging yang lembut. Mereka menggunakan herba dan rempah yang segar untuk menyediakan Soto yang enak. Mereka juga menyajikan cili, limau dan bawang goreng untuk menambah keenakan hidangan ini.
Waktu Operasi:
7:00 pagi – 3:15 petang (Sabtu – Khamis)
Tutup (Jumaat)
Alamat: 86100, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
semak laman web di sini4. HJ Abu Soto Power


Haji Abu Soto Power adalah sebuah restoran tempatan di Pasir Gudang yang mahir dalam menyediakan Soto yang sedap. Salah satu keistimewaan restoran ini adalah hidangan terkenal mereka, iaitu Soto Power. Hidangan ini mempunyai rasa yang sedap dan berporsi besar. Selain itu, restoran ini mempunyai pelanggan setia yang menggemari rasa hidangan tempatan dan tradisi, khususnya hidangan Soto, yang disediakan oleh chef di restoran ini.
Waktu Operasi:
12:30 tengah hari – 10:30 malam (Sabtu – Khamis)
Tutup (Jumaat)
Alamat: 17, Jalan Helang 2, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/HJ-ABU-SOTO-POWER-207178126504133/
5. Soto Masad


Soto Masad merupakan sebuah restoran kecil yang menyediakan suasana persekitaran yang selesa. Walaupun ia mempunyai dekorasi yang ringkas, restoran ini terkenal dengan masakan yang sedap dan asli. Salah satu tarikan restoran ini adalah anda berpeluang untuk merasai budaya tempatan sambil menikmati Soto yang sedap. Kakitangan mereka yang mesra akan membantu anda untuk membuat pesanan dan memastikan anda berpuas hati tatkala menjamu selera di sini.
Waktu Operasi:
2:00 petang – 10:00 malam (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: Jalan Parit Haji Adnan, 82100 Ayer Baloi, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=332565337517941
6. Warung Mahmoodiah


Warung Mahmoodiah adalah sebuah restoran kecil yang menyajikan makanan tempatan seperti Lontong dan Soto. Warung ini terletak di kawasan kejiranan yang meriah dan menawarkan pengalaman kulinari yang memuaskan kepada para pelanggan. Selain menggunakan resipi dan teknik tradisional dalam masakan, mereka juga menggunakan bahan-bahan dan rempah-ratus yang berkualiti tinggi untuk memastikan Soto mereka mempunyai kekal enak dan asli.
Waktu Operasi:
6:00 pagi – 12:00 tengah hari (Ahad – Khamis)
Tutup (Jumaat – Sabtu)
Alamat: 1°27’55. 103°45’10., 7, Lorong 5, 80100 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
7. Soto Warisan Kak Eida


Soto Warisan Kak Eida adalah sebuah restoran tempatan yang mahir dalam menyediakan Soto. Restoran ini terletak di Kulai, Johor. Soto Warisan Kak Eida komited untuk memelihara kaedah penyediaan Soto yang asli. Sup hidangan ini dimasak perlahan untuk mengekstrak rasa daripada daging dan rempah-rempah yang digunakan. Kaedah ini menghasilkan kuah yang kaya dengan perisa serta pekat. Bahan-bahan yang digunakan dalam hidangan ini dipilih dengan teliti bagi memberikan rasa yang lazat dan asli. Selain itu, restoran ini juga menyediakan hidangan sampingan dan rempah tradisional untuk melengkapkan sajian Soto ini.
Waktu Operasi:
6:00 pagi – 2:00 petang (Selasa – Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: No 1694, Jalan Sri Putri 4/1, Taman Putri Kulai, 81000 Kulai, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
8. Soto Warisan Hj. Patoni


Soto Warisan Haji Patoni adalah restoran terkenal di Johor. Restoran ini mempunyai beberapa cawangan di negeri ini. Mereka mahu memelihara warisan dan rasa masakan Indonesia melalui Soto yang mereka hidangkan kepada para pelanggan mereka. Sehingga kini, Soto Warisan Haji Patoni terkenal kerana menghidangkan Soto yang asli dan lazat melalui penyediaan masakan yang teliti.
Waktu Operasi:
7:45 pagi – 10:00 pagi (Selasa- Ahad)
Tutup (Isnin)
Alamat: Pasar Taman Dahlia, 81200 Johor Bahru, Johor
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Review: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/profile.php?id=100063574901433
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda【Di Sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee【Di Sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.