Port Dickson ialah sebuah bandar pantai dan pelancongan di Daerah Port Dickson Negeri Sembilan. Selepas ibu negeri iaitu Seremban, ia adalah bandar yang kedua besar di Negeri Sembilan. Port Dickson adalah salah satu tempat yang sangat baik untuk anda pergi pada hujung minggu. Tiada ada yang lebih baik daripada meluangkan masa anda dengan menikmati pantai yang cantik dan mencipta detik berharga bersama keluarga atau rakan.
Anda berasa lapar selepas melawat tempat-tempat pelancongan? Jangan risau. Kami di sini akan mengesyorkan kepada anda 10 restoran terbaik di Port Dickson yang patut anda cuba!
Bagaimana Untuk Memilih Restoran Yang Betul di Port Dickson?
Untuk memastikan anda memilih restoran terbaik untuk memaksimumkan kepuasan anda, anda perlu pertimbangan tiga perkara berikut: kualiti perkhidmatan pelanggan, pemilihan menu dan ulasan.
- Kualiti perkhidmatan pelanggan
Sikap pekerja mungkin mempengaruhi sama ada anda mempunyai pengalaman makan yang menyenangkan atau tidak. Untuk memastikan pengalaman makan yang sangat baik, adalah penting untuk anda pilih restoran dengan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.
- Pemilihan menu
Menu adalah salah satu perkara yang paling penting untuk dipertimbangkan sebelum melawat sesuatu restoran. Sebagai contoh, jika anda lebih suka masakan Melayu atau Thai, anda boleh mencari restoran Melayu atau Thai untuk memastikan pengalaman makan yang menyenangkan dan mengikut bajet yang anda tentukan.
- Ulasan
Anda harus membaca ulasan restoran tertentu sebelum anda ke situ kerana ulasan tersebut akan memberitahu anda sama anda akan akan mendapat pengalaman yang baik atau buruk di sana.
10 Restoran Terbaik di Port Dickson 2025
1. Warung Salai Port Dickson


Warung Salai ialah restoran terkenal di Port Dickson yang telah menerima banyak ulasan yang baik daripada pelanggan mereka. Siri “masak lemak” mereka digemari ramai pelanggan disebabkan oleh rasanya yang pedas dan baunya yang harum. Masak lemak daging salai, masak lemak udang galah dan masak lemak ikan keli adalah hidangan istimewa yang patut anda rasai!
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 5:30 petang (Setiap hari)
Khamis (Tutup)
Alamat: Langit langi hotel, Taman Mewah, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 0126550802
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
2. Deen’s Fish Head Curry


Deen’s Fish Head Curry ialah tempat yang bagus jika anda menggemari kari kepala ikan yang segar. Kari kepala ikannya kaya dengan rasa kari dan sangat beraroma. Hidangan ini sesuai dipadankan dengan nasi, mi dan juga ayam goreng! Saiz kecil hidangan kari kepala ikan boleh dinikmati sehingga 2-3 orang. Oleh itu, ini adalah hidangan yang baik untuk anda berkongsi bersama orang tersayang.
Waktu Operasi:
7:00 pagi – 4:00 petang (Setiap hari)
Jumaat & Sabtu (Tutup)
Alamat: Jln Dato’ K. Pathmanaban, Bandar Port Dickson, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 0126676692
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://m.facebook.com/DeenBerjayaPD/
3. Yacht Muslim Halal Seafood Restaurant


Yacht Muslim Halal Seafood Restaurant ialah Restoran Makanan Laut Cina yang halal dan sesuai untuk semua umat Islam! Di sini, anda boleh menikmati makanan laut yang segar dan lazat pada harga yang berpatutan. Anda pasti dapat mengenyangkan perut anda dengan makanan yang enak di sini. Anda boleh menempah meja dengan menghubungi nombor mereka untuk mengelakkan masa menunggu yang terlalu lama.
Waktu Operasi:
10:00 pagi – 7:00 petang (Selasa – Khamis)
10:00 pagi – 10:00 malam (Jumaat – Ahad)
Isnin (Tutup)
Alamat: PT 3913, BATU 9, 71050 Port Dickson
No. Telefon: 01123162411
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/YachtRestaurant/
4. Restoran Warinee Tom Yam


Seperti yang ditulis pada namanya, Restoran Warinee Tom Yam ialah restoran Thai yang menyajikan masakan ala Thai yang menyelerakan seperti Tom Yam, Ikan Cili Limau, Salad Mangga, Sotong Goreng dan banyak lagi. Hidangan mereka lebih kepada rasa masam dan pedas. Oleh itu, anda akan menyukai makanan mereka sekiranya anda sudah biasa dengan masakan gaya Thai.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 2:30 petang, 5:30 petang – 9:00 malam (Setiap hari)
Ahad (Tutup)
Alamat: Jalan Pandai 1013, Kampung Bahasa Kapor, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 0129810823
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
5. Embok Village Steamboat & Seafood


Embok Village Steamboat & Seafood ialah tempat yang sangat baik untuk anda melepaskan stres kerana mereka menawarkan makanan laut dan steamboat yang lazat dengan suasana yang sangat romantik. Restoran ini terletak di sebelah pantai. Ini menjadikannya tempat yang sesuai untuk anda mengambil gambar yang cantik bagi Instagram anda. Anda disarankan untuk membuat tempahan sebelum pergi untuk mengelakkan daripada menunggu untuk mendapatkan tempat duduk anda.
Waktu Operasi: 5:00 petang–12:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Batu 2 1/2 Pantai Bagan Pinang, 5, Taman Port Dickson Utama, 71900 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 0192127919
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
6. Restoran Chardin Seaview


Restoran Chardin Seaview ialah sebuah restoran dengan pemandangan laut yang menyajikan makanan Cina pada harga yang berpatutan. Mereka juga mempunyai bilik untuk majlis peribadi dengan karaoke yang boleh diatur terlebih dahulu jika anda memerlukannya untuk majlis tertentu. Ruang makan di sini sangat besar dan sesuai untuk majlis keluarga. Oleh itu, anda mungkin akan berseronok untuk menikmati makanan laut di sini.
Waktu Operasi: 11:00 pagi – 3:00 petang, 6:00 petang – 10:30 malam (Setiap hari)
Alamat: Lot 2631, Jalan Seremban, Taman Seaview, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 066474569
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
7. Weng Yin Seafood Village


Weng Yin Seafood Village ialah sebuah lagi restoran di Port Dickson yang menyajikan masakan Cina dan makanan laut yang segar. Restoran dengan ruang terbuka ini mempunyai kedai sate dan kedai aiskrim yang hebat. Oleh itu, anda boleh menikmati makanan anda dengan suasana yang dingin dan menyenangkan. Paling penting sekali, lokasi restoran ini berdekatan dengan Lexis Hibiscus. Anda boleh singgah untuk makan di sini selepas bercuti di Lexis Hibicus.
Waktu Operasi:
11:00 pagi – 2:30 petang, 6:00 petang –10:30 malam (Isnin – Jumaat)
11:00 pagi – 3:00 petang, 5:30 petang – 11:00 malam (Sabtu – Ahad)
Alamat: Lot 4132, Batu 9.5 (KM15.5), Jalan Pantai,, 71050 Port Dickson
No. Telefon: 0126291178
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
semak laman web di sini8. Yun Long Seafood

Yun Long Seafood memulakan perniagaan pada tahun 2006. Oleh itu, mereka sangat berpengalaman dalam menyediakan masakan dan makanan laut yang lazat. Selain itu, salah satu tarikan pelancong Port Dickson iaitu Kuil Yun Long terletak di sebelahnya. Anda boleh kunjungi tempat makan ini setelah melawati kuil tersebut.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Batu Enam, Hoon Leong Temple, Jalan Pantai Teluk Kemang Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 066621032
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Facebook: https://www.facebook.com/yunlongseafood
9. Restoran Pantai Ria


Restoran Pantai Ria juga menawarkan pelbagai jenis makanan laut yang lazat pada harga yang berpatutan. Beberapa hidangan istimewa mereka adalah seperti Shark Fin Soup, Butter Prawn, Salted Egg Squids, dan Butter Crab. Hidangan ini patut dicuba kerana ia dimasak dengan teknik yang unik untuk mengekalkan kesegaran dan rasa makanan laut tersebut.
Waktu Operasi: 10:30 pagi – 11:00 malam (Setiap hari)
Alamat: Jln Pantai, Taman Bayu, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 01171585111
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
10. Hao Kee Seafood Restaurant


Hao Kee Seafood Restaurant terletak hanya 3 minit dari Lexis Hibiscus sekiranya anda memandu. Restoran ini mudah dikunjungi sekiranya anda lapar dan mengidamkan makanan. Hidangan yang sangat disyorkan untuk anda adalah Salted Egg Prawns, Bamboo Lala, Kam Heong Prawns, Salted Egg Squid, Sambal Paku dan banyak lagi. Hidangan mereka banyak dan pastinya akan mengisi perut anda sehingga anda puas.
Waktu Operasi: 1:30 petang – 11:00 malam (Isnin – Jumaat)
12:30 tengah hari – 11:00 malam (Sabtu – Ahad)
Alamat: No.25, Taman Mikamas, Taman Nlfcs, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 0166668811
Google Map: Ikuti Sekarang
Google Reviews: Di Sini
Dapatkan Baucar Lazada Percuma Anda 【Di sini】
Banyak Tawaran Pulangan Tunai Shopee 【Di sini】
Perhatian: Senarai di atas merupakan hasil tinjauan pasukan My Weekend Plan bagi menyampaikan maklumat yang berguna kepada masyarakat. Sekiranya anda mempunyai cadangan, emailkan kepada kami di support@myweekendplan.asia. Bagi maklumat lanjut, anda boleh merujuk hak cipta, privasi dan polisi kami.